Aisa Linglung's Blog

June 17, 2013

Ketawa Raja

Berita dari Trafford Lama: Mengyu nampaknya semakin terdesak untuk membawa kembali Cristiano Ronaldo dengan harga 65 juta pound.

Florentino Perez ketawa raja di Sepanyol,"tak cukup duit tak usah berangan la bero!"

Cristiano Ronaldo pula sedang minum kopi bersama lejen Real Madrid C.F. - abam Zidane tentang rancangan beliau membawa masuk Bale dengan bidaan 85 juta pound. "Cukup duit ke abam?" Tanya Ronaldo sambil menggaru dagu. Dia ragu-ragu.

"85 juta pound tu baru duit dalam BSN. Belum kira lagi duit ASB, unit trust, insurans takaful, Maybank, Bank Pertanian dan CIMB. Celah gigi saja, bero!" Zidane menepuk-nepuk bahu Ronaldo.

Mereka ketawa raja. Riang sekali.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2013 00:49

January 15, 2013

Listen To Me Anita

Anita mundar-mandir tak tentu hala. Sekejap dia ke kiri, sekejap ke kanan. Kekadang dia melepas pandangan jauh, kekadang dia mendongak ke langit. Lampu simbah bumi memancar terik membuatkan matanya kesilauan. Anita kembali tunduk memandang tanah.

Gelagat pelik Anita itu diperhatikan ibunya, Rosmeri. Rosmeri menggeleng kepala sebanyak lima kali. Sejurus gelengan kelima, dia terbatuk kecil dengan gaya kiut seperti anak dara yang berada di tempat awam. Jarang-jarang dia melihat anak kesayangannya berkelakuan begitu. Risau di hati yang tadi hanya sekelumit kian bercambah bila melihat ada titis-titis air jatuh dari mata Anita yang meredup. Perlahan-lahan Rosmeri menghampiri Anita.

"Kenapa ni nak?" Rosmeri memegang bahu anaknya.

"Takde apa mak. Anita orait jew ni," Anita cuba menyembunyi dukanya.

"Jangan nak pedo'oh aku Anita, aku tempeleng karang. Aku lagi banyak makan semut daripada kau tahu?" Rosmeri meningkah.

"Kakaka. Mak banyak makan semut kew?" Sedikit senyum mula terpasang di wajah Anita. Dia berasa lucu dengan kata-kata maknya itu.

"Takde la banyak. 'Ter' je. Kenapa ni? Cuba la cerita ke mak."

"Anita ada masalah problem mak." Anita kembali monyok.

"Masalah mende pulok? Ko ada nak kena bayar PTPTN ke? Runsing tak dapat bayar ansuran beli rumah yang mahal nak mampos? Tak cukup duit nak bayar tol? Harga gula naik lagi? Kena saman AES? Masalah takde tempat nak parking kereta di pusat bandar? Servis SYABAS serupa tahi lalu ko tak mandi pagi? " Soal Rosmeri bertalu-talu, semacam membengis.

"Tak mak. Bukan macam tu. Nitaa...."

"Anita, ko listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen, listen cakap mak ni Nita! Listen! Ko tu kucing. Apa lah sangat masalah ko tu kalo nak dibandingkan dengan masalah manusia? Tak payah beria nak sedih sangat la Nita. Karang aku tempeleng ko sia-sia terkehel tengkuk!" Rosmeri mengacah-acah dengan tangannya ke atas seperti gaya Rashid Sidek hendak membuat smash.

"Mak ni pejuang hak manusia ke apa? Apa kaitan manusia dengan kita mak?"

"Listen Nita listen! Listen ni listen! Kita kucing ni tak sepening kepala manusia Nita. Depa punya masalah lagi real Nita. Real! Ko sebagai kucing, kena steady la sikit."

"Sudahlah mak. Serupa Jabeen! Makin stress Nita kalau macam ni." Anita berlalu dengan muncung yang ditarik panjang.

"Hei Nita. Listen, listen!"

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 15, 2013 16:35

January 7, 2013

Esok Jangan Lepas

Amzar tersengih sampai nampak tahi gusi dan giginya yang menguning macam seorang anak yang terabai. Sebenarnya, hati dia puas kemain apabila misinya kali ini tercapai. Suzi, kucing kesayangan adiknya sudah berjaya dipakaikan sehelai spenda corak kartun. Spenda itu sudah tentu milik adiknya, Amirul. Ia diikat dengan gelang getah ke perut Suzi bagi mengelakkannya daripada terlucut. Sudah lama dia mengimaginasikan perkara tersebut. Kali ini, ia jadi real!

