Jump to ratings and reviews
Rate this book

Harga Sebuah Cinta

Rate this book
KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?

464 pages, Paperback

First published January 13, 2011

3 people are currently reading
141 people want to read

About the author

Hani Fazuha

47 books221 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
45 (34%)
4 stars
51 (38%)
3 stars
32 (24%)
2 stars
2 (1%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 17 of 17 reviews
Profile Image for Pink.
239 reviews23 followers
July 14, 2023
Stress aku dekat2 bab terakhir pun sempat bergaduh 💆🏼‍♀️
Profile Image for Amer Mukhlis.
Author 4 books12 followers
July 9, 2013
Saya memang sukakan magis tulisan penulis ini. Setiap apa yang Kak Hani tulis terasa hidup dan terasa saya sendiri yang mengalaminya. Entahlah, sudah lama saya tidak merasakan puas membaca sesebuah novel, namun hari ini novel telah mengubah apa yang saya rasa. Sungguh, usai sahaja membaca novel ini saya berasa sangat puas dengan kisah ini dan akhirnya yang begitu indah! Woa!

HSC, mengisahkan Fea-Hanisofea yang hidup sebatang kara selepas kemaitian ibunya. Sejak itu takdir seperti mahu menduganya sahaja. Penulis mengimbas kembali ketika ibunya bekerja di sebagai orang gaji di rumah Puan Syarifah Maznah iaitu ibu Arman, kekasih Fea dahulu. Arman begitu mencintai Fea namun ketika itu dia tidak dapat mempertahankan cintanya kerana dia tidak apa-apa. Cinta mereka tidak kesampaian. Ibu Arman sering mengherdik Fea dengan kata-kata yang melukakan jiwa. Akhirnya Fea dan emaknya diberhentikan kerja dan diusir.
Bukanlah berasal dari keluarga yang senang menyebabkan Fea terpaksa bekerja sambil belajar. Dia terpaksa mengambil cuti kecemasan apabila jiran menelefonnya memberitahu yang emaknya sakit tenat. Dia pulang ke Kuala Krai, Kelantan namun takdir sudah menentukan, emaknya sudah pergi menghadap Ilahi.

Sudahlah emaknya pergi buat selama-lamanya, dia pula diberhentikan kerja kerana mengambil dianggap oleh majikannya mengambil cuti tanpa sebab. Aleeya, kawan karibna sanggup membantunya, menyuruh Fea menghabiskan pengajiannya yang tinggal beberapa bulan lagi.
Zura, mengajaknya tinggal di rumahnya beberapa hari kerana mereka sudah lama meluangkan masa tinggal bersama keluarga Zura. Fea sudah menganggap keluarga Zura bagai keluarga sendiri dan Umi Zura sebagai emak kandungnya. Bersama-sama dengan Umi sahabatnya itu terasa emaknya bagai hidup semula.

Dari situ dia mengenali Ikmal-abang sepupu Zura yang dalam diam meminati Fea. Dia juga mengenali Zhafir-abang Zura. Arman kembali sebagai kekasih Zura. Kenyataan itu terasa sukar ditelan. Pada masa yang sama Ikmal sudah meluahkan cintanya meskipun dia sudah ada Nisya. Dan dalam dilemma itu, Zhafir sudah membukanya peluang untuk melepaskan diri, apabila Fea dilamar untk menjadi isterinya.

Fea dilema. Ternyata hatinya masih ada Arman. Lebih-lebih lelaki itu mahu menjalinkan cinta mereka semula. Tetapi untuk Zhafir? Dia sudah tiada apa-apa untuk diserahkan kerana hatinya sudah dipenuhi dengan Arman. Oh, benarkah? Cuma yang dia tidak suka- sikap Zafir yang terlalu tenang dan selamba sehingga dia sendiri menjadi geram. Lalu, bial Ikmal medapat tahu yang dia akan mendirikan rumah tangga pantas sahaja dia mengundurkan diri.
Apa istimewanya Fea, sehingga banyak hati yang terluka? Benarkah tika hati meminta bahagia, kita kan membayarnya dengan air mata? dan kenapa Zhafir sanggup menjadi miskin semata-amata ingin mendapatkan haknya sebagai suami?

