Ramlah Rashid's Blog
December 9, 2014
tonton-home-channels-tv9-terlewatkah cinta kita-episode 0 - Terlewatkah Cinta Kita - Episode 0

Published on December 09, 2014 06:27
November 10, 2014
KEMBALI KE SINI
Lamanya sudah saya tidak membersih apa-apa di sini, rumah yang kian sepi tetapi tetap dirindui.
Mengapa saya terpanggil ke sini lagi dan mengapa saya menyepi?
Sebab saya kepingin mencatat sesuatu momen di sini, perjalanan kembara ke 15 saya bersama bahtera bernama TERIMA KASIH SAYANG... dari bermulanya ia hingga sampai ke destinasi tetapi malangnya rumah Salam Kenal Salam Sayang ini gagal dibuka setelah beberapa kali dicuba. mungkin faktor usia atau kecanggihan siber yang semakin melangkau zaman sedangkan saya masih membukanya mengguna kunci lama, akibatnya saya yang kesal sendiri. Tetapi hari ini melalui emel saya, saya diberitahu rupa-rupanya ada seseorang sudah meninggalkan komen pada catatan lama saya (2007) berkenaan tips penulisan novel. teruja juga saya, rupa-rupanya masih ada yang sesat ke sini, menyelongkar 7 tahun ke belakang. Alhamdulillah dan terima kasih. dari situ saya masuk ke bilik ini mencatat sesuatu untuk diri sendiri dan kepada yang terjatuh di sini.
Sekarang saya sedang sibuk menyelesai tugasan untuk karya genre novel yang ke 15 dan baru sampai beberapa bab. Memang jerih tetapi saya harung juga demi cita-cita ini dan tanggungjawab ini.
Terima kasih sayang...
itulah judul yang saya fikirkan untuk karya terkini, berharap agar judul itu menepati citarasa penerbit dan editor.
Selepas Sakitnya Cinta, akan muncul TERIMA KASIH SAYANG...

Published on November 10, 2014 01:33
March 25, 2014
MH 370...
Sekiranya ada di laut, timbulkan iaSekiranya di langit, turunkanlahSekiranya di darat, tunjukkanlah.Sesungguhnya tiada tempat lain Untuk kami memohon dan memintaSalain KAMU…ALLAH SUBHANAHU WATAALA
Published on March 25, 2014 03:08
March 21, 2014
MH 370...
MH 370
14 hari berlalu sudah ...tidak pernah berasa jemu menitip doa sebuah harapanmeski seakan terkunci oleh alam.
jika ditanya siapa antara kitasesungguhnya kita bukan siapa-siapa.perkenalan setelah musibah menimpanamun, terasa mesra benar, sayang benar, kasih benar...MH370 sudah penuh di hati, itu juga benar.
tidak pernah dipaksa air mata titis kerananyanamun, mengalir acap kali terkenang diaKapten Zaharie Ahmad Shah, tuan di mana?nama tuan dijaja keseluruh duniaapakah tuan dengar kata-kata mereka?abaikan saja. biarkan merekayang penting doa dan usaha kitakerana Allah Maha kuasa, Penyayang, Penuh Cintamengetahui segalam.
Keluarga, rakan-rakan penumpang dan anak kapal semua...andalah perwira, kekal perkasa teguh berdiri menanti setia, menunggu berita.sesungguhnya anda tidak sendirian di bumi Malaysia seluruh negara ini bersahabat dan sekeluargasedih anda, kami turut merasanya walaupun tidak seberapapercayalah, kami setia...
Perwira-perwira yang sentiasa bersengkang matamencari dan memikir, berbincang dan merencanabakti dan jasa semua, Allah akan beri ganjarannyatutup telinga, buka mata. usah peduli, teruslah berusaharamai berdongeng berandaian songsang berbanding lurusnyaAda juga menjadikan bahan lawak serta jenaka,Usah peduli belakaKami yakin... Usaha anda semua akan berjayapercaya dan yakin, Allah pasti membuka hijabnya.
