Buku 28 hari: Jurnal Rock N Roll menceritakan mengenai seorang lelaki yang memperjuangkan musik rock n roll. Selama 28 hari beliau mengembara iaitu bermula dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, dari Segamat ke Jasin dan sehinggalah ke destinasi terakhirnya iaitu ke Simpang Pulai. Selama 28 hari beliau mengembara tanpa henti semata-mata untuk berkongsi musik serta berkarya dan pada masa yang sama untuk mencari satu kehidupan yang menyeronokkan. Buku ini dipenuhi dan sarat dengan keikhlasan yang dapat di kesan dari penggayaan bahasa yang dipilih sehinggalah ritma ceritanya yang bersahaja, di samping mempunyai gaya cerita yang lucu. Buku ini juga akan membawa pembaca menikmati manisnya realiti hidup dalam pengalaman kembara seorang insan seni.
Seiring dengan trend masa kini, tak salah menulis santai dengan susun kata ayat selamba. Namun, kecelaruan proses editing seakan suatu penghinaan terhadap pembaca yang sudi keluar duit membeli buku. Kesalahan ejaan, huruf tertinggal, ugh! Entah apa peranan sang editor seperti yang tertera pada halaman hakcipta, hanya Tuhan yang tahu.
Baiklah, isu teknikal tolak ke tepi.
Judul gah. Namun, isinya lembik. Saya tidak berpeluang menyelak halaman dalam kerana buku ini berbalut plastik saat dipetik dari rak kedai. Kalau dah terselak, pasti saya letakkan semula.
Secara keseluruhan, ini travelog kosong. Ini bukan jurnal rock. Ini jurnal Jalan-jalan Cari Makan. Tiada apa yang diperolehi si penulis di hujung perjalanan. Dan fakta ini diakui sendiri oleh Mohd Jayzuan di bab akhir. Rentetan teramatlah repetitive. Bangun tidur lewat, bermalasan, lepak makan dengan kawan-kawan lalu terpukau dengan awek cantik tanpa gagal. That’s about it. Dari awal sampai habis. Cuma latarbelakang lokasi serta menu makanan sahaja yang bertukar.
“Sesungguhnya, mempunyai tanggungjawab itu memang membebankan dan sumpah, tak seronok” (ms. 92)
Penulis melabelkan dirinya ‘Pejabatofobia’. Hidup tanpa hala tuju, terumbang ambing dalam fantasi rock n roll bukanlah kriteria idaman yang wanita dambakan. Girls prefer stability. Barangkali mesej ini yang penulis gagal nampak setiap kali ditinggalkan kekasih. Sebaliknya terus meroyan seolah-olah dia lelaki melayu terakhir.
“Secara logik, tanpa wang yang cukup, sepatutnya aku dah lama mati di tengah jalan” (Bab akhir).
Really?!! Pertaruhan kembara tanpa wang yang ditempuhi penulis tidak segah mana, kalau hendak diturutkan sebab berlangsung dalam negara dan di setiap destinasi ada saja kenalan atau teman. Boleh dapat makan percuma. Boleh tumpang tidur. Realitinya, itu yang berlaku. Jadi, apa yang 'mati di tengah jalan'?
Pendek kata, saya tidak mendapat apa-apa daripada buku ini selain rasa kecewa. Lebih kecewa daripada Mohd Jayzuan yang acap kali ditinggalkan kekasih.
Aku baca buku ini buat kali ke berapa ntah tadi. Sengaja, walaupun buku ini telah pun aku khatam pada hari pertama aku beli dulu. Siapa yang dah baca ini boleh tahu yang sebenarnya buku ini sepatutnya bertajuk 28 Hari : Jurnal Ditinggalkan Makwe Rock N Roll. Berkali kali dalam buku ini Jayzuan cerita dia kena tinggal dengan makwe. Tapi tak hairan lah, sebab hidup dia penuh dengan makwe yang lawa lawa. Tak percaya sila baca dan senaraikan semua makwe yang dia jumpa. Tak adanya yang tak lawa.
