Nami Cob Nobbler's Blog
August 25, 2017
March 27, 2017
Harapan Saya tentang #TN50
Kira-kira 26 tahun yang lepas, ketika Perdana Menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad membentangkan pandangan 30 tahun ke depan Wawasan 2020nya, saya baru sahaja duduk di bangku persekolahan, darjah satu, di Sekolah Kebangsaan Sungai Kantan. Tanpa ada sebarang pandangan politik, saya melihat Wawasan 2020 adalah satu pandangan optimistik saya terhadap negara saya, Malaysia.
Tetapi, semakin saya melangkah dewasa, saya melihat Wawasan 2020 yang diaspirasikan oleh Perdana Menteri ketika itu, mempunyai kelemahan dari segi keseimbangan dan pelaksanaannya. Diantaranya ialah terlalu menumpukan terhadap pelajar sains, dan secara halus merendahkan martabat pelajar seni dan sastera.
Saya bercita-cita menjadi seorang penulis sejak saya berusia darjah satu lagi. Menjadi peminat buku siri penyiasatan seperti Lima Sekawan oleh Enid Blyton, saya merasakan jiwa sastera adalah jiwa saya. Malangnya, sastera yang ada disajikan kepada saya pada ketika itu semuanya kelihatan usang dan “tidak mesra orang muda” macam saya.
Semasa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Transformasi Nasional 2050 (TN50), saya melihat ini adalah satu jalan, mungkin harapan bagi penulis novel seperti saya. Bagi saya, yang bosan dengan pencitraan serta kelangsungan jalan-jalan cerita yang ada di negara ini, seperti drama Melayu suamiku-suamiku, atau drama ustaz yang sibuk menjadi ortopedik moral, orang muda seperti saya merasakan ini sangat membosankan, dan melihat pada alternatif lain seperti Hollywood dan drama bersiri Korea.
Siri-siri drama yang disajikan oleh Barat seperti House of Cards, atau Game of Thrones, seringkali tidak menunjukkan nilai-nilai moral sebagai satu perkara utama yang harus ditonjol-tonjol ke kepala kami. Watak Francis Underwood bersifat Machiavellian, so be it - kami faham apa kejahatan yang dilakukan oleh watak itu. Tapi dari situ kami memahami bahawa penceritaan yang jujur dan tanpa berselindung adalah seni penyampaian cerita yang sebenar, berbanding terus cuba menyumbatkan kami dengan nilai-nilai moral tanpa membenarkan kami sebagai penikmat cerita untuk berfikir.
Saya menulis di sini tidak bersifat pesimistik terhadap TN50, bahkan saya melihat ini adalah peluang terbaik kami - selaku penulis dan pengarang cerita untuk menaikkan seni dan sastera negara ini. Saya mendengar kata saudara Khairy Jamaluddin, selaku Menteri Belia dan Sukan yang mahu agenda TN50 ini digerakkan secara ‘bottom up’ dan bukannya ‘top down’ - jadi saya dari bawah ini mahu menyuarakan pandangan kami, pengkarya-pengkarya serta penulis seni tentang apa yang boleh dilakukan untuk seni dan sastera negara kita untuk menjadi lebih baik, lebih terbuka dan lebih kreatif.
1. Mempromosi Malaysia melalui pop culture kita ke seluruh dunia
Kita harus mencontohi industri filem dan drama Korea Selatan yang kini sudah berjaya menakluki dunia dengan pop culture mereka. Dengan populasi 50 juta orang penduduk, pencapaian Korea Selatan dalam bidang pop culture seharusnya dikagumi dan dicontohi oleh kita.
Semasa Jepun menyebarkan pop culture mereka melalui anime dan muzik J-Pop mereka sekitar awal 90an melalui Captain Tsubasa, Slam Dunk dan Sailormoon, serta karya-karya mereka di seluruh dunia, mereka dapat mengatasi masalah kemelesetan ekonomi mereka selepas economic bubble bust sekitar tahun 1991. Walaupun mereka menghadapi zaman pasca perindustrian mereka dengan getir, tetapi pop culture Jepun berjaya menjadikan Jepun masih relevan pada dunia dengan kreativiti mereka.
