Jump to ratings and reviews
Rate this book

Titian Usang

Rate this book

271 pages

First published January 1, 1999

33 people want to read

About the author

Lamia Aimal

10 books49 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
7 (22%)
4 stars
10 (32%)
3 stars
10 (32%)
2 stars
2 (6%)
1 star
2 (6%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,586 reviews42 followers
December 5, 2017
Cerita ini saya suka sebab pendek, macam buku abridge. Maklumlah baru lepas baca buku menunggu keretapi yang tebal dan panjang, buku Titian Usang ni macam heaven sangat sebab pendek walaupun time span dia lebih kurang sama panjang dengan time span Menunggu Keretapi. Sama macam Kamila dalam Menunggu Keretapi, warak utama novel Titian Usang iaitu Marliana juga anak kelahiran Kelantan. Cerita bermula di "sebuah rumah kayu bercat biru pudar, kecil namun kelihatan comel... tingkap-tingkapnya terbuka luas membenarkan angin menerjah masuk dengan bebas kelihatan indah dihiasi langsir berwarna putih" - tanggal 13 Januari 1968 - Kota Bharu.

Sinopsis tak ditulis dalam info di Goodreads ni so saya type ya.... berdasarkan sinopsis kulit buku.

'Dengan berbekalkan kecantikan paras dan rupa, Maria ( nama kelahiran dia Noormarliana Mohd. Idris) meninggalkan desa kerana cita-cita dan keluarga, tetapi terperangkap dalam percintaan yang melibatkan tiga jejaka - Farhan yang rela berkorban apa sahaja, Leo yang sentiasa memuji dan memuja, Suhaimi yang cuma memendam rasa.'

Actually Marliana ni bukan saja comel, baik, bersopan santun, disukai semua orang, dia juga cerdik orangnya, SRP dapat 10 agregate, SPM pun dapat agregate 12 aliran Sains dan STPM juga dapat diselesaikan dengan baik. Namun, dia nekad berkorban, mengambil keputusan tidak melanjutkan pelajaran ke universiti dan bekerja sebagai pembantu rumah kerana ingin mengumpul wang bagi mengubati penyakit adiknya Ridhuan. Sedih tau kisah Riduan semacam dianiaya (mungkin tak sengaja sebab Dr tu tak tahu) oleh seorang Dr pelatih yang belum bertauliah tetapi ego dan berlagak sombong. Sudah la dia ambil air tulang belakang budak 3 tahun tanpa kebenaran En Mohd Idris dan Pn Salma, boleh dia cakap "anak makcik dah tak boleh dibuat apa-apa". Dr tu kata Ridhwan sudah tiada harapan sembuh tetapi macam-macam eksperimen nak dibuat terhadap Ridhwan. Bila En Idris bertegas untuk bawa anaknya balik berubat di rumah, boleh pula Dr perempuan yang kurang ajar itu melempatkan kertas kelulusan keluar wad kepada En Idris. Ok sambung sinopsis kulit belakang buku.

'Antara cinta mereka, ada yang menagih pengorbanan diri dan kejelitaannya. Relakah dia? Dan apabila kecantikan paras rupa sudah tiada, siapakah antara mereka yang sudi memperisterikannya?'.

Hmmmm, panjang dalam buku ni juga kisah suka duka Marliana mencari rezeki di KL selepas tinggalkan kampungnya di Kelantan. Terpaksa bertukar kerja juga sebab didengki dek orang dan sebab dapat tawaran sangat baik sebagai model iklan, dan bermulalah hidup Marliana sebagai Marlia. Unsur thriller pembunuhan kejam pun ada melibatkan budak lelaki 10 tahun yang digelar Sikubin. Dan, sinopsis tak sebut pasal Asyraf, saya suka duda beranak tiga ini dan berharap juga akhirnya Marlia akan jadi ibu kepada Anwar, Arida dan Anida. Jadi ke? kena baca yer
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews9 followers
October 16, 2018
Sambil menjaga si bujang yang kedemaman selesai sebijik.

Kisah mengenai ketabahan dan kegigihan seorang gadis untuk memastikan adiknya sihat kembali seperti sedia kala serta menyenangkan keluarganya.

Ceritanya boleh diagak dengan mudah. Nasib baik wujud watak sikubin. Kalau tak cerita ni jadi biasa sahaja pada aku.

Cuma aku tak paham, apa kena mengena cerita ni dengan tajuk TITIAN USANG tu.

Dan aku baru perasan nama writer neh mcm ada mirror kat tengah tengah. Baca dari kiri pun bulehh.. Dari kanan pun buleh. Hihihihi. Bijak.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews