Jump to ratings and reviews
Rate this book

Julia

Rate this book

211 pages, Paperback

First published January 1, 1998

1 person is currently reading
49 people want to read

About the author

Abu Hassan Morad

24 books8 followers
Abu Hassan Morad berasal dari Felda Guar Napai, JItra, Kedah. Seorang guru, penulis dan pengurus syarikat penerbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Sejak 1998.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
12 (31%)
4 stars
8 (21%)
3 stars
15 (39%)
2 stars
2 (5%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Lanzz.
816 reviews25 followers
January 2, 2020
Sebuah novel sastera yang digunakan sebagai bahan bacaan KOMSAS tingkatan 5 di beberapa buah negeri. Novel bergenre liku-liku kehidupan ini telah memenangi tempat ke-2 dalam Pertandingan Novel Remaja, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan - Public Bank 1997. Sebuah novel dengan plot yang boleh dikatakan agak berat. Tapi info2 dalam novel ni sangat detail, penulis nampaknya telah melakukan banyak kajian dalam usaha menyiapkan novel ni. Turut disertakan dengan elemen2 dakwah dan teladan.

Mengisahkan tentang kisah hidup seorang gadis bernama Julia. Semasa dia remaja, gaya hidupnya terlampau bebas. Maka, dia telah dihantar oleh ibu-bapanya ke Australia untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan perniagaan. Beberapa tahun kemudian, dia terpaksa mewarisi syarikat yang ditinggalkan oleh ibu-bapanya setelah mereka meninggal dunia dalam kemalangan. Julia yang masih muda dan tiada pengalaman terpaksa belajar untuk menguruskan syarikat itu. Lebih mencabar, keadaan kegawatan ekonomi negara menyebabkan syarikatnya itu berada dalam keadaan tidak stabil.

* Salah satu buku yg dibeli semasa jualan lelong di Gudang Utusan Publications. Lepas ni, dah xdelah syarikat ni. Banyak jasa syarikat ni, termasuklah mengadakan Pertandingan Hadiah Sastera pada setiap tahun.
Profile Image for Fadillah.
830 reviews52 followers
June 3, 2022
“Bukit-bukit kecil dengan ladang bebiri melaut luas membuat aku terfikir tentang diriku. Aku seperti seorang pengembara di bumi ini yang tercari-cari sesuatu. Aku tenggelam dalam egoku seolah-olah ak memiliki segala-galanya diatas muka bumi ini. Tetapi nah jelas aku terlalu kerdil! Terlalu banyak lagi peristiwa, kehidupan diluar ruang lingkup pengembaraan ku yang tidak ku ketahui”.
- Julia by Abu Hassan Morad
.
.
How many of you read ‘Julia’ as a required text for ‘Komponen Sastera / Komsas’ in SPM’s Malay Language Subject? How many of you like the novel? How many of you wish that you could actually read other zone’s novel (Konserto Terakhir, Putera Gunung Tahan) instead of Julia? The only thing i remember about Julia is the love story between Julia and Jun. It makes sense especially when you are 17 years old teenager. So i decided to read it again. Not because of i have to excel exam, but just to see the perspective of 30 years old woman in re-reading the novel that she once read years ago. Let me start with what i dont like about the novel is the emotional blackmail that were masked with good intention especially when Julia was sent to abroad so that she could be straightened out. It does have a reverse irony because most of the time when you study abroad, you will be westernised but not in this novel. Julia was sent to Islamic College in Australia. The question of polygamy also tick me off - Considering that Julia's mother seems okay with it and insisting that it is her husband’s right to do so. This is why i don’t really like when male author write women’s characters because they will inject their fantasy (In this case a muslim wife is okay with her husband taking a second wife). Putting aside these 2 flaws, i can see why this novel is chosen to be the required text for ‘KOMSAS’ - the story were written based on real events - The demise of Malaysian Prominent Businessman and his wife due to car accident, 1997-1998 Southeast Asian Haze which disrupted air travel and tourism business and how Bursa Malaysia suffered from it as well. Overall, Its nice to revisit books that you have read when you are young. Its either you enjoyed it or it might bring you new POV even though you dont really like it anymore.
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
July 31, 2012
Tajuk buku : Julia
Penulis : Abu Hassan Morad
Keluaran : Utusan Publication & Distributors
Halaman : 244 m/s