Ramlah Rashid 21 Mac 2014
Published on March 21, 2014 07:41
November 23, 2013
SINOPSIS NOVEL SAKITNYA CINTA
SAKITNYA CINTA
Neor pelakon, penyanyi dan pemuzik kelahiran rancangan reality tv sedang meningkat naik, menjadi kegilaan peminat sering pula dilanda kontroversi menaik dan menjatuhkan namanya. Dalam senyum tawa, ramah dan mesra melayan peminat, Neor (Meor Rezamudin) sering rasa terasing, sepi sendirian. Di usianya mencecah 30 tahun, dia impikan sebuah keluarga yang lengkap, beristeri dan punya anak. Namun apabila ditanya, apakah dia tidak mahu menamatkan zaman bujang, soalan itu dijawab santai seakan langsung tidak mengusik jiwa.Neor bersahabat karib dengan jurukamera wanita yang kebetulan adalah kakak kembar Mutiara, peguam syariah yang telah mencuri hatinya tanpa dia dan Mutiara sedar akan itu. Di hari perkahwinan Mutiara dan Neor di Brunei barulah masing-masing berkenalan. Kristal Ezati sudah mengagak, ayahnya tidak akan menerima Neor jika dia mengetahui Neor adalah penghibur. Kerana itu dia berusaha menyembunyikan rahsia yang tidak mungkin berjaya disembunyi kerana Brunei dan Malasyia tidak sejauh mana. Selepas seminggu berkahwin, Tuan Jaafar mengetahui siapa Neor. Neor diperintah menceraikan Mutiara. Demi cinta mereka, Neor berjanji akan merahsiakan kedudukan Mutiara dalam hidupnya asal tidak dipaksa bercerai. Mutiara akur status bujang tidak ditukar kepada berkahwin. Kerana Neor disebut masih bujang, gosib-gosib terus panas.Fifie adalah ‘bff’ Neor sejak kanak-kanak tanpa sedar mereka, masing-masing sudah jatuh cinta namun kerana fitnah, Fifie menghilang. Dia terus memerhati perjalanan seni Neor dari kejauhan. Dia menukar nama kepada Bakawali, mengarang lagu dan lirik untuk album Neor juga lagu tema drama serta filem lakonannya. Identitinya terus dirahsiakan walaupun lagu-lagu ciptaannya menjadi siulan. Bagi Neor, sejak ditinggalkan Fifie tanpa dapat dikesan persembunyiannya, dia seakan mati hati, tertutup untuk bercinta lagi sehingga muncul Mutiara yang seiras Fifie. Sangkanya dia dapat menggantikan Fifie dengan Mutiara namun, apabila sudah menjadi suami isteri, baru disedari, sifat Mutiara dan Fifie bertentangan. Tetapi Neor berusaha meletak Mutiara di tempat yang dikosongkan Fifie sehingga dia sendiri makan hati dan sangat-sangat tertekan apabila saban hari Mutiara akan merengek memintanya meninggalkan dunia hiburan.Neor ditangkap khalwat bersama Suzan, artis wanita, isteri muda orang kenamaan. Walaupun itu hanya perangkap, muslihat pihak musuh suami Suzan untuk menjatuhkan VVIP itu, Neor terbabit dimalukan. Di waktu itu hanya Ezeti memahami Neor, berdiri teguh di belakangnya. Mutiara tidak tahan lagi lalu memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Brunei, negara mereka bernikah. Kaki tangan mahkamah membocorkan rahsia itu, lalu heboh di Malaysia, isteri Neor menuntut cerai. Rominah, ibu angkat Neor belum sempat mengenali menantunya sangat terluka mendengar berita itu dan Neor sangat rasa bersalah. Berita itu sekali lagi mengecewakan Neor yang masih tergantung kes tuduhan berkhalwat di mahkamah syariah Malaysia. Hampir setiap hari akhbar dan media elektronik menyebut-nyebut berita itu. Neor tiada cara lain, terpaksa mengadakan sidang akhbar. Semuanya terpaksa diluah, kecuali nama bekas isteri dan keluarga bekas mentua dilarang Neor wartawan bertanya, katanya demi menghormati bekas isteri dan keluarganya. Walaupun Ezeti terluka mendengar keburukan keluarganya namun dia pasrah. Dia faham kedudukan Neor malah dia juga sudah tidak diakui Tuan Jaafar selaku anak hanya kerana memilih bidang kerjaya yang tidak digemari Tuan Jaafar. Sebelum ke sidang akhbar, Neor sudah meminta izin Ezeti dan Ezeti merelakan. Seperti beratnya penanggungan emosi Neor di atas berita perceraiannya, Mutiara juga terus tertekan. Dia terpaksa berundur dari firma guaman kerana reputasinya sebagai peguam syariah terjejas selepas berita tangkapan khalwat ke atas Neor dan