Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Baru sahaja pertama kali membaca novel ini di tahun 2016, hampir 16 tahun selepas novel ini dicetak, 19 tahun selepas ianya ditulis, isu-isu yang diangkat masih malar segar dan realiti yang terjadi. Benarlah ada satu pandangan yang mengatakan bahawa FT beruntung kerana menulis tentang politik kotor begini kerana ianya tema yang segar sepanjang zaman.
Melihat kepada beberapa isu yang disentuh tentang pengambilan tanah untuk pembangunan, politik wang, skandal ranjang, hinggalah kepada isu positif seperti nilai-nilai agama dan prinsip yang ada kepada Haji Chenon, kesetian dan ketabahan seorang ibu tunggal Jora, adalah isu-isu realiti yang sentiasa berlaku hingga kini.
Saya suka kepada pengetahuan latar penulis tentang beberapa perkara tentang sejarah terutama sejarah perjuangan yang menjadi latar belakang Haji Chenon dan latar tempat yang menarik seperti London, US, dan di Jentayu itu sendiri yang telah berjaya diekpresikan dengan baik.
Untuk seseorang yang novel sulungnya begini memang agak mengagumkan. Tetapi gaya penulisan ternyata sebenarnya boleh berubah.
Novel langka yang dijumpai tidak sengaja di sebuah toko buku agama dan ubatan tradisional di Ipoh beberapa bulan lalu ini sarat dengan satira politik. Barangkali ini adalah karya Faisal Tehrani yang paling berkesan buat aku selain Perempuan Nan Bercinta. Walaupun susunan plotnya kucar kacir, tapi lenggok ceritanya masih tidak sumbing dan tambah enak dihadam.
Mr Complete Journalist terasa dekat dengan persekitaran aku. Jenny, perempuan penuh dendam yang menyedihkan dan Chai Yin penyimpan cinta tak bertuan.
Aku yakin situasi politikus kotor, pelacur kelas atasan juga sekatan dalam kebebasan menulis sesuatu yang berani sememangnya benar-benar berlaku dari dulu lagi sehingga kini. Mungkin, ia terlindung dek kuasa dan yang paling utama uwang.
Tak pasti nak ulas bagaimana. Setelah hampir dua tahun tak mengusik karya Faisal Tehrani, novel ini aku anggap karya beliau yang paling aku gemari secara peribadi.
Non-linear storytelling dan emosi yang begitu jelas buat aku tak pernah jemu membaca. Novel yang sangat enjoyable.
Pada mulanya, aku menjangkakan karya ini sekitar ahli politik wanita yang cuba menongkah arus kebiasaan dan gigih menempuh ranjau arena politik. Namun sangkaanku meleset. Isu utama sebenarnya seputar seorang perempuan simpanan milik seorang ahli politik. Karya ini ditulis sudah lama tetapi ia masih relevan untuk dipakai pada mass ini. Ternyata permainan politik begitu meloyakan tidak kira parti mahupun perjuangan. Semua orang harus membaca novel ini sekiranya kalian terlalu menyembah mana-mana sosok politikus. Lebih elok berjaga-jaga daripada buta mata hati.
‘Power corrupts. Absolute power corrupts absolutely’.
Perjuangan pihak marginal, kerakusan ahli parlimen yang telah diberi mandat menjaga rakyat, namun dikecewakan, percintaan merentasi kaum, semuanya ada dalam karya hebat ini.
Selain Merentas Gerhana karya Norhisham Mustaffa, mungkin ini adalah karya realis-politik Malaysia yang ada dalam khazanah sastera tanah air yang pernah saya baca. Ranah sastera tanah air lebih banyak menyuguhkan karya yang menggunakan unsur satira dalam mengungkapkan dunia politik Malaysia.
Isu pengambilan tanah dan hubungan sulit politikus digabungkan untuk menjadi satu intrigue yang menghidangkan karya realisme yang mudah untuk dihubungkaitkan dengan peristiwa semasa yang melatari dekad penerbitan buku ini.
Karya kedua daripada FT yang berjaya saya baca. Agak tebal juga novel ini namun saya dapat juga habiskan lebih kurang satu hari setengah kerana jalan ceritanya yang sangat mengagumkan! Berbanding Surat-surat Perempuan Johor, saya lebih sukakan karya ini. Lebih kena dan menepati selera saya barangkali, yang menyentuh permasalahan masyarakat yang ditindas oleh projek-projek 'pembangunan' dan isu politikus yang berebutkan kuasa dan jawatan. Di dalam karya ini FT berjaya menggambarkan betapa rakusnya ahli politik yang mabukkan kuasa dan pemaju yang dikaburi wang. Kritikan ke atas pengamalan politik yang kotor di Malaysia (tabur wang, rasuah, penguasaan media, etc) sangat ditonjolkan di dalam novel ini.