Mengenali Fea, dia seorang gadi yang sangat biasa sahaja. Sedap mata memandang. Keperibadiannya yang mulia sehinggakan menjerat 3 orang jejaka untuk jatuh suka padanya. Seorang yan baik, peramah dan tidak suka mengecewakan orang lain mengangkat watak ini sehingga digilai ramai.

Mencintai Arman, pada masa yang sama hatinya diketuk dengan Ikmal dan Zhafir. Di sini dia banyak diuji apabila Zura mencintai Arman, kekasihnya. Ikhmal sukakannya sedangkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan Nisha dan lamaran Zhafir yang tidak disangka-sangka itu, nak terima atau tidak? Saya dapat merasakan kesusahan Fea. Sanggupkah dia merampas Arman dari Zura. Atau memilih Ikmal sedangkan Nisha sangat mencintainya sepenuh hati.
Zhafir, pada saya jejaka sangat misteri pada mulanya. Saya rasa mungkin pertemuan pertama kali di KLCC membuatkan dia sudah jatuh suka dengan Fea. Pertemuan demi pertemuan seoalah-olah direncana seperti mereka ini ada jodoh. Dia mencintai Fea dalam diam dan dia mengambil kesempatan mengahwini Fea, ata s nama pengorbanan.

Arman jejaka yang mencintai Fea dari dulu. Kerena ibunya menghalangnya dia jadi tidak berdaya untuk mempertahankan cinta mereka. tidak mencintai Zura tapi masih mencintai Fea. Tapi, masihkah ibunya mahu meneriman Fea?

Woa! naskah Kak Hani kali ini membuatkan saya lebih terasa akan cerita yang disampaikan dan saya sangat puas. Sangat seronok dan kaya dengan nilai-nilai murni yang ingin diterapkan. Tahniah kak Hani! Tulisannya memang tak lari daripada cerita yang menyayat hati dan banyak diselitkan dengan unsur romatis. Saya rasa Kak Hani lebih sinonim dengan cerita yang berunsurkan sedih dan romantik. Sambil menitiskan air mata, saya anggap naskah kali ini antara yang terbaik untuk tahun 2011.

Terimak kasih Kak Hani atas novel yang meruntun jiwa seorang lelaki ni. (haha!) bagi saya novel kali ini sangat berjaya. Dan saya harap Kak Hani teruskan menulis dan menulis lagi. Saya sebagai peminat novel Melayu akan sentiasa menyokong. Saya memang menantikan buku Kak Hani setiap tahun. Kak Hani, boleh tak buat 2 novel dalam setahun? Bestlah Novel Kak Hani!
Sekalung terima kasih dan tahniah atas naskah yang saya rasakan sangat berjaya kali ini. saya sukakanya!
Profile Image for Azizah.
392 reviews6 followers
December 24, 2018
3.5 stars

Resensi: Feb, 2011

Penulis: Hani Fazuha
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Price: RM18.00 / RM21.00
M/S: 451
Cetakan 1 - 2011

"Kenapa masih ada rindu di saat hati ingin melupakan?"

Blurb:

Kenapa setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata?

Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.

Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman.

Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dai terhenyak duduk tidak berdaya.

Dalam kekalutan, Zhafir tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafir, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin semata-mata untuk mendapatkan haknya sebagai suami?

Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka.

Review:

Mula baca tentang Fea-Fir ni dari blog Hani. Jenuh juga la menunggu Hani masukkan entry terbaru...heheh..kredit untuk DLa yang perkenalkan Kak Chik pada rumah Hani tu...sayang DLa...dan hampir sebulan juga selepas Hani tempek cover HSC kat blog dia...baru Kak Chik dapat novel nie...exclusive terus dari Hani...:) ...Terima kasih Hani....

Percintaan antara dua darjat Fea-Arman tidak kesampaian kerana ditentang oleh mak Arman. Lalu Fea dan ibu yang bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Arman di halau keluar.

Bertahun Fea memendam rasa kerana kekecewaan itu. Namun tidak pernah sekali pun terlintas di hatinya mahu mencari pengganti Arman kerana Arman tetap utuh di hatinya.

