Jump to ratings and reviews
Rate this book

Doktor Cinta

Rate this book
Mazliana Haji Nordin gadis yg hidup dgn 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yg sentiasa diamalkan dlm hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dala lakonan sbg tunang kpd mamat ego dan bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar 360 darjah. Dari 3S kepada 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda...


Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?


Tengku Iskandar: Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?


Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorg dlm diam. Senyap adalah jawapan terbaik.


Julia Hana: Cinta memang pelik tetapi cinta juga kadang kala buat aku terpaksa.


Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii... tengok orang lain putus cinta, sekali dgn aku jangkit takut bercinta.


Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?

823 pages, Paperback

First published February 1, 2011

Loading...
Loading...

About the author

Dyadila

7 books56 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
333 (49%)
4 stars
163 (24%)
3 stars
122 (18%)
2 stars
34 (5%)
1 star
19 (2%)
Displaying 1 - 30 of 39 reviews
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
October 1, 2014
Naskah untuk dilepaskan; RM17.00. Pm je....

DEJAVU.....

Bukan dejavu pasal pernah dapat title DOKTOR CINTA atau alami pengalaman yg sama seperti Mazliana Hj. Nordin...

TAPI....

Ketika menjamah naskah ini - asyik terkenang subject penulisan time sekolah dolu-dolu.... teringat contengan/garisan/potongan berdakwat merah cikgu sastera yg garang ya amat tu! Then ada nota kaki kat tepinya "ayat x perlu/ayat x sesuai/ayat berlebih" dan bila dipanggil bersemuka - bahasa yg mudah dituturkan - "ni ayat melalut!/ayat ni merewang pi mana?" Dan bebelnya lagi - "Menulis memerlukan kreativiti, tapi pastikan ada sempadan yg digariskan. Bila dah terlalu kreatif, bila dah terlalu banyak idea - kadang2 kita terarah untuk 'melalut'".

Dan itulah yg aku rasa melewati 3/4 naskah ini. Rasa macam nak jadi cikgu, nak 'memotong' ayat 'melalut'..... KEJAM kan?

CUMA (for me) naskah ini diselamatkan oleh 1/4 bahagian terakhir - Bab 44-65. Penulis lebih fokus dengan apa yg ingin diceritakan. Klimaks cerita yg boleh dibanggakan.

Aku tidak menolak naskah bergenrekan romantik komedi, tapi limitation dalam penulisan perlu ada. Pembaca (yg kerek) seperti aku mudah hilang arah sekiranya terlalu banyak 'u-turn' yg diambil sepanjang pembacaan. Contoh terbaik dalam monolog dalaman. Adakalanya, tambahan perasaan pelaku sampingan dalam penceritaan memang menjengkelkan.


Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
June 30, 2011
Jalan cerita menarik... cerita santai tapi bila dah panjang sangat rasa cam penat je nak baca tuk tau penghujung jalan ceritanya...
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
May 5, 2016
citer best, suka dengan ayat penulis yang santai...

TAPI, kenapa aku rasa macam lebih kurang dengan drama korea- My Girl?

ke aku jer yg terlebih imaginasi?
watak maz, zikri & tengku iskandar memang lbih kurang dengan watak2 utama my girl.. begitu juga konflik tengku iskandar dengan julia hana.. lebih kurang jer dengan konflik gong chan kena tinggal sebab ex dia nak jadi pemain tenis antarabangsa tu.. ermmm...

Profile Image for Mslvoe.
2,190 reviews220 followers
November 18, 2012
I enjoyed the book very much. Cerita best sebab buat sha tergelak sampai mengeluarkan airmata. Bahasa yang cukup santai @ bahasa pasar yang sering kita gunakan bila buat loyar buruk. Filled with plenty of humor, sarcasm and well developed characters. I didn't stop laughing till the end.
Photobucket

Lakonan Mazliana memang mantap, semua orang suka termasuk pembaca macam sha. Sha dapat menjiwa watak Mazliana sehingga mengetap gigi bila Mazliana difitnah dengan begitu hina dan Tengku Iskandar terus menuduh Mazliana tanpa mendengar penjelasan. Eeeeee geram betul time itu.