Korea Selatan meniru gaya Jepun dan sekitar lewat 2000an menyaksikan kebangkitan mereka dalam pop culture. Dan pada tahun 2012 ketika kemuncak kegemilangan K-Pop, apabila Oppa Gangnam Style mendapat 1 billion views dari Youtube, K-Pop menjana $AS 204 juta pada 2012 berbanding $AS 21 juta pada 2010 - peningkatan 10 kali ganda dalam masa dua tahun.
Jika Korea Selatan ada K-Pop dan Jepun ada J-drama, kenapa Malaysia tidak boleh ada M-pop?
2. Menggalakkan penulis-penulis untuk bukunya ditranslasi ke bahasa asing
Saya merupakan penulis novel yang aktif sejak 2009, dan buku saya yang paling popular ialah Awek Chuck Taylor dan Lelaki Eksistensial. Awek Chuck Taylor pernah dipentaskan di PJ Live Arts dan mendapat sambutan hangat - jualan tiket sold out dalam masa dua hari, sehingga terpaksa ditambah waktu pementasannya. Dan walaupun penonton yang hadir majoritinya orang Melayu, terdapat juga penonton dari mereka yang dari negara luar seperti dari United Kingdom dan Amerika Syarikat. Ada juga dari Jepun, dan ada syarikat televisyen dari Taiwan pernah berura-ura untuk mencari karya-karya dari sini untuk diterjemahkan dalam bahasa mereka. Karya saya adalah salah satu daripadanya, tetapi oleh kerana tidak ada bantuan dari pihak atasan, hal itu tidak dapat dilaksanakan.
Cuba bayangkan, kita dapat mempromosi negara kita melalui penulisan kita ke negara asing, dan dunia luar dapat mengenali kita melalui karya seni dan sastera kita. Jika Gabriel Garcia Marquez dapat mempromosi Colombia melalui penulisan surrealnya, mengapa kita tidak boleh mempromosi tulisan Ridhwan Saidi, Maria Isabella atau saya sendiri di seantero dunia?
3. Menjadikan seni sastera sebahagian dari Strategi Laut Biru Kebangsaan
Hari ini kita melihat pemain industri besar dalam perfileman seperti Marvel dan Disney memperoleh keuntungan berbillion dolar Amerika melalui siri komik dan filem francais seperti Star Wars. Dan industri perfileman di Korea Selatan juga menjana ratusan juta dolar kerana mereka mempunyai peminat setia bukan sahaja di Korea Selatan, tetapi di seluruh dunia. Bahkan Bollywood juga sudah mengubah gaya filem mereka seperti pengarah-pengarah filem seperti Aamir Khan yang berjaya menaikkan industri perfileman mereka.
Kita juga harus berani mengubah gaya dan langkah kita dalam memastikan industri perfileman kita juga menembusi pasaran antarabangsa. Sampai bila kita hanya bergantung kepada pasaran tempatan, yang juga terpaksa bersaing dengan filem-filem antarabangsa?
Saya melihat sebagai contoh, filem J-Revolusi mempunyai nilai komersial yang cukup baik jika dipromosikan ke serata dunia. Begitu juga dengan pembikin-pembikin filem seperti Rewan Ishak yang mempunyai bakat yang boleh diketengahkan di seluruh dunia. Sampai bila kita harus bergantung pada pasaran tempatan?
Strategi laut biru - mengikut apa yang saya faham - ialah merancang jauh untuk meluaskan pengaruh dari segi komersial serta nama baik negara. Tidakkah ini serampang dua mata bagi memastikan kita memperoleh keuntungan dan memperkenalkan seni sastera Malaysia di seluruh dunia?
4. Mempelbagaikan genre dan gaya bahasa untuk diketengahkan ke peringkat mainstream
Seringkali saya merasa bosan dan menongkat dagu serta mengeluh apabila saya menonton drama di negara kita. Semua jalan cerita sudah boleh dijangka dan saya merasakan masa saya terbuang sia-sia begitu sahaja kerana skrip yang ditulis seolah-olah seperti melepaskan batuk di tangga. Bukan sekali, tetapi berkali-kali saya merasa begitu. Bukan tidak ada novel atau skrip cerita yang baik, tetapi ia tidak diketengahkan kerana alasan “tidak menepati ciri-ciri Lembaga Penapisan Filem (LPF)”. Pada akhirnya, LPF ini, for lack of a better word, mengskemakan dan membosankan drama filem.
