Banyak perkara yang bermain dalam minda yang buat aku terperangkap dalam solitari dunia aku sendiri. Disebabkan itu jugalah aku lebih suka merayau-rayau sekitar ibu kota lumpur dengan motor kapcai cabuk aku, tidak peduli seberapa banyak minyak pun yang habis. Melihat gelagat warga kota yang pentingkan diri-sendiri ketika memandu seringkali buat aku tertawa. Lucu. Kerana aku juga sama. Bezanya, aku bertayar dua. Mereka, kebanyakannya bertayar empat.
Mungkin juga, dalam diam, aku menanti penuh pengharapan saat di mana aku akan dilanggar hingga hancur luluh segala genap susuk tubuh aku, sehingga langsung tiada tinggal walau ruh aku, jangan dikata nyawa.
Entah apa lagi yang diperlukan oleh dunia, buat aku masih wujud di sini mengganggu memburuk segalanya.
Published on October 11, 2012 08:19