Sedih bila ibubapa Mazliana meninggal dunia. Teresak-esak sha menangis sehingga pening kepala.
Photobucket

Wonderful piece that I simply could not put it down. Kudos to the author.
Photobucket

Recommended. a Keeper.
Photobucket
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
1,006 reviews121 followers
October 14, 2013
Hmmm...what to say ye? At first I found Maz very funny and interesting but lama kelamaan, I got kind of irritated with her "tak apa", "buat tak endah" and terlalu over "sempoi" punya attitude. The way she talked was kinda rude too at times. I know she didn't mean to be like that but kasarlah perangainya, macam terlalu over pulak.

The story taklah romantik sangat until only at the end and banyaklah incident berlaku sampai Joy pun skim through certain parts. Rasa panjang meleret.

But overall, it has an interesting plotline and really funny. It's just that tak berapa menepati citarasa Joy.
5 reviews
August 17, 2025
cepat betul aku habis baca buku ni. first impression saya kat buku ni is that i thought "wow tebalnya" haha

tp bila baca, sy 100% invested with the plot,the characters, the drama, the humour, and even scene sedih which had me crying for hours. terpaksa stop kejap termenung sbb sakit and sedihnya satu chapter tu. sedih dia buat saya rasa bersalah sbb tak study..takde la gurau--sy ingt lagi scene sedih dia tu, buat saya peluk diri saya guna "butterfly" method.

saya mmg kalau boleh nak menjauhkan diri daripada cerita sedih, sbb saya tak suka nangis since saya pilih membaca as something that i could run away from my reality. so bila realiti dah sedih, taknak la baca buku sedih kan? TAPI this buku punye kesedihan is the only one that i could tolerate

dah. kalau cakap psl sedih je nnti si nenas expect sedih melampau dalam buku ni. hati saya hati tisu yang tisu betul. mmg nangis kat semua bnde.

okay lastly pasal love story tu saya suka sangat sbb laki tu dia YEARN at the middle and the end of the book hehe and perempuan tu? yes queen. dia savage sikit sbb sape je randomly pakai coat doctor kakak u punye sbb nak berangan astu bila ada pesakit datang tiba ii, instead of clearing things up, u judged dia astu bahan dia, and then berlakon jadi doctor lol. iconic. guess who's the pesakit? the male lead character laa haha 10/10
7 reviews
November 23, 2011
bahasa yg santai. Mula2 membacanya rasa ok, tapi lama2 mcm penat. Buku ini sangat tebal ok! Karektor dalam cerita ini bersangkut2 antara satu dgn lain. Pi mai pi mai tang tu. Mcm takde dunia lain, dok bertemu jodoh dlm circle yg sama. Awal2 mmg teruja membacanya tapi bila banyak sangat watak dan jadi pening. Pada pendapat saya la
Profile Image for Rinsya.
36 reviews12 followers
August 19, 2012
best .. wlupun agak2 x logik tpi buat rasa nak jatuh tergolek gelak bagai nak rak . hehehehe. tpi part sedih tu tang sedih sngt. mak ayah heroin mati, lepas tu hero x suka dia.. n mcm2 jadi. tpi apesal watak hero kedua lebih mengancam ek ? jatuh cinta kat guardian angle heroin yg sngt2 baik <3
3 reviews
August 21, 2021
Novel ni first yang saya baca, yes,, novel ni agak panjang, tapi saya suka dengan semua character dalam novel ni, yang jahat tu, of cos tak suka, novel ni ada yang buat saya menangis, tersipu malu, and happy.. yaaa its worth to read the novel
Profile Image for nomsii.
12 reviews1 follower
October 7, 2020
Sangat sangat sangat sangat best!!!!
Kak Maz, I Laff Youu!!!!
18 reviews
October 25, 2020
Jalan cerita yg santai. Part lucu betul betul lucu, part sedih betul betul buat saya sedih sampai menangis.
105 reviews
June 10, 2021
Ok menarik. Novel tebal tapi satu hari setengah je habis baca.
Profile Image for ZK.
337 reviews11 followers
August 24, 2021
Hmmm kalau ending Maz & Superman lagi la mantap rasanya. Is tu cam lemau
1 review
July 1, 2022
I like this novel
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Azizah.
397 reviews6 followers
September 19, 2013
Penulis: Dyadilla
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
ISBN978-967-5067-67-9
Harga: RM26.00 / RM29.00
M/S: 833
Cetakan 3 – April 2011

Kerana aku Doktor Cinta, membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta, aku hilang kata-kata…

Blurb:

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3S iaitu simple, sempoi, sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya. Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan. Sejak menjadi tunang olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar, hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah. Dari 3S kepad 3P iaitu pening, pelik dan porak peranda….