Saya berharap agar TN50 agar serius dalam hal ini supaya rakyat kita merasa bangga dengan produk filem kita. Pada zaman kegemilangan filem Melayu circa 1950-60an, ketika Tan Sri P. Ramlee tidak takut untuk kreatif, hasil karyanya masih dinikmati sehingga hari ini. Masih dibangga dan dipuja. Bahkan P. Ramlee tidak takut untuk menceburi pelbagai jenis genre dan gaya bahasa untuk diketengahkan.
Saya berharap agar LPF tidak lagi melayan penduduk negara ini seperti kanak-kanak kerana pada hari ini juga, kanak-kanak mampu mengakses Internet seperti orang dewasa. Censorship is so yesterday. Untuk memajukan industri filem negara, kita harus terbuka dan harus bersifat matang dengan keluasan seni sastera.
5. Menjadikan industri seni dan sastera sebagai bidang yang serius - bukan hanya untuk glamor semata-mata
Saya merupakan graduan seni teater dalam bahagian penulisan skrip di Universiti Sains Malaysia circa 2005-09. Sementara saya melihat ramai rakan-rakan yang sekelas dengan saya tidak menjadi pelakon, pengarah, atau penulis skrip, sebaliknya ada yang jadi wartawan, ada yang jadi guru sekolah, ada yang jual Tupperware, dan ada yang masih menghadapi kehidupan yang sukar seperti berniaga nasi lemak.
Tidaklah saya merasakan semua itu teruk - tetapi tidakkah anda semua merasa sayang, dengan ilmu teater yang mereka pelajari itu, mereka tidak dapat melaksanakannya hanya kerana mereka tidak mempunyai rupa, atau kabel?
Saya melihat pemilihan pelakon pada hari ini terlalu bergantung pada sejauh mana rupanya boleh dijual - tetapi banyak pelakon yang ada, ada yang tak boleh berlakon pun dapat role utama. Sedangkan ada ramai lagi bakat yang telah belajar bagaimana untuk berlakon, tetapi mereka tidak memperoleh ruang dan peluang yang sama seperti mereka yang hanya tahu mengejar glamor ini?
Saya berharap tulisan ini adalah sebahagian dari kertas cadangan pelan untuk mentransformasikan industri seni dan sastera di negara ini untuk menjadikan ia lebih baik. Semoga dengan tulisan ini, diharapkan pihak saudara Khairy Jamaluddin serta pihak TN50 dapat membincangkan perkara ini dengan lebih serius dalam usaha membantu penulis skrip, novelis, pelakon, pengarah filem, penyanyi, penulis lagu dan lirik, pemuzik serta mereka yang berkorban sepenuh hati demi seni di tanah air yang dicintai ini.
Nami Cob Nobbler (Nomy Nozwir)
March 8, 2017
RE: Kepada Semua Ex Girlfriend
#1 Hai, apa khabar? Lama betul aku lost contact dengan kau. Dengar kata kau sekarang dah pindah jauh dari sini. Macam mana cuaca kat sana? Best tak? Sorry, sebab aku buat watak kau macam jerk gila dalam novel terbaru aku, dan dalam novelette lagi satu, aku matikan je watak kau. Lagipun, kau bukannya kisah pun kan? Takpe kan?
Lagu: Love Buzz (Nirvana)
#2 Hai, kita mungkin dah breakup lama, tapi, kau ada loan duit aku RM1,000 walaupun masa tu kita tak lagi couple, tapi sebab aku ni jenis lelaki senang kena pijak kepala, kau sanggup datang kat Bangsar masa aku kerja kat sana sebagai wartawan, dan kat Old Town bawah LRT Bangsar tu bukan main lagi kau merayu-rayu nak pinjam duit.
Bila kau nak bayar? Hari tu member aku jumpa kau, kemain kau makan sedap kat kafe hipster. Aku ni makan la megi kerat empat. Kalau rasa ada kemaluan tu, sila-sila la contact balik. Dah lima tahun dah ni kau hutang aku.
Lagu: Money (Pink Floyd)
#3 Hai, last jumpa, kau dengan suami kau yang jadi wakil pemuda Terengganu kat persidangan UMNO di PWTC. Kalau dapat contact lagi, aku nak mintak borang UMNO. Senang sikit dapat kontrak. Sedap sikit bawak kereta Honda Ridgeline macam suami kau.
p/s: suami kau nak buang plastik gula-gula, kau piat telinga dia tak kalau ada perempuan merokok kat situ?
