Jump to ratings and reviews
Rate this book
Rate this book
Diari bulan Januari yang aku tulis dalam buku laporan sains sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam ujian BMT dahulu. Kini,aku menulis diari kerana merasakan menulis diari boleh melegakan perasaan aku dan membuatkan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik. Bagaimanakah lelaki itu dikatakan lelaki baik?

131 pages, Paperback

First published January 1, 2010

5 people are currently reading
54 people want to read

About the author

Bahruddin Bekri

53 books172 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
50 (42%)
4 stars
48 (40%)
3 stars
17 (14%)
2 stars
1 (<1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Fara.
235 reviews19 followers
July 15, 2020
Baru sedar bahawa saya telah memandang rendah pada watak Rayyan. Beliau tidaklah senaif yang disangka. Walaupun pemalu, beliau agak bijak juga (dan sedikit perasan).

Sebenarnya mungkin, Rayyan seorang yang sangat introvert. Selagi keadaan tak mendatangkan mudarat, maka beliau tidak akan bersuara bagi menjelaskan sesuatu. Keadaan inilah yang kadang-kala mendatangkan situasi lucu. Humornya tak terasa dipaksa-paksa. Banyak kali juga saya ketawa sendiri.

Dalam misinya mencari makna 'lelaki baik', Rayyan selalu meletak diri dalam situasi rambang yang ada kalanya menyusahkan diri. Terasa seperti tak berbaloi, tetapi Rayyan berpegang kepada falsafah 'Allah akan mudahkan urusan kita sekiranya kita memudahkan urusan orang lain'. Nilai yang sangat baik sebenarnya.

Ramai juga karakter baru diperkenalkan. Meskipun begitu, setiap individu adalah unik dan mereka mempunyai peranan tersendiri dalam hidup Rayyan.

Seperti biasa, banyak falsafah dan quotes perihal kehidupan yang boleh dijadikan renungan bersama.
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
June 25, 2012
Orang kata, apa-apa jenis novel atau drama/filem bersiri, pastinya yang pertama itulah yang paling seronok. Bila datang sekuelnya, ia akan jadi kurang ummph... Mungkin. Membaca catatan Tuan Bahruddin Bekri kali ini masih menyenangkan, malah pada pendapatku lebih baik daripada edisi Hati Emak.

Di sini sebenarnya watak seperti Citra Indah Qalisa, Tuan Pangkah, Ibu Rayyan, Puan Musalmah, Ahmad Zuhri selaku pembantu bilik mayat dan Mahmud si pekerja kilang dikenalkan. Bertitik-tolakkan inilah baru kita dapat mengenal watak-watak itu dalam edisi seterusnya [baca: edisi Hati Emak]. Tetapi ia tetap tidak menjadi masalah seandainya hanya membaca salah satu edisi atau pun melangkau kerana setiap watak dibangunkan dengan baik. Mereka semua memainkan peranan yang berbeza dengan identiti yang tersendiri.

Dalam meneliti naskhah ini baru aku sedar akan kepentingan Mahmud [kesan lambat padahal dah ‘kenal’ dalam edisi Hati Emak :P]. Walaupun mungkin pelajarannya tak tinggi, Mahmud punya pengetahuan yang cukup tinggi. Falsafahnya mengalahkan mereka yang bergelar pelajar universiti walau mungkin ada masanya aku terasa nak lempang laju-laju si Mahmud yang tak habis-habis mengingatkan Idlan supaya tidak rasa rendah diri kerana hanya bekerja sebagai mat despatch. Mahmud bagai tak pernah beri Idlan peluang untuk menerangkan yang dia itu mat despatch yang berijazah.