perkahwinan tergesa-gesa mereka di Brunei sebelum mendapat kelulusan bernikah di luar negara. Keputusan pengunduran itu sangat membebankan perasaan Mutiara kerana dia sangat-sangat mencintai kerjayanya. Dunia hiburan heboh memperkatakan perceraian Neor yang tidak disedari bila berkahwin, dunia kepeguaman pula hangat memperbincangkan Mutiara mencalar institusi penegak undang-undang syariah negara.Selepas perceraian Neor Mutiara, Neor beralih arah, terjatuh cinta pada sahabat Ezeti, meski dalam hati masih menempatkan Fifie. Ezeti sedar, dia hanya tempat Neor meluah kesedihan namun, kerana cintanya bersedia dia membiar Neor mengenang cinta Fifie. Ezeti bertemu Fifei sewaktu dia sedang berjalan-jalan bersama Rominah. Melihat erat dan sayangnya Rominah pada Fifei, Ezeti sedar dia hanya persinggahan sementara Neor. Ezeti membantu menghubungkan kembali Fifei dengan Neor, malangnya Fifei sudah bertunang dengan kenalan Ezeti. Neor pula kembali diulit nostalgia, seakan terlupa Fifie adalah cerita zaman silamnya, hampir saban hari bercerita segala kebaikan dan keistimewaan Fifie. Secara tidak sengaja, dia melukai hati Ezeti meski tidak bersedia bertemu Fifei tetapi Ezeti melihat cinta itu di dalam mata Neor. Dalam kemelut yang tidak berkesudahan, ibu Salsabila pulang ke tanah air mencari warisnya. Salsabila, adik Tuan Jaafar yang dibuang keluarga kerana memilih pemuzik jalanan (adik ayah angkat Neor) sebagai teman hidup. Salsabila sanggup berhenti belajar kerana mahu hidup bersama teman lelakinya, penagih dadah. Neor diserah kepada Rominah sebaik lahir kerana suaminya dipenjarakan kerana memiliki dadah. Ibu Neor menuntut cerai, berhijrah ke luar negara, menjadi penyanyi kelab malam di sana. Neor yang berusaha melupa kisah silamnya berasa sangat kecewa kemunculan itu, dia keliru. Hanya kepada Ezeti dia meluahkan rasa. Ezeti pula sentiasa bersedia memberi sokongan.Neor terkena jangkitan kencing tikus pula selepas pengambaran filem lakonannya di sebuah sungai tercemar. Keadaan kesihatannya yang terjejas, disangka Ezeti akibat tekanan perasaan yang bertimpa-timpa namun, semakin hari Neor semakin teruk lalu dirujuk ke klinik. Neor ditahan di hospital, sejurus sebelum coma, Neor melamar Ezeti, Ezeti menerima dengan hati terbuka dan berdoa Neor selamat. Fifie muncul selepas mendengar berita Neor coma. Baru itu dia bersedia menemui Neor dan muncul memperkenalkan diri sebagai Bakawali. Selepas pulih dari sakitnya, perhubungan Fifie dan Neor kembali rapat. Neor digosib panas semula, ada yang memuat naik foto Neor mencuba pakaian pengantin bersama Fifei di butik pengantin ke internet. Heboh pula memperkatakan percintaan Neor Ezeti berantakan, cinta Neor beralih kembali kepada cinta pertamanya. Apakah kesudahan percintaan bersegi-segi ini? baca selanjutkan dalam SAKITNYA CINTA karya ke 14 Ramlah Rashid

Published on November 23, 2013 06:02
October 17, 2013
Lambaian Baitullah Drama Aidiladha | TV Crewz
Published on October 17, 2013 11:26
October 15, 2013
Lambaian Baitullah
http://www.tonton.com.my/index.php/home/channels/TV9/index.1.html#/home/channels/TV9/lambaian_baitullah_73dfe20059754d41835fa252002e0407/episode_0_dfac53869b2a42bab746a252002e044d
Alhamdulillah, berhasil juga penulis menonton hasil buah tangan sulung sendiri - telemovie LAMBAIAN BAITULLAH yang diarahkah Sdr Murali Abdullah, terbitan Temenggong Pictures yang ke siaran TV9 8.30 malam pada 14 Okt 2013.
Ramai bertanya apa perasaan penulis skrip telemovie ini?Penulis sangat terharu dengan pembawaan pendokong watak-watak yang dipertanggung jawabkan membawa cerita ini kepada penonton. Alhamdulillah, semuanya memenuhi impian pengarang. Datuk Ahmad Tarmimi sangat bersesuaian sebagai Pak Husin, senyumnya, lirik matanya, intonasinya bagaikan mendengar suara hati pengarang. Benar-benar dia seorang aktor berbakat besar. Tahniah.Dalima Wati, Fahrin Ahmad, Intan Ladyana dan semua yang terlibat sangat-sangat menepati, tahniah juga dan syukur...
