Luka Smajo - Himpunan terbaik hasil tulisan Ummu Hani yang menggarapkan kisah-kisah masyarakat , nasihat dan komedi yang boleh dijadikan panduan dan diambil sebagai iktibar dalam melayari kehidupan seharian.
1. Himpunan 17 buah cerpen dengan pelbagai latar dan tema sejak tahun 2007 buah tangan penulis yang kecik molek tapi berbakat besar.
2. Saya suka dengan kesemua cerpen yang ada.
3. Ada beberapa cerpen yang berbekas di hati, salah satunya, "Cukuplah Aku, Teman."- Terbayang-bayang di mata tulisannya, kita ni dahlah susah di dunia, jauh pula dari Tuhan. aduh, jauhlah kita dari syurgaNya. Dahlah susah di dunia, susah pula di akhirat. Naudzubillah.
Bagai menghadiri dunia asing bila membaca koleksi cerita dalam novel kecil ini. Dan faktor ini juga membuatkan novel ini istimewa. Novel ini kuat kerana catatan peristiwa penting berkacamatakan islamiah. Novel ini ke depan dengan sisi-sisi dunia-dunia sadis dan tragedi dari negara yang malang. Dan novel ini mencatat semangat dan roh yang berjuang. Novel ini berkembara dalam mengenal makna. Novel ini berhijrah demi insaniah.
Saya suka semua cerpen dalam buku ini. Latar tempat yang berbeza menarik perhatian. Kepelbagaian budaya dan bangsa sebagai watak-watak dalam setiap cerita juga menarik. Semakin meminati penulis ini.