Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tiga Kali Seminggu

Rate this book
Tiga Kali Seminggu memperihalkan seorang ustaz kacak lagi petah yang mengajar kuliah tafsir, tajwid dan fiqah sebanyak tiga kali seminggu, di sebuah kampung. Buku ini adalah himpunan cerpen Dr. Faisal Tehrani yang kelima. Sebanyak 15 buah cerpen dimuatkan di dalam kumpulan cerpen ini, di mana Tiga Kali Seminggu merupakan salah satu daripadanya.

196 pages, Paperback

First published November 1, 2010

20 people are currently reading
132 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
51 (20%)
4 stars
113 (45%)
3 stars
66 (26%)
2 stars
12 (4%)
1 star
4 (1%)
Displaying 1 - 30 of 32 reviews
Profile Image for Nuruddin Azri.
385 reviews170 followers
June 15, 2025
Buku ini merupakan himpunan 15 cerpen yang mengangkat pelbagai tema baik bahasa Melayu (Muthupalaniappan), pemeliharaan alam semesta (Manifesto Mergastua), perpaduan (Dangai, Pau dan Maruku) mahupun sejarah reformasi oleh al-Afghani (Latar).

Cerpen Muthupalaniappan mungkin antara cerpen yang paling mengesankan kerana ia mengangkat isu kepentingan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan dengan bancuhan kisah yang menarik.

Setelah membaca puluhan karya kesusasteraan tanah air, tinta Faisal Tehrani tampaknya lebih indah disampaikan melalui cerpen, tinta Shahnon Ahmad lebih memukau jika disampaikan melalui novel manakala tinta A. Samad Said lebih mempesona jika disampaikan melalui puisi.

Keteguhan bahasa, idea dan gagasan mereka lebih terserlah jika diletakkan pada benang genre tersebut.
Profile Image for Ummu Auni.
663 reviews
June 4, 2012
Buku ini saya beli di KLIBF 2011. Seperti biasa, tulisan FT jarang mengecewakan saya. Sarat dengan fakta menarik, menambah ilmu di dada. Ada cerpennya yang sinikal, ada yang berat, ada yang biasa-biasa. Apa yang biasa, seperti Bulan Penuh di Saigon merupakan cerpen yang boleh diagak plotnya, walaupun dipenuhi fakta Vietnam dilanda perang suatu ketika dahulu. Saya mengangguk-ngangguk setuju dengan fakta Saigon. Begitu juga cerpen Muthupalaniappan, masih boleh diagak plotnya, dalam halus FT menyindir, bangsa kita yang kerap mengagungkan bahasa Inggeris, sehingga bahasa sendiri tercicir.

Adunan cerpennya agak mengejutkan, pelbagai rencah boleh dirasai. Ada pahit, manis, masam & kelat. Ada sindiran halus tetapi tajam di hujung cerita seperti 'Abuya Dongeng Tokoh yang Memakan Babi'. Ada semangat perpaduan di dalam 'Dangai, Pau & Maruku'. Sejujurnya di dalam cerpen tersebut, saya suka cerita fiksi tentang Tunku yang mengambil kuih perpaduan yang dibuat 3 perempuan berbilang bangsa. Manifesto Mergastua pula menyindir manusia yang sering membuli haiwan..Oh, terlampau banyak, terlampau banyak yang ingin saya komen. Tulisan FT menjentik minda, paling saya terkesan adalah cerita 'Kegawatan' sehingga saya terfikir, adakah mungkin negara saya akan menjadi seperti itu?
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
February 2, 2015
Cerpen Kegawatan paling menarik perhatian. Gambaran bencana banjir besar di beberapa negeri di negara kita baru-baru tidak lekang dari ingatan tatkala membacanya. Ada kejadian dan keadaan seperti benar-benar terjadi.

Cerpen-cerpen lain juga saya suka, serasa kenyang apabila dihadam. Begitulah tulisan FT pada saya.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
June 4, 2015
(Sementara masih ada, rujuk instagram KedaiAbqari, beliau masih ada stok buku haram ni)

Selesai mengkhatamkan Tiga Kali Seminggu. Masalah pertama: APA MASALAH DENGAN KDN NAK HARAMKAN BUKU INI?

Tu je masalahnya. Bodoh sangat kenapa KDN ni. Aku bukan backup FT, tapi buku ni tak ada apa-apa yang 'menggugat ketenteraman' pun di dalamnya.