Idea tercetusnya LAMBAIAN BAITULLAH?Sempena hari bapa, pengarang teringat abah, senyumnya, kasih sayangnya, perhatiannya, intonasinya, lirikannya membuat pengarang rindu benar. Meski pengarang tidak pernah berpengalaman melihat jerih abah mengumpul perbelanjaan untuk menunaikan haji, tetapi setelah dewasa dan bergelar ibu dan bapa pula, pengarang cuba meletakkan diri sendiri pada kedudukan dan perasaan abah dan mak waktu itu. Mungkin itu yang dirasakan abah dan mak sewaktu berkerja keras mengumpul kewangan. Mungkin mereka juga saban hari menghitung waktu merindui Tanah Suci. Maka pengarang beremaginasi sendiri, menyusun bait-bait ayat lalu dijadikan dialog-dialog untuk dituturkan.
Alhamdulillah Dalima Wati dan Datuk Tarmimi sangat menjiwai sehinggakan sampai di saat ini pengarang masih menitiskan air mata, terkenang begitu gaya emak dan abah bila bersama. Sewaktu masih kanak-kanak, pengarang pernah mendengar ayat abah yang begitu - 'saya sayang awak, awak sayang saya, cukuplah tu.' Entah apa tajuk perbualan, sewaktu di bendang, abah pujuk mak begitu. Waktu itu pengarang tidak berasa apa-apa tidak juga bertanya apa.
Benar, begitulah gaya abah apabila bersama anak-anak... senyum dan sentiasa berkata - 'tak apa, abah ada duit'. Apabila malam, abah akan melawat tempat tidur anak-anak, halau nyamuk. Abah gantungkan kelambu, selimutkan. Bagi nasihat pada anak-anak, sejukkan hati mak dan... abah panggil mak dear... waktu itu pengarang tidak faham kenapa 'dia'? sedangkan nama mak Hajah Zainun. Rupa-rupanya 'dia' itu adalah 'dear'. Macam tak percaya kan? tapi itulah kenyataannya. Tidak pernah abah meninggi suara tapi anak-anak sangat menghormati abah dik tingginya pekerja dia.
Al-fatihah abah - Allahyarham Haji Abdul Rashid bin Haji Ahmad dan Hajah Zainun bte Haji Yeop Majlis. semoga Allah memelihara mereka dari sebarang bentuk kepayahan di Sana.
Published on October 15, 2013 06:05
October 13, 2013
LAMBAIAN BAITULLAH....
Assalamualaikum, sebaik selesai penggarapan skrip Lambaian Baitullah selepas pertemuan perbincangan antara stesyen tv, production, pangarah n penulis, Ogos 2013 lalu dan pengambaran bermula kemudian berakhir, penulis bernafas lega, maka bermula perasaan tidak sabar, ingin melihat hasilnya. maka bermula promo demi promo di tv n internet tentang tayangannya, penulis rasa bersemangat, semakin tidak sabar, ternanti-nanti,tarikh siaran - 14 Okt 8.30 malam di tv 9. Tetapi hari ini 13 Okt 2013, penulis berasa lain benar. rasa debarannya membuat diri berpeluh dalam dingin. perut lapar tetapi selera sesat entah ke mana. Mengapa diri jadi begini?
Sebabnya, penulis terlalu berharap baby itu sematang mungkin, lahir tanpa sebarang cacat yang boleh mencacatkan penerimaan penonton. Sempurnakah baby itu nanti, sampaikah apa yang ingin disampaikan, matangkah dia setaraf temanya. Kini hanya kepada Allah penulis bergantung harap, semoga Allah memberi rahmatnya, restunya dan rezkinya. semua pihak sudah berpeluh lelah dalam penghasilan karya sulung penulis, selebihnya berdoa dan berharap penulis kepada yang Maha Kuasa. sesungguhnya dari tiada, Dia adakan. Tiada sekutu bagiNya. Demi itu kepadanya ku berserah, kepadanya ku berpasrah. Ya Allah, perelokkan penerimaan penonton kepada pesanan hambaMu yang daif ini. Yang baik dan sempurna itu dari Dia - Allah, setiap kelemahan dan kepincangan itu adalah dari kelalaian dan kenaifan manusia biasa yang sering alpa...
Al-fatihah buat aruah mak Hajah Zainun bte Haji Yeop Majlis, Haji Abdul Rashid bin Haji Ahmad dan seluruh mukminin dan mukminat.
Selamat menyambut Hari uquf, hari Raya Korban.
