Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir Al-Azhar #5

Tafsir Al-Azhar Juz V

Rate this book
47 people want to read

About the author

Hamka

111 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
17 (80%)
4 stars
2 (9%)
3 stars
2 (9%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Syed Shahrom Wafa.
273 reviews16 followers
February 1, 2021
Masih dengan surah An-Nisa (Wanita).

Lanjutan dari golongan wanita mahram yang haram dikahwini di penghujung juzuk 4, perinciannya disambung di permulaan juzuk ini. Isteri orang juga haram dikahwini, melainkan yang diperoleh hasil dari tawanan perang. Soal mahar & kebenaran untuk berkahwin dengan hamba wanita juga turut dihuraikan.

Kisah lanjutan mengenai kaum munafik di Madinah, serta kisah sirah lanjutan dari perang Uhud dari surah Ali 'Imran, iaitu ketika Rasulullah dan tentera mengejar kaum kafir Mekah ke suatu tempat bernama Hamraul Asad ada juga diceritakan. Tatacara fikah mengenai solat ketika perang (solat khauf), serta kepentingan mempelajari & menguasai ilmu dalam mempertahankan negara & berperang juga menarik untuk dibaca.

Perincian mengenai hukum tayammum diterangkan dengan mendalam oleh pentafsir. Bagaimana tayammum dilakukan oleh Nabi, yang bermakna bagaimana perlu dilakukan mengikut sunnah. Bagaimana cara yang betul untuk memilih tanah yang sesuai, bagaimana ingin menepuknya di tangan, serta bagaimana untuk digosok diseluruh muka & pergelangan tangan. Hanya perlu dilakukan sekali sahaja. Sah untuk satu solat wajib sahaja. Dan sah sebagai menggantikan air buat wuduk mahupun mandi junub.

Kisah diatas semuanya lanjutan dari peperangan yang dilalui Nabi & penduduk Madinah.

Huraian selanjutnya dari pentafsir mengenai suruhan Allah dan Nabi untuk memberikan amanah kepada orang yang layak (ahlinya) juga amat mencerahkan. Dari kisah sirah asalnya yang mengenai pemegang asal kunci Kaabah, pentafsir mengaitkan pula dengan tahap tertinggi pucuk pimpinan di dalam pentadbiran negara. Bahawa setiap peranan & tanggungjawab yang besar perlulah diberi kepada yang arif & pakar tentangnya. Tidak sesekali kepada ahli keluarga sendiri.

Kemudian segala hukum-hakam perlulah dijalankan dengan seadilnya. Serta pemimpin negara yang menjalankan perintah agama dengan betul perlulah ditaati. Selepas taat kepada Allah & Rasul tentunya. Bagaimana perlunya akan bermesyuarat sekiranya terdapat perbalahan, tidak sefahaman dalam sesuatu perkara kenegaraan/duniawi.

Pentingnya untuk bersikap adil dalam menegakkan keadilan. Dilarang keras oleh Allah untuk menyebelahi orang Islam yang mengkhianat, menganiaya atau berdusta, walaupun orang yang dituduh itu adalah Yahudi. Keadilan perlu ditegakkan tidak mengira agama & bangsa.

Penghujung juzuk ini Allah memperingatkan kita agar lebih berhati-hati dengan kaum munafik yang berada di kalangan umat Islam. Tidak kira dizaman mana. Di zaman Nabi dahulu mahupun di zaman kita ini, golongan talam dua muka ini amatlah merosakkan. Jika puak kafir kita boleh jelas dengan status & pendirian mereka. Namun tidak golongan ini. Kerana ianya boleh menggugat dari sekecil-kecil institusi kekeluargaan, hinggalah ke sebesar sesebuah negara itu serta umat Islam keseluruhannya. Pemimpin negara perlu bijak menangani mereka ini.

Bersambung di juzuk 6.
Profile Image for Yanti.
37 reviews1 follower
May 9, 2018
Saya kutipkan bagian yang membuat saya sedih dan berpikir :

Sudahkah mereka itu siap? Apa-apa sajakah kebajikan yang telah mereka kerjakan? Mereka semuanya mengakui bahwa mereka adalah umat engkau, berguru kepada engkau dan berteladan kepada engkau. Tetapi apa benarkah engkau mereka ikuti dengan setia? Atau hanya pada nama saja?

Sehingga kalau beliau kelak tegak menjadi Penyaksi kita, beliau (Nabi Muhammad SAW) akan berkata: "Memang inilah umatku!" Ataukah beliau akan berkata: "Tuhanku, ini bukan umatku! Ini hanya mulutnya saja mengakui umatku, sedang amalnya tidak!" --Tuhanku, peliharalah kami!"
Profile Image for Mohd Fast.
48 reviews
September 27, 2020
Mesti baca sekurang-kurangnya sekali. Lebih sekali lagi baik. Banyak hikmah, mutiara yang dapat dipetik dalam tafsir ini.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.