"Kooooatkan rediyooo..kooooatkan rediyo anda. Koooatkan rediyooooo, ewaaaahhh." Amzar menggoyang-goyangkan badan kucing betina yang kini kelihatan amat seksi itu. Suzi topless! Mujur tiada Ameran si kucing jantan miliknya di dalam rumah ketika itu. Jika tidak, nescaya basah pula spenda kucing jantan itu menahan geram menyaksikan goyangan Suzi yang cukup mengancam itu.

"Abanggg!"

Amzar terkejut macam haram. Masakan tidak, jeritan itu bergempita dalam ruangan kecil bilik perkongsian mereka dua beradik. Suzi pun turut sama terkejut macam haram, sebiji seperti lelaki kecil yang menukarkannya menjadi seekor kucing betina seksi itu. Matanya memandang ke arah Amirul, tuannya. Seketika kemudian dia meloncat-loncat beberapa kali lalu menerpa ke dakapan Amirul. Amirul menyambut Suzi dengan erat. Momen itu sungguh menggambarkan keakraban dua makhluk itu.

"Ko jaga baik, abang. Jaga baik. Aku report ke mak!" Amirul melaungkan amaran keras kepada abangnya dengan cukup tegas. Pada Amzar, itu hanyalah satu lagi amaran yang entah mende-mende daripada Amirul. Taik kucing saja pada dia.

Suzi yang berspenda kartun milik Amirul sempat menoleh ke arah Amzar dengan wajah penuh serba salah. Kesian Amzar kena marah seorang-seorang. Sedangkan tadi yang seronok adalah mereka berdua.Sebenarnya Suzi pun merasa semacam ada satu perasaan pelik ketika melayan goyang Najwa Latiff yang sedikit sebanyak membuatkan dia naik sheikh dan lupa diri tadi. Mungkin perasaan itu yang dinamakan 'seronok gila'. Belum pernah dia berasa terhibur sebegitu sekali sepanjang hayatnya. Amzar memang seorang lelaki yang pandai mengambil hatinya. Berbeza sekali dengan tuannya, Amirul yang lebih skema papan dan agak serius.

"Takpe. Moga esok masih ada untuk kita goyang-goyang lagi." Suzi berkata di dalam hati.

Bersambung.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 07, 2013 09:07

October 22, 2012

Aisa Linglung dan UK's

1997

Kali terakhir gua jumpa dia adalah 15 tahun lepas. Ketika itu gua berbaju kotak-kotak, bertopi, berseluar jeans dan berselipar Bata memanjat tangga bas dari Semambu untuk membawa diri ke Kuantan Parade. Kaset Panas Berpanjangan dengan secebis kertas otograf gua selit dalam kocek seluar. Selepas itu gua tersengih-sengih memandang ke luar bas sambil menikmati angin pagi. Gua nak jumpa UK's!

Drebar bas menghenyak brek bas buat kali terakhir di Benteng. Gua turun bas lalu tergesa-gesa cross jalan ke arah taman kerang. Tidak jauh dari situ, gua dah nampak - Kuantan Parade! Ya, di situ UK's nak datang buat showcase kejap lagi.

Gua menjadi terlalu gembira lalu gua singgah di kedai kaki lima untuk membeli air kopi dan jagung dalam cawan.

2012

19 Oktober gua ke Tronoh, tanah yang cukup asing buat gua yang semakin kacak ini. Belum pernah lagi dalam sejarah hidup ini, gua menjejak kaki ke sana. Di sana, UTP gua tuju -ada misi menyebarkan kegembiraan melalui buku-buku Lejen.

"Malam esok ada Ezad Exists dan Amir UK's perform.." kabor Ieyra kepada gua ketika gua sedang berpeluh-peluh menyusun buku.

Gua tercengang bagaikan rama-rama terbang buat pertama kali. Gua terus menjadi tidak menentu. Sengih yang gua ukir menjadi serupa kerang. Gila babi.

Pada malam kejadian, gua berjaya mendapatkan otograf abam Amir UK's atas buku Sengih Kerang yang gua tulis. Dalam cerita tu ada nama dia. Pehhh! Puas!!

Malam itu, Amir UK's tahu, dia la yang selalu teman gua stay up masa nak study UPSR dan PMR dulu.

Lagu abam memang Lejen! Study malam tak ngantuk!





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2012 21:22

October 15, 2012

Taaaakuuutnyaaaaa!