Sebabnya, penulis terlalu berharap baby itu sematang mungkin, lahir tanpa sebarang cacat yang boleh mencacatkan penerimaan penonton. Sempurnakah baby itu nanti, sampaikah apa yang ingin disampaikan, matangkah dia setaraf temanya. Kini hanya kepada Allah penulis bergantung harap, semoga Allah memberi rahmatnya, restunya dan rezkinya. semua pihak sudah berpeluh lelah dalam penghasilan karya sulung penulis, selebihnya berdoa dan berharap penulis kepada yang Maha Kuasa. sesungguhnya dari tiada, Dia adakan. Tiada sekutu bagiNya. Demi itu kepadanya ku berserah, kepadanya ku berpasrah. Ya Allah, perelokkan penerimaan penonton kepada pesanan hambaMu yang daif ini. Yang baik dan sempurna itu dari Dia - Allah, setiap kelemahan dan kepincangan itu adalah dari kelalaian dan kenaifan manusia biasa yang sering alpa...Al-fatihah buat aruah mak Hajah Zainun bte Haji Yeop Majlis, Haji Abdul Rashid bin Haji Ahmad dan seluruh mukminin dan mukminat.
Selamat menyambut Hari uquf, hari Raya Korban.
Published on October 13, 2013 01:14
October 10, 2013
LAMBAIAN BAITULLAH (TV9 - 14 OKT 2013)
Assalamualaikum. selepas bicara novel, novel dan novel, kini kita berbual pula tentang skrip drama. Satu usaha pengarang mencabar diri selepas menerbitkan 14 buah karya genre novel remaja dan dewasa. Alhamdulillah, pengarang berjaya mengharung liku-liku penghasilan skrip drama yang saya anggap sangat mencabar. Benar, alah bisa kerana biasa. 14 buah novel tidak sesukar saya melahirkan sebuah skrip drama telemovie. Kenapa?
Kerana 1) pengarang perlu menyiapkan proposal, tidak perlu untuk sesebuah novel.2) proposal perlu melalui saringan pertama - memancing hati producer. 3) Producer akan membawa proposal yang menyengat hatinya ke stesyen tv. 4) stesyen tv akan ambil masa untuk meluluskan. 5) Berjaya , producer, pengarah dan pengarang dipanggil berbincang di stesyen. Hasil perbincangan, stesyen menetapkan bila tayangan.6) Producer menetapkan bila harus mula pengambaran. 7) Dari situ pengarang tahu bila dia harus menyiapkan tugasan pertama untuk kerja pembikinan drama itu.
jeng jeng jeng... maka bermula pertarungan antara penulis skrip & idea, ditemani komputer dan masa.
5 hari masa diberi kerana kesuntukan, pengambaran perlu dijalankan cepat. 10 hari mesti ada di tangan producer, diraktor perlu memahami dan menyaring skrip. apakah saat ini penulis skrip sudah boleh lepas tangan? buat bodoh dan pekak telinga, tunggu bayaran? Hemm sebenarnya detik ini paling mencabar. Penulis perlu sentiasa bersedia jika berlaku sebarang pindaan. Lokasi tidak ditemui, masa pelakon terlalu terhad untuk pengambaran. Dan paling cemas... barget kewangan dari producer. Bersedialah penulis, sengkanglah mata, pasunglah diri di depan komputer. kurung diri dari anasir luar demi melengkapi apa yang kurang disenangi pengarah dan producer. Bosan? penulis harus harungnya juga. Penat? penulis mesti teruskan juga.
Bermula pengambaran, penulis sudah bernafas lega. bayaran pun sepatutnya sudah diterima, tidak perlu lagi bersengkang mata, hanya tunggu hasil kerja. Siap editing, suntingan, penulis berdebar menunggu. Tercari-cari info sejauh mana sudah kandungannya, mahu sangat melihat baby lahir. Penulis kena rajin search internet, menjejak sendiri info baby. Terjumpa poster, penulis senyum lebar. Hah ini dia bayangan babyku. copy tanpa kebenaran, paste di mana suka. sebarkan kepada rakan taulan saudara mara yang selama ini sudah banyak memberi dorongan dan semangat. Alhamdulillah... penulis bersyukur dengan lenangan air mata gembira. keberhasilan kerjanya nyata sudah.
Dalam senyum dan linangan air mata gembira, penulis dihubungi, ditanyakan "apakah benar itu karya kamu? kerana semua nama pembikin ada tercatat sedangkan penulisnya tiada. tidak ada langsung tercatat nama pengarang/penulis/skrip writer di poster yang tampak begitu gah."