Mazliana: Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar? Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar : Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia. Tapi Mazliana? Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif: Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam. Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana: Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over: Eiii… tengok orang lain putus cinta, sekali dengan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan. Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna, yang mengindahkan kehidupan adalah cinta. Siapa Doktor Cinta? Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?


Sudut pandang Kak Chik:

Ramai kenalan yang mencadangkan Doktor Cinta kepada Kak Chik apabila Kak Chik bertanya novel apa yang menarik untuk dibaca. Namun selepas hampir tiga bulan Doktor Cinta dalam simpanan, baru Kak Chik ada kesempatan untuk membacanya. Mungkin pada sesetengah orang karya ini mempunyai magikanya sendiri tetapi maaf, pada Kak Chik yang terlalu tipikal didedahkan dengan kisah cinta yang serius, jadi kisah romantic komedi bukanlah satugenre yang mampu mengikat kemahuan Kak Chik. Kak Chik kadangkala sedikit terleka dari landasan ketika membaca karya ini kerana penggunaan perkataan yang terlalu sempoi untuk menggambarkan kisah komedi itu sendiri yang kadangkala sukar otak Kak Chik untuk mencernanya.

Namun begitu pada Kak Chik, penulis telah menulis dengan plot yang menarik dari satu kisah kepada kisah yang seterusnya sehingga kita tidak terduga begitu kisah yang bakal terjadi. Selain itu, cara penulis menggarap watak Mazliana juga cukup teliti walaupun kadangkala Kak Chik rasa sakit hati dengan keselambaan Mazliana dalam menghadapi sesuatu kejadiaan dalam hidupnya. Kadangkala watak Mazliana itu sendiri bagaikan terlalu ‘suci’ dengan watak luaran yang kasar sehingga menipu mereka yang tidak melihatnya dengan mata hati. Selain itu jalan yang dipilih Mazliana selepas kejadian aib juga digarap penulis sebagai sesuatu yang memberi ruang kepada mereka yang terlibat untuk melihat kebaikannya .

Watak Tengku Iskandar adalah watak tipikal yang selalu dijelmakan dalam novel-novel cinta. Kaya, kacak, berkerjaya dan menjadi buruan wanita-wanita cantik. Namun begitu dia bukanlah watak hero yang sentiasa gagah pada mata Kak Chik kerana penulis tidak mengisahkan kenapa Tengku Iskandar dengan senang lenang menerima semula kekasih hati yang bertahun meninggalkannya? Bagi Kak Chik Tengku Iskandar bagaikan terkepung dengan ego sendiri apabila dia memilih Julia Hana dan menidakkan kehadiran Mazliana. Namun begitu, Tengku Iskandar telah berubah kepada lelaki matang selepas kehilangan Mazliana dengan tindakan-tindakan yang boleh diterima akal.

Selain itu, watak-watak sampingan juga tidak kurang hebatnya. Antara yang menarik minat Kak Chik adalah Hadi Ridzwan kerana dia bagaikan mempunyai aura untuk dijelajahi. Watak Syamin juga memainkan peranan yang penting untuk menghidupkan perjalanan karya ini.

Kak Chik mula jatuh hati untuk mengetahui penghabisan kisah ini setelah ¾ mukasurat dibaca kerana kisah selepas itu lebih serius dan sudah kurang unsur komedi dan penggunaan bahasa yang lebih teratur.

Tahniah kepada penulis untuk karya ini, moga karya yang akan datang lebih mantap.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
January 31, 2013
Finally done baca,
Novel paling tebal aku baca,
sampai satu tahap aku tanya diri aku:

"Bilalah nak habis ni oi!"

secara jujur lagi tak menipu,
apa yang aku dapat perhatikan,
penulis novel ini sumpah banyak sangat idea.
melimpah-limpah sampai banjir.
Hampir putus asa nak baca.HAHHAH.

Konflik banyak muncul kat bahagian 3/4 dari novel.
Masa Mazliana & Zikri kena serang tu,
tak tahu la kenapa part tu aku rasa sweet dan cool.
Sweet sebab Zikri cuba sungguh-sungguh protect anak Haji Nordin tu.
Cool part Mazliana buka langkah serang mat rempit jalanan.

