dulu, masa baca novel ni rasa sangat hebat. berkali baca pun tak pernah kurang rasa itu. sekarang pun, rasa yang sama tetap ada. nampak kan bila penulis berjaya membuat satu karya itu relevan dengan setiap gerakan masa, walaupun karya itu cecah lebih dua puluh tahun terbitannya.
qasrina. wanita yang hebat dalam kerjaya. tapi latar belakang peribadinya negatif. dari keluarga hinggalah perkahwinannya. walau macam mana kuat pun, ada masa terserlah sisi kelemahannya.
ihtisyam. dari yang digambarkan, lelaki yang punya personaliti yang sangat menarik dan mampu menarik perhatian. hidupnya selesa. cuma mungkin dia sedikit gopoh dalam merencana tindakan.
safira. pelengkap. sederhana tapi ceria. sahabat yang baik. cuma bila terlalu baik, banyak dugaan perlu dia tempuh.
langkah mereka selari. selari bergerak dalam perjalanan kehidupan menjadikan mereka banyak bertemu di setiap simpang, di setiap hentian.
dugaan datang berbeza pada setiap individu. dugaan mampu menjadikan seorang itu sama ada kuat atau hanya menyerah.
puan penulis Lamia Aimal tak tinggalkan langsung jejak bosan pada pembaca yang menghayati kisah ini. sebaliknya pembaca akan sama masuk dalam setiap babak, setiap penceritaan hingga buat kita rasa part of them, part of the story. setiap gerak emosi, pembaca akan sama rasa.
sedikit petikan dari naskhah hebat ini...
SATU WAJAH terjawab segala persoalan semalam teguh menghadapi segala cabaran biarpun masih menggugat kewibawaan...
DUA WAJAH harapan bertukar kepada impian permintaan masih berterusan namun kukuh bersama kekuatan...
TIGA WAJAH kekaburan hilang dibawa kenyataan peluang diperguna tanpa keraguan gemilang tiba tidak dilepaskan.
Kali kedua saya baca novel Tiga Wajah karya Lamia Aimal. Dalam keadaan hidup saya sendiri yang terasa banyak ranting kebosanan, tidak puas, keletihan fikiran, serba serbi tidak tenang, membaca kisah tiga orang sahabat Qasrina, Safira dan Ihtisyam seakan membawa hembusan yang dingin, menenangkan. Pahit getir seorang wanita yang tabah, tidak mahu putus asa ada dalam kamus hidupnya, sentiasa menguatkan fizikal dan mental untuk terus berjuang menggapai impian, menjalani kehidupan sebaik mungkin, berfikiran positif, tak mahu kalah pada kemalasan atau kelemahan badan... saya terinspirasi untuk cuba jadi seperti mereka, menelorkan kekuatan minda dan fizikal untuk bangun menghadapi kesukaran dan tidak lari dari kegagalan.
Manusia biasa banyak kelemahan dan sering berbuat salah ramai bilangannya, mangsa mereka ini ada segelintir yang sangat kuat, mampu memaafkan, memilih tidak terus menyimpan dendam dan tidak mahu dibelengu marah. Mereka yang kategori kedua ini tak ramai, salah seorang ialah watak bernama Qasrina. Manusia yang sanggup bersusah payah melakukan banyak kerja tanpa kenal letih, menahan diri dari khayal dengan rezeki yang ditaburkan demi kegembiraan sendiri, tidak layan kepada kesusahan keluarga, sangat susah dicari. Salah seorangnya ialah watak Safira. Manusia yang mudah insaf selepas berbuat kesalahan, sanggup tebalkan muka memohon maaf dari mangsanya, bertekad untuk tidak lagi melakukan kesilapan lalu, apa lagi dia lelaki kacak berkerjaya dari keluarga berada, jarang ada di Malaysia. Salah seorang ialah watak Tisyam. Tiga wajah, tiga tekad, tiga semangat, satu pawana.
Karya yang amat bermanfaat Lamia Aimal. ====
Yang bawah adalah review kali pertama baca dua tahun dulu
Dah habis baca Tiga Wajah by Lamia Aimal. Qasrina, Ihtisyam, Safira .... three petals of different colors, each carrying unique features emanating unalike fragrance. Still, the petals connect firmly and bloom into a rare blossom. Lamia Aimal is definitely in my top five favourite authors now.