Penulis tertunduk, benar... tidak langsung tercatat nama penulis? orang pertama yang bekerja dalam keberhasilan kerja besar itu. Mungkin ini isu kecil kepada sesetengah golongan, mungkin juga isu besar kepada golongan lain. Tetapi sebesar mana permasalahan ini, tetap menganggu emosi pengarang/penulis/skrip writer. Bagi pengarang LAMBAIAN BAITULLAH? katanya begini..."Saya orang baru, masih terlalu mentah, hijau dan bayi. Apa yang boleh saya katakan di atas hilangnya sepotong nama penulis : itu hasil kerja keras saya, air mata dan keringan saya. Allah tahu keikhlasan hati saya, keterbukaan hati keluarga saya membiar saya memasung diri menyelesai tugasan. Semoga Allah melihatnya sebagai ibadah saya kerana LAMBAIAN BAITULLAH bukan sekadar cerita dongeng untuk senyum ketawa dan derai air mata semata, tetapi peringatan kepada diri pengarang sendiri anak-anak, ibu bapa dan semua..."selanjutnya tentang LAMBAIAN BAITULLAH...
RRN
Kerana 1) pengarang perlu menyiapkan proposal, tidak perlu untuk sesebuah novel.2) proposal perlu melalui saringan pertama - memancing hati producer. 3) Producer akan membawa proposal yang menyengat hatinya ke stesyen tv. 4) stesyen tv akan ambil masa untuk meluluskan. 5) Berjaya , producer, pengarah dan pengarang dipanggil berbincang di stesyen. Hasil perbincangan, stesyen menetapkan bila tayangan.6) Producer menetapkan bila harus mula pengambaran. 7) Dari situ pengarang tahu bila dia harus menyiapkan tugasan pertama untuk kerja pembikinan drama itu.jeng jeng jeng... maka bermula pertarungan antara penulis skrip & idea, ditemani komputer dan masa.
5 hari masa diberi kerana kesuntukan, pengambaran perlu dijalankan cepat. 10 hari mesti ada di tangan producer, diraktor perlu memahami dan menyaring skrip. apakah saat ini penulis skrip sudah boleh lepas tangan? buat bodoh dan pekak telinga, tunggu bayaran? Hemm sebenarnya detik ini paling mencabar. Penulis perlu sentiasa bersedia jika berlaku sebarang pindaan. Lokasi tidak ditemui, masa pelakon terlalu terhad untuk pengambaran. Dan paling cemas... barget kewangan dari producer. Bersedialah penulis, sengkanglah mata, pasunglah diri di depan komputer. kurung diri dari anasir luar demi melengkapi apa yang kurang disenangi pengarah dan producer. Bosan? penulis harus harungnya juga. Penat? penulis mesti teruskan juga.
Bermula pengambaran, penulis sudah bernafas lega. bayaran pun sepatutnya sudah diterima, tidak perlu lagi bersengkang mata, hanya tunggu hasil kerja. Siap editing, suntingan, penulis berdebar menunggu. Tercari-cari info sejauh mana sudah kandungannya, mahu sangat melihat baby lahir. Penulis kena rajin search internet, menjejak sendiri info baby. Terjumpa poster, penulis senyum lebar. Hah ini dia bayangan babyku. copy tanpa kebenaran, paste di mana suka. sebarkan kepada rakan taulan saudara mara yang selama ini sudah banyak memberi dorongan dan semangat. Alhamdulillah... penulis bersyukur dengan lenangan air mata gembira. keberhasilan kerjanya nyata sudah.
Dalam senyum dan linangan air mata gembira, penulis dihubungi, ditanyakan "apakah benar itu karya kamu? kerana semua nama pembikin ada tercatat sedangkan penulisnya tiada. tidak ada langsung tercatat nama pengarang/penulis/skrip writer di poster yang tampak begitu gah."
Penulis tertunduk, benar... tidak langsung tercatat nama penulis? orang pertama yang bekerja dalam keberhasilan kerja besar itu. Mungkin ini isu kecil kepada sesetengah golongan, mungkin juga isu besar kepada golongan lain. Tetapi sebesar mana permasalahan ini, tetap menganggu emosi pengarang/penulis/skrip writer. Bagi pengarang LAMBAIAN BAITULLAH? katanya begini..."Saya orang baru, masih terlalu mentah, hijau dan bayi. Apa yang boleh saya katakan di atas hilangnya sepotong nama penulis : itu hasil kerja keras saya, air mata dan keringan saya. Allah tahu keikhlasan hati saya, keterbukaan hati keluarga saya membiar saya memasung diri menyelesai tugasan. Semoga Allah melihatnya sebagai ibadah saya kerana LAMBAIAN BAITULLAH bukan sekadar cerita dongeng untuk senyum ketawa dan derai air mata semata, tetapi peringatan kepada diri pengarang sendiri anak-anak, ibu bapa dan semua..."selanjutnya tentang LAMBAIAN BAITULLAH...