Syamin buatkan aku nak ada kawan macam dia.
suka duka sama-sama.
Syamin still percaya kat Mazliana
eventhough Mazliana kena tuduh macam-macam,
walhal kakak Mazliana sendiri,
tampar adik dia sebelum Mazliana habis berkata-kata.

Aku rasa nak pelangkung Tengku Iskandar
sebab dok sibuk layan Julia Hana.

bila muka surat 603,
aku TERmenangis.
lol.

bila kau baca novel ni kau kena fokus.
sebab watak yang kau rasa tak de mengena pada awalnya,
tiba-tiba akan timbul semula kat part belakang.

kalau kau tak fokus,
kau akan tertanya-tanya :

"eh siapa pulak mamat ni, eh siapa Hadi Ridzwan ni?"

saat itu la kekuatan memori kau diuji,
dan akhirnya kau sedar oh kuat jugak memori aku ni eh.
ehheh

8 reviews1 follower
June 16, 2016
Cerita ni was alright on the first half. Haha certain part reminded me of My Girl. Hospital scenes reminded me of Boys Over Flowers.

Part yang paling menyedihkan (that I actually cried) adalah masa mak ayah Maz meninggal. Haa, plot ni la turning point of the whole story for me. Sebab the first three-quarter of the story was very, very light-hearted. Sampai saya pun expect the whole mood of the story is going to be very fluffy and light. Tiba-tiba, tragedi! Makaih, sedihnya... sebab author pandai sangat cerita satu per satu keadaan Maz ni. Rasa macam diri sendiri pula yang kehilangan. Sedih beb...

Aku baca semua chapters lepas tragedi tu dalam dua kali la jugak. Itu pun rasa sedih ni berbaki. Hebat betul penceritaan tragedi hilang mak ayah tu. Sampai saya pun dah boleh berfantasi sekejap time tu.

Well done Cik Dyadila! I did not expect much, but you impressed me.
Profile Image for Shameera Aimaa.
10 reviews
July 16, 2016
Novel ni panjang, penat nak habiskan. Part dugaan hebat menimpan Mazliana tu memang buat mata pedih la, sedia tisu kat sebelah.

Ada sedikit tak logik tambah2 part akhir yang Hadi Ridzwan ucapkan I Love You kat Syamin tu. Adehhh.

Cerita ni dan novel2 cinta lain yang dibaca terlalu banyak kebetulan la dalam berpasangan-pasangan. Mesti nak couplekan setiap watak2 tu macam dunia ni ada diorang je.

Plot cerita pun macam pernah baca dalam novel lain heroin bawa diri ke luar negara lepas tu hero pulak terhegeh2 kat heroin. Watak antagonis pula jadi gila.

Apa pun good job pada penulis atas usaha anda.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
April 11, 2011
Dah masuk kali ke- 3 khatam baca novel ni. Kaau bikin drama bersiri mesti meletup ni. Penceritaan yang sangat2 menghiburkan. Jika sesiapa yang sarat dengan masalah ...baca lah novel ni mesti bukan sekadar tersenyum malah boleh mengeletek jiwa yang resah. Watak lebih dekat kepada remaja.
Profile Image for A-t.
24 reviews5 followers
June 15, 2013
Agak panjang jln citer nyer tp ada satu part time ada org nk kantoi kan dia tido dgn mike,punca parents dia xcident and passed away,mmg asyik nangis jer..cedih siot..pura2 jadi tunang..but at the end kahwin gak.
Profile Image for Roza Ngah.
19 reviews3 followers
March 7, 2011
memang best giler.. cita alaf baru.. ermm.. neway, watak mazliana mmg cute... walau bahasa x ikut piawai, tp mmg best sbg hiburan, boleh sampai ketawa dan mengalir air mata... 2 thumbs up!
Profile Image for Ummu.
7 reviews3 followers
August 26, 2011
agak menarik untuk dibaca...masih boleh diperbaiki....tp cter ni unik la....xmacam novel cintan cintun yg len...
Profile Image for Khuraisah Mohd Nasir.
34 reviews
September 21, 2011
Baca untuk seronok-seronok bolehlah.. untuk layan berangan.. tapi memang nampak sangat tak realisticnya. boleh lah layan sekali sekala.. :D
Displaying 1 - 30 of 39 reviews