Lepas aku tahu naskah ni diharamkan 1 April lepas, aku cari terus. Bila jumpa, aku curios nak baca. Bila habis baca, aku fikir "apa masalah KDN sebenarnya?" Dah la aku beli buku ni masa 'tak ada duit' (sekarang cuti sem, dan aku tak buat apa-apa selain membaca)

Adakah sebab FT mengutarakan pendapat tokoh-tokoh Syiah seperti Syed Hussein Nasr atau Imam Khomeine?

Ada 1 cerpen yang mungkin menjadi 'masalah', cerpen Latar. Tapi apa masalahnya kalau mengajukan pendapat-pendapat dari tokoh Syiah?

~ eloknya KDN hukum bunuh terus Faisal Tehrani ni. Nanti susah KDN nak haramkan buku dia lagi.

Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 17, 2015
Sudah lama saya tak membaca karya Faisal Tehrani. Saya mengenal beliau melalui cerpen-cerpen awal beliau di Dewan Siswa dan beberapa antologi-antologi cerpen pemenang Hadiah Sastera Utusan. Saya pernah menyukai Cinta Hari-Hari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu (PPM). Malah saya pernah melihat PPM dari sudut Citra Wanita Dalam Fiksyen Melayu dan membandingkannya sebagai tugasan kursus sewaktu belajar dahulu. Namun semenjak 1511 dan 1515H minat saya terhadap karya beliau mula pudar. Dan semenjak saya gagal menghabiskan bacaan Tuhan Manusia, saya terus tawar hati membaca karya FT. Agak terasa usaha beliau mencuba Persuratan Baru agak menghambarkan cerita walaupun harus diakui banyak maklumat dan ilmu yang boleh didapati dalam kaedah penulisan baru beliau. Mungkin selera saya terhadap teknik penulisan sebegitu belum berputik.

Tapi, sungguhlah kata seorang teman saya, jika kita ingin mengenali gerak nafas sastera melayu kontemporari, karya-karya FT hampir mustahil untuk dipinggirkan. Bertitik-tolak dari itu saya cuba mengunyah kembali karya FT. Mencuba dengan genre yang memperkenalkan saya terhadap karya beliau; cerpen.

Membaca tajuknya, saya merasa sedikit kelainanan pada karya FT yang ini. Ada unsur gurau senda dan komersil pada tajuknya berbanding tajuk-tajuk karya beliau yang lain yang lebih bernuansa serius dan sastera.

Terdapat 14 cerpen dan sebuah cerpan (cerpen panjang) dalam kumpulan cerpen ini. Agak menarik membaca beberapa buah cerpen yang memperlihatkan keupayaan FT menukar gaya penulisan bernada pop dan jenaka.Isu yang disentuh adalah pelbagai, dari isu pengabaian haiwan oleh manusia hinggalah isu warisan senibina taman melayu. Gaya penulisan persuratan baru tidak ditinggalkan namun kelihatannya semakin matang. FT makin bijak mengabungkan unsur cerita dan maklumat atau ilmu dalam cerpen-cerpen dalam kumpulan cerpen ini. Paling menarik pastilah cerpen (atau cerpan) terakhir yang memperlihatkan daya imaginasi FT yang terus cemerlang. Cerpen ini juga menarik atas keupayaan pengarang memaparkan corak pemikiran dua pemuda yang berbeza tapi pada akhirnya menyatu dalam satu ruang-kemanusiaan. Bagi saya cerpen 'Gawat' ini wajar dipertimbangkan oleh pengarang untuk dijadikan novel. Kupasan watak-watak dan refleksi dari kegemparan yang terjadi memungkinkan pengarang meneroka lebih mendalam atas subjek dan juga perwatakan.

Membaca cerpen-cerpen FT yang ini seakan mendekatkan saya kembali kepada karya-karya beliau. Yang pasti saya mempunyai senarai panjang karya-karya beliau untuk kembali ditekuni selepas ini.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
June 26, 2012
15 buah cerita pendek Faisal Tehrani - mengundang rasa syahdu, lucu, pilu - membawa sindiran, peringatan, kekuatan semangat dan tanda tanya. (Blurp dari belakang buku)

Ini buku kedua Dr. Faisal Tehrani yang hamba baca setelah sekian lama menyudahkan Maaf Dari Sorga dan ini boleh dikira satu lagi percubaan hamba untuk menjadi lebih 'mesra' dengan bahan bacaan yang lebih berat serta luas soal persoalannya. (Pasti tidak 'manis' membaca novel cinta di usia 50-an nanti makanya hamba perlu bersiap diri dari sekarang sebagai persediaan masa depan. Hehehe)

Baiklah, tentang Tiga Kali Seminggu, jujur hamba katakan buku ini membuat hamba pertama kalinya berasa tulus kagum dengan Dr. Faisal Tehrani kerana tulisannya (maklumlah baru dua buku beliau yang hamba baca) dan bukan semata-mata kerana kata-kata orang. Walaupun hanya sebuah koleksi 15 buah cerpen tetapi TKS tidak miskin fakta, tidak sedikit peringatannya dan tentunya tidak kurang sindiran bahkan tidak pula tertinggal unsur perasaan di dalamnya.

