Liza Nur's Blog

December 5, 2021

Beauty Standard???

Sorakan untuk Miss World Somalia, Khadija Omar! Teruja rasanya dengar jawapan beliau semasa sesi head-to-head challenge.

Dalam masyarakat kita, kita selalu tunduk pada standard tipikal yang kita rasa lagi gah dari pendapat sendiri. Dalam tak sedar dan adakalanya waktu sedar, kita terikat dan terikut-ikut dengan standard yang orang lain tetapkan sampaikan kita lupa identiti diri dan keunikan sendiri.

Adakah kita rasa budaya dan kepercayaan kita ini salah atau serba kekurangan sampaikan kita dibayangi oleh budaya dan kepercayaan orang lain? Adakah kita terperangkap dalam metaliti bangsa yang dijajah sehinggakan kita merasakan suara kita tak penting? Aku harap tak. Untuk didengari, kita tak perlu menjerit lantang. Kita hanya perlu berani.

Satu hari nanti, aku harap boleh nampak beauty queens kita ubahsuai swimsuit (mungkin balut sikit dengan batik ke) untuk melambangkan identiti kita yang sopan dalam berpakaian. Mungkinkah?

[Big applaud to Miss World Somalia, Khadija Omar! She mesmerized me with her answer during the head-to-head challenge session.

Often in our societies, we tend to bend towards typical standards that we perceive as more superior than our very own opinions. Unconsciously and at times even consciously, we are bounded by these standards to the extent that we are willing forgo our true identities and uniqueness.

Do we think our cultures and believes are flawed that we need to shadow others? Are we still trapped in the mindset of colonized nation that we thought our voices matter less? I hope not. To be heard, you don’t need to be loud. You just need to be brave.

I hope one day to see my country’s beauty queens modify their swimsuits (probably drape it with batik or something) to preserve modesty. Maybe?]



Cheers!