Apa yang menarik mengenai novel ini ialah unsur realisme yang kuat mempamerkan isu semasa berlatar belakangkan dekad 90-an di Malaysia (Novel ini ditulis pada 1994-1997). Karya sastera adalah cerminan kepada kehidupan sosial masyarakat kerana ia lahir di tengah-tengah masyarakat sebagai hasil imajinasi pengarang serta refleksi terhadap gejala-gejala sosial di sekitarnya. Dan saya rasa pandangan ini telah berjaya dibuktikan FT melalui novel sulungnya ini.
Teknik penulisan yag saya kira tiada pada novel tulisannya yang lain. Kritikannya masih juga berpada-pada. Tahniah FT! Sentiasa bernas dan menyegarkan.
Buku ni lambat habis sbb sibuk dgn urusan lain..tak dpt nak habiskan..anyway,akhirnya habis gak bacaan buku ni..tema n plot yg menarik yg digarapkan oleh FT walaupun buku ni merupakan novel sulung beliau..respek dgn karya FT...semuanya tak mengecewakan...
Geram pula aku baca novel terbitan Dubook ni. Banyak betul typo di dalamnya. Perasaan sayu sakit dan sedih membaca nasib watak-watak di dalamnya diganti dengan rasa sakit dan geram terhadap typo yang terlalu banyak.
Jalan cerita yang agak mencapah tapi tak susah untuk aku hadam.
ceritanya kerana sudah berdekad lepas selesai dikarang, aku rasa isunya sudah basi. politikus dan perempuan simpanan yang merupakan artis. tapi gaya penceritaan yang mendatangkan tanda tanya sejak awal hingga di akhirnya mendatangkan impak 'boom' gitu.
dan semasa membaca naskhah ini, aku seperti nampak sisi muda faisal tehrani yang lebih berahi dan bergelora berbanding buku buku seterusnya yang lebih 'nampak tua'. 😂.
selain itu aku sangat tak berpuas hati dengan editoring, sebab bersepah typo. sebelum ni aku ingat lejen press je bersepah typo. buku ni rupanya lagi teruk daripada yang pernah aku baca. Oh ye, ini terbitan semula Dubook press.
Perempuan Politikus Melayu adalah sebuah buku boleh dikatakan bertemakan politik dan sosial. Sebuah buku yang menceritakan tentang permainan-permainan kotor orang-orang politik dan salah guna kuasa untuk menjaga kepentingan golongan tertentu. Buku ini juga adalah buku yang menceritakan tentang perjuangan untuk mempertahankan hak & menuntut keadilan. Banyak kritikan-kritikan sosial yang boleh didapati didalam buku ini. Manusia sanggup buat apa sahaja untuk berkuasa & manusia boleh lakukan apa sahaja apabila berkuasa. Penceritaan di dalam buku ni menarik, tidak hanya memberi fokus kepada tema utama sahaja, tetapi diselitkan dengan kisah-kisah cinta & konflik yang terjadi di dalam masyarakat.
Saya suka karya yang memaparkan realiti dan novel ini tidak mengecewakan. Dalam novel ini, watak-watak protagonis yang juga kaum marhaen seperti Irfan, Jora, Mak Limah, Pak Chenon tidak menang pada akhirnya kerana "hidup ini memang susah untuk orang susah". Realis yang jauh berbeza dengan novel-novel popular; tidaklah watak miskin diselamatkan wanita/lelaki kaya.
Isu utama yang diutarakan iaitu korupsi politikus masih terasa kontemporari walaupun novel ini ditulis lebih 15 tahun yang lalu. Pengambilan tanah orang-orang kampung secara tidak adil dan penjualan semula tanah kepada orang asing? Ya, masih kedengaran dan masih kita baca di dada-dada akhbar tetapi mungkin dengan nada yang lebih "euphemistic" seperti "foreign investment".
Namun, saya berpendapat persoalan utama "pelacur dan politikus sama sahaja" tidak dijawap dan diolah dengan sepenuhnya secara sengaja atau tidak. Saya membayangkan lebih banyak debat antara Jenny si Perempuan Politikus Melayu yang juga "a profound prostitute" dengan Irfan untuk mempertahankan yang pelacur sebenarnya lebih baik daripada seorang politikus korup. Walaupun ada persamaan contohnya kedua-duanya menawarkan diri untuk memberi servis tetapi jika difikirkan, politikus yang korup lebih keji daripada seorang pelacur kerana sudahlah tidak memberi servis yang sepatutnya, malah mencuri hak orang lain. Persoalan persamaan pelacur dan politikus masih terngiang-ngiang di kepala saya.
