Cerita Pendek: Malang
Dia selalu berdoa untuk selalu ditemani matahari terutamanya dalam musim sejuk. Betapa dia rindu kakinya tenggelam memijak pasir pantai putih yang halus, biar Tuhan saja yang tahu. Matanya diadang cermin mata hitam, tenteram memandang langit. Awan bergerak lesu. Dia santai berbaring di bawah payung besar warna pelangi, dikelilingi pokok-pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin bayu Lautan Pasifik. Di bahu kirinya melirik mata si gadis berbikini kuning neon, rantai bunga orkid tergantung di leher jinjangnya. Mereka bergelak ketawa sepanjang hari. Hatinya lapang. Alangkah indahnya hidup begini. Hari itu akan dihabiskan bermain bola tampar bersama Felipe, Eduardo, Komander dan rakan-rakan yang lain. Lehernya perit tetapi dia tidak peduli. Dia bahagia.
Satu hembusan angin menerbangkan debu ke muka. Nafasnya tersangkut. Terbatuk kecil, dia tersedar. Balik nanti aku mesti ke Hawaii.
Ironi. Di sinipun dia berjumpa dengan matahari yang sama tetapi berbeza perilakunya. Ia bukan lagi bola api yang membelai kulit yang disanjung dan dipuja di tepi pantai tetapi ia bara terang yang mencengkam bayang-bayang dan menghukum tanpa sebab.
Apa kau tak kasihan pada kami?
Peliknya di tempat ini seluruh alam berkonspirasi untuk sengaja menyusahkan hidup mereka. Bermula dengan matahari, angin, pokok, binatang-binatang kecil malah debupun sengaja masuk ke celah-celah rongga seakan dijemput. Jalannya berdengkot sedikit. Di dalam but kirinya ada butiran batu kecil. Puas dipaksa keluar pagi tadi tapi tak berjaya. Seekor kala jengking kecil muncul, menggertak untuk menyengat tetapi dia lebih pantas bertindak. Batu yang dicari menyorok entah di mana. Sesekali dia terfikir untuk duduk sebentar, membuka but, menghentaknya ke tanah dan memakainya semula seperti yang biasa dilakukan oleh kanak-kanak kecil apabila kasut dirasakan tidak selesa. Mungkin dia boleh berjalan dan berlari dengan lebih laju tetapi dengan M16 di tangan, uniform dan topi biru ini, dia tidak boleh bertindak sesuka hati. Reputasi mestilah dijaga. Sekarang giliran dia bertugas.
Menyusahkan betul kaki ini!
Dia diarahkan berada dalam posisi hendap bersama dua orang lagi dalam skuad yang sama. Mereka menanti dengan sabar di blok bersebelahan manakala dia pula di seberang jalan. Dalam masa lima minit mereka dikehendaki membuat rutin pemeriksaan umum di sebuah bangunan kosong. Seperti kebanyakan struktur tegak di Khiyam, tiada pengecualian untuk bangunan ini. Dikhabarkan bangunan ini adalah merupakan tempat perjumpaan musuh dan juga tempat pengumpulan senjata haram secara pukal. Pernah berfungsi sebagai salah sebuah sekolah terbesar di selatan Lubnan, bangunan ini yang dahulunya ceria dengan suara dan warna kini kelam dan sunyi sepi.
Empat minit.
Sebuah Nissan yang berkarat bonetnya berlalu perlahan. Nombor platnya separuh saja yang jelas kelihatan. Warna asal tidak dapat dipastikan kerana sudah terlalu usang. Sekurang-kurangnya tiga jenis cat kelihatan di setiap bahagian. Ada tompok peta warna hitam, hijau dan putih. Keriuk geraknya merangkak menuju destinasi yang tidak jauh dari situ. Hari Jumaat yang biasa. Sayup kedengaran azan berkumandang di masjid berdekatan. Kereta itu berhenti sebentar dan honnya bingit meminta perhatian. Jalan utama dipenuhi budak-budak lelaki yang asyik bermain bola.
Curiga. Pemerhatian dilapor serta-merta.
Komander tidak bimbang. Tak mengapa. Ada lagi masa.
