Spine Tumour... my personal experience
Sakit...Dah beberapa kali aku diuji dengan sakit yang menuntut aku berada di bawah mata pisau. Tapi, aku jarang-jarang kongsi sebab bagi aku ramai lagi yang diuji dengan sakit yang lebih teruk dari aku. Malunya aku nak beritahu dugaan aku yang kecil-kecil ini.Cuma untuk kali ni, aku terbuka hati untuk bercerita. Mana tau kalau-kalau ada orang lain di luar sana alami simptom yang sama...
Sejak beberapa bulan lepas aku ada sakit belakang yang teruk.Bagi aku, sakit belakang adalah sesuatu yang normal.Sebagai seorang pengurus dana yang melakukan trading sendiri, memang aku terpaksa duduk lama menghadap komputer.Apatah lagi aku ni penulis sambilan.Tapi peliknya kali ini sakit aku bermula pada bahagian yang aku rasa aneh. Ni simptom-simptom yang aku alami:i) Sakit belakang atas sebelah kanan, lengan, sikuii) Tangan numbiii) Sakit melampau apabila batuk dan bersiniv) Sakit melampau apabila tidur sampaikan lepas aku baring nak bangun pun terpaksa berpautv) Sakit secara tiba-tiba tapi kekadang tak tahu nak pintpoint mana bahagian yang sakit sebenarnya.
Kali pertama aku jumpa doctor, katanya aku bengkak susu... Aku diberikan ubat dan muscle relaxant.Apabila sakit aku tak hilang, aku disuruh pula ke hospital untuk melakukan mammogram. Tetapi di hospital, aku dirujuk kepada general surgeon dan dihantar untuk melakukan ultrasound.Kata mereka, ada bengkak susu tapi hanya sedikit. Tetapi general surgeon rasa itulah puncanya dan berikan aku painkiller & plaster walaupun aku cakap sakit ni rasa lain (aku pernah kena bengkak susu/mastitis beberapa kali lepas lahirkan Alya dulu. jadi, aku tau sakit kali ni berbeza)Habis ubat, sakit masih tak reda.Aku terpaksa ke klinik sekali lagi. Kali ini, doktor ini refer aku kepada orthopedic.
Orthopedic suruh buat MRI di bahagian bahu. Menurut orthopedic aku ada koyakan kecil pada tendon dan paralabral cyst. Painkiller aku ditambah, diberikan spray dan plaster tampal.Tiga kali aku berjumpa orthopedic. Tiap kali, dose ubat painkiller dan spesies painkiller ditambah. Sakit tak surut. Ada masanya aku memang susah nak bangun, terpaksa berpaut sebab sakit sangat... Paling menyedihkan bila dah teruk sangat, aku sampai tak berupaya dukung Arif.Sebenarnya, level tolerant aku pada sakit amat tinggi. Tapi sakit belakang ni unbearable (kata seorang ibu yang sudah dua kali bersalin normal).
Aku kekadang terfikir adakah doktor ni semua pandang sakit aku remeh kerana aku tak meraung, jalan terinjut-injut atau ada anggota berbalut seperti kebanyakan pesakitnya yang lain? Sebab aku memang begitu, sakit macam mana pun, aku akan tahan. Bahkan masa bersalin pun aku tak menjerit. Semasa follow up dengan orthopedic, aku terus cakap, "Saya sakit sangat, doctor. Sakit sangat-sangat sampai susah nak bangun. Normal ke sakit teruk macam ni dengan koyak kecil tu?".Jawapan doktor mengejutkan aku. Katanya, "Abnormal. Nak MRI leher?"Sebetulnya aku memang bengang dengan jawapan beliau. Tapi bila fikirkan semula, aku pun satu... Apahal aku tak menjerit aje cakap sakit nak mampus, tak payah nak tahan? Cakap sakit dengan muka straightface, agaknya orang ingat aku pura-pura sakit kot.
Semasa lebih kurang 15-20 mins dalam mesin MRI yang teramat bising, aku dikeluarkan dari mesin dan diberitahu mereka kesan sesuatu dalam spine aku. Kemudian, aku disuntik dengan dye dan MRI diteruskan lagi. Kemudian, orthopedic terus cakap ada masalah dengan spine aku dan dia kena refer kepada neurosurgeon.Rupa-rupanya, sakit aku datang dari spine tumour yang dah menekan saraf aku. Neurosurgeon cakap tak ada pilihan, aku kena operate dan buang tumour tu atau kaki aku pulak akan slowly weaken lepas ni.Walaupun peratusan untuk aku lumpuh rendah, risikonya tetap ada. Dan ada juga risiko brain fluid bocor. Jadi, aku kena buat persediaan fizikal dan mental.
