" Suara engkaukah yang berbisik seiring dengan degup jantungku "
Sinopsis : Ilham Hati Rian sama sekali tidak pernah membayangkan hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Namun, itulah yang terjadi apabila dia terjaga pada suatu hari. Kemunculan Hanif yang diperkenalkan sebagai suaminya amat mengejutkan sedangkan dia sama sekali tidak mengenali siapa lelaki itu.
Retrograde amnesia! Sejenis gangguan terhadap memori selepas berlakunya sesuatu trauma. Itu kata doktor yang merawatnya setelah dia terbabit dalam satu nahas jalan raya. Itulah juga punca dia tidak mampu mengenali suami sendiri.
Lantaran keliru dengan apa yang berlaku, Rian nekad mahu mencari jawapan. Penemuan sebuah jurnal hitam akhirnya berjaya menemukan jawapan. Sayang seribu kali sayang, di saat perasaan kasihnya mula bertunas, dia dikecewakan. Hanif ternyata berdendam atas apa yang pernah berlaku seolah-olah tidak mahu Rian wujud dalam hidupnya.
Lantas, apa perlunya Rian membina kenangan lalu jika sekadar untuk dimusnahkan oleh lelaki itu? Adilkah dia dihukum sedemikian rupa? .
Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna muncul dengan novel pertamanya berjudul BICARA HATI.
Beliau bernasib baik kerana novel ini meletup di pasaran. Novel pertama yang mendapat sambutan jarang-jarang terjadi kepada seseorang penulis. Nampaknya, nasib menyebelahinya. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna terus menulis hingga kini. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. Insya-ALLAH.
Karya-karya Damya Hanna (setakat ini); 1. Bicara Hati (6 Mac 2003) 2. Sepi Tanpa Cinta (22 Jul 2004) 3. Saat Cinta Bersemi (20 Jun 2005) 4. Rela Ku Menanti (4 Mei 2006) 5. Senafas Rindu (30 Apr 2007) 6. Ternyata Cinta (5 Apr 2008) 7. Ilham Hati (15 Jun 2009) 8. Ingin Berkasih Lagi (20 Mac 2012) .
Sejujurnya KakChik beli karya ini kerana nama penulisnya, blurb belakang buku langsung tak diambil kisah. Sebabnya karya-karya penulis sebelum ni memang tak mengecewakan.
Kisah Rian-Haniff pada KakChik ada turun naik emosi yang terpaksa dipinjamkan. Bukan kerana isu yang diketengahkan tidak jelas, cuma KakChik sampai ke garis akhir pun tak jumpa wasiat yang menyebabkan Rian nekad untuk berkahwin dengan Haniff ( atau KakChik yang terlepas pandang?).
Selain itu, perwatakan Rian juga menagih simpati KakChik. Dia teraba-raba dalam kelam hilang memori 4 tahun ke belakang. Ditambah pula sikap orang sekeliling yang kurang memberi tumpuan buatnya. Hingga ke penamat pun Rian masih hidup dalam kelam hilang memori itu.
Yang paling KakChik sakit hati, sikap Haniff yang sering goyah. Lelaki kena tetap pendirian la!
Nasib jumpa penamat yang mampu timbus segala rasa kecewa KakChik. :)
#12 Bagi saya novel ni, #DramaSangat dan ya saya suka. Barangkali sebab perjalanan cerita macam ni dah terlalu biasa dihidangkan, Damya Hanna cuba cari kelainan. Saya kira kelainan itu agak menjadi.
Oh ya, dalam novel ini turut diselitkan kisah watak dalam novel Ternyata Cinta (yang saya dah lupa terus perjalanan cerita :p). Apa-apa pun novel ini antara karya yang saya boleh hadam daripada novelis otai ini.
p/s - Tahukah anda novel ini berharga hanya rm1.25 sahaja semasa pesta buku karangkraf haritu? Terkejut? Saya pun terkejut tengok harga dekat resit. Okbai.
Saya jenis yang simple dalam bagi rating kepada novel. Selagi buku tu dapat buatkan saya terus membaca ke akhir sambil enjoy, dah boleh dapat 5 dari saya. Hehehe
Rian dan hanif. Awal perkenalan lagi dah ada ketidakjujuran. Rian mendekati mak hanif supaya dapat berkahwin dengan hanif walaupun dia tak cintakan hanif. Dah la dia rapat dengan mak hanif tu ada makna. Semata² sebab nak tau wasiat atuk dia.
Hanif dah ikhlas sayangkan rian masa mula². Tapi bila dia tau niat sebenar rian, hanif berubah. Hanif mula menyimpan dendam terhadap rian.
Perkahwinan hanya sekadar nama bagi rian dan hanif. Hidup serumah tapi macam musuh dah.
Segalanya berubah selepas kemalangan rian. Rian mula menerima hanif sebagai suami. Hanif la tempat dia mengadu untuk segala masalah. Hanif pulak dari nak balas dendam mula keliru.
Lepas tu, apa jadi? Korang baca la novel ni. Hehehe
Entah mengapa novel ' Ilham Hati ' oleh Damya Hanna ini adalah naskhah beliau yang paling disukai saya dan membacanya berulang kali. Kulit hadapan novel ini menarik dengan latar belakangnya selain dari warna hijau kesukaan saya.
Apabila seseorang kehilangan ingatan menyebabkan perwatakan berubah 360° samalah seperti watak utama, dirinya terlupa sudah berkahwin dan dinaikkan pangkat. Tujuan utama mengahwini suaminya dahulu kerana mahu mengetahui wasiat datuk suaminya.
Pada akhirnya ingatannya kembali jua, nasib baiklah mereka tidak bercerai memandangkan masing masing saling terjatuh cinta semasa dia amnesia. Walau apapun cerita ini tidak membosankan saya untuk membacanya berkali kali tanpa perasaan jemu mahupun kebosanan.