Sebenarnya buku KETAKUTAN ni dah pecah rekod menjadi buku berbahasa melayu pertama yang masuk senarai twitter trending tahap seluruh dunia, atau lebih mudah disebut sebagai worldwide. Itu terjadi kira-kira sebulan yang lalu. Itu satu hal.

Seperkara lagi, buku ini juga telah masuk ke dalam televisyen iaitu Astro Awani pada belah malam di mana siangnya dia menjadi perbualan hangat di twitter. Bila masuk televisyen ni dah kira saing-saing Rosmoh la gayanya.

Terbaru sekali ialah bila KETAKUTAN ini muncul pula di dada akhbar tempatan iaitu Kosmo pada 15 Oktober. Panjang lebar juga cerita dia dalam tu.

Satu benda je gua nak kabor, "pehhhh!"

Eh silap tu. Tak bergetar. Sekali lagi, "perrrrgggghhhhhh!"

Toyol: Buku ni dijual di I Am Lejen Shop, SS15 Subang Jaya, Kinokuniya KLCC, Times Pavilion - Bangsar Shopping Center - Hartamas Shopping Center - Sunway Giza - SS2 Mall - Citta Mall - Suria Sabah - One Borneo - Warisan Square - Hills Kuching. Juga boleh dipesan online melalui http://shop.lejenpress.com


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2012 11:29

August 29, 2012

Bab 1 Novel KOLONIAL MIMPI

Sebuah novel sci-fi terbitan Lejen PressKarya Sahidzan SallehDiterbitkan pada September 2012Boleh dibeli online di http://shop.lejenpress.com/shop/kolonial-mimpi/

Di suatu masa hadapan -Tahun 2066…
Metropolis Kuala Lumpur diselebungi kabus yang tebal. Sayup-sayup kedengaran, suara-suara tempikan para demonstran jalanan yang menuntut hak-hak kebebasan mereka. Entah ini sudah masuk  hari keberapa Gerakan Revolusi Sekular yang dipimpin seorang Tan Sri itu mengadakan bantahan pada kerajaan yang dikatakan paling Islam di dalam dunia. Jalan raya hanya dipenuhi oleh susuk-susuk tubuh manusia yang berarak menuju ke Dataran Merdeka. Bergema-gema laungan revolusi dari corong-corong heila mereka.  Negara sedang kalut.Sebuah teksi bergerak perlahan menuju ke sebuah hotel membelah perarakan para demonstran itu. Hotel yang secara tiba-tiba sahaja muncul di balik kabus tebal di tengah kota metropolis Kuala Lumpur. Teksi yang bergerak tanpa pemandu itu berhenti di perkarangan hotel dan pintu di bahagian penumpangnya terbuka. Seorang lelaki berwajah Inggeris kelihatan keluar dari teksi itu diikuti oleh seorang pemuda melayu yang menggalas sebuah beg pakaian dan membimbit sebuah beg bimbit berwarna hitam.  Lelaki berwajah Inggeris itu berdiri tegak melihat pintu masuk hotel di hadapannya tanpa menghiraukan teksi yang mereka naiki tadi ghaib perlahan-lahan di balik kabus di jalanan. Terasa seperti ada yang tidak kena di hati lelaki berwajah Inggeris itu ketika ini. Dia melihat dirinya sendiri. Dia sedang memakai baju kemeja berwarna biru dan seluar panjang berwarna hitam. Persis dengan pakaian yang dipakai oleh pemuda melayu di sisinya itu. Bukankah ianya seperti tidak masuk akal dia berpakaian sebegitu? Seperti berlaku kesilapan. Dia pada fikirannya, haruslah memakai pakaian berwarna putih. Pakaian seorang doktor. Kerana sememangnya dia adalah seorang doktor. Dia memandang ke arah pemuda melayu yang berdiri kaku di sisinya.“Apa ini percampuran identiti? Persamaan emosi?” katanya pada pemuda melayu itu yang berdiri tanpa sebarang raut emosi di wajahnya. Pemuda melayu itu hanya diam membisu memandang pintu masuk lobi hotel di hadapan mereka. Tiba-tiba kedengaran di telinga lelaki berwajah Inggeris itu akan bunyi beep yang laju. Dia mengetahui, detakan jantung pemuda melayu itu berdetak dengan pantas ketika ini. Dia mengerutkan dahi kehairanan. Bunyi beep ditelinganya itu perlahan-lahan digantikan dengan bunyi-bunyi tempikan dan tembakan yang datang dari pelbagai arah. Lelaki berwajah Inggeris itu melihat ke sekitarnya dengan penuh tanda tanya. Di jalanan, berhadapan dengan perkarangan hotel di mana mereka berdiri ketika ini, kelihatan para demonstran yang tadinya bergerak menuju ke arah dataran Merdeka, sedang berpatah balik dalam keadaan seperti kehilangan arah. Segerombolan askar diRaja kelihatan muncul mengejar para demonstran sambil mereka melepaskan tembakan. Kabus tebal yang menyelubungi persekitaran mulai hilang perlahan-lahan digantikan dengan simbahan cahaya mentari. Lelaki berwajah Inggeris itu memandang pemuda melayu di sisinya dengan penuh keanehan dan keterujaan.“Ketika ini sedang berlaku pemberontakan, bukan? Tiap jalanan dan lorong bakal bermandi darah bila askar-askar diRaja itu mulai ambil tempat,”  kata lelaki berwajah Inggeris itu merenung wajah pemuda melayu yang diam seribu bahasa. “Darurat. Saya merasakan adalah lebih baik sekiranya Raja mengisytiharkan perintah darurat untuk keadaan sebegini,” sambung lelaki berwajah Inggeris itu lagi lalu dia melangkah menuju masuk ke dalam hotel. Pemuda melayu itu mengekorinya tanpa diarahkan............. “Bilik 311. Atas nama Hairi Bin Asmawi.”Wanita di kaunter reception hotel terdiam seketika mendengarkan bicara lelaki berwajah Inggeris itu yang fasih berbahasa Malaysia. Wanita tanpa nama itu mengerling pemuda melayu di sebelah lelaki berwajah Inggeris itu lalu tersenyum. Beberapa susuk tubuh manusia mula muncul satu persatu di lobi hotel. Ruang legar lobi hotel dengan perlahan-lahan terisi dengan suara-suara manusia yang tidak dikenali. Suara-suara yang kedengaran seperti gusar dan risau akan keadaan di luar hotel ketika ini yang sedang huru-hara. Melihatkan keadaan itu, pemuda berwajah Inggeris itu merasakan, sudah hampir tiba masanya untuk dia meninggalkan pemuda melayu bernama Hairi itu di sini.Selesai proses daftar masuk di kaunterreception hotel, lelaki berwajah Inggeris itu bergerak menuju lif. Tanpa sebarang bicara, pemuda melayu itu menggalas sebuah beg pakaian dan membimbit sebuah beg hitam, mengekori lelaki Inggeris dan meninggalkan gadis tanpa nama di kaunter reception hotel melayan seorang lelaki berusia yang memakai ketayap. Mereka berdua naik ke tingkat tiga, masuk ke dalam bilik bernombor 311. Bilik yang telah ditempah sejak awal-awal lagi.“Saya akan tinggalkan kamu di sini dan kamu akan mula bergerak sendiri lepas ni. Tapi, jangan khuatir. Segala-galanya telah dicaturkan untuk kamu. Semoga segalanya berjalan lancar hingga ke akhir. Dan kita akan bertemu lagi selepas ini,” kata lelaki berwajah Inggeris itu kepada pemuda melayu yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Pemuda melayu itu seolah-olah telah dipukau oleh lelaki berwajah Inggeris itu dengan satu kuasa magis. Tanpa mengerdipkan mata, dia hanya duduk diam di birai katil.  Lelaki berwajah Inggeris itu kemudiannya mengeluarkan satu jarum suntikan dari kocek seluarnya lalu dia menyuntik tengkuk pemuda melayu itu. Dalam beberapa saat, pemuda itu rebah terbaring di atas katil dengan mata yang terbuka. Sebelum melangkah keluar dari bilik 311, lelaki berwajah Inggeris itu membuka beg pakaian yang dibawa pemuda melayu itu tadi. Mengeluarkan segala pakaian yang ada di dalam beg itu dan mengemaskannya ke dalam almari pakaian. Ianya sudah menjadi satu tabiat kepada lelaki berwajah Inggeris itu agar segala-galanya berada dalam keadaan kemas dan teratur.“Godspeed..” ucap lelaki berwajah Inggeris seraya menutup pintu bilik meninggalkan pemuda melayu itu keseorangan di bilik hotel bernombor 311. Tiga puluh minit kemudian, satu letupan kecil berlaku di bilik kawalan keselamatan hotel tersebut. Merosakkan segala rakaman kamera litar hotel yang ada. Dan keadaan di luar hotel, kelihatan mulai parah. Tubuh-tubuh para demonstran bergelimpangan di atas jalan raya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 29, 2012 06:28

July 3, 2012

Cendolmu Cendolku Jua

Usai gua menjemput isteri pulang dari mengajar di sebuah sekolah unggul yang terletak di pinggir kota, gua pun memandu kereta dengan cermat sekali untuk pulang. Segala jenis lubang gua elakkan. Pelbagai jenis sampah-sarap yang mengganggu perjalanan kereta gua yang ditampal pelekat pasukan unggul Real Madrid di cermin belakang gua jauhi. Tak ubah macam main game.
"Suamiku.." Isteri gua berbunyi.
"Ya, isteriku.."
"Lapar la.."
"Nak makan apa isteriku?"
"Cendol.."
"Oooo, itu dahaga namanya. Bukan lapar.."
Isteri gua selalu komplen berkenaan mutu makanan yang terdapat di kantin sekolah yang seolah-olah dimasak menggunakan kaki. Menurutnya, ramai juga pelajar yang tidak kena selera makan mereka dengan juadah di kantin tersebut. Jadi tidaklah menjadi hairan kepada gua ini bila isteri gua merungut lapar setiap kali habis kerja. Kesian dia.
Lalu gua pun menambahkan kelajuan kereta yang sebelum itu hanya mencecah meter 80 km/j kepada 90 km/j demi sesuap cendol yang didambakan isteri. Sebuah pokok di Subang Jaya gua tuju dengan tergesa-gesa untuk memastikan isteri gua dapat memakan cendolnya lekas-lekas.
Sesampai di depan gerai cendol yang letaknya di bawah pokok, "nak jugak ke?"
Gua hanya geleng kepala kiri-kanan-kiri. Isteri gua keluar dari kereta lalu beratur membeli cendol yang panjang barisnya tidak lebih dari 2 depa. Gua hanya menunggu di dalam kereta yang tidak dapat diparkir di tempat yang sebetulnya, melainkan hendak tidak hendak perlu memakirnya secara parkir berganda.
Tidak lama selepas itu isteri gua masuk semula ke dalam kereta dengan sebungkus cendol yang sudah diikat tepi. Gua terus menggerakkan kereta beredar dari situ dengan halaju malar 50 km/j.
"Nak?"
Gua geleng kepala.
Srooot! Sroooot! Srooot!
"Rasa sikit.." Terliur juga gua dibuatnya mendengar sound effect minum cendol oleh isteri gua itu.
Isteri gua yang patuh terus terburu-buru menyuakan straw bersaiz besar yang terdapat dalam bungkusan cendol untuk gua basahkan tekak gua dengan air cendol itu.
Srooot! Sroooot! Srooot!
Mata gua membulat. Lekas-lekas gua kona kereta mencari pokok tadi - pokok yang di bawahnya ada gerai cendol.
"Beli lagi satu.." pohon gua kepada isteri sesampainya di depan gerai cendol bawah pokok.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2012 05:30

June 24, 2012

Kau Kenal Maradona?

Hidup berumahtangga perlu banyak interaksi antara suami dan isteri. Dalam hal gua ni, gua memainkan peranan sebagai suami yang berperwatakan tegas tetapi penyayang dan suka minum kopi yang dipadukan 'kick'nya dengan nasi lemak kerang. Isteri gua pula seorang yang lemah-lembut dan bercita-cita ingin membela seekor sugar glider suatu hari nanti. Walaupun gua ini suami yang tegas, tetapi itu tidak bermakna gua menghalang hasrat murni isteri gua itu selagimana sugar glider itu berjantina perempuan. Jika sugar glider itu lelaki, itu kemungkinan juga boleh mendatangkan perasaan cemburu kepada gua, walaupun tidak banyak.

Sejak menjadi seorang wanita bergelar isteri kepada gua, dia yang dulunya tidak berminat langsung pasal bola sepak, pemain bola sepak mahupun bola yang disepak itu sendiri, mula berjinak-jinak mengambil tahu hal-hal berkaitan bola sepak. Ini jelas sekali disebabkan oleh gua yang selalu berborak hal bola sepak dan mengajak dia meneman gua menonton bola sepak - baik di kaca televisyen mahupun di stadium. Setia sungguh dia. Terharu gitu.

"Sayang, siapa pemain bolo yang you kenal?" Soal gua kepada dia di dalam kereta. Ketika itu gua sedang memandu menuju ke sebuah pusat beli-belah unggul dan tersohor di USJ.

"Pemain Malaysia ke luar negara?"

"Mana-mana la."

