Jump to ratings and reviews
Rate this book

Koleksi Terpilih - Shahnon Ahmad Edisi Khas Sasterawan Negara

Rate this book
Koleksi ini menampilkan himpunan karya sastera pelbagai genre Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Dengan pelbagai gaya, pendekatan dan persoalan, Shahnon Ahmad melukiskan warna kehidupan masyarakat Melayu baik yang tinggal di ceruk kampung dengan segala kekurangan dan penderitan mahupn di bandar besar yang penuh dengan segala kemewahan dan keseronokan. Dengan mengambil segala pengalaman hidupnya sebagai kanak-kanak di kampung dan pengalaman hidup sebagai orang dewasa di kota besar - di dalam danluar negara - Shahnon Ahmad terus berkarya. Apa yang dialami dan yang dilihat, dicatatkan dalam tulisannya; malah dijadikan isu panjang dan dihiraukan dengan panjang dalam bentuk tulisan kreatif yang seterusnya mengundang renungan dan perbincangan khalayak. Inilah yang mahu diperlihatkan dalam Koleksi Terpilih Sasterwan Negara Shahnon Ahmad. Selain kekuatan dan kesungguhan beliau berkarya, buku ini juga diharap dapat menjadi rjukan asas terhadap sejarah pengkaryaannya.

451 pages, Hardcover

First published January 1, 1995

Loading...
Loading...

About the author

Shahnon Ahmad

71 books151 followers
Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang.

Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title.

Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965).

Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN.

Source: Wikipedia

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
3 (33%)
4 stars
3 (33%)
3 stars
1 (11%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (22%)
Displaying 1 - 2 of 2 reviews
Profile Image for Miyuke.
207 reviews5 followers
April 29, 2026
Keterujaan membaca naskah ini terjerumus ke skala satu akibat habit saya sendiri.

Ya..kebiasaannya saya akan membaca buku dari kulit ke kulit dan kealpaan saya bahawa naskah ini merupakan Koleksi Terpilih Sasterawan Negera yang mana sudah tentu kesemua nukilan Dato’ Hj. Shahnon Ahmad yang termuat di dalam naskah ini telahpun tersiar, menatijahkan keseronokan pembacaan saya merudum apabila bab Pendahuluan yang memuatkan ringkasan keseluruhan kandungan naskah ini telah saya baca (lebih mengerikan - tentunya ia berserta SPOILERS ).

Naskah ini terbahagi kepada 4 bahagian. Dalam kekecewaan ini, saya hanya mampu membaca pada pecahan Cerpen serta Fragmen Novel (sudah tentu juga pada bab Pendahuluan) dan saya tidak dapat menghabiskan walau 1 bab pun pada bahagian Esei Sastera.

NOTA :
Jujurnya..hanya sebilangan kecil karya Sasterawan Negara yang masyhur ini ada dalam simpanan saya dan kebanyakannya belum saya berkesempatan untuk miliki serta membacanya. Hari ini habit saya menganiaya saya sendiri. Senyum sahajalah.
Displaying 1 - 2 of 2 reviews