Dia akur. Sebenarnya hatinya tidak tentu dari pagi lagi. Operasi begini selalunya tidak merbahaya tetapi entah kenapa degup jantungnya tak kena.
Tiga minit.
Felipe mengetatkan baju kalis peluru. Sedia seperti selalu. Eduardo menyisip peluru tambahan di pinggang. Kedua-duanya mengambil tempat dan sedia untuk bergerak ke…
Eh? Bola yang disepak-sepak tadi bergolek perlahan. Jalan tiba-tiba lengang. Binokular di tangan mengambil tempatnya semula. Ada sesuatu yang tak kena di sini. Kenapa jalan yang bising tadi sunyi sepi sekelip mata? Mana budak-budak tadi?
Pesanan dihantar dengan kod kecemasan. Mohon batal operasi. Ada sesuatu yang buruk bakal terjadi.
Dua minit.
Sebelum sempat jawapan Komander sampai, telinganya menangkap satu bunyi. Tanpa sepi yang sementara itu, bunyi itu tak akan sampai. Lelaki tua di dalam Nissan itu memandang ke arahnya dengan mata yang penuh dengan azam.
Klik!
Oh tidak! Felipe! Eduardo! Lari! Keluar dari kawasan…
Malangnya itulah perkataan terakhir sebelum ledakan itu menyergah mereka semua.
Seperti malam-malam yang lalu dia terjaga. Sejuk menikam luka lamanya. Perit, kering dan dendamnya mengalir lagi. Dadanya turun naik. Paru-parunya terbakar mendesak hutang yang belum terlangsai. Peluh di dahi diseka. Jam menunjukkan pukul empat pagi. Hidungnya mahu menangkap semula bau getah terbakar, asap hitam dan hanyir darah manusia. Telinganya lapar akan derai kaca, jerit orang ramai, ledak M16 dari arah bertentangan, besi-besi ranap dan suara Komander.
Ini semua mimpi belaka. Bertenang. Semuanya baik-baik saja, kan?
Sepi membuatkan dia keliru. Apabila dia menyelak selimut ke sisi, dia sedar mainan tidurnya tidak menipu.
Topang plastik di bawah katil dicapai dan dirangkul erat. Tujuh puluh kilogram bukannya berat tetapi apabila dicampur dengan segala beban yang ada, dirasakan bahu itu tidak mampu memikul semuanya sekali. Jangan difikir perkara yang sudah berlalu, kata Kakak yang cuba sedaya upaya untuk faham. Kakak dan Mami tak faham dan tak akan faham situasinya. Mereka duduk di rumah membaca suratkhabar, mendengar berita di radio dan melihat paparan di televisyen. Mereka tak ditakdirkan mengalami pengalaman dahsyat itu sendiri. Mereka tak dapat menggambarkan betapa ngeri, sedih, sepi, putus asa, sakit, ngilu, semuanya bersatu menghantuinya dalam jaga dan tidur setiap hari semenjak hari itu.
Lupa? Senang sekali bicara Kakak. Ini kata-kata orang yang tidak hidup dengan celaka setiap hari, tidak merenung wajah Si Malang di dalam cermin, tidak mendengar bisik suara-suara kecil yang mati itu lebih senang daripada berdiri.
Kakinya menyentuh lantai. Tangan pucatnya menggenggam bucu katil erat-erat. Matanya dipejam rapat. Tuhan, kenapa aku bangun hari ini?
‘Tidak’ bukan jawapan yang sesuai. Pengorbanan lelaki itu bukan sedikit. Lagipun tuan punya tempat itu bukanlah orang asing. Siapa lagi yang akan menolong balu Komander jikalau bukan dia?
Dengan kudrat yang ada dia berjaya bangun selepas dua percubaan. Kali ini dia melangkah dengan lebih hati-hati ke bilik air. Dia tidak mahu mengulang pengalaman tiga hari lepas. Akibat licin, dia terjatuh dan terhantuk ketika sedang mandi. Semalam dahinya masih biru. Hatinya mendidih. Tidak tahu siapa untuk dimarah, dia menumbuk dinding berkali-kali. Dia perasan yang jiran-jiran tidak lagi merungut.