Lagu: Hey Jealousy (Gin Blossoms)
#4 Hai, terlalu banyak sejarah aku dan kau. Tapi aku nak mintak maaf sebab aku mengorat adik kau masa kau MIA memanjang. Adik kau lebih nak mendengar dan lebih nak tahu pasal aku masa tu. Mungkin masa tu kita memang selalu bergaduh memanjang. Aku rindu segala perbualan kita bersama, dan walaupun kita bergaduh pasal ahli falsafah yang dah mati, tapi kau adalah ex-girlfriend aku yang paling enlighten aku. Terima kasih.
Oh ya, besok hari lahir kau. Selamat hari lahir yang ke 31.
Lagu: Mr Brightside (The Killers)
#5 Hai, bak kata lirik lagu Juneau - Funeral For A Friend, “and I’m nothing more than just a line in your book.” Kau ex rebound aku selama seminggu. Dan kau satu-satunya ex aku yang lebih tua dari aku. Kau kahwin tak jemput aku pun kan? Haha!
Lagu: Juneau (Funeral For A Friend)
#6 Hai, dah berapa jantan kau kikis duit topup dia? Kau punya Ferrari Lamboughini dan segala sembang tu kau dah jual ke belum? Hari tu kemain nampak kau hisap shisha kat Hartamas. Lepas tu aku panggil kau, kau buat-buat nak pergi hisap rokok. Kahkahkah!
Lagu: Gold Digger (Kanye West)
#7 Dah sepuluh tahun. Saya masih rindukan awak. Setiap malam saya tunggu awak dalam mimpi saya. Awak yang paling terindah dalam hidup saya. Terima kasih.
Lagu: My Immortal (Evanescence)
#8 Hai, ex girlfriend paling lama. Lama juga tak berbual. Makin tembam nampak. Kehkehkeh! Anyway, take care yourself, semoga cepat bertemu jodoh.
Lagu: Back In Your Head (Tegan and Sara)
#9 Hai, hijabster pencen! Last sekali kita jumpa, kau ada problem dengan suami and somewhat macam nak balik ke aku. Pada mulanya aku on je, tapi lepas tu somewhere in between, dua-dua senyap. Entah apa jadi kat kau sekarang pun aku tak tahu. Aku harap kau masih hidup lagi.
p/s: Suami kau tak kenal aku kan? Fuuhh!
Lagu: Hapus Aku (Nidji)
#10 Hai, sorang lagi hijabster pencen! Selalu gak nampak kat Insta bersama suami. Semoga happy selalu walaupun cara kau dump aku tu agak celaka juga ya?
Lagu: Maps (Yeah Yeah Yeahs)
#11 Hai, kau antara ex girlfriend aku yang sangat signifikan dalam hidup aku, walaupun pada pengakhiran relationship kita berdua lebih banyak bertekak dan tuduh siapa yang curang. Dan cara pengakhiran relationship kita tu somewhat buat kau lah ex girlfriend yang aku tak tahu apa nasib kau. Kau terus delete semua medsos kau, dan aku cuma dapat tahu kau dah kahwin. Aku harap kau happy. Oh ya, Jack kirim salam.
p/s: Kau pinjam buku aku tapi tak reti pulang. Aku bab lain aku tak berapa kisah, buku ni aku kisah. Aku harap satu hari nanti kau reti-retilah pulangkan. Ada buku rare tu aku bagi kau pinjam.
Lagu: Good Riddance (Green Day)
#12 Kau antara ex rebound yang aku tak tahu kenapa aku couple dengan kau at the first place. Aku harap kau ok je kat sana.
Lagu: Go On Your Way (Fleetwood Mac)
#13 Satu lagi ex rebound aku yang aku tak tahu kenapa aku couple dengan kau. Dah la tak pernah jumpa. Weird.
p/s: Semalam Arsenal kena tiau jangan sedih-sedih ya?
