Jump to ratings and reviews
Rate this book

Tafsir Al-Azhar #24

Tafsir Al-Azhar Juz XXIV

Rate this book

Paperback

1 person is currently reading
29 people want to read

About the author

Hamka

112 books1,088 followers
Haji Abdul Malik Karim Amrullah, known as Hamka (born in Maninjau, West Sumatra February 17, 1908 - July 24, 1981) was a prominent Indonesian author, ulema and politician. His father, syekh Abdul Karim Amrullah, known as Haji Rasul, led and inspired the reform movement in Sumatra. In 1970's, Hamka was the leader of Majelis Ulama Indonesia, the biggest Muslim organizations in Indonesia beside Nahdlatul Ulama and Muhammadiyah. In the Dutch colonial era, Hamka was the chief editor of Indonesian magazines, such as Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat, and Gema Islam.

(source : wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (85%)
4 stars
0 (0%)
3 stars
1 (14%)
2 stars
0 (0%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 of 1 review
Profile Image for Najihah.
53 reviews46 followers
December 19, 2025
Tafsir Al-Azhar Juzuk 24 mengandungi tiga surah iaitu Az-Zumar, Ghafir dan Fussilat. Kesemua surah ini diturunkan di Mekah.

Surah az-Zumar bermaksud rombong-rombongan, beriring-iringan, berarak-arakan. Pada hari akhirat kelak, setelah dihitung dan dihisab segala amal, keluarlah keputusan dan hukum Allah di mana mereka akan ditempatkan. Mereka yg berbuat kejahatan akan dihantarkan ke dalam neraka Jahannam dgn cercaan oleh malaikat penjaga neraka (ayat 71) dan barang siapa yg berbuat kebajikan amalan soleh kerana Allah, mereka akan diiringkan ke dalam syurga yg penuh kenikmatan (ayat 73). Ringkasnya, surah Az-Zumar menyeru manusia supaya kembali kepada Allah dengan ikhlas, bertaubat atas dosa yg dilakukan, dan mengingatkan tentang pembalasan akhirat. Inilah suatu surah yg berisi berita gembira/rahmat kpd org mukmin dan juga peringatan keras/azab kpd mereka yg kafir.

Surah Ghafir merujuk kepada nama Allah yang Maha Pengampun, yg memberi keampunan kepada hamba-Nya yang bertaubat. Ia juga dikenali sebagai Surah al-Mu’min/orang yg beriman. Telah terakam kisah seorang yg beriman dari kalangan keluarga Firaun tampil mempertahankan dakwah Nabi Musa A.S. Nama pemuda beriman itu tidak disebut, namun pada ayat 28-44 terlukis perjuangannya, keyakinan hati dan keteguhan imannya membela hak kebenaran. 

Yang terakhir, surah Fussilat bermaksud yang dijelaskan atau diperinci. Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab yang jelas untuk memberi peringatan kepada seluruh manusia. Ia menyampaikan pesan tauhid, menolak kekufuran serta balasan di akhirat. Pada ayat 20-22, kita diingatkan tentang hari kiamat dan kesaksian anggota badan. Kelak, tangan, kaki dan kulit manusia akan menjadi saksi terhadap perbuatan baik dan jahat mereka sendiri. 

Pada ayat 30 pula, diterangkan sikap istiqamah orang yg beriman. Allah memberi berita gembira kepada mereka yang berkata, “Tuhan kami ialah Allah” - Mereka yg istiqamah atau tetap pendirian dalam bertuhan hanya kpd Allah; yg apabila menerima nikmat, dia bersyukur dan apabila menerima ujian, dia bersabar - mereka itulah dilindungi oleh malaikat dan dijanjikan syurga. 

Buya HAMKA menceritakan pengalaman beliau ketika dalam tahanan penjara pada Ramadan 1383H akibat wenang politik Sukarno. Tatkala keseorangan itu, beliau selalu merasakan seperti ada yg menemaninya. "Mulai sahaja hendak tidur, serasa ada orang yg tidur di sampingku sampai tertidur dan sampai terbangun kembali buat makan sahur, orang itu tetap menemaniku. Begitulah terus-menerus selama dalam tahanan, dua tahun empat bulan lamanya sehingga saya tidak merasa sepi."

Begitu juga kisah Buya HAMKA ketika dimasukkan ke rumah sakit setelah 18 bulan dalam tahanan, seorang jururawat menceritakan kpd Buya, "tidak ada yg menjaga bapak di luar bilik pada malam hari. Tidak ada yg berani mengawal kerana didapatinya ada org berbaju putih berserban sedang duduk dibangku tempat mereka biasa duduk berkawal." Tidak lah dapat Buya HAMKA memastikan apakah itu malaikat atau tidak. Yang dapat diperkatakan ialah "Saya tidak merasa takut dengan apa yg menimpa saya, sebab yg saya perjuangkan hanyalah agama Allah dgn usaha tenaga semampunya, saya tidak merasakan dukacita yg terlalu terpisah jauh dgn anak dan isteri sebab ada Allah yg melindungi mereka." 

Selesai telaah juzuk 24. Alhamdulillah.
Displaying 1 of 1 review

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.