Wajahnya di cermin diperhatikan. Keliling matanya hitam, kulitnya pucat dan jambangnya tidak terurus. Selebet. Sudah seminggu dia tidak bercukur. Dia bersyukur Mami tidak ada untuk melihat keadaannya sekarang.
Dia tahu Mami tidak suka dengan keputusannya menyertai Kumpulan Sukarela Pengaman Pertubuhan Bangsa Bersatu. Kakak berbelah bahagi tetapi mereka menyokong apa saja yang membuatkannya gembira. Mereka bertambah resah apabila dia dihantar ke Lubnan dan apabila dia balik, gusar mereka reda biarpun semuanya sudah terlambat. Mami dan Kakak takut untuk bersuara tetapi dia boleh baca kasihan di mata mereka. Dia boleh nampak titis air yang bergenang di sudut mata.
Krim berbusa disapu perlahan-lahan. Sudah bertahun-tahun dia melakukan perkara yang sama tetapi masih cemerkap. Dia tidak faham bagaimana cermatpun dia bercukur tetapi masih ada kemalangan-kemalangan kecil. Selalunya kecederaan ini terjadi diantara lekuk di dagunya dan tepi telinga kanan. Parut merah kecil muncul sebagai bukti. Mungkin kali ini dia patut lebih bertenang. Apa lagu yang popular sekarang agaknya? Sudah lama dia tidak menyanyi.
Dia teringat yang Paola ada menyanyi satu lagu khas untuknya. Ini lagu Lady Gaga untuk pakcik, kata Pao-pao sambil memintal tocang bulu jagung paras bahu. Keletah Paola membuatkan hatinya yang kering kontang dibanjiri kebun bunga.
Dia senyum. Pao-pao si genit. Harap-harap dia datang lagi minggu ini.
Sedikit demi sedikit dia bermula dengan bibirnya mengalun bisikan lagu. Separuh siap dan tiada lagi darah. Bagus. Lagu ini nampaknya banyak membantu.
Tok! Tok! Tok!
Aduh! Jahanam! Luka juga hari ini! Siapa pula yang mengacau?
Keningnya berkerut seribu. Sudah terang lagi bersuluh di muka pintu depan. Papan tanda itu bukan hiasan semata-mata.
Tok! Tok! Tok!
Bagaimana pula jika ini kes kecemasan? Alberto di tingkat atas pernah mengalami strok dan isterinya yang panik segera turun ke tingkat tujuh kerana dia tahu yang Alejandro ialah orang yang tahu serba-serbi. Sebagai orang yang biasa berada dalam situasi kritikal, dia memang diajar untuk bertindak dan memberi respon yang betul apabila keadaan memerlukan. Tangkas dan efisien, kata Komander. Boleh dikatakan ini semua rutin biasa, itupun sebelum dia dipaksa bersara dua tahun lalu.
Selesai bercukur, dia menapak ke ruang tamu. Kaki kanannya masih basah tetapi teman setianya boleh diharapkan untuk mencengkam lantai. Kerusi roda menunggu di tepi katil. Dia melabuhkan tubuh ke kerusi dan menunggu ketukan yang seterusnya sebelum membuka pintu.
Menyusahkan betul!
Tok! Tok! Tok!
“Sekejap, aku datang!”
Tiga set selak ditolak ke tepi. Pintu varnis hitam berkilat itu dibuka lantas dia dipersembahkan dengan satu tubuh kecil di luar.
Terus terang, Alejandro lega. Dia bukan isteri Alberto. Perasaan lega itu serta-merta bertukar menjadi tidak senang. Ini bukan betul-betul kecemasan. Budak perempuan itu menghadiahkan satu senyuman perit. Bahunya dalam kedudukan senget sebelah akibat beban beg sandangnya di belakang. Budak itu menarik nafas untuk bercakap tetapi serta-merta dipotong oleh Alejandro.
“Bilik kami penuh. Maaf. Carilah rumah tumpangan yang lain.”
“Tapi encik…”
“Engkau tak fahamkah? Kami tak ada tempat untuk engkau!”