Lagu: Don’t Think Twice It’s Alright (Bob Dylan)
#14 Bonjour! Ca va? Kau mungkin ex rebound aku tapi kau baik sebenarnya. Tapi somewhat, aku fucked up. Aku minta maaf. Aku harap kau ok je kat Vichy France tu. Pfft, banyak-banyak tempat, Vichy jugak kau nak duduk. Tu dulu port Nazi lepak.
Lagu: Blue Jeans (Lana Del Rey)
#15 Namaste, bila nak balik dari India? Nampak happy je dengan boyfriend baru. Hope you’ll doing great. Satu lagi rebound yang tak kemana-mana.
Lagu: Black Tangled Heart (Silverchair)
#16 Aku harap kau janganlah suruh boyfriend kau sambut birthday tiap-tiap bulan macam kau suruh aku buat. Pengsan, kau tau tak? Dengar kata pergi Kemboja hari tu. Baguslah, aku nampak kau dah ok sikit berbanding masa aku kenal kau. Dan aku minta maaf sepanjang kau kenal aku, aku fucked up.
Lagu: I Don’t Want To Talk About It (Rod Stewart)
#17 Kau MIA. Memang bunyi pun macam nama kau jugak. Entah mana kau lesap, aku pun tak tahu. Tapi kau ada jugak pinjam duit aku RM400 dulu sebab nak bayar yuran. Aku bukan nak berkira sangat, tapi kau kata hari tu kau pinjam, tapi kau pun macam #2. Kau pun duduk dekat-dekat jugak. Entah, perangai korang lebih kurang je.
Lagu: I’m Broke (Limp Bizkit)
#18 Thanks sebab semalam call. Aku minta maaf kalau tulisan Mia Khalifa aku tu buat kau rasa emo dan somewhat menimbulkan rasa bersalah. Ya, sepanjang aku bersama kau, kau buat aku rasa bahagia sejak nombor #11 tinggalkan aku. Dan aku boleh katakan kau adalah seseorang yang buat aku paling rindu sejak #7. Too bad mak kau halang relationship kita. Tapi kau pernah kata pada aku, satu perkara yang indah tentang angan-angan ialah kita tak perlu bayar untuk itu. Kau dan aku punya imaginasi yang indah, tapi dihancurkan oleh realiti. Aku harap kau bahagia dengan boyfriend baru. Kau semalam ada cakap kau berharap sangat aku akan bertemu #19, tapi aku tak rasa aku boleh jumpa, terutamanya dalam keadaan aku yang fucked up lepas tragedi kita. Kau terlalu indah untuk aku, Kuantan terlalu aku rindu, sampai aku tak mahu jejak ke sana. Terlalu banyak memori di sana untuk kita berdua.
Aku harap kau tak pernah lupakan aku, macam kau janji pada aku.
Lagu: No Distance Left To Run (Blur)
dan #19…
Kalau kau ada, datanglah cepat. Kalau kau tak nak datang, beritahu aku awal-awal. Kalau kau nak datang lewat lagi, aku takut aku dah malas nak menunggu lagi. Umur aku makin tua. Kawan-kawan aku anak dorang pun dah masuk tadika. Kalau kau nak dengan aku, kau kena bersedia dengan attics dan depression, dan panic disorder aku. Aku harap kau boleh terima keadaan aku yang fucked up ni.
Dan aku dah tak larat untuk #20. Sumpah.
September 5, 2016
September 4, 2016
Reclaim Back This Account
Aku dah terlupa password Tumblr ni. Lepas tu kalau nak dapat balik, email Tumblr ni pakai email Yahoo. Zaman bila aku pakai Yahoo ni. Sejak 2010 aku dah pakai Gmail.
Anyway, good to get this account back.
April 18, 2016
29.
Sayang,
Selamat hari lahir. Pada malam ini, aku sedang duduk menghadap komputer sambil cuba mencari idea untuk menulis dan cuba menulis secepat mungkin kerana inilah masa yang aku ada untuk membuat apa yang aku selalu inginkan - menulis.
Selain cuba menulis artikel yang aku ingin tulis, aku juga sedang menonton talkshow John Oliver, Trevor Noah dan semua yang aku sentiasa buat untuk hiburkan hati ini.
Lusa, aku genap 32 tahun. Tapi, aku ingin bercakap tentang kau, hari ini hari lahir kau.