liza nur

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 05, 2021 15:05

December 3, 2021

Spine Tumour... my personal experience

Sakit...Dah beberapa kali aku diuji dengan sakit yang menuntut aku berada di bawah mata pisau. Tapi, aku jarang-jarang kongsi sebab bagi aku ramai lagi yang diuji dengan sakit yang lebih teruk dari aku. Malunya aku nak beritahu dugaan aku yang kecil-kecil ini.Cuma untuk kali ni, aku terbuka hati untuk bercerita. Mana tau kalau-kalau ada orang lain di luar sana alami simptom yang sama...
Sejak beberapa bulan lepas aku ada sakit belakang yang teruk.Bagi aku, sakit belakang adalah sesuatu yang normal.Sebagai seorang pengurus dana yang melakukan trading sendiri, memang aku terpaksa duduk lama menghadap komputer.Apatah lagi aku ni penulis sambilan.Tapi peliknya kali ini sakit aku bermula pada bahagian yang aku rasa aneh. Ni simptom-simptom yang aku alami:i) Sakit belakang atas sebelah kanan, lengan, sikuii) Tangan numbiii) Sakit melampau apabila batuk dan bersiniv) Sakit melampau apabila tidur sampaikan lepas aku baring nak bangun pun terpaksa berpautv) Sakit secara tiba-tiba tapi kekadang tak tahu nak pintpoint mana bahagian yang sakit sebenarnya.
Kali pertama aku jumpa doctor, katanya aku bengkak susu... Aku diberikan ubat dan muscle relaxant.Apabila sakit aku tak hilang, aku disuruh pula ke hospital untuk melakukan mammogram. Tetapi di hospital, aku dirujuk kepada general surgeon dan dihantar untuk melakukan ultrasound.Kata mereka, ada bengkak susu tapi hanya sedikit. Tetapi general surgeon rasa itulah puncanya dan berikan aku painkiller & plaster walaupun aku cakap sakit ni rasa lain (aku pernah kena bengkak susu/mastitis beberapa kali lepas lahirkan Alya dulu. jadi, aku tau sakit kali ni berbeza)Habis ubat, sakit masih tak reda.Aku terpaksa ke klinik sekali lagi. Kali ini, doktor ini refer aku kepada orthopedic.
Orthopedic suruh buat MRI di bahagian bahu. Menurut orthopedic aku ada koyakan kecil pada tendon dan paralabral cyst. Painkiller aku ditambah, diberikan spray dan plaster tampal.Tiga kali aku berjumpa orthopedic. Tiap kali, dose ubat painkiller dan spesies painkiller ditambah. Sakit tak surut. Ada masanya aku memang susah nak bangun, terpaksa berpaut sebab sakit sangat... Paling menyedihkan bila dah teruk sangat, aku sampai tak berupaya dukung Arif.Sebenarnya, level tolerant aku pada sakit amat tinggi. Tapi sakit belakang ni unbearable (kata seorang ibu yang sudah dua kali bersalin normal).
Aku kekadang terfikir adakah doktor ni semua pandang sakit aku remeh  kerana aku tak meraung, jalan terinjut-injut atau ada anggota berbalut seperti kebanyakan pesakitnya yang lain? Sebab aku memang begitu, sakit macam mana pun, aku akan tahan. Bahkan masa bersalin pun aku tak menjerit. Semasa follow up dengan orthopedic, aku terus cakap, "Saya sakit sangat, doctor. Sakit sangat-sangat sampai susah nak bangun. Normal ke sakit teruk macam ni dengan koyak kecil tu?".Jawapan doktor mengejutkan aku. Katanya, "Abnormal.  Nak MRI leher?"Sebetulnya aku memang bengang dengan jawapan beliau. Tapi bila fikirkan semula, aku pun satu... Apahal aku tak menjerit aje cakap sakit nak mampus, tak payah nak tahan? Cakap sakit dengan muka straightface, agaknya orang ingat aku pura-pura sakit kot.
Semasa lebih kurang 15-20 mins dalam mesin MRI yang teramat bising, aku dikeluarkan dari mesin dan diberitahu mereka kesan sesuatu dalam spine aku. Kemudian, aku disuntik dengan dye dan MRI diteruskan lagi. Kemudian, orthopedic terus cakap ada masalah dengan spine aku dan dia kena refer kepada neurosurgeon.Rupa-rupanya, sakit aku datang dari spine tumour yang dah menekan saraf aku. Neurosurgeon cakap tak ada pilihan, aku kena operate dan buang tumour tu atau kaki aku pulak akan slowly weaken lepas ni.Walaupun peratusan untuk aku lumpuh rendah, risikonya tetap ada. Dan ada juga risiko brain fluid bocor. Jadi, aku kena buat persediaan fizikal dan mental.
Operation aku petang Khamis. Rabu aku kena check in. Husband dan anak-anak drop aku kat lobi hospital. Banyak benda yang aku fikir masa tunggu nak sign consent letter untuk operation. Akhirnya aku faham apa mak selalu cakap masa aku kecil. Dulu mak cakap "Aku ni tak mintak banyak. Harap aku ni panjang umuq sampai anak-anak aku besaq boleh berdikari. Kalau aku tak ada, sapa nak bela anak-anak aku?". Lepas jadi mak, aku faham. Aku dah tak risaukan diri aku, aku hanya risaukan anak-anak aku.
Lepas daftar masuk wad, aku pun kemas-kemas barang supaya senang nak ambil lepas operation. Rupa-rupanya lepas operation aku kena duduk wad HDU sampai stabil. So aku kena kemas balik barang sebelum masuk bilik operation. Pening pulak aku fikir macam mana aku nak unpack barang lepas operation. Apa-apalah... Aku tawakal.
Pagi Khamis, aku kena buat nerve test. Macam-macam wayar sambung kat kepala dan kaki. Diaorang alirkan electric nak check nerve aku. Bertanda juga kaki aku. Sebelum buat nerve test, aku minta nak jalan sendiri. Lepas nerve test, pegawai kesihatan tu cakap aku kena naik wheelchair sebab takut wayar-wayar tu tercabut sebab diorang nak pakai lagi masa operation. Aku reda. Tapi aku sebak bila attendan hosp yang tolak aku tu seorang pak cik yang dah berumur. Masa tolak aku naik ramp, aku dengar nafas dia keras macam penat. Adakalanya aku rasa nak turun dan cakap aku boleh jalan sendiri. Bayangkan... aku ni susahkan orang walaupun kudrat aku barangkali lagi kuat dari orang tu. Malunya aku.
Sampai di bilik operation, aku diberitahu IV catheter akan dipasang oleh doc anaesthetic. First time, doc pasang sendiri. Pengalaman aku masuk hospital yang lepas-lepas, biasanya nurse yang pasangkan lepas admit ke ward. First time cucuk, Allahuakhbar, missed vein. Second cucuk, missed vein. Aku tahan aje sakit kat tangan kanan aku tu. Doctor berpindah ke tangan kiri. Cubaan kali ketiga barulah berjaya. Aku rasa dari nervous nak operation, dah jadi nervous nak kena pasang IV. Hehe... Kelakar pulak bila fikir sekarang.
Operation katanya mula pukul 2pm dan akan ambil masa 2-3 jam. Aku sedar dah pukul 6 lebih. Benda pertama aku cakap pada nurse adalah 'sejuk'. Nurse cepat-cepat ambil selimut. Aku mula gerakkan kaki dan kanan. Alhamdulillah, aku masih boleh gerakkan dua-dua. Aku cuba pusing pulak. Allahhuakhbar, sakit nak mampus. Lepas tu aku kena marah sebab katanya aku tak boleh sesuka hati cuba pusing. Ops!
Dalam tengah high tu, attendan hospital tolak aku ke HDU. Nurse letak handphone atas tangan aku dan cakap tolong call suami. Rupa-rupanya husband aku dah call hospital banyak kali. Sebab dia risau aku belum keluar since katanya operation 2-3 jam saja. Tapi masa tu dah pukul 7. Aku gagahkan juga call. Cakap pun masih merapu sebab aku memang high. 
Sakit juga masa first time bangun (dalam pukul 11 malam macam tu). Tapi tak sesakit backpain yang aku tanggung berbulan sebelum operation. Kaki dan paha aku numb dan kepala sakit. Aku gagahkan juga jalan perlahan-lahan. Yes, aku berjaya pergi toilet! Bangganya aku dengan diri sendiri (Bajet macam baby baru tau tatih... hehehe). Lepas tu nurse bagi aku biskut dan milo. Aku rasa nurse tu yang punya sebab nurse sebelum ni cakap dorg tak ada sediakan makanan sampai esok pagi. Sebab semua nurse pakai mask, aku even tak tahu nurse mana yang sedekahkan milo dan biskut tu. Terima kasih, nurse. Semoga nurse dimurahkan rezeki.
Dalam pukul 6 pagi esoknya, aku minta izin mandi. Alhamdulillah, walaupun kepala pening, aku mampu mandi sendiri. Lepas confident sikit, aku praktis jalan merata-rata dalam wad supaya numb aku hilang. Tapi sampai aku dipindahkan ke bilik semula pun, aku masih numb. Beberapa hari lepas tu, aku pun dibenarkan discharge. Husband aku pun datang pick up aku. 
Itulah kisah dua minggu lepas. Aku masih tak buat kerja-kerja berat dan masih dalam MC sekarang. Husband banyak bawa aku keluar berjalan-jalan sikit di tempat tak ramai orang untuk exercise. Numbness aku slowly semakin berkurangan. InsyaAllah, akan mula bertugas semula sedikit masa lagi. Alhamdulillah untuk pengalaman ini. 
Yup, i have another battle scar! Tapi kan orang selalu cakap... what doesn't kill you makes you stronger...and wiser. InsyaAllah.
Love,liza nur
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2021 01:05