Buat aku terfikir, dalam hidup kita tak boleh pilih orang yang kita suka sahaja untuk berada di sekeliling. Bila pemain watak hidup dipilih, kita akan menjangkakan yang mereka akan ikut skrip kita. Dan bila sebaliknya berlaku kita akan rasa kecewa yang teramat teruk. Macam Jayzuan. Teruk sampai jadi gila main gitar dekat Gelanggang Seni KB. Tapi kembara dia memang Rock N Roll. Memang buat kau sangsi, yang betul ke mamat ni tak ada duit boleh pergi mengembara satu semenanjung? Apa gila? Tapi last last memang kena percaya, sebab dia memang miskin dan tak reti malu. Harap ada makwe kaya boleh pergi pinang dia cepat cepat. Kalau boleh sebelum buku 28 Hari : Jurnal Anak Teruna Tua keluar tak lama lagi.
satu lagi baca buku ni macam tonton rancangan Jalan Jalan Cari Makan 10 episod berturut turut. Dan Jayzuan ni memang macam hos rancangan tersebut, makan tak bayar ; member belanja. Aku harap aku dirahmati dengan member yang sejati macam tu. Cuma yang syaitannya bila baca buku ni boleh rasa macam dengar orang bisik dekat telinga "keluarlah daripada rumah, pergi lah mengembara". Begitulah dasyatnya penangan syaitan rock n roll ini.
dan jadah apanya aku buat review buku lama Jayzuan ni walaupun dah keluar buku baru bertajuk Anarki di Kuala Lumpur, Travelog Rabak dan Bla Bla Bla? ha, itu lah aku cakap tadi,
Cerita pasal seorang brother yang mengembara selama 28 di semenanjung Malaysia, berbekalkan hati yang hancur (pasal awek), poket kering dan dirinya sendiri. Boleh tahan lah jalan cerita dia, cuma banyak sangat brother ni frust pasal cinta. Best bila brother ni share band band kegemaran dia, band band yang berasal dari negeri yang brother tu tengah jelajah.
Satu jurnal kembara yang penuh rabak dan makan dan rakan-rakan yang baik dan rock n roll. banyak kali juga saya terasa dengan apa yang dirasai penulis; kekeliruan hidup, masa depan dan rabak hati pada perempuan. saya cemburu dengan penulis, dan mahu merasai sendiri pengalaman mengembara seperti beliau, cuma saya kena belajar memurahkan diri dengan senyuman.
Dan ini pula antara beberapa ayat yang terkesan di jiwa semasa pembacaan:
"aku tak ada duit jadi kena murah dengan senyuman" -penulis
"punk bagi aku adalah menolak semua perkara yang tak berguna terhadap diri aku" -tok arie, rakan penulis
"kita jangan lari dari masyarakat, kita masuk ke dalam kelompok mereka dan biar mereka faham dan menerima kita" -marjinal, band yang disebut penulis
"masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu dan jembalang" -penulis
Saiz buku ni kecik je tapi padat dengan pelajaran dalam hidup.
Duit tak ada. Kepala serabut. All you can think of is get away from the mess. I've been there, but I've never go out and travel when I was in mess. Why? I got no money man! Jadi saya tabik Mohd Jayzuan sebab berani keluar mengembara walaupun tiada duit. Dia cuma percaya rezeki ada di mana-mana, which is true.
Melalui jurnal ni, saya dari tak kenal langsung siapa Mohd Jayzuan, sudah sedikit sebanyak kenal dia. Buktinya? Saya boleh bercerita kat seseorang ni tentang Mohd Jayzuan, how he hates working in the office, how he loves Nasi Kukus Zaeman dan air jagung di kedai Mamood, and the kind of friends he has. Jadi, saya betul-betul rasa keikhlasan dia menulis buku ini.
Coretan berkisar tentang pengembaraan 28 hari Jayzuan, seorang ahli muzik indie yang gilakan muzik, gadis-gadis cantik, dan makanan, mengelilingi semenanjung Malaysia.