Memandangkan ini diari kedua Idlan, tujuannya membuat diari bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi [BMT], tetapi kerana merasakan menulis diari boleh melegakan perasaan dan membuatkannya tenang. Tetapi dengan kehadiran Tuan Pangkah, bukan saja Idlan malah aku sendiri turut terkena tempias BMT *wink* Namun motif sebenar Idlan adalah mencari definisi seorang lelaki yang baik. Bagaimana ya lelaki itu dikatakan lelaki yang baik? Jika mahu tahu apa itu lelaki baik dari kaca mata Idlan dan temannya, silalah baca diari kedua ini :D

Bahagia itu bukan kerana kita ketawa dan gembira, tetapi bahagia itu adalah melihat orang yang kita sayang ketawa dan ceria walaupun kita sendiri berada dalam derita [page 69]
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
September 18, 2014
Untuk dinobatkan sebagai lelaki baik, seseorang itu perlu:

i) Sentiasa berterus-terang; atau
ii) Warded atas sebab2 kesihatan yang boleh membawa maut; atau
iii) Discharge daripada ward dengan tubuh yang sejuk dan kaku.

Itu kesimpulan Diari Mat Despatch #2.

Putaran normal bagi pengkarya adalah output pertama adalah sesuatu yang kurang lengkap, berlompong di sana sini, mentah dan agak tawar. (Pengkarya yang bertuah sahaja yang mampu menyerlah atas hasil pertama). Dan sepatutnya untuk karya seterusnya, kualiti penghasilan akan diperbaiki sedikit demi sedikit. (for me) Diari Mat Despatch jatuh kepada terma normal sebegini.

Aku agak kaku dengan DMD #1. Sukar menghabiskan pembacaan untuk naskah senipis itu. Tetapi untuk DMD #2, bila plotnya dikembangkan sebaiknya, ketika tumpuan watak ada arah tujunya.... naskah ini sukar dilepaskan hinggalah sampai di m/s akhir.

Kelebihan (atau kekurangan) penulis ini adalah sindiran atas sosio-ekonomi masyarakat kita dengan nada yang serius tanpa ayat2 bombastik mengusik jiwa. Usai menutup helaian terakhir baru terperasan yang muka dah bercalar di sana sini dek libasan pena penulis.

Teliti sahaja dialog dan peribadi yang dilakarkan untuk watak2 hakim; si Mahmud , Citra Indah Qalisa, Dr. Cinta, Puan Musalmah juga Ahmad Zuhri. Juga watak2 tertuduh; Zamberi Mamat, Azmeer Nordin, Joehary, Melissa, dan Suzy. Tentunya watak si pemerhati bebas; Encik Murad, Zatul, Wan Syarmila dan selebihnya.

Rayyan tentunya bertindak sebagai peguambela a.k.a pemudah cara a.k.a Jasa Pendamai. Segala kekusutan, masalah dan dilema cuba diselesaikan dan dirungkainya. Ada yang berjaya dan tentunya banyak yang dikucar-kacirkan oleh si Mat Despatch ini.

Subjek Mari Belajar BMT juga tetap diteruskan tetapi dengan pendekatan yang lebih mesra alam apabila wujudnya watak orang ketiga; si Mat Pangkah. Ya... jujur dulu aku sendiri kurang senang bila si guru tuisyennya adalah orang yang sama mencatat diari yang memang tunggang-langgang bahasanya :)

Oppss... perlu mencari diari untuk bulan Mac sementara diskaun sempena cuti sekolah belum berakhir ;)
Profile Image for ommimembaca.
26 reviews3 followers
October 19, 2021
Tuan bahruddin ni memang kelakar ke orangnya ?
Oh atau mungkin soalan sepatutnya, Rayyan ni memang kelakar ke ? Mengalir airmata saya ketawa baca diari mat despatch ni 🤣 .

Saya yang sebenarnya seorang yang 'skema', mesti baca dari no 1, boleh melanggar prinsip sendiri dengan baca terus edisi kedua . Entah kenapa, mungkin sebab dia paling nipis 😂

(Kalau saya tidak salah, DMD ini adalah buku bersiri . Ada 5 semuanya . Saya baru jumpa 3. Kalau siapa tau mana nak dapat edisi 4 & 5 , tolong bagitau ye 🙏🏼 .)