Another battle scar

Sakit...Dah beberapa kali aku diuji dengan sakit yang menuntut aku berada di bawah mata pisau. Tapi, aku jarang-jarang kongsi sebab bagi aku ramai lagi yang diuji dengan sakit yang lebih teruk dari aku. Malunya aku nak beritahu dugaan aku yang kecil-kecil ini.Cuma untuk kali ni, aku terbuka hati untuk bercerita. Mana tau kalau-kalau ada orang lain di luar sana alami simptom yang sama...
Sejak beberapa bulan lepas aku ada sakit belakang yang teruk.Bagi aku, sakit belakang adalah sesuatu yang normal.Sebagai seorang pengurus dana yang melakukan trading sendiri, memang aku terpaksa duduk lama menghadap komputer.Apatah lagi aku penulis sambilan.Tapi peliknya kali ini sakit aku bermula pada bahagian belakang atas sebelah kanan. Kawasan ni aku rasa sedikit janggal. Kemudian sakitnya merebak ke siku, tangan. Kekadang tangan aku numb. Batuk dan bersin musuh ketat aku kerana aku rasa sakit melampau tiap kali terbatuk/bersin.Adakalanya aku tak tahu nak pintpoint mana datangnya sakit belakang aku. Kadang rasa di bahu, lengan, jari dan siku.
Kali pertama aku jumpa doctor, katanya aku bengkak susu... Aku diberikan ubat dan muscle relaxant.Apabila sakit aku tak hilang, aku disuruh pula ke hospital untuk melakukan mammogram. Tetapi di hospital, aku dirujuk kepada general surgeon dan dihantar untuk melakukan ultrasound.Kata mereka, ada bengkak susu tapi hanya sedikit. Tetapi general surgeon merasakan itulah puncanya dan berikan aku painkiller & plaster walaupun aku cakap aku sakit sangat.Habis ubat, sakit masih tak reda.Aku terpaksa ke klinik sekali lagi. Kali ini, doktor ini refer aku kepada orthopedic.
Orthopedic suruh buat MRI di bahagian bahu. Menurut orthopedic aku ada koyakan kecil pada tendon dan paralabral cyst. Painkiller aku ditambah, diberikan spray dan plaster tampal.Tiga kali aku berjumpa orthopedic. Tiap kali, dose ubat painkiller dan spesies painkiller ditambah. Sakit tak surut. Sampai masa, aku even tak boleh bangun dari katil, terpaksa berpaut sebab sakit sangat... Paling menyedihkan kerana sakit tu aku sampai tak berupaya dukung Arif.Level tolerant aku pada sakit amat tinggi. Jarangkali aku merungut tiap kali sakit sejak kecil. Aku banyak menahan. Tiap kali aku diuji sakit sampaikan terpaksa operation sekalipun, aku jarang-jarang beritahu kepada orang. Tapi sakit belakang ni unbearable (kata seorang ibu yang sudah dua kali bersalin normal).
Aku kekadang terfikir adakah doktor ni semua pandang aku remeh bila aku kata aku sakit kerana aku tak meraung atau jalan terinjut-injut seperti pesakitnya yang lain? Sebab aku memang begitu, sakit macam mana pun, aku akan tahan. Masa bersalin pun aku tak menjerit. Semasa berjumpa orthopedic sekali lagi, aku akhirnya bertegas. Aku tanya padanya, "Saya sakit sangat, doctor. Sakit sangat-sangat sampai susah nak bangun. Normal ke sakit teruk macam ni dengan koyak kecil tu?".Jawapan doktor mengejutkan aku. Katanya, "Abnormal.  Nak MRI leher?"Sebetulnya, aku memang bengang dengan jawapan beliau sebab kenapa tak buat dari awal. Penat aku menelan segala bentuk painkiller. Tapi bila fikirkan semula, aku pun satu... Apahallah aku tak menjerit aje cakap sakit nak mampus, tak payah nak tahan. Cakap sakit dengan muka straightface, agaknya orang ingat aku pura-pura sakit kot.
Semasa lebih kurang 15-20 mins dalam mesin MRI yang teramat bising, aku dikeluarkan dari mesin dan diberitahu mereka kesan sesuatu yang abnormal. Kemudian, aku disuntik dengan dye dan MRI diteruskan lagi. Kemudian, orthopedic terus cakap ada masalah dengan spine aku dan dia kena refer kepada neurosurgeon.Dari pagi sampai petang aku menunggu neurosurgeon seorang diri di hospital (aku biasanya ke hospital seorang diri sebab husband kena jaga anak-anak kami. Kami takut nak bawa anak-anak ke hospital sebab Covid-19. Kalau aku sakit sampai tak mampu drive, aku biasanya naik Grab)So, dipendekkan cerita... Rupa-rupanya, sakit aku datang dari spine tumour yang dah menekan saraf aku. Neurosurgeon cakap tak ada pilihan, aku kena operate dan buang tumour tu atau kaki aku pulak akan slowly weaken lepas ni.
Lepas dah tau aku sakit, kawan-kawan baik aku sibuk research cari neurosurgeon yang bagus untuk aku. Semua orang takut sebab aku nak kena operate spine. Walaupun peratusan untuk aku lumpuh rendah, risikonya tetap ada. Dan ada juga risiko brain fluid bocor.
Encik suami memang down sangat lepas tahu dan dia sedih sebab aku kena go through sakit macam ni. Aku cakap aku ok. Aku suruh dia kuat untuk anak-anak dan aku mula plan apa nak buat kalau-kalau perkara tak diingini berlaku. Dia hanya angguk-angguk bila aku cakap list of benda dia kena buat kalau ada benda tak baik jadi kat aku. Dia nak jaga aku kat hospital tapi aku tak bagi sebab aku risaukan anak-anak kami. Aku kena pastikan anak-anak kami selamat, terjaga. Jadi, dia setuju untuk stay dengan anak-anak kat rumah.
Aku tak ada siapa nak minta tolong. Jadi, aku terus call along. Along cakap dia kena kerja tapi dia boleh datang jenguk lepas operation hari Khamis. Tapi Jumaat katanya dia kena kerja dan weekend dia kena pergi PD untuk sambut anniversary yang dah lama dirancang. Aku tanya hospital, diaorang cakap caretaker yang dibenarkan hanya seorang dan kena buat Covid test dan tunggu sampai aku discharge. Obviously, aku tak rasa aku boleh discharge hari Jumaat sebab operation pun Khamis petang. 
Angah cakap dia boleh datang hari Jumaat dan tunggu aku sampai aku discharge. Tapi kalau boleh aku tak nak susahkan angah sebab angah kena jaga mak. Aku suruh angah dan mak tunggu kat rumah aje kalau mereka datang, temankan budak-budak kecik kesayangan aku kat rumah. Aku cakap andai kata keadaan aku teruk dan aku tak boleh bergerak, baru angah datang kat hospital temankan aku.
Operation aku petang Khamis. Rabu aku kena check in. Husband aku berdegil nak hantar juga. Jadi, aku izinkan dia drop aku kat lobi hospital dengan anak-anak. Masa aku drag beg aku nak masuk hospital, aku doa pada Tuhan, mohon jangan susahkan keluarga aku kalau apa-apa ditakdirkan jadi pada aku. Aku minta permudahkan urusan suami jaga anak-anak. Akhirnya aku faham apa mak selalu cakap masa aku kecil. Dulu mak selalu cakap "Aku ni tak mintak banyak. Harap aku ni panjang umuq sampai anak-anak aku besaq boleh berdikari. Kalau aku tak ada, sapa nak bela anak-anak aku?". Lepas jadi mak, aku faham. Aku dah tak risaukan diri aku, aku hanya risaukan anak-anak aku.
Banyak benda yang aku fikir masa tunggu nak sign consent letter untuk operation. Aku fikir pasal suami dan anak-anak aku, aku fikir parents aku, fikir adik-adik aku yang masih belajar. Baru aku sedar yang aku hidup bukan hanya untuk diri aku sendiri. Aku ada banyak tanggungan dan aku risau nasib mereka kalau apa-apa jadi pada aku.
Lepas daftar masuk wad, aku pun kemas-kemas barang supaya senang nak ambil lepas operation. Rupa-rupanya lepas operation aku kena duduk wad HDU sehari. Kalau ok, baru pindah bilik balik yang berkemungkinan bukan bilik sama. So aku kena kemas balik barang sebelum masuk bilik operation. Pening pulak aku fikir macam mana aku nak unpack barang lepas operation. Apa-apalah... Aku tawakal.
Pagi Khamis, aku kena buat nerve test. Macam-macam wayar sambung kat kepala dan kaki. Diaorang alirkan electric nak check nerve aku. Bertanda juga kaki aku. Sebelum buat nerve test, aku minta nak jalan sendiri. Lepas nerve test, pegawai kesihatan tu cakap aku kena naik wheelchair sebab takut wayar-wayar tu tercabut sebab diorang nak pakai masa operation. Aku reda. Tapi aku sebak bila attendan hosp yang tolak aku tu seorang pak cik tua yang baru balik kerja. Dia pun baru lepas operation rupa-rupanya. Masa tolak aku naik ramp, aku dengar nafas dia keras macam penat. Adakalanya aku rasa nak turun dan cakap aku boleh jalan sendiri. Bayangkan... aku ni susahkan orang walaupun kudrat aku barangkali lagi kuat dari orang tu. Malunya aku.
Sampai di bilik operation, aku diberitahu IV catheter akan dipasang oleh doc anaesthetic. First time, doc pasang sendiri. Pengalaman aku masuk hospital yang lepas-lepas, biasanya nurse yang pasangkan lepas admit ke ward. First time cucuk, Allahuakhbar, missed vein. Second cucuk, missed vein. Aku tahan aje sakit kat tangan kanan aku tu. Doctor berpindah ke tangan kiri. Cubaan kali ketiga barulah berjaya. Aku rasa dari nervous nak operation, dah jadi nervous nak kena pasang IV. Padahal seumur hidup aku, aku sendiri dah tak ingat berapa banyak aku kena cucuk jarum. Masa aku kena gestational diabetic dulu, 4 kali sehari aku cucuk jari sebab nak check bacaan gula dalam darah. Dalam sakit-sakit, kelakar pun ada rasanya. 
Operation katanya mula pukul 2pm dan akan ambil masa 2-3 jam. Aku sedar dah pukul 6 lebih. Benda pertama aku cakap pada nurse adalah 'sejuk'. Nurse cepat-cepat ambil selimut yang panas. Aku mula gerakkan kaki dan kanan. Alhamdulillah, aku masih boleh gerakkan dua-dua. Aku cuba pusing pulak. Allahhuakhbar, sakit nak mampus. Lepas tu aku kena marah sebab katanya aku tak boleh sesuka hati cuba pusing. Ops!
Dalam tengah high tu, attendan hospital tolak aku ke HDU. Nurse letak handphone atas tangan aku dan cakap tolong call suami. Rupa-rupanya husband aku dah call hospital banyak kali. Sebab dia risau aku belum keluar since katanya operation 2-3 jam saja. Tapi masa tu dah pukul 7. Aku gagahkan juga call. Cakap pun masih merapu sebab aku memang high. Lepas buat few calls, aku text beberapa kawan aku ckp aku okay. Nurse offer air. Aku teguk sikit aje sebab aku takut nak ke toilet sebab aku tau aku belum ready nak bangun. Sejam lepas tu, aku minta nak ke toilet. Nurse tak bagi dan offer bedpan. Aku tolak dan cakap belum betul-betul rasa nak pee. Aku tahan sampai lebih kurang pukul 11 malam sampai aku nampak ada nurse lain. Aku tanya boleh tak nak pergi toilet. Yes, nurse ni cakap boleh! 
Sakit juga masa first time bangun. Tapi tak sesakit backpain yang aku tanggung berbulan sebelum operation. Kaki dan peha aku numb dan kepala sakit. Aku gagahkan juga jalan perlahan-lahan. Yes, aku berjaya pergi toilet! Bangganya aku dengan diri sendiri (Bajet macam baby baru tau tatih). Lepas tu nurse bagi aku biskut dan milo. Aku rasa nurse tu yang punya sebab nurse sebelum ni cakap dorg tak ada sediakan makanan sampai esok pagi. Sedihnya aku. Sebab semua nurse pakai mask, aku even tak tahu nurse mana yang sedekahkan milo dan biskut tu. Terima kasih, nurse. Semoga nurse dimurahkan rezeki.
Dalam pukul 6 pagi, aku minta izin mandi. Alhamdulillah, walaupun kepala pening, aku mampu mandi sendiri. Lepas confident sikit, aku praktis jalan merata-rata dalam wad supaya numb aku hilang. Tapi, sampai aku dipindahkan ke bilik semula pun, aku masih numb. Beberapa hari lepas tu, aku pun dibenarkan discharge. Husband aku pun datang pick up aku. Waktu tu angah dan mak memang dah ada kat rumah aku, jadi angah tolong tengokkan Alya, Adam dan Arif sementara suami aku datang pickup aku kat hospital.
Itulah kisah dua minggu lepas. Aku masih tak buat kerja-kerja berat dan masih dalam MC sekarang. Husband banyak bawa aku keluar berjalan-jalan sikit di tempat tak ramai orang untuk exercise. Numbness aku slowly semakin berkurangan. Alhamdulillah. InsyaAllah, akan mula bertugas semula sedikit masa lagi. Alhamdulillah untuk pengalaman ini. 
What doesn't kill you makes you stronger...and wiser. InsyaAllah.
Love,liza nur