Ulasan Ain Sabrina :

Julia , anak gadis Datuk Bakar dan Datin Maznah. Kerana terpengaruh dengan kawan-kawan, dia jadi anak gadis yang sudah terpesong pada awalnya. Dia jadi gadis liar. Risau dengan keadaan itu , akhirnya mama dan abah Julia menghantar Julia jauh ke luar negara. Hasrat mereka ingin menjauhkan Julia daripada kawan-kawannya yang liar itu , lebih-lebih dari Rasyid , teman lelaki Julia.

Dia dihantar ke Perth ,Australia untuk belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College. Di sana dia dipertemukan dengan ramai kawan baru yang lebih baik tidak seperti kawan-kawan liarnya di Kuala Lumpur. Dan di sana , dia lebih mengenali Islam dengan sebenarnya.

Dalam kapal terbang ke Perth , dia diperkenalkan dengan jejaka cina , Jun namanya. Dan sejak itu mereka menjadi sahabat walaupun tidak selalu berjumpa.

2 tahun di Perth , dia menerima suatu kejutan. Mama dan abahnya pergi meninggalkan mereka apabila ditimpa kecelakaan. Sedih namun dia harus tabah untuk adik-adiknya , Adi , Fatin dan Sufi.

Sebagai anak sulung , Julia terpaksa mengalas segala tanggungjawab , menjadi penganti mama dan abah buat adik-adik. Tidak cukup dengan itu , dia turut mengambil alih jawatan ayahnya , Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd .

Bermulalah kisah baru dalam hidup Julia. Dia bukan lagi gadis cilik yang bergantung sepenuhnya pada mama dan abah , kini dia pulak menjadi tempat bergantung buat adik-adiknya. Dia bukan lagi pelajar yang hanya belajar , kini dia peneraju utama Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd .

Dek kerana jerebu yang melanda negara waktu itu , Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd mengalami beberapa masalah. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding selepas kematian bapanya. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia.

Ketika ingin memulihkan syarikat, bapa saudaranya, Syed Mustaffa ingin merampas Butik BMPRO Sdn Bhd. Julia juga menghadapi kemerosotan perniagaan BMPRO Transport dan perletakan jawatan oleh pengurus besar BMPRO Holding, Encik Hashim yang memberi tamparan besar kepada Julia.

Dengan usaha yang gigih, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd akhirnya dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai. Ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya, muncullah Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim. Akhirnya, mereka telah berkahwin sempena pelancaran Homestay.


Komen Ain Sabrina :

Buku Julia adalah salah satu komponen sastera semasa saya di zaman sekolah dulu. Jadi membaca novel ini sekali lagi membawa saya kembali ke memori zaman sekolah dahulu.

Kisah Julia memberi impak yang agak besar. Semangatnya dan kerana wataknya sebagai seorang gadis itu sendiri dapat menaikkkan semangat pembaca semua terutamanya perempuan. Watak anak sulung mahu atau tidak turut memberi impak kepada saya , si anak sulung. ^^

Ketabahan dan semangatnya boleh dijadikan pengajaran dan contoh buat gadis-gadis di luar sana. Menjadi seorang perempuan bukan lesen untuk jadi lemah.

Kisah perjuangan Julia dalam menyelamatkan syarikat ayahnya amat mengangumkan. Idea-idea syarikat dan kisah perjalanan syarikat tampak ia lebih menarik. Pujian boleh diberikan kepada pembantu setia Julia juga pada Jun yang sentiasa setia membantu.

Watak Jun pastinya menarik hati sesiapa sahaja yang membaca. Wataknya yang sentiasa ada untuk Julia juga wataknya yang agak ‘gentleman’ adalah watak hero idaman.
Profile Image for Just_minz.
10 reviews
February 6, 2011
Novel ini telah memenangi hadiah kedua Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank 1997.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.