Saya bukan orang yang pandai nak ulas tentang plot, watak dan lain-lain. Cuma bagi saya, sebuah buku fiksyen itu memenuhi citarasa saya apabila ia memiliki 3 perkara ini :

🔸emosi
Kerana saya juga adalah seseorang yang menulis diari, saya dapat rasa kejujuran Rayyan dalam menulis diarinya. Menulis memang untuk dia rasa puas, bukan bertujuan untuk orang lain baca.  Bebanan yang dia rasa dalam menyelesaikan masalah-masalah rakan-rakannya,  rasa cintanya atau boleh kita kata 'crush' pada beberapa orang perempuan  , persoalannya tentang definisi lelaki baik semuanya dapat saya rasai dengan begitu mendalam.

🔸nasihat / 'quotes'
Walaupun ini hanya diari seorang mat despatch yang kita boleh nampak sangat sederhana hidupnya, tapi saya dapat banyak betul kata-kata yang membina .
"Sekiranya kita mahu benar-benar berubah, cuba songsangkan dosa-dosa yang selama ini kita lakukan kepada Tuhan ke arah yang baik"

🔸ilmu
Selain daripada ilmu tentang BMT,  dalam DMD ini, saya bertemu lagi dengan si Mahmud yang begitu tinggi falsafahnya. Banyak betul maklumat yang dia kongsikan pada Rayyan .

Walaupun pada awalnya, saya sedikit terganggu dengan font yang digunakan, rasa rimas nak baca tapi sebab jalan cerita yang menarik saya boleh baca dengan seronok tanpa rasa terganggu.

Kalau ada orang perlukan bacaan ringan untuk hiburan tapi ber 'isi', memang saya akan cadangkan buku ini !
Profile Image for Mira Ishak.
Author 10 books14 followers
March 7, 2020
Ini siri pertama yang aku baca bagi DMD ni. Mengisahkan Idlan Rayyan yang menulis diari hampir setiap hari bagi bulan Februari. Rayyan ni seorang mat despatch yang bercita-cita nak jadi seorang editor sambilan. Dia menulis diari pun sebab nak berlatih tajamkan skil menulis dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT), yang tiada ejaan merepek-merepek.

Diari bulan Januari dia hilang. Ada orang ambil, maka, dia tulis diari baru. Rayyan mengupas isu 'lelaki baik' dalam diari dia. Macam mana nak jadi lelaki baik? Apa definisi lelaki baik itu? Rayyan juga menyiasat siapa yang mencuri diari dia dan apa tujuannya.

Rayyan cuba mencari jawapan tersebut melalui kehidupan seharian dia. Dia banyak bertanya pada orang-orang yang ada di sekeliling dia. Dan, Rayyan ni juga menjadi penyelesai masalah kawan-kawan/orang sekeliling. Orang suka bercerita pada dia dan minta tolong dia itu ini. Nak tak nak, Rayyan terpaksa juga bantu.

Kelakar dan santai jalan ceritanya. Tapi percayalah, banyak ilmu serta pengajaran yang dapat dikutip dari diari Rayyan ni. Apa yang terjadi/perwatakan orang sekeliling Rayyan ni sebenarnya wujud je dalam kehidupan seharian kita, entah-entah kita sebenarnya yang diperkatakan itu.