Kau harus tahu sejak kau meninggalkan dunia yang penuh fana ini sembilan tahun lepas, ada banyak yang berlaku dalam hidup aku, dan ahli keluarga kau yang masih hidup. Tapi apa yang lebih penting ialah aku selalu fikirkan apa akan terjadi jika kau masih hidup lagi.
Kira-kira sembilan tahun lepas, kau berjanji yang kau akan pulang ke sini pada tahun 2009, bila segala-galanya sudah selesai, dan jika perancangan kita tepat, kita mungkin akan berkahwin pada 2011.
Tetapi, aku berada di sekeliling di mana - perkahwinan menakutkan aku. Sekurang-kurangnya empat orang kawan baik aku bercerai, dan saudara terdekat juga. Kau tahu aku takut dengan ini.
Aku selalu bayangkan apa akan jadi kalau kita berkahwin, apakah kita akan bahagia, atau kita akan merana, dan kita mungkin bercerai dalam keadaan yang sangat menyerabutkan.
Atau mungkin aku akan mati dibunuh oleh kakak kau, kerana dia janji kalau aku main-mainkan kau, dia akan bunuh aku. Dan aku percaya itu.
Entahlah, kenapa aku lahir sebagai seorang Melayu-Islam yang dikelilingi dengan pendapat bahawa perkahwinan adalah “the ultimate goal” dalam kehidupan. Bukan untuk mencapai cita-cita yang diidamkan, atau mencapai kebahagiaan (tak semestinya berkahwin, membela kucing juga satu kebahagiaan), atau sekurang-kurangnya bila orang belanja makan sushi sebab itu sangat menggembirakan.
Kakak kau betul tentang hal ini setakat ini - perkahwinan adalah bendaalah yang dikonstruk oleh manusia untuk mengawal alat yang menghasilkan manusia. Untuk berkahwin kita kena daftar dengan Jabatan Agama, bayar itu dan ini, kemudian kena bermacam-macam prosedur lagi sebelum perlu bertumbuk dengan bakal abang ipar kerana wang hantaran tak cukup.
Aku pasti aku boleh menang bertumbuk dengan abang kau sebab dia memang tak terror bertumbuk.
Oh, bukan kakak kau. Kakak kau gangster gila babi.
Tapi cuba katakan kau masih lagi di sini. Masih lagi menjadi orang yang aku cinta, apakah kita mampu untuk harungi dugaan ekonomi dan sosial yang teruk di Malaysia ni?
Kita rancang berkahwin semasa ekonomi dunia masih belum jatuh, dan Perdana Menteri Malaysia lebih suka tidur dari suka pampered bini yang suka bershopping. Kau dan aku janji, bukan kalau lagi, tapi bila kita kahwin nanti, kalau kita ada masalah, kita akan cuba berbincang dan kita telah atasi banyak perkara sebelum ini.
Tapi kau pergi pada 8 Julai 2007 diikuti krisis ekonomi pada 9 Ogos 2007, dan sehingga kini ekonomi dunia tidak pernah pulih seperti dulu.
Tetapi katakan kita boleh lalui semua ini dengan kesabaran dan aku sanggup berkongsi megi dengan kau dan anak kita nanti, kerana ada satu masa dalam hidup aku, megi adalah benda yang paling aku mampu aku beli dengan duit syilling yang aku simpan.
Aku selalu fikirkan ada hikmah disebalik kematian kau, sayang.
Mungkin kematian kau adalah lebih baik dari kau menderita bila kau dan aku dah berkahwin. Pertama, terus-terang, aku tak kaya.
Ya, kau memang kata duit bukan segala-galanya. Tapi kau selalu sakit dan aku tak sekaya keluarga kau. Aku tak mampu nak hantar kau ke SJMC setiap kali asthma kau menyerang atau kau kena sawan. Aku tak mampu, sayang. Dan aku hanya mampu hantar kau ke hospital kerajaan dan kita semua tahu berapa lama kena tunggu kerana mereka kekurangan kakitangan.
Kedua, cuba fikirkan saudara-mara kau yang tinggal di Tok Sira dan di Pekan, atau di Balok, semuanya kaya-kaya belaka berdasarkan cerita abang atau kakak kau. Aku cuma seorang lelaki yang berasal dari keluarga lower middle class dari Cheras.
Tapi kau tak kisah semua tu, macam kakak kau juga.
Tapi macam mana pula dengan saudara-mara kau?