Alejandro tidak sedar suaranya mula meninggi. Tangannya menggigil dan bibirnya dikertap rapat. Dia penat dengan mimpi ngerinya. Dia penat hidup apabila dia sepatutnya mati. Dia penat mendengar bisikan Malang. Dia penat dengan kemalangan-kemalangan yang terjadi hari demi hari. Dia penat dikasihani oleh semua orang. Dia penat menjadi beban Mami dan Kakak. Dia penat melayan pelancong-pelancong yang suka mengambil kesempatan terhadap orang tempatan.
“Awak jangan ingat awak cacat, awak boleh kurang ajar dengan saya.”
Kata-kata itu keluar dengan suara dari hati yang beku. Darah Alejandro mendidih serta-merta.
“Apa?”
“Awak dengar apa yang saya cakap tadi.”
Kalashnikov. Ini lebih baik dari M16. Dalam masa enam puluh saat Alejandro gembira dapat membenam enam ratus peluru ke setiap bahagian badan budak perempuan tak tahu malu ini.
Mata mereka bertentangan. Mata biru Alejandro luas menelan mata sepet si budak perempuan di muka pintu. Mata pelancong. Terdetik di hatinya yang sepasang mata itu mengingatkannya kepada seseorang. Ah, mereka ini semuanya sama! Dasar pelancong tak guna! Hatinya meluap-luap dengan api. Dia benci pelat asing yang hinggap di telinganya. Apa yang kau tahu tentang aku? Berani kau kata aku cacat? Aku perajurit negara, pejuang dunia, pembela keamanan sejagat! Jasa aku tak terbalas oleh sesiapa, tahu?
Budak itu menelan air liur. Nafasnya sesak. Dua-dua membungkam seribu. Dilihat mata itu ada semarak api yang mula membahang. Mana mungkin dia lupa mata dengan bara yang sama di dalam kereta Nissan di Khiyam, mata penuh azam untuk melakukan sesuatu walau apa yang terjadi; mati tidak terkecuali. Lebih teruk, bara semangat itu menyala merah dengan air mata.
Sedia maklum hatinya sakit, Alejandro tertanya-tanya siapa yang lebih sakit. Selalunya perempuan menangis atas sebab yang aneh-aneh belaka. Mungkin dia sendiri yang menyebabkan perempuan itu bertukar menjadi seorang yang biadap untuk membela diri. Entahlah. Dia tak faham perempuan. Hampir menepuk dahi, dia benar-benar terlupa perkara asas untuk menyerang musuh. Kelas pertama tahun satu: Strategi Tembak Dan Lari. Tembakannya pada awal perbualan mengenai sasaran dan musuh membalas tepat ke jantungnya semula.
Kedua-duanya menanti serangan balas.
Matahari di belakang budak perempuan itu semakin meninggi. Bayang pagi beransur-ansur meninggalkan tempatnya. Wajah perempuan itu semakin jelas dan Alejandro sedar betapa dia buta akibat terlalu marah. Muka budak itu penuh dengan celoreng asap hitam, urat bibirnya pecah dan merah, rambutnya kusut masai, tangannya menggigil kesejukan (atau mungkin kelaparan, dia tidak pasti), betis kanannya masih berdarah dan kasutnya hilang sebelah.
Malang memang berjangkit.
Menjaga rumah tumpangan murah sejak setahun lalu, dia kenal benar orang begini. Penjaga pintu di tingkat bawah? Malang. Tukang paip yang datang dua kali seminggu? Malang. Budak penghantar suratkhabar? Malang. Alberto? Malang. Sesiapa yang ditinggalkan isteri, anak dan anjing kesayangan, lari dari negara yang politiknya tidak stabil dan hampir mati kelaparan di sempadan negara asing, dihalau dari rumah sendiri oleh ibu kandung dan lumpuh separuh badan bukanlah jenis manusia yang akan menang loteri.
Melihat budak ini dia tidak perlu bertanya lagi. Padan muka. Apapun yang telah terjadi, hatinya bersorak gembira. Rasakan, wahai perempuan malang! Kau layak jatuh ditimpa tangga dan Alejandro tidak segan berdoa supaya rumah budak itu roboh sekali di atas kepala.
