Buku kumpulan puisi oleh T. Alias Taib yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia (1990/91).Dalam Piramid, T. Alias Taib mengumpul dan menggauli peribadi semula jadi manusia-manusianya, menapis isi alam dengan mengambil inti yang terbaik. Seperti seekor bunglon yang boleh menukar warna kulit mengikut warna keadaan sekelilingnya, begitulah T. Alias Taib menyesuaikan diri dan rentak bahasa pengucapannya mengikut suasana, penemuan dan pengalamannya.
Tengku Alias Taib (lebih dikenali sebagai penyair T. Alias Taib), anak Terengganu tulen, didewasakan oleh angin Laut China Selatan, nasi dagang, dan keropok. Semenjak mengangkat pena pada 1960, dia tidak menoleh ke belakang lagi dan terus menulis sehingga akhir hayatnya. Beliau menulis puisi, cerpen, esei, pantun, renungan (quotation), dan terjemahan. Buku kumpulan puisinya yang telah terbit ialah Laut Tak Biru Di Seberang Takir (1972), Pemburu Kota (1978), Seberkas Kunci (1985), Opera (1988), Piramid (1990), Petang Condong (1996), dan Pasar Pengalaman (2004).
Selama 43 tahun T. Alias Taib meneruskan langkahnya dengan penuh tanggungjawab, sabar, dan yakin; mencari makna hidup di luar dan dalam dirinya, melebarkan cakerawala pengalaman dan pemikirannya di dalam dan luar tanahair. Pada 1986, T. Alias menghadiri Seoul Asian Poets Conference di Seoul, Korea Selatan; pada 1989 dia mengikuti penataran sastera anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Jakarta, Indonesia; pada 1994 dan 1995, dia mengikuti delegasi Persatuan Penulis Nasional (PENA) ke London, Paris, Frankfurt, Istanbul, Amman, dan Kaherah. Pada 2001, beliau dilantik writer-in-residence di Taipei, Taiwan, dan sekali gus mewakili Malaysia dalam Taipei 2001 International Poetry Festival (Festival Puisi Antarabangsa Taipei 2001).
Tanggapan dan pemikiran T. Alias Taib tentang kehidupan sering dikaitkan dengan puisi. Keakraban dan kesebatian penyair prolifik ini dengan puisi sudah lama diketahui umum. Tidak ramai yang tahu beliau juga menghasilkan tulisan berbentuk kreatif dan bukan kreatif yang lain: esei, cerpen, puisi, dan madah. Bentuk tulisan yang rencam ini jelas memperlihatkan keupayaan penyair ini mempertahankan disiplin, komitmen, serta kesungguhannya memperluaskan pengucapan.
Karya terbaru beliau yang sedanga diproses untuk terbitan ialah Kumpulan Pantun dan Renungan dan Selected Poems (kumpulan puisi pilihan yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh Eddin Khoo).
–– Diadaptasi dari kulit belakang buku Di Sisi Pelita Minyak Tanah (Zebra Editions, 2003) yang merupakan koleksi esei, cerpen, puisi, dan madah tulisan T. Alias Taib. (Besar kemungkinan versi asalnya ditulis oleh T. Alias sendiri).
Saya pernah terbaca seseorang mengatakan bahawa Piramid dari T. Alias Taib adalah antologi puisi yang merubah kiblat dunia persajakan bahasa Melayu di Malaysia. Saya telah membaca Seberkas Kunci, Opera dan Piramid (mengikut kronologi) dan sesungguhnya buku yang merevolusikan persajakan Malaysia bagi setiap individu itu adalah antologi mana satu duhalu yang dia baca. Saya yang membaca mengikut kronologi penerbitan iaitu bermula dengan Seberkas Kunci, menganggap Seberkas Kunci ibarat sebuah percikan baru dalam persajakan Malaysia di zaman itu. T. Alias Taib tidak banyak mengubah teknik dan gayanya menulis puisi bermula dari Seberkas Kunci membawa ke Opera dan ke Piramid, hanya tema sahaja yang sedikit berubah, maka antologi-antologi terkemudian selepas Seberkas Kunci menjadi kurang siknifikan bagi saya.
Piramid dari T. Alias Taib meraih 3 bintang dari saya.
“Aku yang berjalan di antara huruf-huruf, di kebun rimba ilmu itu, selalu saja tersesat dalam falsafahnya, selalu saja tersentak dalam kekosonganku. - Rak (1988) by T. Alias Taib . . ‘Piramid’ poems cover so much on nature, imagery , places the poet visit, death and the remembrance of his childhood / adulthood. It is bleak and gloomy given the subject matters. Throughout this book, we saw the repetition style was quite major in it. Repetition in poetry is when a poem has repeated lines or phrases. This is done to attract attention of readers to the subject of the poem. one of the examples that i can show is in ‘genting’ (1987) : saat degup bercerai dari jantung saat pisau berpisah dari sarung saat belerang memijar dalam gunung saat dahaga berguling dalam kemarau saat cahaya berpindah dari siang saat akar terputus dari pohon Tuhan, Jauhkan. ‘Saat’ here is referred as at the moment. Observation that he made when he visited some shops was quite literal but the way he penned it is so eloquent. Who would have thought going to a pet shop will give you an inspiration to write about Giant Gourami. For example in ‘Di Kedai Ikan (1987)’ : Barangkali gelembung air dalam akuarium itu, Gelombang yang mengacaukan fikiran seekor kaloi. Barangkali kocakan air memukul kaca akuarium, Kecamuk hati menghempas dada kaloi. Overall, this is still a stunningly powerful and at times brilliant collection of poetry but i would still choose ‘Seberkas Kunci’ over this one.
Poetry is the opening and closing of a door, leaving those who look through the guess about what is seen during a moment. - Carl Sandburg
Ada perasaan senang setelah memasuki pintu puisi yang diukir oleh T. Alias Taib ini. Beliau merupakan mahaguru metafora dan mahir dalam penggunaan diksi yang taksa. Umpama piramid di Giza yang menjadi salah satu keajaiban di dunia, buku puisi ini juga merupakan salah satu keajaiban dan menjadi khazanah kesusasteraan negara yang wajib dibaca.
Menikmati keunikan T Alias Taib menggarap puisi dalam sudut yang pelbagai. Ternyata berbeza dengan puisi klise dan biasa. Sesuatu yang lain daripada setiap baris sajaknya.