RRN
Published on October 10, 2013 21:19
September 26, 2013
BIARKAN INDAH BERLALU @ SAKITNYA CINTA...
Assalamualaikum, lama sudah saya tidak ke sini selepas memapar bab demi bab karya terkini SAKITNYA CINTA. Kenapa?
Kerana kekangan waktu menghimpit, mendesak saya memberi lebih tumpuan kepada yang lain - Skrip drama. Pun begitu, hari ini saya masih mahu mencatat di sini tentang genre novel -BIARKAN INDAH BERLALU @ SAKITNYA CINTA. Mengapa harus 2 novel itu?
Kerana 2 karya, 2 rasa, 1 jiwa. Saya mencintai 2 novel itu kerana Biarkan Indah Berlalu memapar getir nafas wanita - Indah Nur Iman. Rasionalnya? Indah terilham dari sifat Sumaiyah. Indah wanita yang sentiasa menjaga harga diri, peradaban, nama baik keluarga dan perhubungan kekeluargaan. Saya dihujani persoalan dan Biarkan Indah Berlalu pernah dicampak di hadapan saya. Kenapa?
Kerana wanita itu tidak gemar Indah mendiamkan diri selepas dicabul, hamil paksa dan dibuang keluarga. Katanya, wanita perlu bangkit, nyatakan kenapa dan siapa perentap maruahnya. Persetankan perkara lain, yang penting, diri sendiri. Saya akur, sesungguhnya saya juga dihambat kekeliruan sewaktu menggarap BIB. Kenapa?
Kerana saya tidak gemar Indah begitu. Tetapi selepas menyelami diri sendiri sewaktu seusia Indah, saya juga pasti akan mengambil pendekatan seperti Indah jika begitu adanya. Diam dan terus diam. Juga selepas saya menemui beberapa gadis yang pernah diperlakukan seperti Indah, mereka buntu, takut, malu dan pelbagai rasa. Hanya yang memandang pada zahirnya sahaja akan mendabik dada 'JIKA AKU JADI INDAH, AKAN AKU WAR-WARKAN SEANTERO, SIAPA PERENTAP NAFASKU' Itu jika ianya belum terjadi, apabila sudah di tempat Indah, lidah akan mengeras, bibir akan terkunci dan suara akan bergelam. Akhirnya berlakukan pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan lebih teruk, gadis membunuh diri... Nauzubillah.
Setahun kemudian, saya perturunkan SAKITNYA CINTA yang judul asalnya - BAKAWALI KRISTAL. Sakitnya Cinta memperturunkan Neor sebagai pembawa cerita, disokong oleh Kristal Ezety, Bakawali dan Mutiara Hati. Ramai kurang menyenangi saya meletak Neor sebagai teraju utama, Kenapa?
Kerana pembaca mahukan dari wanita untuk wanita. Pengarang wanita, pembaca wanita, seharusnya wanita berada di hadapan cerita, membawa pengkisahan. Pun begitu saya mahu berlaku adil. kepada siapa?
Kepada kaum Adam. Adalah tidak adil jika saya sentiasa meletak kaum Hawa sebagai meneraju sedangkan dalam Al-quran terlalu banyak kisahnya berterajukan watak lelaki yang hebat. Saya tidak sama sekali mahu menyamakan watak genre saya dengan kitab suci itu, Demi Allah, tapi tak salahkan? jika saya menimba ilham dari kesuciannya? Neor @ Reza saya sarungkan jesi artis - pelakon, penyanyi, pencipta lagu. Kenapa?
Kerana golongan ini begitu dekat pada masyarakat. Penghibur adalah golongan anak seni yang sangat istimewa sifatnya walaupun ramai tidak menyedari. Mereka ini bertatih di landasan sendiri, membawa watak orang-orang dipersekitaran melalui bakat seni kurniaan Allah. Saya tidak mengkisahkan kehidupan golongan itu 100% tetapi Neor dan rakan-rakannya menjadi wakil kepada masyarakat. Neor adalah saya dan seluruh anak seni. Neor punya hati dan perasaan, punya senyum dan tangis sebagai teman seharian. Bohong jika ada yang mengatakan, hidup mereka sentiasa dirundung resah, derita dan air mata kecewa. Bohong juga jika ada yang mengatakan, hidup mereka sentiasa diselubung kegembiraan, gelak tawa dan air mata gembira. Sesungguhnya hidup ini seperti alam, dalam panas tiba-tiba hujan, selepas hujan akan datang pelangi. begitulah seadanya kehidupan ini dan Neor serta golongannya saya amanahkan membawa SAKITNYA CINTA.