Kau tahu, masalah menjadi Melayu ini ialah bila kau berkahwin, kau bukan sahaja berkahwin dengan pasangan kau tapi keluarga pasangan kau. Bila kau berkahwin, pakcik makcik sepupu dua pupu yang kita hanya jumpa setahun sekali pada Hari Raya, mula nak masuk campur.
Aku pasti keluarga kau, abah kau, Uncle Man - ialah the coolest Malay man ever alive, atau abang kau, yang merupakan kawan baik aku juga. Kakak kau, susah sikit. Barangkali sebab aku ada sejarah dengan dia, tapi tak mengapa, dia terima keputusan kita. Keluarga kau, aku okay.
Tapi macam mana dengan keluarga kau yang jauh, sudah pasti akan berlaku perbandingan pada setiap pagi Hari Raya, akan berlaku pertandingan “kereta siapa paling besar” pada pagi itu, atau di kalangan saudara-saudara kecik, melihat “pakcik mana bagi duit raya paling besar”.
Ya, aku boleh saja buat tak pot dan mungkin jadi macam kakak kau, The Grinch of Hari Raya.
Tapi inilah susahnya jadi Melayu. Kalau kau tak tegur saudara mara kau dianggap sombong. Dan kau perlu bersaing dengan duai ipar yang lain untuk dilihat ‘berguna’. Oh ya, kau perlu ada kereta dan kau perlu bersembang tentang drama Melayu minggu ini - Ustazahku Maduku.
Tambahan pula kawan-kawan aku yang seusia dengan aku semua asyik sebar ayat agama dalam Whatsapp dan semua nak bercakap macam ustaz, “that’s make me sick”.
Kerana aku tahu apa yang kau percaya dan aku juga seperti kau.
Sayang,
Aku bukan tak mahu cari pengganti. Aku cuba, dan setiap kali aku cuba, setiap kali itulah aku berkata “alangkah baiknya kalau kau masih ada di sini”. Aku cuba mencari pengganti, dan berkali-kali aku menemui kegagalan dan aku rasa mungkin nasib aku macam ini lah - aku akan jadi bujang. Mungkin inilah yang terbaik.
Aku mahu kau tahu bahawa setiap saat bersama kau adalah saat paling terindah yang aku pernah ada. Selain Liverpool menang.
Aku tahu, kau dah pergi lama. Sembilan tahun tu sudah lama, kalau ada bayi dilahirkan, dia dah darjah tiga.
Aku rasa macam baru beberapa hari lepas kita berbual dalam Yahoo Messenger, kita webcam dan kita bergelak ketawa. Aku rasa macam baru beberapa bulan lepas, kau dan aku berjalan di Taipan USJ. Macam baru beberapa bulan lepas kau lipat-lipat kertas menjadi origami dan kau berikan pada aku.
Baru beberapa bulan lepas aku rasa aku menulis puisi dan menunggu jawapan dari kau.
Tapi itu semua dah lama dah. Kau meninggal sembilan tahun lepas, kali terakhir kita jumpa ialah sebelas tahun lepas. Lama dah, lama sangat.
Sayang,
Aku cuba percaya satu hari nanti aku akan temui pengganti kau. Aku cuba, bukan aku tak cuba. Tapi semakin hari melewat tua, kepercayaan itu makin terhakis, dan aku tak mampu menahan kehibaan ini.
Perasaan ini seperti rumah yang makin reput dimakan anai-anai - makin lama makin luntur dan gugur.
Orang kata aku memilih. Aku nak rupa yang cantik, akal yang bijaksana, hati yang baik - orang kata, mana mungkin. Tak mungkin akan ada kualiti yang sebegitu.
Tapi aku pernah berjumpa kau - dan bercinta dengan kau adalah paling indah sekali dalam hidup aku, selain dengan kakak kau. You’re both equal, you know that?
Akhir kata sebelum aku akhiri surat cinta ini, walaupun kau tiada lagi, tapi aku tetap menyambut hari lahir kau.
Selamat hari lahir, sayang. Semoga kau bahagia di sana.
April 14, 2016
amandaonwriting:
Perfect Japanese Words You Need In Your...
Write Your Novel In A Year - Week 15: Draft Away
Nami Cob Nobbler's Blog
- Nami Cob Nobbler's profile
- 133 followers