'Antiplot', 'Cinta Medeni', 'Dangai, Pau dan Maruku', 'Latar', 'Manifesto Mergastua', 'Setelah Diciptakan Adam' dan 'Kegawatan' antara cerpen yang hamba suka.

'Rindu Ini Luar Biasa', 'Bulan Penuh di Saigon', 'Muthupalaniappan' dan 'Perlak Emak' berjaya buat hamba tersedu.

'Hajah Abidah', 'Muhammad Ulul Albab' dan 'Tiga Kali Seminggu' masih menarik dengan caranya sendiri walaupun tidak luar biasa.

'Abuya Dongeng Tokoh yang Memakan Babi' tidaklah mudah untuk hamba yang serba tidak tahu ini untuk memahaminya dengan sekali baca.


p.s Pada hamba cerpen 'Kegawatan' adalah yang paling mengesankan dalam buku ini (mungkin juga kerana ini cerpen terpanjang antara semua). Hamba jadi terfikir-fikir lama mengenainya. Bagaimana jika bumi Malaysia kesayangan kita ini benar-benar 'runtuh'?





Profile Image for Fahmi Kashfi.
12 reviews2 followers
February 19, 2017
Cerpen kegemaran

1. Tiga kali seminggu
2. Muhammad ulul Albab

tapi cerpen-cerpen dalam Kekasih Sam Po Bo lagi asyik.
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
December 11, 2012
Saya jarang kecewa dengan karya Faisal Tehrani. Beliau memang seorang penulis yang sinis dan sarat dengan maklumat. seperti yang beliau nyatakan di permulaan buku ini mengenai cerpen-cerpen ini memang terdapat cerpen yang biasa-biasa sahaja sekadar minum kopi, manakala ada juga yang sarat malah mungkin terlalu sarat maklumat sehingga pembaca terasa sesak dan penat malah ada yang ringan tapi sinis dan menyindir.

Cerpen pertama "Rindu ini Luar Biasa" nyata sesuai dengan tajuknya. Terutamanya apabila Zaharah membaca surat Hakimi, seolah jantung saya mengepam darah lebih laju dari biasa. Ada getaran. Saya mengaku perasaannya hebat. Saya terpaut dengan kisah percintaan Zahrah dan Hakimi, mereka saling berbahas, salin cabar mencabar dalam ilmu. Ini cara mereka bercinta. Saya cemburu sendiri, hebatnya memiliki cinta seperti ini.

Cerpen lain seperti "Abuya Dongeng tokoh yang memakan babi" pula banyak menggunakan pepatah Melayu sebagai sindiran yang indah. Karya ini ternyata sangat sinis kepada gerakan Islam.

Terdapat juga karya seperti "Antiplot", "Hajah Adibah" dan "Tiga Kali Seminggu yang menunjukkan harapan beliau terhadap Islam dan sindiran terhadap orang yang kononnya beragama.

Cerpen terakhir beliau juga sangat menarik terutamanya kerana ianya menggunakan latar Universiti Malaya dan dengan mudah saya memahami tulisan beliau. Gempa bumi yang beliau gambarkan jika terjadi pasti akan sedikit sama seperti yang beliau gambarkan.

Sangat Menarik!
Profile Image for Juliana Es.
254 reviews30 followers
January 18, 2011
Ada cerpennya yang sengaja dibiarkan tergantung, barangkali terpulang kepada pembaca mengolah sendiri akhiran cerita. Tapi yang paling terkesan ialah cerpen terakhir—alangkah tersentak membaca, namun jika kesudahannya menjadi nyata, bukankah bala itu sesuatu yang benar-benar bermakna kepada manusia?
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
July 26, 2012
Kegawatan - Blessings in disguise.

Kalau sudah penulisnya Faisal Tehrani, memang tidak lari dari gaya didaktiknya, dia sangat berkebolehan dalam kepengarangan, tapi sebagai daie, adalah pilihan dia untuk menyampaikan kemurnian dan sarat unsur dakwah.
Profile Image for Maryam Hamidah  Zulkifli.
11 reviews4 followers
March 23, 2016
Pelbagai perasaan yang dikacau bersama. Sinis, kelakar, sedih semuanya bercampur. Faisal Tehrani tidak pernah mengecewakan pembaca. Buku pertama yang saya kenal, terus buat saya jatuh cinta pada beliau!
Profile Image for Nor.
Author 9 books105 followers
March 24, 2011
Ada cerpen FT dalam buku ini yang panjang dan ia agak melambatkan pembacaan. Terutama bila topiknya agak berat.