Perkenalan dgn Zura sejak di universiti menjadi sebab Fea rapat dengan keluarga Zura. Dalam diam sepupu Zura, Ikmal meminati Fea dan melamar Fea sebagai surinya sedangkan ketika itu dia sudah mempunyai kekasih hati. Hampir saje Fea menerima lamaran tersebut...tapi nasib baik juga dia tak terima kerana Ikmal bukan cinta kat Fea pun sebenarnya...

Dan pertemuan kembali Fea-Arman di pejabat keluarga Zura, makin melukakan hati Fea. Rupanya Arman sudah mempunyai penggantinya iaitu sahabat baiknya sendiri. Namun Arman pula masih mencuba utk meneruskan perhubungan mereka yang tidak pernah ada kata putus. Namun selepas penolakan kali kedua mak Arman, menyebabkan Fea nekad tidak akan menerima Arman lagi. Namun keadaan yang terdesak kerana satu ofis telah menjadi penghalang.

Lalu muncullah Zhafir yang mengajak Fea berkahwin untuk memastikan Arman tetap milik Zura. Namun perkahwinan tersebut tidak seperti yang dipinta. Masih ada derita yang terpaksa ditempuhi.

Mengapa Zhafir tega jatuh miskin demi dia...Siapa Jessica di hati Zhafir... semuanya menjadikan Fea makin tertekan...

Sungguh seronok baca novel ketiga Hani ni tapi macam tak puas kerana Kak Chik jangkakan ceritanya panjang..Belek-belek punya belek dah sampai last page...huhuhuhu...Plot cerita seperti sedikit berkurangan berbanding dengan BK dan HSC seperti kurang sedikit skop-skop suspent...

Tapi apa pengakhiran bagi kisah Arman-Zura yea????

P/S: Hani..tahniah...menanti kehadiran Zhafran....:) & TQ for signature & lovely bookmark...


LiFe iS a LoNG JouRNeY
~Kak Chik~
Profile Image for Hajar.
284 reviews
February 18, 2013
Jujurnya saya tak berapa gemarkan gambaran watak Fea ni. Adeh, awal-awal lagi dah nak condemn watak heroin eh? Haha. Bukan apa, perwatakannya yang tak pandai berkata tidak tu banyak memakan dirinya sendiri sebenarnya. Kalau dia tegas mungkin kisah cinta terhalangnya itu mampu diselamatkan. Tapi, nama pun cerita kan? Hehe.

Sebenarnya kisah Fea ni melibatkan pengorbanan atas nama persahabatan. Persahabatannya dengan Zura membawa Fea mengenali umi, Zhafir dan Ikmal (sepupu Zura). Awalnya Fea ni bercinta dengan Arman tapi ditentang oleh ibu Arman atas alasan tak setaraf sebab Fea ni cumalah anak pembantu rumah mereka. Lepas dihalau keluar dari rumah Arman, Fea langsung putus hubungan dengan Arman sehinggalah dipertemukan kembali bila Fea bekerja di syarikat keluarga Zura. Hubungan rapat Zura dan Arman membuatkan Fea rasa serba salah walaupun Arman terang-terangan mengaku yang dia masih cintakan Fea.

Dalam masa yang sama Ikmal juga turut mencuba nasib untuk menambat hati Fea walaupun pada awalnya dia dah bersetuju untuk dijodohkan dengan Nisha untuk mengembangkan perniagaan keluarga. Sifat Fea yang sederhana tu rupanya berjaya menambat hati Ikmal.

Lamaran Zhafir bagaikan suatu rahmat buat Fea. Perkahwinannya dengan Zhafir hanyalah untuk menghindari konflik dalam keluarga Zura sekiranya Fea menerima Arman mahupun Ikmal. Padanya, biarlah Arman menerima Zura dan Ikhmal pula membuka matanya untuk menerima Nisha. Sungguh pun Zhafir ni nampak dingin, namun kesungguhannya untuk menerima Fea tanpa sebarang syarat tu sangat mengejutkan.