Penulisan ini bukanlah tentang perjalanan, tiada tips pengembaraan, tarikan pelancongan, dan banyak tentang gadis,muzik dan makanan di tempat-tempat yang disinggahinya. Mungkin juga digaul-gumpal dengan pemerhatian peribadi, masalah depresi, tekanan perasaan beliau.
Sebagai seorang lelaki yang mencari kebebasan, aku berharap bacaan ini membawa aku ke satu perjalanan yang aku cuma mampu angankan (kelangsungan hidup di atas jalan dengan sumber yang terhad lantas mengajar makna hidup), tapi ia tidak berlaku dalam coretan ini, dengan bantuan yang banyak, bermalasan, tumpang tidur rumah kawan, kawan-kawan tanggung makan minum, jadi tidak hairan di pengakhirannya, Jayzuan konklusikan yang beliau tidak menemukan apa-apa dari 28 hari ini.
Kalau kau terasa nak tour satu semenanjung tapi bagi alasan takde sen, kau boleh simpan alasan tu jauh-jauh. tour rokenrol jayzuan telah membuktikan alasan kau tu tak boleh digunapakai sama sekali tapi, ada tapinya. pastikan sekurang-kurangnya kau kenal seseorang di tempat-tempat yang kau nak tuju jika poket kau berkapasiti rendah. Dan ada bakat tertentu contohnya berbusking macam beliau. Ini secara otomatiknya menyelamatkan kau yang sedang kebocoran poket lalu meneruskan perjalanan.
Kembara Jayzuan bukan sekadar jalan-jalan dan cari makan (walaupun ada banyak scene makan), tentu saja ada sesuatu yang lebih berharga ditemui di sepanjang perjalanan yang tak tertulis di dalam buku ini. Untuk Jayzuan, gua tabik kembara rokenrol lu.
Buku travelog Rock N Roll Malaysian style! Jay kemas-kemas beberapa buku, sedikit baju, gitar dan wang yang tak seberapa dan pergi mengelilingi Semenanjung Malaysia. Kebanyakan perjalanan menggunakan pengangkutan awam atau kereta kawan-kawan. Tidur di rumah kawan-kawan atau bilik murah. Dia main muzik di tepi-tepi jalan dan menjual CDnya. Juga menyumpah seranah bekas-bekas kekasih yang masih berbekas di hati. Semuanya dalam 28 hari. Soal jodoh adalah ketentuan tuhan, tiada siapa patut disalahkan. Itu apa yang aku dah pelajari dari pengalaman sendiri.
Something new for the Malaysian scene at the time it was released.
"Sebiji gitar tong. 50 keping cakera padat. Sebuah jurnal. Senaskhah buku Henry Rollins Art to Choke Hearts & Pissing in the Gene Pool. Senaskhah buku On the Road Jack Kerouac dan sekeping hati yang luka parah. Aku tarik nafas panjang-panjang dan aku berbisik di dalam hati, Rock n' roll!"
(Aku suka. Tak dapat 5 bintang sebab aku mahu muka surat lebih. Haha!)
Kembara Jayzuan menjelajah semenanjung Malaysia selama 28 hari yang mampu direalisasikan walaupun dengan tahap bajet yang sedih sekali. Kunci utamanya ialah jaringan teguh antara dia dan angkatan sealiran tak kira di ceruk mana pun. Duit boleh dicari.
buat aku rasa nak kemas beg,beli tiket bas / keretapi dan terus pergi cari tempat tempat makan yang menarik. okay, aku memang terliur bila baca tentang tempat makan setiap stop. walau tak di gambarkan secara detail, aku memang terus lapar bila baca.
Ini baru betul2 travelog. Memang rasa nak kemas beg dan baju and terus bergegas ikut arah perjalanan Jayzuan. Singgah ke semua tempat dan destinasi seperti cerita sebenar. Ini travel berani mati daripada Jayzuan. Hati rabak pun tapi masih tetap ROck n Roll. Memang cool!