Tajuk yang diberi hanya gimik. Cerpen2 FT sarat dengan fakta dan sindiran2 sinis.
Profile Image for Ema.
1,111 reviews
June 11, 2017
Ada unsur kematangan. Walaupun cerita itu nampak mudah tapi perlukan maksud yang mendalam
Profile Image for Iryani .
54 reviews
May 10, 2025
Terhibur. Memang satu bacaan yang mengusik.
Profile Image for Eimad.
174 reviews24 followers
August 12, 2012
Tiga Kali Seminggu kumpulan cerpen yang merangkumi 15 karya Faisal Tehrani selama dua dekad.Merupakan buku kedua Faisal yang saya hadami setelah Maaf Dari Sorga.Ironis walau tauk ini diberi nama Tiga Kali Seminggu yang memang jelas sebagai gimik untuk menarik pembeli, saya tidak berapa menyukainya.Mungkin saya tergolong dalam golongan mereka yang gemarkan 'inti lebih' seperti yang dinyatakan olehnya di pendahuluan.

Antara cerpen yang menjadi pilihan saya iala Manifesto Mergastua yang bertemakan kekejaman manusia terhadap binatang.

Juga Cinta Medeni yang menurut Faisal ingin mengetengahkan karya cinta yang tidak melibatkan 'kopiah dan tudung' atau cinta murahan yang disulam tasbih dan ayat-ayat Quran.

Saya juga gemarkan tema bahasa Melayu yang dibawa Faisal melalui cerpen Rindu Ini Luar Biasa dan Muthupalaniappan.Cerpen ini menggegarkan pasak keangkuhan mereka yang menjilat bahasa asing.Bukan saya membenci bahasa asing tetapi saya ingin meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya.Perlak Emak dan Muhammad Ulul Albab pula menampilkan usaha Faisal untuk memartabatkan bangsa Melayu.

Walaubagaimanapun cerpen yang benar-benar menjadi pilihan saya ialah Latar dan Kegawatan.Latar saya pilih bukan kerana potnya namun hanya kerana saya tertarik dengan isinya semata-mata.Kegawatan pula sindiran Faisal kepada masyarakat yang mengabaikan pembangunan rohaniah.ada kejutan realiti di situ.perbandingan antara Jarjis dan Boram adalah kritikannya terhadap norma masyarakat berilmu tapi tak bermoral(Jarjis) dan masyarakat impiannya(Boram).

Tanpa segan silu juga saya akui saya gagal mengenal sasaran kritikan Faisal dalam cerpen Abuya Dongeng Tokoh Yang Memakan Babi.menurut Faisal di pendahuluan, cerpen itu kritikan kepada gerakan Islam yang mengamalkan politik kotor ala Muawiyah dan Yazid.Mungkin saya akan teliti semla cerpen ini di masa hadapan.
Profile Image for Hidayah Borhanudin.
12 reviews
May 1, 2011
Seperti biasa, karya FT penuh isi, ada unsur humor, pastinya ada yang sinis menyindir dan menegur.

Isunya lebih terkini, membawa kita melihat masalah masyarakat dari dalam ke luar, inside out.Bukan seperti selalu outside in, yang kita lakukan.

Paling terkesan dengan cerpen Setelah Diciptakan Adam.Isu feminisme yang cuba diketengahkan barat sebenarnya penuh lompang, tapi kita sebagai muslim,yang punya panduan hidup lengkap ada yang membuta tuli mengikut aliran feminisme.

Nak dikatakan tak terpelajar, ada yang boleh berhujah kononnya tinggi akademik. Tapi, sebenarnya manusia sebegini menggali lubang kubur sendiri. Memperjudikan nasib wanita, padahal Islam telah lama mengangkat martabat wanita sama taraf dengan lelaki. Kita mungkin nampak tak sama, tapi peranan kita sesuai dengan fitrah kita.

Itu yang gagal difahami golongan feminis.Moga kita bukan tergolong dalam golongan tersebut.

Juga cerpen terakhirnya yang jauh ke hadapan.Tak mustahil.Terhantuk menyedarkan kita, melihat sisi pemikiran dari dua orang yang berbeza. Hakikat yang tak boleh dinafikan,sarat dengan teguran. Orang yang belum menerima bala memang benar-benar belum faham apa erti nikmat dan rahmat.