Saya suka karakter Zhafir ni sebab dia agak slow and steady. Mungkin moto biar lambat asal selamat tu sangat sesuai untuk Zhafir. Cuma bila masing-masing masih tak begitu yakin dengan hubungan yang terbina mulalah timbul salah faham. Lebih-lebih lagi bila Arman dan Jessica (bekas kekasih Zhafir) muncul di antara mereka. Bila segala kebenaran terbongkar, masihkah kebahagiaan itu kekal menjadi milik mereka?

Komen saya: Overall perjalanan kisah ni agak tersusun cuma pengakhiran yang agak manis bergula bukan 'makanan' sayalah. :)
Profile Image for Norhani Zaini.
91 reviews4 followers
April 14, 2013
Covernya yang sangat menceriakan tidak seperti jalan ceritanya yang agak perlahan dan berliku. Semasa membacanya seringkali memeriksa muka surat sambil berkata dalam hati 'bilalah nak habis ni!'

Kurang gemar dengan watak heroin utama Fea yang tak tegas yang sentiasa menjadi punca masalah. Terlalu menjaga hati orang sampai segala menjadi sukar.

Peringatan sebenarnya kepada diri sendiri. Beranilah untuk berkata TIDAK! Jangan terlalu menjaga hati orang sehingga hati sendiri terpinggir...
Profile Image for Sweet♡ساكورا.
189 reviews14 followers
November 7, 2020
My Ranting: 3️⃣.5️⃣

Novel ini dah bertahun membeli, tapi baru sekarang ada mood nak baca 😅.

Lagi² tahun ni mood membaca memang jatuh menjunam ke dasar laut 🌊

Jalan cerita novel ini macam rollercoaster atau lebih senang macam film hindustan 😁

Letih dengan watak Fea ni..
nak kata tak ada mulut, ada..
Nak kata tak ada hati, ada..
Tapi nampak bebenor dia punya watak ini boleh sakit hati tau...😆😆 menyampah dengan watak heroin kali ini🤭😁

Watak Arman & Zura tergantung.. tak tahu la klo ada di buat Jalan cerita pada novel lain.

Overall boleh laaa..
Yang suka Jalan cerita 🍬🍭 manis² gitu boleh la baca novel ni.

🇲🇾#MalaysiaMembaca📚
📚KLWBC2020
🇲🇾#MalaysiaTanahAirKu😘
1 review
Read
February 22, 2011
` Novel ketiga Hani Fazuha ini berkisar tentang percintaan, persahabatan, kesetiaan, keegoan dan darjat keturunan...

` Harga Sebuah Cinta (HSC) ni macam mana cerita dia? Ceritanya macam ni....kasih Fea dan Arman terputus di tengah jalan lantaran kedudukan keluarga mereka yang jauh berbeza, bagai langit dan bumi...Fea merupakan anak kepada seorang wanita yang bekerja sebagai orang gaji manakala Arman pula adalah anak kepada seorang wanita yang berdarjat tinggi...atas sebab itu perhubungan mereka tidak direstui oleh emak Arman yang mementingkan darjat dan keturunan...Fea amat kecewa dengan sikap Arman yang langsung tidak mempertahankan perhubungan mereka...akhirnya mereka terpisah..jauh...Masa berlalu..perkenalan Fea dengan Zura telah menemukan Fea dengan Ikmal...Ikmal yang dianggap seperti abang kandung oleh Zura menyukai Fea dalam diam namun Fea hanya melayan Ikmal tidak lebih dari seorang kawan kerana dia masih terikat dengan janji yang dibuat bersama Arman satu ketika dulu...tanpa Fea atau Zura duga, persahabatan mereka diuji...kemunculan Arman sebagai kekasih Zura benar-benar membuat Fea tertekan dan dalam masa yang sama muncul Zhafir yang menjadikan kehidupan Fea bertambah rumit...apa yang telah Fea lakukan kepada lelaki-lelaki itu sehingga hidupnya jadi kucar-kacir? *kalau nak tau kena beli sendiri..kalau bagitau nanti tak best la kan hehehe*

