Juzuk ke-22 Tafsir Al-Azhar Buya HAMKA terdiri daripada sambungan surah al-Ahzab, Saba' dan Fatir. Hanya surah al-Ahzab diturunkan di Madinah manakala Saba' dan Fatir adalah surah makkiyah.
Dalam surah al-Ahzab, kita merenungkan kepimpinan Nabi Muhammad SAW dalam pentadbiran negeri dan juga rumah tangganya. Tidak akan berjaya pimpinan seseorang yg hanya menghadap front luar/tadbir urus negeri saja lalu mengabaikan rumah tangga. Selanjutnya dijelaskan kewajiban muslimat termasuk cara berpakaian supaya org dapat mengenalnya sbg seorang yg terhormat, berkesopanan, bukan perempuan yg mudah direndahkan kedudukan martabatnya. Penutup surah memberi ingat kpd org beriman bagaimana besar amanah yg ditaklifkan ke atas pundak manusia sbg khalifah Allah di muka bumi.
Terdapat dua kisah penting dalam surah Saba' sebagai ibrah teladan untuk kita semua. Pertama, hal Nabi Daud dan puteranya Nabi Sulaiman yg diberi berbagai mukjizat kurniaan Ilahi. Allah kurniakan Nabi Daud mukjizat (besi dilembutkan, suara yg lunak boleh menundukkan beburung & gunung). Nabi Sulaiman pula dianugerahkan kerajaan besar, angin tunduk padanya, jin bekerja untuknya.
Kisah kedua berkenaan dgn Kaum Saba’ dan keingkaran mereka kpd Allah. Mereka ini kaum yg diberikan kelebihan negeri yg makmur, tanah yg subur penuh dgn kemewahan namun mereka kufur nikmat. Betapa pentingnya kita mensyukuri nikmat Allah swt. Nikmat kurniaan Allah boleh shj dicabut kalau manusia tidak pandai mensyukurinya.
Surah Fatir bererti Pencipta diambil dari ayat 1 surah ini. Membaca surah ini menggetarkan hati manusia dan menginsafi hubungannya sbg hamba Allah, dgn memuji kebesaran dan keagungan Allah yg Maha Pencipta. Dengan rahmat dan kasih sayangNya, tercurah rezeki baik yg turun dari langit atau dari bumi buat semua makhluknya. Intisari surah Fatir kata Buya HAMKA, "Sejauh2 perjalanan, setinggi2 pengajian, kesimpulannya hanya satu jua, iaitu kesedaran kita insan ini di mana kita sekarang, apa peranan kita dan hubungan kita dgn alam sekeliling yg semuanya berpadu dlm genggaman Maha Kuasa Ilahi."