Pastinya lebih banyak yang menarik. Atau setiap halaman sememangnya menarik. Tak rugi pastinya.
Profile Image for Idamandarin Azhar.
49 reviews5 followers
December 13, 2011
Apabila saya menonton filem pendek, saya pasti akan terkesan dengan mesej yang disampaikan tanpa perlu menonotn dengan masa yang lama. Saya mendapat perasaan yang sama apabila membaca buku ini. Kalaulah kesemua cerpen ini dapat dijadikan filem pendek pasti menarik :)

Barangkali keseluruhan buku ini adalah satu jalan cerita yang panjang. Cara FT mempersembahkan cerpennya mengikut giliran (ataupun mungkin mengikut plot) dalam buku ini pada saya amat genius. Dimulai dengan isu bahasa (cerpen "Rindu Ini Luar Biasa") dan pembaca kemudian disajikan dengan sedikit drama dalam cerpen "Hajah Abidah" dan "Muthupalaniappan". Diakhiri dengan cerpen "Kegawatan" amat terkesan dalam ingatan saya. Cerpen yang diletakkan sebagai ending dalam buku ini adalah satu pengakhiran yang tidak dapat dijangkakan.

(Lepas membaca cerpen terakhir, saya sendiri tertanya-tanya. Adakah ini akan berlaku satu hari nanti? Memandangkan perpustakaan negara sekarang pun banjir. Hmm...)

Karya FT kebiasaannya "mendera" minda pembaca dengan mesej yang berat, tetapi buku ini tidak. Sesuai dijadikan bacaan ringan yang tidak sia-sia :)
Profile Image for Muna Zaen.
67 reviews1 follower
February 13, 2013
Tiga Kali Seminggu (directly translated as Three Times A Week) or hereafter referred to as TKS, is a compilation of short stories written by Dr. Faisal Tehrani, one of the most read novelist in Malaysia. In it, 15 short stories written during his two decades of writing. In his preface, Dr. Faisal explains about the motivation behind each story that he wrote and tells about its themes and objectives. His introduction to his works helps me to understand the reason and the background of each story.

Read more: http://2010rantings.blogspot.com/2011...
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
Read
June 3, 2012
Memang banyak koleksi cerpen2 didalamnya. Pelbagai 'rencah' dapat dirasai. Cerpen tiga kali seminggu mengundang banyak tanda tanya. Cerpen Bulan penuh di Saigon mengingatkan saya kepada mama tercinta. Bagi cerpen Hajah Abidah memang mengusik hati. Cerpen Perlak Emak membuatkan saya ingin memiliki sebuah rumah yang mempunyai perlak dan taman melayu yang indah. Dan Cerpen Kegawatan mengingatkan diri saya bahawa segala harta benda dan pembangunan boleh ditelan bumi jika diizinkan tuhan dan ketika itu baru manusia sedar akan kealpaan mereka selama ini.
Profile Image for Lyla Ibrahim.
194 reviews6 followers
April 28, 2011
cerita-cerita yg betul2 mencabar minda. He really makes us think of the issues he brought up in his stories and makes you rethink your way of life. Some are easy to understand, some requires more effort to understand, partly because of the poetic elements he used..huhu. But all in all, I like this. My favourite story, Kegawatan. Recommended read for all...
Profile Image for Al Ghazali Sulaiman.
7 reviews
January 11, 2011
Himpunan cerpen dalam susunan yang membuatkan emosi si pembacanya akan bercampur-baur. Seketika kita akan sedih, bersemangat, jelik, lucu, terpegun, kagum, ketawa dan gembira.

Yang tentunya, ia bukan satu naskhah libido lembut yang mengarahkan ke arah perasaan kibar (horny-lah!).
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
February 1, 2011
Pertama kali membaca antologi cerpen Dr FT. Macam biasa, fiksyen yang banjir dengan fakta islamik, seks, bangsa melayu dan bahasa melayu. Cerpen yang terakhir adalah yang paling mengkagumkan bagi saya. Imaginasi melampau yang menyedar!
1 review1 follower
May 20, 2011
awesome! speechless(tu pasal tak taip banyak).. kene bacalah!!!
Profile Image for Aween.
38 reviews20 followers
May 14, 2012
salah sebuah karya beliau yg aku suka :)
indah pada kata-kata, kadang ada saja jenaka bikin aku ketawa.

oh pak ustad dan si janda,,kehkeh ;p
Displaying 1 - 30 of 32 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.