Sesiapa yang berminat untuk mengetahui apa kaitan Kabbalah, Freemason, Illuminati, Wahabi, Salafi, Ikhwanul Muslimin, Al-Qaeda, 9/11 boleh baca buku ini.
OK, mungkin kita patut ambil pendekatan jangan percaya bulat-bulat apa yang kita baca, dan jangan juga telan sahaja apa yang disuap dari buku-buku sejarah yang kita baca. Jangan terlalu percayakan buku sejarah kerana sejarah ditulis oleh golongan yang menang. Dan mereka yang menang tak semestinya benar. Buka minda dan gunakan akal yang dikurniakan untuk berfikir. Jangan hidup mengikut-ikut orang lain semata-mata kerana mahu mengikut majoriti. Contohnya ketika tingkatan lima, saya diajar bahawa Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh adalah tokoh-tokoh kehormat Islam (dan saya percaya sebab nak lulus peperiksaan).
“When Hitler came to power in the 1930s, he and Nazi intelligence made contact with a Egyptian named Hassan al Banna, to see if they could work together. Born in 1906, Banna was reportedly a Freemason, developed from the influence of the three Salafi reformers, Afghani, Abduh and Rida.”
Hasan Al-Banna pun ahli Freemason? Menarik.
Tapi, yang paling sedih masihlah kisah pemusnahan Makkah dan Madinah.