“Saya tahu tempat ini dibuka pukul sepuluh pagi. Saya tahu membaca. Saya minta maaf sebab menyusahkan awak tapi apapun masalah awak, menengking saya bukan jawapannya.”
Alejandro menahan diri daripada membalas. Pengalaman dengan tiga belas orang bekas teman wanita mengajarnya untuk diam apabila seseorang wanita sedang marah atau datang bulan atau paling menakutkan, kedua-duanya. Biarkan perempuan ini bertenang dan Alejandro akan memasang strategi seterusnya.
“Awak tahu mana saya boleh cari bilik kosong? Sudah empat jam saya berpusing-pusing di sini tapi semuanya sudah penuh.”
“Kenapa awak tak menempah awal-awal lagi? Kan sekarang cuti musim panas. Semua orang bercuti.”
“Kalau saya sudah berbuat begitu, kita takkan bercakap tentang hal ini sekarang.”
Peluru percuma kedua.
“Awak sudah bertanya dengan Rumah Tumpangan Garibaldi di Jalan Bermudez? Ada beberapa lagi di jalan yang sama. Simpang depan sana, jika awak belok ke kiri, awak boleh jumpa Rumah Tumpangan Rodriguez dan di tingkat atas sekali Rumah Keluarga Burghese.”
“Semuanya sudah dan semuanya penuh. Saya sangat penat. Awak boleh ambilkan air?”
Hati Alejandro meronta-ronta dengan niat mahu mencekik budak itu. Kau berjalan di sekeliling Madrid mencari bilik, berjumpa orang cacat yang tumpang simpati dan kau minta air? Tak cukup lagi dengan menyusahkan orang seperti aku, menghina aku, sekarang apa lagi?
“Kau tak boleh ambil sendiri?”
“Ini rumah awak. Kalau awak ke rumah saya, pastilah saya sendiri yang akan ambil.”
Alejandro tahu banyak perkara yang mustahil di dalam dunia ini dan salah satu daripadanya ialah dia bertandang ke rumah budak perempuan biadap ini. Entah ceruk pedalaman mana dia datang dengan kulit kopi susunya, mata sepetnya, muka petaknya, rambut kerinting sarang tebuannya…tapi wajah ini pernah dilihatnya sekali entah di mana. Dia kenal tahi lalat di dagu itu.
“Aku tak…”
“Cuba. Awak boleh. Saya tunggu.”
Alejandro mengesyaki budak perempuan itu sudah gila atau sedang dalam cubaan merompak yang bersahaja. Apa budak itu tak terfikir betapa hidupnya akan lebih susah dengan bangun, melangkah dengan penuh seksa, mengambil gelas di rak cawan, membuka pili dan datang semula ke muka pintu dengan harapan tetamu kehormatnya akan merasa lega dengan layanan yang diberikan? Lebih menyakitkan hati, budak itu tidak mahu melakukannya sendiri dengan alasan yang paling tak masuk akal; tetamu.
Cukup. Ini memang sudah melampau. Masa untuk menghalau musuh.
“Apa tujuan kau ke mari?”
“Awak tahu tujuan saya. Saya mencari bilik kosong.”
“Aku tak percaya.”
“Itu bukan masalah saya. Masalah saya sekarang ialah kehausan yang kronik. Tolong?”
“Aku bukan orang gaji kau. Kau sebenarnya boleh beli sebotol air di bawah. Kenapa kau sengaja nak menyusahkan orang lain semata-mata air percuma?”
“Mengambil air untuk tetamu tak pernah menyusahkan orang.”
“Tapi kau menyusahkan aku, faham?”
“Kenapa pula? Apa yang susah?”
“Kau memang bodoh atau pura-pura bodoh?”
“Saya tak nampak kaitan bodoh dengan haus tapi saya nampak kaitan bodoh dengan orang sombong.”
“Apa masalah kau sebenarnya? Kau benci orang cacat?”
“Siapa cacat?”
Kesabaran Alejandro sudah berada di paras bahaya. Urat-urat hijau di kepalanya sudah banyak yang tersembul keluar. Apa jenis manusia yang berada di depannya sekarang? Adakah ini sejenis jenaka di negaranya? Ini sangat tidak kelakar.