Saya juga kecewa dengan edisi novel ini yang diterbitkan oleh Dubook Press. Terlalu banyak kesalahan ejaan dan tanda baca! Saya juga sampai tertanya-tanya adakah ketiadaan kata petik untuk dialog-dialog dalam novel ini adalah stail penulis atau kesilapan pihak penerbit? Novel yang baik ini tercalar kerana kesilapan-kesilapan penerbit.
Sulap mendengar serius,”Penulis penulis besar lazimnya menghadapi kegetiran. Halangan. Err....kau fikir kalau karya diharamkan, apa kesannya?” Irfan berfikir seketika,”Macam membunuh semut dengan bom atom, bukan setakat semut saja terbunuh tapi intelektualiti dan kreativiti masyarakat juga pupus. Orang jadi bodoh,” Irfan menjawab tenang.
Penulis bercerita tentang pengharaman buku dan ia terjadi juga pada hari ini. Kenapa ia berlaku? Mungkin benar juga kata penulis dlm PPM ini, sastera punya kuasa dan orang atasan patut gerun dan awasinya. Kekuasaan berkaitan dgn undang undang tapi seni tentang kebebasan, bukan?
Sebuah novel yang menarik. Naratifnya kucar kacir. Masa dan tempat berselerakan sana sini tambah ramai watak yang di dalamnya menjadikan ceritanya begitu rumit. Isinya tetap teguh!
Politikus curang dan pelacur itu bukan sama kotor tapi politikus perosak bangsa itu terlebih jijik. Wang juga punya kuasa dan pemenang juga akhirnya.
Sepatutnya, bintang penuh harus diberi tapi karya ini banyak ralat tanda baca, menyukarkan pembacaan...
Buku ni dah tahap rare. Susah sangat2 nak jumpa pasal aku ada terdengar cerita tak ada yang mahu terbitkan karya FT yang ni sebab terlalu kontroversi. Pertama kali aku baca masa tingkatan 4 member aku punya. Kebetulan dia pun minat FT. Novel ni bagai satu satira politik yang seolah2 direflek secara terus oleh FT dari scene politik tanah air yang penuh korup, kotor dan politiciannya banyak tikam belakang serta tak pedulikan rakyat. Watak utama dia seorang wanita yang jadi wanita simpanan politician nilah kalau tak silap aku. Memang best, lain dari yang lain, dan paling penting isi dia jarang kita jumpa kat mana2 buku fiksyen Malaysia. Tambah lagi buku ni ditulis masa FT muda lagi. Mungkin antara novel2 terawal dia lah. Itu buat aku tambah respect lagi pasal kau ingat senang ke nak tulis novel berat lagi kontroversi macam ni kalau ilmu tak cukup di dada? 5 bintang.
Teruja. Tulisan yang sangat berkualiti. Penulis menjadikan novel-nya seakan puzzle dan membiarkan pembaca mencantumkan sendiri. Di akhir cerita, semua persoalan terjawab.
Termasuk lah persoalan, antara pelacur dan politikus siapa lagi hina?
Anda rasa?
*Salam 1MDB*
Notakaki: Saya baca buku terbitan Dubook. Sangat terganggu dengan typo.
Good storyline but the editing of the book (pink coloured cover) is rubbish. The publisher surely successful in making the good story goes bad. Lazy editor. ^$#@$%#^%#^$#%$&^$&
Buku ini sebenarnya menjadi tajuk Methodology penyelidikan aku semester ni. Aku mengkaji tentang pemikiran Satira yang diangkat oleh penulis melalui watak perempuan pelacur kelas pertama iaitu Jenny. Sebenarnya buku ini telah pun menerangkan bahawa ianya bukan lagi sindiran, tetapi ia adalah cerminan sebenar dunia politik tanah air! "Saya tak mengecam, saya cuma menyalin perbuatan dan perangai orang-orang kita lalu diterjemahkan dalam bentuk novel"( Muka surat 251). Ya. Aku akui Ianya adalah cerminan dari dunia politik sebenar. Antara babak yang dimuatkan yang boleh katakan adalah cerminan sebenar kemelut politik di Malaysia adalah Politikus yang kebal daripada tindakan undang-undang, menindas dan merampas tanah rakyat sesuka hati, rasuah dimurnikan atas nama "politik wang",politikus yang kecanduan kuasa sehingga melakukan apa sahaja dan yang paling penting adalah skandal Dato-Dato. Di dalam kisah tersebut akhirnya Jenny dibunuh untuk menutup rahsia dan pekung ahli politikus yang bernama Dato'Zuri. Jenny mengelarkan dia sebagai Machiavelli. Siapa Machiavelli? Niccolo Machiavelli sangat terkenal dengan karyanya ‘The Prince’ (Sang Penguasa) yang menjelaskan panjang lebar tentang falsafah politik dan bagaimana mahu menjadi pemerintah dan mempunyai negara yang teguh. Falsafah Machiavelli mempunyai sedikit unsur utilirianism yang menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Banyak lagi la babak yang menarik yang aku rasakan semua pengemar buku di luar sana wajib baca karya Faisal Tehrani ini.