Kerana kekangan waktu menghimpit, mendesak saya memberi lebih tumpuan kepada yang lain - Skrip drama. Pun begitu, hari ini saya masih mahu mencatat di sini tentang genre novel -BIARKAN INDAH BERLALU @ SAKITNYA CINTA. Mengapa harus 2 novel itu?Kerana 2 karya, 2 rasa, 1 jiwa. Saya mencintai 2 novel itu kerana Biarkan Indah Berlalu memapar getir nafas wanita - Indah Nur Iman. Rasionalnya? Indah terilham dari sifat Sumaiyah. Indah wanita yang sentiasa menjaga harga diri, peradaban, nama baik keluarga dan perhubungan kekeluargaan. Saya dihujani persoalan dan Biarkan Indah Berlalu pernah dicampak di hadapan saya. Kenapa?
Kerana wanita itu tidak gemar Indah mendiamkan diri selepas dicabul, hamil paksa dan dibuang keluarga. Katanya, wanita perlu bangkit, nyatakan kenapa dan siapa perentap maruahnya. Persetankan perkara lain, yang penting, diri sendiri. Saya akur, sesungguhnya saya juga dihambat kekeliruan sewaktu menggarap BIB. Kenapa?
Kerana saya tidak gemar Indah begitu. Tetapi selepas menyelami diri sendiri sewaktu seusia Indah, saya juga pasti akan mengambil pendekatan seperti Indah jika begitu adanya. Diam dan terus diam. Juga selepas saya menemui beberapa gadis yang pernah diperlakukan seperti Indah, mereka buntu, takut, malu dan pelbagai rasa. Hanya yang memandang pada zahirnya sahaja akan mendabik dada 'JIKA AKU JADI INDAH, AKAN AKU WAR-WARKAN SEANTERO, SIAPA PERENTAP NAFASKU' Itu jika ianya belum terjadi, apabila sudah di tempat Indah, lidah akan mengeras, bibir akan terkunci dan suara akan bergelam. Akhirnya berlakukan pembuangan bayi, pembunuhan bayi dan lebih teruk, gadis membunuh diri... Nauzubillah.
Setahun kemudian, saya perturunkan SAKITNYA CINTA yang judul asalnya - BAKAWALI KRISTAL. Sakitnya Cinta memperturunkan Neor sebagai pembawa cerita, disokong oleh Kristal Ezety, Bakawali dan Mutiara Hati. Ramai kurang menyenangi saya meletak Neor sebagai teraju utama, Kenapa?
Kerana pembaca mahukan dari wanita untuk wanita. Pengarang wanita, pembaca wanita, seharusnya wanita berada di hadapan cerita, membawa pengkisahan. Pun begitu saya mahu berlaku adil. kepada siapa?
Kepada kaum Adam. Adalah tidak adil jika saya sentiasa meletak kaum Hawa sebagai meneraju sedangkan dalam Al-quran terlalu banyak kisahnya berterajukan watak lelaki yang hebat. Saya tidak sama sekali mahu menyamakan watak genre saya dengan kitab suci itu, Demi Allah, tapi tak salahkan? jika saya menimba ilham dari kesuciannya? Neor @ Reza saya sarungkan jesi artis - pelakon, penyanyi, pencipta lagu. Kenapa?
Kerana golongan ini begitu dekat pada masyarakat. Penghibur adalah golongan anak seni yang sangat istimewa sifatnya walaupun ramai tidak menyedari. Mereka ini bertatih di landasan sendiri, membawa watak orang-orang dipersekitaran melalui bakat seni kurniaan Allah. Saya tidak mengkisahkan kehidupan golongan itu 100% tetapi Neor dan rakan-rakannya menjadi wakil kepada masyarakat. Neor adalah saya dan seluruh anak seni. Neor punya hati dan perasaan, punya senyum dan tangis sebagai teman seharian. Bohong jika ada yang mengatakan, hidup mereka sentiasa dirundung resah, derita dan air mata kecewa. Bohong juga jika ada yang mengatakan, hidup mereka sentiasa diselubung kegembiraan, gelak tawa dan air mata gembira. Sesungguhnya hidup ini seperti alam, dalam panas tiba-tiba hujan, selepas hujan akan datang pelangi. begitulah seadanya kehidupan ini dan Neor serta golongannya saya amanahkan membawa SAKITNYA CINTA.
Published on September 26, 2013 07:01
Ramlah Rashid's Blog
- Ramlah Rashid's profile
- 15 followers
Ramlah Rashid isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.