“Lebih baik kau beredar dari sini, perempuan sial! Jangan kau berani menjejakkan kaki ke kawasan ini! Aku tak mahu tengok muka kau, bayang-bayang kau, apa-apa berkenaan kau. Kau berambus!”
Beberapa orang jiran menjengulkan kepala. Nampaknya drama pagi itu sukar untuk dilepaskan begitu sahaja.
“Apa awak nak buat kalau saya kembali?”
Alejandro pernah melihat gunung berapi meletuskan lahar. Merah, membara dan berapi semuanya mengalir ke semua arah. Begitulah agaknya rupa hatinya yang tak henti-henti memuntahkan lahar hitam.
“Aku bunuh kau!”
“Dengan apa? Topang plastik?”
Kali ini Alejandro memang marah tidak terkata. Mukanya merah padam penuh dengan darah yang membuak-buak naik ke kepala. Telinganya berdesing, tidak berupaya memproses protes jiran-jirannya lagi. Tangannya menggenggam tepi kerusi rodanya dan dia bangun. Kakinya tegak. Topangnya dibaling ke lantai. Budak ini memang mencari masalah.
Tidak mahu budak itu lari, Alejandro mengumpul kekuatan. Tangannya kebas. Kau akan dapat apa yang kau nak, budak. Kaki kanannya kukuh, dia membuat keputusan. Aku mampu. Dengan itu, dia melompat ke arah budak itu.
Budak itu menunggu berpeluk tubuh. Tak apa. Kau jangan ingat kau boleh terlepas. Apa dia ingat aku tak mampu?
Satu kali. Dua kali. Tiga kali dia melompat. Satu kali lagi. Biar dekat, biar rapat.
Kali ini dia betul-betul satu kaki dari muka budak itu. Tangannya tak perlu dihantar jauh-jauh untuk penampar seumur hidup. Biar berdarah, biar pecah gegendang telinganya, biar dia jatuh, biar dia menyesal tak sudah, biar dia pengsan, biar dia mati. Baru dia kenal siapa Alejandro Rodriguez yang sebenarnya.
“Mana yang lebih menyusahkan sebenarnya, melompat untuk membunuh saya atau mengambil air? Saya nampak prosesnya sama sahaja. Awak baru saja bangun dari kerusi roda tanpa bantuan sesiapa atau apa-apa, melompat keluar dari rumah awak ke arah saya dengan penuh harapan untuk menunaikan ancaman awak. Ha, sekarang apa yang awak tunggu lagi?”
Alejandro terpinga-pinga. Dia tidak pernah melompat tanpa bantuan sebelum ini. Dia hanya menggunakan topang ke mana-mana dan itupun dengan banyak kemalangan. Apa yang budak ini cuba buktikan, yang dia sebenarnya boleh?
“Aku….”
“Awak tahu yang awak lelaki yang sama sebelum atau selepas kemalangan itu, kan? Tak ada yang lebih atau kurang.”
“Ada. Aku hilang separuh kaki kiri aku. Aku hilang semangat aku. Aku hilang cita-cita aku. Aku orang paling malang di dunia.”
“Tapi hati awak masih sama. Janganlah rendahkan diri awak sebab keupayaan awak tak sama macam dulu. Tak ada apa yang berubah, cuma kena belajar buat perkara yang sama dengan cara yang berbeza.”
“Kau siapa sebenarnya?”
“Kawan lama. Awak tak ingat?”
Mustahil dia akan terlupa. Kawan dan tetamunya tidak ramai. Berbekalkan perangai kurang ajar, pastilah dia takkan terlepas pandang akan perempuan itu. Apa maksud dia ‘kawan lama’?
Wajah kawan-kawannya datang bersilih ganti. Bila difikirkan semula dia memang banyak bergantung dengan orang lain. Tanpa bantuan, dia takkan ke mana-mana. Orang di sekelilingnya; Mami, Kakak, Pao-pao dan jiran-jiran tidak pernah lokek menghulurkan bantuan. Pelancong-pelancong akan mengambil kunci bilik mereka sendiri dan menguruskan segalanya tanpa banyak masalah. Selama ini ada saja orang yang menyiapkan segalanya sama ada membasuh pinggan, membancuh air, memasak atau menonton televisyen tanpa mengganggunya di bilik atau kaunter pertanyaan. Mereka diam, tidak pernah merungut dan tidak pernah marah dengan tutur kasarnya.