"Kenal. Khairul Fahmi kiper Malaysia. Lepas tu Ronaldo."

"Ronaldo tua ke Ronaldo muda?"

"Cristiano Ronaldo la."

Gua berpuas hati dengan pengetahuan asas dia tentang bola sepak selepas beberapa bulan kami menikah. Semua orang kenal Apek di Malaysia dan siapa tak kenal Ronaldo? Gila.

"Tahu ke siapa paling lejen dalam bola ni?" Soal gua lagi.

"Siapa?"

"Kenal Maradona?" Sekali lagi gua mengaju soal.

"Kenal!" Jawab dia dengan penuh yakin dan bernada tinggi. Nampak benar keterujaan dia ketika itu.

"Siapa?"

"Tok bomoh..kan?"

Suasana sepi beberapa saat. Gua jadi keliru tiba-tiba. Apakah ini realiti atau ilusi?

"Kah kah kah kah kah kah!" Tidak syak lagi, gua perlu ketawa dengan besar sekali.

"Kenapa gelak?"

"Itu Mona Fandey..." Mata gua bergenang.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 24, 2012 19:04

June 20, 2012

Pakej Pulau Tioman & Pangkor 2013



PAKEJ PENUH 3 HARI 2 MALAM (FULLBOARD) PULAU TIOMAN

Harga Pakej: RM250-RM330
Pakej Termasuk:
1. Feri pergi dan balik Jeti - Tioman - Jeti (Return ferry transfer)
2. 2 x Sarapan pagi (breakfast)
3. 2 x Makan tengahari (lunch)
4. 1 x Makan malam (dinner)
5. 1 x BBQ
6. 2 x Minum petang (tea break)
7. Snorkeling trip (snorkeling trip with boatman guide)
8. Penginapan dan kemudahan berhawa dingin untuk 3 hari 2 malam (accomodation)



PAKEJ PENUH 3 HARI 2 MALAM (FULLBOARD) PULAU PANGKOR

Harga Pakej: RM200-RM230

Pakej Termasuk:
1. Feri pergi dan balik Jeti Lumut - Redang - Jeti Lumut (Return ferry transfer)
2. Perkhidmatan pengangkutan Jeti ke chalet (coach return transfer to chalet)
3. 2 x Sarapan pagi (breakfast)
4. 1 x Makan tengahari (lunch)
5. 1 x Makan malam (dinner)
6. 1 x BBQ
7. 1 x Snorkeling trip (snorkeling trip with boatman guide)
8. Penginapan dan kemudahan berhawa dingin untuk 3 hari 2 malam (accomodation)
9. Jelajah Pulau (Tour around island by coaches)

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi AMY 0129669842.

Juga terdapat PAKEJ PULAU PERHENTIAN & REDANG.


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2012 18:09

Pakej Pulau Tioman & Pangkor 2012



PAKEJ PENUH 3 HARI 2 MALAM (FULLBOARD) PULAU TIOMAN

Harga Pakej: RM250-RM330
Pakej Termasuk:
1. Feri pergi dan balik Jeti - Tioman - Jeti (Return ferry transfer)
2. 2 x Sarapan pagi (breakfast)
3. 2 x Makan tengahari (lunch)
4. 1 x Makan malam (dinner)
5. 1 x BBQ
6. 2 x Minum petang (tea break)
7. Snorkeling trip (snorkeling trip with boatman guide)
8. Penginapan dan kemudahan berhawa dingin untuk 3 hari 2 malam (accomodation)



PAKEJ PENUH 3 HARI 2 MALAM (FULLBOARD) PULAU PANGKOR

Harga Pakej: RM200-RM230

Pakej Termasuk:
1. Feri pergi dan balik Jeti Lumut - Redang - Jeti Lumut (Return ferry transfer)
2. Perkhidmatan pengangkutan Jeti ke chalet (coach return transfer to chalet)
3. 2 x Sarapan pagi (breakfast)
4. 1 x Makan tengahari (lunch)
5. 1 x Makan malam (dinner)
6. 1 x BBQ
7. 1 x Snorkeling trip (snorkeling trip with boatman guide)
8. Penginapan dan kemudahan berhawa dingin untuk 3 hari 2 malam (accomodation)
9. Jelajah Pulau (Tour around island by coaches)

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi AMY 0129669842.

Juga terdapat PAKEJ PULAU PERHENTIAN & REDANG.





 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2012 18:09

Aisa Linglung's Blog

Aisa Linglung
Aisa Linglung isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Aisa Linglung's blog with rss.