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 03, 2021 01:05

November 29, 2021

Every child should be a wanted child

Aku tidak dilahirkan dalam keluarga senang. Tetapi, berbeza dengan penduduk miskin bandar, aku tidak merasa terbeban dengan kesusahan. Sebab aku orang susah yang dibesarkan di kalangan orang yang susah. Malahan untuk mengaku aku susah juga malu sebab ada ramai lagi jiran-jiran aku yang jauh lebih susah….

Kampung aku letaknya berdekatan hulu Sungai Perai yang airnya kelam kerana pencemaran. Aku tinggal di penghujung Kampung Bagan Dalam dan bersebelahan dengan Kampung Ujong Batu. Semasa aku dibesarkan, kawasan Ujong Batu memang popular dengan aktiviti jenayah; pecah rumah, dadah dan sebagainya. Sehinggakan semasa aku menceritakan lokasi kampung aku kepada seseorang yang juga dari Butterworth semasa aku bekerja di Kuala Lumpur, dia terus mengeluarkan statement, “Oh, tu kawasan gangster!”. Rumah aku juga pernah dipecah masuk. Almaklumlah, tingkat atas rumah aku diperbuat dari papan yang banyak anai-anai, senang nak kopek dinding. Tetapi, Alhamdulillah, anak-anak perempuan mak seramai tiga orang selamat membesar.

Sejak kecil, mak pelihara aku, abang, kakak dan adik aku yang OKU seorang diri. Ayah tinggalkan kami sejak aku kecil. Tak usahlah rasanya aku ungkit kenapa sebab seolah-olah buka pekung di dada. Walaupun susah, mak usahakan juga supaya kami cukup makan dan pakai dan yang paling utama sekali, cukup pelajaran. Prinsip mak, makan cacing sekalipun, kami semua kena pergi sekolah.