“Ingatlah, awak masih ada pilihan. Selagi masih hidup, awak boleh pilih untuk bahagia.”
“Bagaimana nak positif dengan kaki yang kudung?”
“Bila awak lihat petir di waktu malam, apa yang awak fikirkan?”
“Hujan. Kelam. Bahaya. Elektrik. Cahaya.”
“Ada orang akan memilih untuk tutup matanya kerana cahaya itu terlalu terang tapi ada orang akan buka matanya dan cari jalan pulang.”
“Apa? Aku tak faham.”
“Pilih yang betul.”
Krring…Krring!
Alejandro bukan jenis orang yang mudah tersentak tetapi bunyi deringan telefon itu membuatkannya sedikit terkejut. Pada deringan ketiga, panggilan itu diam. Dapur senyap semula seperti biasa.
Beralih memandang gadis di pintu, senyumnya pudar. Budak perempuan itu hilang. Tanpa bunyi, tanpa terima kasih, tanpa selamat jalan, dia lesap. Mungkin ada perkara kecemasan di tempat lain. Berpaling menghadap ruang tamu, dia perasan ada kuntum ungu di tempat budak tadi berdiri.
Bunga orkid.
Ada-ada saja pelancong gila ini. Sampahpun dibuang di merata tempat.
Pintu ditutup dan Alejandro menapak ke ruang tamu. Televisyen dibuka dan dia mencari Antena 3. Letizia akan muncul sebentar lagi. Alejandro tidak pernah terlepas senyum manis penyampai berita dari Barcelona itu.
“Selamat pagi! Apa khabar semua? Berita hari ini dimulakan dengan khabar kurang menyenangkan di musim panas ini. Tepat jam enam pagi tadi, berlaku kebakaran kecil di persimpangan Jalan Gaztambide dan Jalan Bermudez yang mula penuh sesak dengan kenderaan diakibatkan oleh satu kemalangan maut melibatkan seorang pelancong dari Hawaii, Melena Ortiz, 23 yang sedang melintas jalan apabila sebuah kereta Renault hilang kawalan dan tidak berhenti di lintasan pejalan kaki. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian. Ortiz, yang sedang menghabiskan cuti musim panas….”
Jantung Alejandro berdegup kencang. Bulu romanya meremang. Ini budak tadi! Sekarang barulah dia ingat di mana dia pernah berjumpa Melena. Gambar polaroid di televisyen menunjukkan seorang perempuan berbikini kuning neon dengan rantai bunga orkid. Tahi lalat itu pernah dekat dengan dagunya.
Degup jantungnya pantas. Darahnya laju keluar masuk hati yang dirasuk hiba dan takut bersilih ganti. Dia tidak faham apa maksud ini semua. Antara mimpi dalam mimpi, budak itu pernah wujud dalam kepalanya. Mereka mesra bukan sebagai seorang kawan tetapi sepasang kekasih. Yang menarik perhatiannya, semua orang dalam mimpi itu sudah mati.
Apa sudah sampai giliran aku kali ini?
Tapi Melena ada berpesan tentang sesuatu. Tentang guruh atau sesuatu berkenaan kilat barangkali. Pilih yang betul, katanya. Selagi masih hidup…
Mungkin masih ada harapan untuk aku.
Esoknya Alejandro tidak perlu menunggu Paola datang. Mami sendiri bagaikan tidak percaya. Kakak cuba menyembunyikan gelisahnya tetapi tidak berjaya. Alejandro tidak peduli. Awal pagi lagi dia menapak ke stesen bas, mengatur langkah di jalan berbukit kawasan kejiranan lamanya dan mendaki tangga ke rumah lama mereka.
“Mami, Kakak, Pao-pao, aku pulang.”

Published on April 09, 2014 23:06
•
Tags:
birsilah, cerita-pendek, malang
No comments have been added yet.