` Aku suka HSC...cerita ni memang masuk dengan jiwa aku dan tak sia-sia lah aku jadi tak sabar-sabar nak dapatkan HSC sehingga sanggup ambil sendiri dari penulisnya (Hani Fazuha)...jalan cerita mudah difahami..takde part yang tunggang terbalik tetapi ada beberapa kesilapan ejaan *biasa la tu*...aku menyampah dengan Zhafir..macam bagus-bagus..rasa macam nak ketuk-ketuk je dia tu...aku kesian kat Ikmal , Arman dan Fea. *kenapa kesian? baca sendiri hehehe*...dalam masa yang sama, aku 'tabik spring' kat Fea sebab dia memang betul-betul pentingkan persahabatan walaupun dalam masa yang sama dia nak pertahankan kesetiaan dia...ada juga part 'air-mata'...walaupun air mata yang keluar tu takde la 'banjir' tapi aku tetap menangis membacanya...puas juga aku tahan supaya air mata tak mengalir tapi tak bole..aku 'meletakkan' diri aku dalam 'diri Fea' jadi aku sedih dengan apa yang berlaku..*kat mana yang aku menangis tu? cari sendiri hehehe tapi kalau korang ratu air mata sila sediakan tisu atau sapu tangan untuk lap air mata ye..aku tak sediakan apa-apa jadi aku biarkan je air mata mengalir*..

` Moral of the story...

(1) Jangan pandang rendah pada seseorang...tak semestinya kita lebih senang dari dia, maka kita boleh hina atau pandang rendah pada orang yang tak bernasib baik macam kita...

(2) Berani menyuarakan atau mempertahankan hak kita terutamanya kalau kita berada di pihak yang benar

(3) Kalau kita suka atau sayang pada seseorang, jangan la berlagak atau egoi tinggi sangat...berterus-terang lebih mudah..takde sesiapa yang akan salah faham

(4) Siasat dulu tentang apa juga berita atau perkara yang kita dengar, jangan main 'terjah' tak tentu hala

(5) Berfikir semasak-masaknya sebelum membuat sesuatu keputusan supaya tidak menyesal kemudian

(6) Belajar menerima hakikat sekiranya berlaku sesuatu kepada kita

(7) Berbincang dan bertolak ansur bagi memastikan hubungan yang dijalinkan berkekalan

` Tahniah kepada Hani Fazuha...saya suka novel ni..best...teruskan menulis...sorry kalau ada ayata-ayat di atas ni buat awak tersinggung atau terasa hati....

p/s: saya suka ending dia tu...puas hati...

kategori: tak boleh letak..
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,556 reviews41 followers
October 21, 2016
Tak dapat nak pastikan ini sebenarnya cerita cinta sedih atau cerita cinta happy. Perasaan saya selepas habis baca, tak sedih dan tak happy. Saya ni memang hati kayu kot. One of the less realistic Malay love novels I've read.... what with a normal-looking girl named Fea (ya right!!!) being the center of the universe for 3 very handsome, very macho, very rich guys; Arman, Ikmal and Zhafrin. I guess it's a nice feel-good story and the since the writing is not twisted, the length of the book just right and probably to make readers like the main character Fea, there's a sad background somehow tied to her; she grew up lacking in richness, had to work while studying at the university, forever lucky to have rich but very caring & generous friends around, Mom died alone etc etc .... it's okay for a quick read.
1 review
April 30, 2020
Jalan cerita menarik.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Izz.
420 reviews9 followers
December 25, 2022
Fea ni perangai macam tak matang. Lembik plak tu. Haihhh...nasib baik ada Zhafir.
Profile Image for Nurul.
2 reviews1 follower
January 5, 2019
novel yang agak menarik dan jalan cerita yang tak membosankan. suka scene dimana watak utama bekerja di cameron highland.
Profile Image for Eeyta.
247 reviews23 followers
September 14, 2014
karya Hani Fazuha yg tidak mengecewakan saya.. memang terbaik..
Profile Image for Lindz.
66 reviews8 followers
Read
October 26, 2016
karya hani fazuha yg least favourite. am not quite sure why..maybe d POV...or maybe d plot itself is quite longgar. just my personal view.
Displaying 1 - 17 of 17 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.