Aku selalu baca dan tonton kes buang anak di televisyen sejak kecil. Dan adakalanya mak akan mengungkit yang dia tak buang anak-anaknya walaupun terpaksa bekerja berhempas-pulas. Kekadang kes-kes begini buat kami sekeluarga terasa hendak menangis. Terutama apabila ada bayi-bayi yang dibuang ni meninggal dunia kerana dicampak di dalam toilet dan ada yang digigit anjing. Mak sampai pernah keluarkan ayat, “Awatlah depa pi buang kat situ? Kalau dah tak mau sangat, awat tak mai buang kat rumah kita? Kalau aku dapat, susah macam mana pun, aku belalah sampai besaq”. Aku membesar dengan falsafah mak dalam pelbagai bentuk.

Aku harap ada orang beri kami anak yang mereka tak nak daripada dibuang bagaikan sampah. Kalau aku terdengar bunyi kucing malam-malam, aku akan paranoid dan terfikir barangkali ada bayi dibuang orang. Aku akan keluar rumah dengan torch light untuk periksa kalau ada bayi di sekitar rumah. Begitulah rutin yang kerap aku lakukan walaupun aku hanya budak mentah. Dari kecil sampai besar, aku terus terbaca artikel-artikel tentang pembuangan bayi. Pengalaman mengajar aku, perkara paling menyedihkan bagi seorang anak adalah apabila dia rasa‘unwanted’ oleh ibubapanya sendiri. Dan aku sedih membayangkan keadaan ini berlaku berulang-ulang di dalam masyarakat kita. For me, every child should be a wanted child.

Mak bersara awal selepas aku mula bekerja. Alhamdulillah, walaupun mak ada duit pencen, aku dan kakak dimurahkan rezeki untuk menjaga mak dan menanggung perbelanjaannya. Lepas beli sebuah rumah dan kereta, aku menyuarakan hasrat kepada mak untuk mengambil anak angkat. Tetapi mak membantah. Kata mak, “Toksah, achik. Mak tau kalau hang ambik anak angkat, nanti hang tak mau menikah dah”. Aku ungkit pada mak, mak pun boleh besarkan kami tanpa suami. Memang teruklah aku kena marah dengan mak. Dush! Dush!

Semasa umur aku menjangkau 28 tahun, aku dipinang oleh kawan baik aku sendiri, Megat. Aku beritahu Megat nawaitu aku untuk mengambil anak angkat. Dia menerima dengan lapang dada. Bermulalah cabaran aku untuk mencari jalan untuk mengambil anak angkat dan mempelajari prosedur-prosedur yang perlu aku ikut.

Selepas melahirkan Alya, aku semakin serius dengan pencarian aku. Tiap kali aku berpeluang melawat pusat kebajikan, aku akan berikan kad nama aku dan memberitahu penjaga di situ kalau ada sesiapa yang mahu memberi anak mereka sebagai anak angkat, mohon hubungi aku. Aku juga pm selebriti yang kononnya membantu orang mengambil anak angkat, tetapi tiada balasan. Aku tak menyalahkan sesiapa kerana aku tahu aku mampu mendapat anak sendiri. Mungkin mereka akan mendahulukan individu yang tidak mampu melahirkan zuriat sendiri.

Allah perancang terbaik. Semasa menghadiri kursus, aku sempat berbual dengan rakan yang telah lama aku kenali. Aku menyuarakan niat untuk mengambil anak angkat. Dia memberitahu aku tentang kawan emaknya yang banyak melakukan aktiviti kebajikan. Penghujung 2018, aku bersedih dengan kehilangan adik aku, arwah Liana yang meninggal dunia selepas bertarung dengan sakit kronik seumur hidupnya. Aku menghubungi kawan kepada emak kawanku (biar aku panggilnya Kak A di sini) dan bertanya soal pengambilan anak angkat. Tak lama kemudian, aku dihubungi semula Kak A. Kak A menceritakan yang ada seorang ibu yang sedang sarat mengandung hendak menyerahkan anaknya sebagai anak angkat. Ada keluarga yang sudah berjanji hendak mengambil anaknya tetapi bertukar fikiran di saat-saat akhir kerana si isteri tiba-tiba saja mengandung. Aku terus menawarkan diri untuk menggantikan mereka. 

Aku kena buat persediaan cepat kerana si ibu due lagi dua minggu. Pertama, aku ke hospital untuk mengambil suntikan dan pil untuk mengeluarkan susu supaya aku mampu menjadi ibu susuan kepada anak itu. Kerana anak sulung aku perempuan dan bayi ini lelaki, aku mahu menghalalkan hubungan mereka. Tiap hari aku akan curi masa ke bilik air dan bawa pam susu manual untuk digunakan supaya dapat stimulate pengeluaran susu. Dua minggu kemudian, aku diberitahu ada kemungkinan aku takkan mendapat anak tersebut kalau keluarga ibu kandungnya menghalang. Aku reda kerana niat aku hanya untuk membantu. Kalau bukan rezeki aku, maknanya bukanlah.

Beberapa hari lepas tu, aku mendapat panggilan yang ibu kandung anak tersebut baru selamat bersalin. Aku menanggung kos si ibu bersalin di hospital swasta dan kemudian kos untuk menjaga dia sehingga tamat pantang termasuk makanan, tempat tinggal dan tukang urut. Megat terpinga-pinga semasa aku cakap baby dah selamat lahir dan suruh dia pergi azankan. Dia pun terus ke hospital untuk mengazankan bayi. Aku pun semakin aktif pam susu dan kumpul apa saja yang ada di dalam peti sejuk. Lepas buat pendaftaran kelahiran di JPN, pengakuan sumpah mengambil anak angkat di suruhanjaya sumpah dan membuat laporan polis, kami susuli pula dengan membuat laporan di JKM & hadiri proses temuduga untuk memastikan kami mengikut prosedur yang betul.

Alhamdulillah, beruntungnya aku. Aku berjaya susukan anak yang kami namakan Adam. Alya menerima kehadiran adik baru dengan excited. Balik dari playschool, dia terus teruja apabila diberitahu adiknya dah lahir. Alya sibuk kongsi toys walaupun adik tak tau main lagi. Sejak ada Adam, aku lebih hargai Megat. Mengambil anak angkat adalah perancangan aku sejak kecil. Tetapi, Megat… dia masukkan diri dalam setiap perancangan aku dan play role seorang ayah dengan sangat baik. Kami tak pernah bezakan Alya dan Adam. Kalau mana-mana nakal, akan kena marah. Dua-dua diajar berkongsi dan saling menjaga antara satu sama lain.

