Azrin Fauzi's Blog

November 5, 2022

Suara Yang Merekahkan Kulit Pupa

Amok-Imago. Kuala Lumpur: Nusa Centre, 2022. 

"Sangat Deleuzian."

Dr. Norman Yusoff, dalam acara Amok-Imago: (diskusi) + dialog-dialog diam 

di Galeri RumahLukis


"Rasanya Azrin Fauzi dah berada setakah lebih tinggi daripada mana-mana cerpenis Malaysia dengan naskhah ini."

Lokman Hakim, via Shopee


"Bertemu dengan serpihan diri Azrin."

Sheera Ghafar, via Goodreads


"Semacam adakah aku baca karya fiksyen? Bukan fiksyen? Hibrid?"

Hadi Muss, via Goodreads


"Eksperimental dan meditatif."

Hadi M. Nor, via Goodreads...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2022 00:52

January 2, 2022

Cerpen Avant-garde: "Bagaimana Kalau..." Atau Dialog-dialog Diam Di Dalam Mesin Penghancur Cereka

Zero & Not (1989), oleh Joseph Kosuth dan Liege (1989), oleh Franz West.

BAGAIMANA kalau, kerana sudah begitu lama tidak dibangkitkan, kita mempertanya semula, “Apa yang dikatakan sebagai sebuah cerpen?”: Saya sempat berkunjung ke sebuah acara seni dan buku alternatif yang dilangsungkan di Galeri Annexe, Pasar Seni sekitar 2011 dahulu. Dan saya sempat membawa pulang senaskhah antologi cerpen dengan judul dan kulit buku yang melahirkan curiga. Juga sempat menghabiskan bacaan salah sebuah cerpen ya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2022 06:09

July 20, 2021

Memori, dan Bangkai Tak Tertanggung

Antara foto yang menginspirasikan Basuki Basri untuk Bangkai Tak Tertanggung.

MENGARANG cerpen "Otomemoria" (Dewan Sastera, Julai 2021) adalah untuk menyeni dengan memori dan kelajuan; mempertimbang jarak dan waktu dengan kematian. Mengarang cerpen ini adalah untuk saya melepasbebaskan memori. Membiarkan ia terbentuk sendiri.

Bertitik-tolak daripada sebuah catan Basuki Basri berjudul Otomemoria. Saya tertarik bagaimana sekeping foto yang diberi judul Bangkai Tak Tertanggung (turut difoto oleh Basu...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2021 10:21

August 17, 2020

Liuk Tubuh Dalam Dua Layar

 Futej daripada Kucumbu Tubuh Indahku (2018).

Kucumbu Tubuh Indahku (2018) bikinan Garin Nugroho

Perjalanan mencari maskuliniti dengan seni (tari dan sinema, sekali gus buat kita) kerana Juno sejak kecil (Raditya Evandra) lagi sudah dihilangkan figura bapanya dek pembantaian 1965; dalam tidak sedar, coming-of-age ini dalam meruntuh dan membina semula apa yang dikatakan jantan (seperti yang disedarkan oleh guru tari Lengger di kampungnya tentang nama yang diambil daripada Arjuno dalam Mahabharata i...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2020 10:18

April 17, 2020

(Tubuh): Manual Yang Tumbuh Dalam Kurungan

(Setelah tiga puluh hari kita menumpaskan wabak di luar sana dari dalam rumah sendiri.)


Cemetery of Splendour (2015) bikinan Apichatpong Weerasethakul.
JIKA ada apa-apa yang boleh saya pegang dari waktu menuntut di sekolah perubatan dahulu (tidak selesai) tidak lain hanyalah ingatan kepada kelas anatomi. Kelas yang paling saya gemari. Kelas di mana setiap kumpulan berempat (betapa akrabnya angka ini dengan kematian) diberi sekujur tubuh untuk diteliti sehabis-habisnya dari kulit ke tulang -...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 17, 2020 12:58

April 11, 2020

Homo digitalia

BOLEHKAH karya seni bernafas di luar galeri: ya dan tidak. Saya baru sahaja pulang dari sebuah pameran di Rumah AQL. Terus terang saya katakan, saya tidak berasa apa-apa. Menjadi perjalanan kosong di sekitar sarat imej seni. Yang sepatutnya - saya lebih rela - mengikuti perjalanan padat kalaupun berlegar di ruang kosong. Saya teringat akan narator dalam The Illogic of Kassel tulisan Enrique Vila-Matas, di mana sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam sebuah ruang kosong yang sepatutnya mempamer...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 11, 2020 13:40

September 29, 2019

Harum Vakum

Cerpen "00000000000" yang membuatku tidak
tentu arah mencari sesuatu yang tidak ada.
"DI manakah O.? ... Di manakah O.?" soal Pak Agus R. Sarjono berulang kali dengan membulatkan matanya. Rokok yang terjepit di jarinya berhenti menyala - barangkali menanti jawapan juga.
"Saya juga tak tahu, pak. Sebetulnya O. tidak harus, tidak boleh ditemukan."
Esei "Bertemu O.: Mencipta Ketiadaan" dihasilkan di pertengahan Program Penulisan Mastera: Esai di Bandung, Indonesia tempohari. Entah kenapa saya, Ainun...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2019 06:43

January 10, 2019

Cakap-cakap Yang Kutangkap

Metamorphosis of Narcissus (1937), oleh Salvador Dalí.
SETAHUN sesudah Metaskandal: Semacam suatu tindak narsisistik untuk menurunkan kata-kata pembaca yang sempat ditangkap dalam jaringan sesawang maya maha luas. Kerana seperti Narcissus, kadangkala bayang lebih bermakna daripada gema suara Echo nol-makna. Dan kerana bayang, kelak kematian menumbuhkan bunga. Atau benarkah?


***
"Metaskandal segar, mudah dibaca."
via Kosmo!
"Aku tahu aku akan lawat-baca cerpen-cerpen di OUTRO paling kurang seribu k...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2019 16:18

December 12, 2018

13 Novela 2018



KERANA kita sudah pun jelas tentang apa yang dikatakan sebuah cerpen, apa yang dikatakan sebuah novel; bagaimana pula dengan novela? Adakah urat cerpen yang diregang sehabis-habisnya sehingga sering sahaja berdenyut seperti sebuah novel?

Daripada seleksi beragam ini - daripada yang paling pulp sehingga yang paling serius, paling falsafi; yang paling Latin Amerikana sehingga yang paling Nusantara, paling Malaysiana; yang paling konvensional sehingga yang paling eksperimental; dulu-dulu sehingga...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 12, 2018 20:18

November 10, 2018

Krasznahorkai, dan Tulisan yang Bertari dengan Syaitan

Kepulangan Irimiás ke kampungnya dalam Satantango (1994).
MALAH tiada sesiapa pun yang sanggup untuk kembali ke desa terpencil di ceruk Hungary ini – melainkan pembaca sendiri dan Irimiás, lelaki yang membawa sekali maut yang terpalit pekat pada tubuhnya masuk ke kampung yang sudah sedia mati. Atau mungkin saya tersilap kerana satu-satunya yang hidup di kampung ini ialah kematian itu sendiri.
Kematian dan sastera bukanlah pasangan yang asing. Tubuh teks sering sahaja dilihat tega...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2018 21:00