Terbaik Faisal Tehrani. Satu kepercayaan yang memang saya imani terhadap politik dan politikus.FT berjaya menyuburkan kepercayaan saya ini untuk kali keduanya.Kali pertama pada "bagaimana anyys naik ke langit".
Cuma nafsu sedikit terganggu dengan terlalu banyak kesalahan ejaan pada penerbitan ini.Juga pada dialog yang tiada pembuka dan penutup kata.Nampak bercelaru.
Saya tiada masalah pada plot yang seakan-akan berterabur.(ini yang disebutkan di awal pembacaan).Namun setelah masuk kepada pertengahan merasai ini adalah teknik penceritaan yang menarik/cool.
Pada satu babak mengingatkan saya pada kata-kata mat lutfi dalam video satira ahli politik.
"anda mungkin boleh abaikan politik,tetapi politik tidak pernah mengabaikan anda". setelah membaca novel ini baru saya faham apa maksudnya.
Dato zuri adalah lambang ahli politik kita.Mungkin juga dunia.
Ini novel karya sulong Faisal Tehrani (says the book cover). Saya baca dengan minda terbuka dan pastinya, dengan 'expectation' yang tinggi. Dalam masa sebulan saya dah baca 3 buku FT dan yang keempat ini, tidak mengecewakan. Sememangnya tulisan beliau terloncat dari satu kisah ke satu kisah, time line pun berterabur. However, tak susah untuk saya appreciate the beauty of the stories. Buku ini ditulis tahun 1994, kisah nafsu serakah politikus nampaknya tak berbeza dulu dan kini. Alangkah awesome jika FT dapat menulis pula novel "cerminan" kisah orang-orangan era kini pula ... pasti lebih tinggi elemen komedi-nya...tak sabar tu.
Saya fikir karya ini memang perlu diletakkan sebagai karya agung untuk tahun sekitar 90-an. Sebuah karya yang mencerminkan keadaan sosio politik negara dengan adunan isu pembangunan luar bandar, sepak terajang politik dan skandal yang maha dahsyat. Pembaca akan teruja untuk membacanya daripada satu bab ke satu bab dan kadangkala akan turut cemas dengan halangan yang dihadapi oleh Irfan, Jenny dan CY. Saya mengiktiraf karya ini sebagai karya terbaik Faisal Tehrani!
Penceritaan yg menarik tetapi terlalu banyak misspellings dalam buku. Terus terbantut ttp pengakhiran menimbulkan persoalan. Adakah Jenny betul-betul mati atau ada yg ingin menuntut bela?