Dua tahun kemudian, aku mengandung sekali lagi. Alhamdulillah, Arif melengkapkan keluarga kecil kami. Kami mengambil keputusan berhenti di sini supaya dapat beri lebih perhatian kepada anak-anak kami.

Ada macam-macam spesis manusia yang terlebih ‘prihatin’ yang mempersoalkan keputusan aku. Jadi, biar aku beri pencerahan tentang pendapat aku mengenai isu-isu yang mereka bangkitkan:

i)                    Golongan yang mengatakan nanti terkahwin adik-beradik sendiri : Kalau Adam nak kahwin suatu nanti, InsyaAllah aku suruh buat ujian DNA. Sains ada untuk memudahkan. Kenapa perlu wujudkan masalah yang tak ada?

ii)                   Ada orang kata nanti timbul masalah dengan anak-anak kandung aku: Aku ibu susuan Adam. Even sampai susu Arif sekarang pun Adam kongsi sekali walaupun dia dah besar. Kalau aku pam susu, datang aje dia dengan botol dia nak tadah sekali. Hubungan ibu susuan ni dengan anak takkan terputus.

iii)                 Ada juga yang menempelak, hang tak risau ke nanti mak dia ambil balik: Aku ikhlas nak tolong. Aku tak dapat menidakkan hak ibu kandung. Tapi kalau ibu kandung Adam terbaca post ni, aku mohon izinkan aku besarkan Adam dengan baik dan berikan dia pendidikan yang sewajarnya dulu. Lepas Adam dah berjaya nanti, InsyaAllah aku dan suami takkan halang Adam berbakti pada ibu bapa kandung.

iv)                 Ada orang berpendapat kalau bela anak bukan anak kandung ni nakal dia lain macam: Aku nak balas pendapat golongan macam ni dengan soalan semula, “Ada ke budak kecil yang tak nakal? Kau ingat kau lahir-lahir dulu terus sopan, tertib?”.

Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberi semangat kepada sesiapa yang berhajat untuk mengambil anak angkat. Don’t worry too much. Kalau kau rasa nak buat sesuatu, jangan biarkan cakap-cakap orang dan perspektif negatif mereka ganggu nawaitu kau. Nawaitu kau, kau perbetulkan dan perkemaskan. Nawaitu orang di luar kawalan kau. Jadi, abaikan!

Action speaks louder than words.

(Update from previous post: Ya Misi Hujung Tahun 2018 liza nur berjaya)

Love,

~liza nur

 

 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 29, 2021 17:09

May 19, 2019

#Bridesmaid dah keluar, BGB next...

Assalammualaikum,
Yes... #Bridesmaid dah out November lepas.
Aku baru nak buat pos hari ni (liza nur tampar dahi).
Dan... jeng jeng jeng... Novel baru aku BGB akan keluar InsyaAllah July akan datang.
Ya, seperti biasa, aku nervous. BGB kisah yang berat. Tapi, memotret watak utama aku mudah kerana karektor yang kuat buat aku sekali bersemangat.

Banyak benda jadi sejak aku post aku yang lepas.
Lepas adik pergi, aku dapat berita abah accident.
Jadi, aku pergi ke Johor, jumpa abah setelah lebih kurang 16 tahun tak jumpa abah.
Tak ada apa yang berubah kecuali usia kami berdua telah menganjak naik.
Aku masih aku. Abah masih abah.
Aku jumpa family baru (tak baru sebenarnya) abah kat sana dan kenal dua orang adik lelaki yang aku tak pernah kenal sebelum ni. (that's something, kan?)

Aku tambah ahli keluarga baru, Adam Disember lepas, Alhamdulillah.
He used to be someone I want, but now he is someone I need.
Setiap hari, lepas balik kerja dan pandang muka Alya & Adam, aku rasa hidup aku complete.
What else can I ask for? Thank you, Allah.
Kepada yang nak tengok Adam, follow IG : lizanur_official

Editor cakap liza patut promote buku.
Marketing is not my forte tapi aku akan cuba yang terbaik seperti setiap kerja yang digalaskan ke bahu aku sama ada aku suka atau tak.
Mungkin kauorang akan annoyed tengok iklan-iklan buku liza nur lepas ni.
Sabar ya...
Aku kena buat kalau aku nak terus mengarang sebab orang sekarang dah tak suka baca buku macam dulu-dulu.
Ya, aku boleh stop dan fokus pada kerja aku sekarang.
Tapi, aku tulis novel sejak umur 17 tahun...sebelum aku jadi fund manager.
Aku tulis sebab aku minat dan walaupun masa depan aku dalam bidang penulisan masih samar-samar, aku akan teruskan selagi mampu...

Cheers,
liza nur

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 19, 2019 14:53

December 24, 2018

Misi hujung tahun 2018

Assalammualaikum,

Dah lebih tiga bulan Adik Liana pergi.
Aku belum pulang-pulang sejak meletakkan nisan di atas kuburnya kira-kira dua bulan lepas.
Hanya menghubungi mak dan angah 4-5 kali seminggu untuk melepaskan rindu.
Terlalu banyak yang aku rencanakan untuk meletakkan kembali hidup aku pada landasan normal walaupun otak sedikit kacau.
Terima kasih kepada Encik Suami yang masih menjadi sahabat setia sejak 14 tahun yang lepas... Ya, menikahi kawan baik aku adalah keputusan yang bernas. Aku patut berterima kasih kepada dia yang menjadi penunggu setia di depan rumah untuk memujuk aku semasa aku menolak lamarannya mula-mula dulu.

Karangkraf dah published #Bridesmaid November lepas.
Alhamdulillah, aku dah siapkan manuskrip baru untuk terbitan tahun depan berjudul BAJ (buat masa sekarang).
Terima kasih buat para pembaca yang masih setia menunggu buku-buku aku.
Ada juga yang minta aku belikan buku untuk dapatkan autograf. Terima kasih atas penghargaan kalian.
Aku ada menerima panggilan minggu lepas yang menawarkan tugasan menulis skrip kanak-kanak. Aku teruja tetapi setelah aku maklumkan tentang kekangan waktu disebabkan kerja, aku rasa pihak studio barangkali sudah berubah fikiran (walaupun aku sebenarnya masih berharap).

Life goes on...
Hanya itu yang boleh aku fikirkan tiap kali aku rasa kehilangan. Atau tiap kali aku cuba persoalkan kenapa takdir tidak berada di pihak aku.
Cuma perancangan Allah yang terbaik.
Maka, aku meletakkan sepenuh kepercayaan aku kepadaNya.
Aku lebih tenang kerana aku percaya apa saja yang aku peroleh adalah yang terbaik dariNya.
Mungkin kerana itulah Rukun Negara yang pertama adalah Kepercayaan Kepada Tuhan. Tak ada agama yang menyuruh penganutnya melakukan kejahatan. 