Operation aku petang Khamis. Rabu aku kena check in. Husband dan anak-anak drop aku kat lobi hospital. Banyak benda yang aku fikir masa tunggu nak sign consent letter untuk operation. Akhirnya aku faham apa mak selalu cakap masa aku kecil. Dulu mak cakap "Aku ni tak mintak banyak. Harap aku ni panjang umuq sampai anak-anak aku besaq boleh berdikari. Kalau aku tak ada, sapa nak bela anak-anak aku?". Lepas jadi mak, aku faham. Aku dah tak risaukan diri aku, aku hanya risaukan anak-anak aku.
Lepas daftar masuk wad, aku pun kemas-kemas barang supaya senang nak ambil lepas operation. Rupa-rupanya lepas operation aku kena duduk wad HDU sampai stabil. So aku kena kemas balik barang sebelum masuk bilik operation. Pening pulak aku fikir macam mana aku nak unpack barang lepas operation. Apa-apalah... Aku tawakal.
Pagi Khamis, aku kena buat nerve test. Macam-macam wayar sambung kat kepala dan kaki. Diaorang alirkan electric nak check nerve aku. Bertanda juga kaki aku. Sebelum buat nerve test, aku minta nak jalan sendiri. Lepas nerve test, pegawai kesihatan tu cakap aku kena naik wheelchair sebab takut wayar-wayar tu tercabut sebab diorang nak pakai lagi masa operation. Aku reda. Tapi aku sebak bila attendan hosp yang tolak aku tu seorang pak cik yang dah berumur. Masa tolak aku naik ramp, aku dengar nafas dia keras macam penat. Adakalanya aku rasa nak turun dan cakap aku boleh jalan sendiri. Bayangkan... aku ni susahkan orang walaupun kudrat aku barangkali lagi kuat dari orang tu. Malunya aku.
Sampai di bilik operation, aku diberitahu IV catheter akan dipasang oleh doc anaesthetic. First time, doc pasang sendiri. Pengalaman aku masuk hospital yang lepas-lepas, biasanya nurse yang pasangkan lepas admit ke ward. First time cucuk, Allahuakhbar, missed vein. Second cucuk, missed vein. Aku tahan aje sakit kat tangan kanan aku tu. Doctor berpindah ke tangan kiri. Cubaan kali ketiga barulah berjaya. Aku rasa dari nervous nak operation, dah jadi nervous nak kena pasang IV. Hehe... Kelakar pulak bila fikir sekarang.
Operation katanya mula pukul 2pm dan akan ambil masa 2-3 jam. Aku sedar dah pukul 6 lebih. Benda pertama aku cakap pada nurse adalah 'sejuk'. Nurse cepat-cepat ambil selimut. Aku mula gerakkan kaki dan kanan. Alhamdulillah, aku masih boleh gerakkan dua-dua. Aku cuba pusing pulak. Allahhuakhbar, sakit nak mampus. Lepas tu aku kena marah sebab katanya aku tak boleh sesuka hati cuba pusing. Ops!
Dalam tengah high tu, attendan hospital tolak aku ke HDU. Nurse letak handphone atas tangan aku dan cakap tolong call suami. Rupa-rupanya husband aku dah call hospital banyak kali. Sebab dia risau aku belum keluar since katanya operation 2-3 jam saja. Tapi masa tu dah pukul 7. Aku gagahkan juga call. Cakap pun masih merapu sebab aku memang high.
Sakit juga masa first time bangun (dalam pukul 11 malam macam tu). Tapi tak sesakit backpain yang aku tanggung berbulan sebelum operation. Kaki dan paha aku numb dan kepala sakit. Aku gagahkan juga jalan perlahan-lahan. Yes, aku berjaya pergi toilet! Bangganya aku dengan diri sendiri (Bajet macam baby baru tau tatih... hehehe). Lepas tu nurse bagi aku biskut dan milo. Aku rasa nurse tu yang punya sebab nurse sebelum ni cakap dorg tak ada sediakan makanan sampai esok pagi. Sebab semua nurse pakai mask, aku even tak tahu nurse mana yang sedekahkan milo dan biskut tu. Terima kasih, nurse. Semoga nurse dimurahkan rezeki.
Dalam pukul 6 pagi esoknya, aku minta izin mandi. Alhamdulillah, walaupun kepala pening, aku mampu mandi sendiri. Lepas confident sikit, aku praktis jalan merata-rata dalam wad supaya numb aku hilang. Tapi sampai aku dipindahkan ke bilik semula pun, aku masih numb. Beberapa hari lepas tu, aku pun dibenarkan discharge. Husband aku pun datang pick up aku.
Itulah kisah dua minggu lepas. Aku masih tak buat kerja-kerja berat dan masih dalam MC sekarang. Husband banyak bawa aku keluar berjalan-jalan sikit di tempat tak ramai orang untuk exercise. Numbness aku slowly semakin berkurangan. InsyaAllah, akan mula bertugas semula sedikit masa lagi. Alhamdulillah untuk pengalaman ini.
Yup, i have another battle scar! Tapi kan orang selalu cakap... what doesn't kill you makes you stronger...and wiser. InsyaAllah.
Love,liza nur

Published on December 03, 2021 01:05
No comments have been added yet.