Saya mengenali Faisal Tehrani melalui artikel bulanan yang ditulis beliau untuk Dewan Siswa enam tahun dahulu. Terus-terang saya katakan, saya kagum dengan pengetahuan beliau akan banyak perkara. Tapi, sejak akhir ini, baru saya punya waktu untuk membaca karya novel nukilan beliau. Bermula dengan Tunggu Teduh Dulu, dan ini merupakan karya kedua beliau yang saya pinjam dari perpustakaan negeri. Tajuknya membuat saya tertanya, apa itu politikus dan setelah khatam novel ini, saya simpulkan politikus itu bahasa Melayu untuk 'politician'. Banyak kata-kata bermakna yang boleh dijadikan 'quotes' tapi ada dua yang saya ingat; "hidup ini memang susah untuk orang susah" dan "pelacur dan politikus sama sahaja". Karya yang berani dari segi kelantangan mengkritik dunia politik Malaysia. Provokasi beliau akan menyebabkan ada yang tidak senang duduk kerana ada sesetengah perkara yang diketengahkan benar belaka. Maka tidak hairan, ada yang melabelkan beliau sebagai pembangkang. Cuma, perkara yang membuatkan saya tidak senang, adalah adegan yang saya kira tidak sesuai untuk bacaan orang yang agak konservatif seperti saya, seperti Jenny, si pelacur kelas atasan(yang di dalam novel digelar sebagai Perempuan Politikus Melayu) yang mengajak Dato' Zuri (antagonis) untuk melakukan perkara sumbang di dalam pejabat dan babak Gunjai(entah betul atau tidak,saya lupa akan namanya), si gigolo yang kerjanya meniduri datin-datin. Bukan apa, saya mengetahui serba-sedikit latar belakang penulis, yang tidak silap saya beliau dari sekolah agama, oleh itu saya agak skeptikal terhadap sesetengah perkara yang saya bilang tidak mencerminkan nilai-nilai agama, seperti watak Irfan yang mempunyai obsesi aneh akan leher ("leher yang putih" Chai Yin) dan bagaimana Irfan yang tidak segan silu berdua-duaan dengan Jenny masuk ke dalam hutan. Namun begitu, saya sedar bahawa novel ini fiksi semata-mata. Mungkin, itu adalah salah satu ciri-ciri karakter yang ingin penulis tonjolkan. Meskipun begitu,saya suka akan watak Pak Chenon yang utuh agamanya, berpandangan luas dan bukan anti-pembangunan seperti yang dilabelkan oleh Dato' Zuri dan watak beliau memberi inspirasi pada saya tidak semua orang tua yang berkopiah, alim dan kekampungan; tidak merdeka pemikirannnya. Buta-buta membangkang kemajuan yang ingin dibangunkan tanpa alasan kukuh. Menurut Pak Chenon, kemajuan itu perkara bagus tapi haruslah dilakukan dengan sebetulnya bukan dengan penindasan seperti membeli harga tanah orang kampung dengan murah tanpa pampasan setaraf dengan kerugian. Saya juga suka dengan referensi 'pop culture' yang penulis selitkan seperti ikon-ikon pejuang Islam,Abu A'la Maududi, dan karya seni catan, Repin dan sebagainya. Perkara sebegini membuatkan saya untuk mengetahui lebih lanjut. Akhir kata, saya sarankan pembaca-pembaca untuk membaca novel ini untuk membuka minda dan memberi gambaran secara realistik akan dunia kita sekarang, meskipun novel ini diterbitkan lama dahulu, namun harus diakui samada dunia kita dengan zaman itu sama sahaja atau lebih buruk, tidak mungkin lebih baik.
Perempuan Politikus Melayu, antara karya awal Faisal Tehrani terbitan semula Dubook Press, mengisahkan dilema kompas moral masyarakat timur dalam era globalisasi. Latar cerita dan watak dibina dengan begitu teliti kecuali watak Irfan (protagonis utama). Walaupun naratif naskhah bernada sektarian (perspektif Melayu Muslim), penyusunan plot dan retorik penulisan yang ditampil menonjolkan kelas tersendiri penulis. Instalasi replika Ranjau Sepanjang Jalan yang ringkas dan bersahaja di pertengahan cerita juga sangat mempesona. Namun kesilapan teknikal penerbitan (typo dan penggunaan huruf 'x' bagi menggantikan perkataan 'tidak') yang terlalu banyak mampu merencatkan pengalaman emosi pembaca dan merendahkan tahap kematangan penulisan kreatif sebegini.
Saya membaca buku ini sekitar tahun 2001, bukan terbitan dengan cover 'pink' ini tapi cover lain, terbitan lain.
Mungkin ini novel pertama Faisal Tehrani yang saya baca (selain cerpen-cerpen beliau) yang meninggalkan impak yang kuat terhadap saya.
Saya menyukai setting cerita dan watak-wataknya. Saya masih ingat watak utamnya ; jenny, pelacur kelas atasan yang dengan mualnya (atau bangga) menyamakan ahli politik dan pelacur.
Novel ini ditulis pada era pasca-reformasi, dan saya kira ceritanya adalah rakaman secara fiksi tentang apa yang berlaku ketika itu.
"Allah menganugerahkan istidraj kepada orang fasik supaya mereka terus fasik. Pemimpin jahat akan terus diberi kemudahan berbuat jahat supaya mereka terus gila dengan kejahatan. Azab ditangguh dahulu, mereka pun asyik dan seronok berbuat jahat. Inilah pemimpin serupa Firaun. Dan hati mereka tertutup, tempat mereka dalam kawah yang bernyala, kalau dikasihani Allah, dan iya, Dia itu Maha Pengasih, barangkali tidak apa-apa..." _Orang Tua dari Makasar