Bak kata Encik Suami, liza tak reti duduk diam.
Itulah aku. Tak ada kerja, cari kerja.
Aku ada misi baru hujung-hujung tahun ni.
Semoga Allah permudahkan niat aku yang satu ini.


~liza nur
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2018 15:09

September 14, 2018

Warkah Buat Adik

Adik,
Maafkan achik sebab balik lambat.
Memang achik tergerak hati nak balik hari Sabtu. Tapi, memikirkan hari minggu yang lepas cuti panjang & pasti ramai nak balik awal, achik tukar rancangan balik kampung hari Isnin. Achik ambil cuti Rabu-Jumaat.
Kalau achik redah saja jem, mesti achik dapat jumpa adik achik dalam keadaan masih bernyawa, bukan jasad kaku yang berselumbung kain putih.
Adik,
Maafkan achik sebab take things for granted.
Waktu angah cakap adik kena epilepsi dan muka biru, achik masih tenang.
Sebab adik kerap kena epilepsi sejak kecil. Kekadang sampai dua-tiga kali sehari.
Sejak dari kecil, doktor cakap keadaan jantung adik makin teruk. Doktor suruh family kita bersedia.
Tapi, adik survive... Adik achik hidup 25 tahun 6 bulan 20 hari walaupun masa adik kecil, doktor suruh keluarga kita sediakan kain kapan. Doktor tu silap! Adik achik kuat.
Adik,
Masa achik sampai rumah, ada jasad adik di ruang tamu.
Achik fikir, 'kenapa adik tak tunggu achik balik? achik memang rancang nak balik Isnin...'
Achik selak kain, tengok muka adik. Adik nampak macam tengah tidur, tenang...
Mak nangis, angah nangis.
Tapi, achik tak boleh menangis. Achik sibukkan diri buat persiapan kebumikan adik. Sebab achik perlukan distraction. Fikiran achik kacau.
Achik kutip daun bidara, buat air mandian adik. Achik potong daun pandan untuk tabur kat kubur adik. Achik pasang tirai untuk mandikan jenazah adik kat rumah.
Adik,
Sewaktu mandikan adik, achik teringin nak genggam tangan adik. Tapi, achik takut achik tak kuat. Achik belai rambut adik, lembut. Achik terfikir tiap kali achik balik raya dan mandikan adik pagi-pagi. Tujuannya sebab achik nak syampoo dan letak conditioner kat rambut adik sebab rambut adik selalu kasar. Tapi, lepas adik jadi jenazah, rambut adik lembut sangat...
Adik,
Achik minta maaf sebab jarang balik. Achik minta maaf sebab selalu beli barang online dan hantar kat adik. Padahal achik patut balik bagi sendiri kat adik.
Mak cakap adik seronok terima bungkusan posmen masa kali pertama achik kirim barang letak nama adik. Jadi, achik asyik buat benda yang sama. Walaupun, achik tau adik mesti lagi seronok kalau achik balik belikan barang-barang tu untuk adik.
Adik,
Achik ingat masa kali pertama achik tulis novel masa sekolah menengah. Dengan royalti pertama, achik belikan kasut untuk adik.
Adik mesti tak tau betapa bangganya achik masa tu. Sebab achik mampu belikan barang2 untuk family achik dengan gaji pertama achik.
Tapi, adik marahkan achik sebab achik tak belikan adik sweater sebab adik nampak angah dapat sweater. Adik baling kasut tu kat muka achik.
Achik sedih, achik merajuk dan kecik hati dengan adik. Tapi, achik terlupa... adik achik anak istimewa, adik achik tak faham. Badan adik achik dah besar tapi fikiran adik masih kecil. Achik tak patut merajuk dengan adik. Achik minta maaf.
Adik,
Ada banyak benda yang achik kesalkan dalam hidup.
Kekadang achik salahkan diri sendiri dalam diam... Sebab achik merayu kat mak, minta seorang adik masa achik kecil walaupun masa tu mak tengah banyak dugaan... Achik tak tau adik achik akan sakit, terpaksa hidup menderita...
Masa achik tengok adik kat ICU masa adik kecil dulu, achik doakan kat Tuhan supaya tukar tempat dengan adik.
Achik fikir, achik budak nakal, selalu lawan cakap mak. Achik rasa adik lebih layak hidup dari achik.
Achik tau semua ni qada & qadar... Achik tau achik tak boleh lawan takdir Tuhan... Tapi, achik terlalu lemah... Umur achik masa tu baru tujuh tahun & achik tak cukup kuat untuk tengok keadaan adik.
Adik,
Dulu achik selalu mengadu... adik suka pakai seluar pendek achik jadi seluar panjang adik. Adik tarik subang achik sampai tindik achik jadi panjang dan hodoh. Adik sebabnya achik selalu ponteng sekolah sebab kena jaga adik. Adik ludah atas muka achik bila adik marah. Adik gigit dan cakar tangan achik sebab adik geram. Adik curi selimut achik malam-malam dan achik terpaksa tidur menggeletar...
Teruknya achik ni, adik. Kenapa achik kena berkira dengan adik? Adik kan sakit. Patutnya achik mengalah dari mengadu pada mak. Achik minta maaf, adik.
Adik,
Achik sayang adik.
Kalau achik lama tak balik, achik boleh terbayang muka adik.
Achik ego, achik tak pernah beritahu achik rindu. Tapi, achik sayang adik achik sangat2. Achik selalu bayangkan dengan teknologi yang canggih sekarang, satu hari nanti doktor akan jumpa cara rawat adik. Tapi, achik tak sangka yang masa adik dah suntuk.
Adik,
Urusan dunia adik dah selesai. Mak, along, angah & achik dah cuba yang terbaik. Kami minta maaf kalau kami ada khilaf semasa menguruskan jasad adik.
Alhamdulillah, urusan adik sangat mudah...
Kami sayang adik. InsyaAllah, kami akan selalu ingat dan doakan adik.
Tempat adik di syurga sebab adik anak istimewa. Angah cakap, kalau kami nak jumpa adik lagi, kami pun kena usaha untuk pergi tempat yang sama dengan adik.
Along, angah dan achik dah tempahkan nisan untuk adik. Nanti bila dah siap, kami balik pasangkan untuk adik.
Adik,
Achik tau adik dah tak ada untuk baca surat ni...
Tapi, hanya ni cara achik melepaskan rindu achik... melepaskan rasa bersalah dan terkilan achik...
Adik,
Achik minta maaf sebab tak balik awal. Achik sayang adik.



Love,
Achik
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2018 00:51

April 11, 2018

Kenapa hari ini bukan hari yang baik?

