Belajar daripada banjir

Allhamdulillah. Banjir kian berengsot pergi. Matahari sudah berani keluar dari kepungan awan hitam. Sinar pagi memberikan harapan baharu. Banjir semakin jauh. Kini, yang tinggal sudah pasti lumpur.  Musibah banjir telah menyaksikan betapa nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita amatlah terpuji.
Pelbagai bantuan dihulurkan kepada mangsa. Kesusahan mangsa banjir dikongsi oleh banyak orang.

Oleh itu, saya amat tidak bersetuju jika ada mana-mana pihak yang cuba bermain politik ketika musibah datang. Tidak seharusnya ada sikap salah-menyalah antara satu sama lain atau sikap memilih puak ketika musibah datang. Sesungguhnya musibah datang tidak mengira darjat juga tempat. Siapa sahaja yang berada di tempat rendah bakal dipukau oleh kuasa air yang awalnya lembut. Tidak harus ada mana-mana pihak yang cuba mendabik dada. Akulah hero yang telah menyelamatkan dunia. Sikap sebegini seharusnya dihindarkan oleh mana-mana bangsa yang mengaku mereka bertamadun.

Selain itu, rangkaian media sosial nyata membawa manfaat juga mudarat ketika musibah datang. Manfaatnya segala makluman yang sahih, tepat dan betul dapat disebarkan dalam hanya beberapa saat. Mudaratnya terdapat pelbagai spekulasi dan khabar angin yang sengaja dihebahkan tanpa mempedulikan fakta, angka dan logik malahan kuasa Tuhan. Beberapa kali berita palsu disebarkan. Misalnya empangan A melimpah. Empangan B hampir pecah. Banjir disebabkan wujudnya pembinaan itu dan ini.

Daripada banjir juga ada satu pelajaran penting. Sistem pengairan dan peparitan negara berada dalam keadaan yang amat naif dan mengecewakan. Fungsi jabatan yang diamanahkan nyata berada dalam kedudukan tandatanya.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 11, 2013 03:59
No comments have been added yet.


Sahrunizam Abdul Talib's Blog

Sahrunizam Abdul Talib
Sahrunizam Abdul Talib isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Sahrunizam Abdul Talib's blog with rss.