Aku suka watak Mahmud & Ahmad Zuhry yang ada falsafah mereka sendiri. hahahahaha.
Profile Image for Hidayah Fauzi.
177 reviews3 followers
September 22, 2021
Ini buku kedua tulisan tuan Bahrudin Bekri saya baca dan buku ni tidak mengecewakan saya sebagaimana buku pertama yang saya baca. Sarat dengan pengajaran dan nilai murni. Paling penting, ada unsur lawak yang buatkan saya tak kering gusi. Haha. Akhir2 abb ni rasa sedih sikit sebab sentuh hal mak barangkali. Tak sangka. Watak utama sedih, saya juga turut sedih. Setiap watak bagi sy amat penting walaupun walaupun banyak nak kena ingat. Haha. Sebenarnya jenis tak suka watak banyak sebab mudah lupa watak tu macam mana. Tapi setiap watak dalam ni ada identiti tersendiri yang buatkan kita mudah ingat. Dan takde laa banyak sangat pun bila difikkrkan balik macam buku pertama syaa baca. Huhu. Apapun, sangat2 dirkemenkan dan layak mendapat 5 bintang walaupun saya memang suka bagi 4 bintang. Sebab 5 bintang maxam terlalu sempurna dan tak berani nak bagi 5 bintang. Tiber. Hahaha
Profile Image for Assila Adnan.
38 reviews1 follower
June 7, 2020
Recommended bagi pembacaan ringan/santai. Sudah lama tak baca karya beliau. Bila dapat merasa balik karya penulis, memang terubat rindu. Adakala aku tersentuh, adakala aku ketawa riang. Aku amat suka akan humour beliau. Aku juga suka dengan nilai2 baik yang penulis cuba terapkan dalam buku ini. Onto the next one pula!
Profile Image for Syida Mrs Nick.
130 reviews5 followers
February 20, 2017
Ajaib sebab jari tertekan pada 5 bintang utk buku ni.

pasal apa yer? selalunya plg best pun dapat 4 bintang. antara sebabnya:-

jenaka yg amat halus sentuhannya. tapi bila part yg kelakar boleh keras perut dibuatnya.

unsur ilmiah untuk membuat ayat dlm bahasa melayu tinggi. cara pengayatan yg lebih baik. (kn ambik nota lps ni)

unsur sejarah. ada pulak yg rajin menceritakan sejarah dgn nilai moral.

tak lupa juga unsur keugamaan yg kita boleh fikir secara logik akal.

dan yg plg penting mcm mana nak jadi manusia yg baik walaupun tajuk dia lelaki baik. apa yang dalam kepala otak memikir serabut untuk sesuatu hal, mcm tu juga dgn huraian lelaki baik dlm buku ni.

buku ni juga membuatkan diri semakin berkobar2 untuk menulis diari. tapi sungguh bila ada anak ni, pegang pen susah sgt. selalu berebut dengan Naqish
Profile Image for Aqeelah.
2 reviews
September 28, 2014
Buku yg bermotivasi dengan penggunaan kata yang santai. Saya suka bagaimana setiap orang yang berbicara dalam buku ini, pasti ada kata kata azimat yang membuatkan saya yang teruja.

Dalam pencarian definisi lelaki baik, saya sendiri melakukan refleksi bahawa adakah saya juga dikategorikan sebagai perempuan yang baik.

Sejujurnya buku ini telah memotivasikan saya sendiri untuk kembali mencintai buku itu sendiri

Tahniah baharuddin bekri atas karya yang ikhlas ini!
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
April 18, 2011
"...Ibu merestui kamu sepanjang masa. Kamu anak ibu dan satu harapan ibu, Allah itu ada dan jangan sesekali lupakan dia. Saat kamu susah, senang dan sebagainya. Itu sudah cukup untuk ibu, kerana apabila ibu sudah tiada nanti, ingatan kamu kepada Allah yang menentukan sama ada ibu merasa nikmatnya syurga atau panasnya neraka."
Profile Image for مستور١ مكنن.
90 reviews8 followers
January 20, 2014
oh. buku ni. sebenarnya ada akak tu penah cakap buku ni best. tapi agak susah nak carik. sekalikan housemate ak ada. die yang beria suh ak baca then die dah bagi tau kat mana nak carik buku2 camni. kat mph susah nak jumpe. yes! dah ada panduan. tak sabar nak g kedai buku tu. ok. berkenaan buku ni best jugak. simpel yet banyak ilmu. kene baca lah yang penting :)
Profile Image for Salihah alias.
5 reviews1 follower
Read
February 10, 2011
i like this book....it make me thing about life, the story sometimes relate to my friends and i...
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.