Jawapannya adalah:
1) Bekerja dalam keadaan demam
2) Melihat sekujur tubuh dilitup kain putih di bahu jalan raya bersebelahan ambulans semasa drive balik
3) Melihat pemandu tidak berhemah membuang sampah keluar tingkap  (ini insiden yang berulang-ulang hampir setiap hari)
4) Orang-orang tidak sabar memotong queue di plaza tol (insiden yang aku lihat hari-hari)


Cara liza nur meneutralkan hari yang dirasakan kurang baik adalah:
~membetulkan cara berfikir~
1) Demam mengingatkan aku tentang pentingnya kesihatan. Kerana demam juga aku kenal budi baik rakan-rakan sekeliling. A aka team head aku sanggup menggantikan aku ke meeting PR. S menyedekahkan aku ubat-ubat dari lacinya. L masih sudi mengajar aku sepak bola dalam keadaan aku yang slow. R, H dan M beberapa kali bertanya sama ada aku okay atau tak dan menyuarakan simpati. Maka, aku merasakan aku seorang yang beruntung kerana dikelilingi oleh orang-orang yang baik hati.
2) Melihat kematian mengingatkan aku tentang Tuhan dan dunia yang hanya bersifat sementara. Ia boleh berlaku di mana-mana. Hidup itu belum tentu tapi mati itu pasti.
3) Ia benar-benar menguji kesabaran. Untuk berfikiran positif, aku beranggapan orang sebegini sebenarnya tidak sengaja. Barangkali tangan mereka lenguh.
4) Setiap kali aku melihat insiden ini, aku hanya menganggap orang-orang ini mahu ke toilet atau isteri mereka mahu bersalin. krik! krik! krik!

Cheers!
liza nur

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2018 04:23

April 10, 2018

Dates...

Assalammualaikum,

Akhirnya tarikh election diumumkan tadi,Bagi yang tertinggal kereta, berikut adalah tarikh-tarikh keramat untuk pilihanraya kali ini:Penamaan calon - 28 April 2018Undi Awal - 5 May 2018Pilihanraya - 9 May 2018Ya, pilihanraya jatuh pada hari Rabu. Agak mengejutkan bagi budak skema seperti aku yang menyangka pilihanraya akan diadakan di hujung minggu. 
Sebelum berbicara soal pilihanraya, satu lagi isu yang masih melarut dalam otak aku adalah apa agaknya kesudahan 'trade war' di antara US-China.Pening bukan? Walaupun market sudah menunjukkan tanda-tanda recovery, apa jua yang bakal diumumkan oleh dua pemimpin ekonomi terbesar ini pasti akan meninggalkan impak kepada negara-negara serantau.Bak kata orang, 'kalau US bersin, pasti negara-negara yang lain akan terkena flu'.Bagi yang tertinggal kapal terbang, berikut adalah tarikh-tarikh yang membawa kepada permulaan trade war antara US-China:Trump mengumumkan 30% tarif ke atas solar panel & 20% tarif ke atas mesin basuh yang diimport dari China - 22 Jan 2018US mengenakan 25% tarif ke atas steel dan 10% ke atas aluminium- 8 March 2018China mengumumkan tarif ke atas US$3bn barangan yang diimport dari US - 22 March 2018China mengenakan 25% tarif ke atas pork, 15% ke atas wine, fruit, nuts dan steel pipe dari US- 2 April 2018US mensasarkan tarif  ke atas US$50bn barangan elektronik termasuk flat-screen tv, aircraft part dan bateri dari China - 3 April 2018China membalas dengan tarif ke atas US$50bn aviation, soybean dan motor vehicles yang diimport dari US - 4 April 2018
Mungkin ramai yang tertanya-tanya, kenapa pulak Malaysia akan kena impak? Banyak jawapan untuk soalan ini. Antaranya... ada komponen-komponen produk yang dieksport ke US dari China dihasilkan di Malaysia. Ada juga berpendapat mungkin Malaysia akan menjadi salah satu dumping ground untuk produk yang tidak dapat dieksport ke US. Tetapi, ada juga yang merasakan impaknya mungkin positif. Contohnya, China mungkin akan menggantikan soybean dari US dengan palm oil dari Malaysia (walaupun aku rasa kebarangkalian itu kecil kerana China boleh mengimport soymeal instead of soybean dari US tanpa tarif atau membeli soybean dari Argentina/Brazil). Banyak kebarangkalian yang memeningkan banyak pihak. Setakat ini, belum ada pihak yang mampu mengukur impak 'trade war' ini (jika berlaku) dengan jitu. Maka, banyak spekulasi yang timbul.
Tambah mengharukan adalah tarikh-tarikh lain yang signifikan dalam hidup aku masih tidak diketahui. Ya, aku masih tak tahu bila Dhea Gadis Dreamer yakni buku ke-19 aku akan keluar ke pasaran. Juga tak tahu bila manuskrip Bridesmaid yang aku tulis tiga tahun lepas akan diterbitkan. Juga tak tahu sama ada satu lagi manuskrip Detektif Cilik Zen akan keluar ataupun tidak. Masa depan aku yang agak samar-samar dalam bidang penulisan buat aku berbelah-bahagi sama ada mahu menyambung manuskrip-manuskrip yang bersepah-sepah dalam hard disk aku ataupun tidak. Dilema. Tetapi, dilema liza nur seperti biasa akan berkesudahan dengan menyiapkan manuskrip baru. Bersara? Not yet...Maybe,  not now... Jadi, liza nur akan berhenti melalut di sini untuk memilih manuskrip mana yang mahu dihabiskan dulu. Chow...
Yang benar,Penulis yang sedang demam aka liza nur
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 10, 2018 05:42

March 6, 2018

Seriously liza?

Assalammualaikum...

Ya, aku tahu kali terakhir aku update blog adalah pada March 2017.
Mohon maaf bagi yang sudi singgah.
Tuntutan kerja buat aku leka.
Sejujurnya aku masih pening-pening lalat.
Setahun yang lepas, aku ambil keputusan untuk berhenti menulis kerana kesibukan kerja.
Memang aku ketagih untuk mengarang.
Tetapi, tanggungjawab dan amanah yang dipikul sejak bergelar fund manager buat kapasiti aku terhad.
Alhamdulillah, manuskrip remaja yang aku hantar lebih setahun lepas akan diterbitkan tak lama lagi.
Tajuk yang terpilih adalah 'Dhea Gadis Dreamer'
InsyaAllah, aku akan cuba mengarang lagi tahun ini.
Sekarang, aku sedang usahakan projek komik dengan Karangkraf.
Maaf kepada pembaca-pembaca setia yang menyokong kerjaya Liza Nur selama ini.
Aku sayang kalian.
Dan kerana kalian, aku akan cuba berkarya lagi dan lagi...

Love
Liza Nur
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 06, 2018 06:11