Kumpulan cerpen Nisah Haron yang keempat selepas, Lading Masih Di Tangan, Impian Tsu-Ryi dan Cinta Sangkuriang Rindu Oedipus. 16 buah cerita pendek Nisah Haron membawa peringatan, kesyahduan, sindiran dan pengajaran.
Kandungan
Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu Impian Tsu-Ryi Impian Tsu-Ryi 2 Minta Secawan Kopi Tenom Sepaun Daging Hutang Di Bawah Lindungan Hudaibiyah Rindu Seorang Rafik Ziarah Izrail Pusaka Cendana Antara Dua Pusara Citra Mukhlisah Fatamorgana Akhir Musim Yuda Resipi Dari Istana Resipi Dari Istana 2 Resipi Dari Istana 3 Lemang Nan Sebatang
Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper.
Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008).
Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”.
Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang".
Saya suka sekali gambaran perwatakan yang dikemukakan dalam cerpen Rindu Seorang Rafik. Mungkin bukan tempat saya untuk menilai karya seorang penulis yang berpengalaman seperti Puan Nisah, namun sebagai seorang pembaca yang mengikuti karya penulis kegemarannya, saya tetap dapat mengesan perkembangan penulisan seseorang penulis melalui kaca mata sendiri.
Ah, mungkin juga kebetulan deskripsi sifat dan perwatakan seseorang yang berbintang Cancer itu amat tepat mengena diri sendiri. Walau bagaimanapun, saya tetap suka. Berbeza sekali gaya penulisan kali ini dengan gambaran watak utama dalam Puisi Untuk Esdyzuar (juga bukan satu perbandingan yang adil kerana satu novel dan satu lagi cerpen, tapi itulah yang pertama terlintas di fikiran).
Finished-reading note (14 May 2011)
For someone who loves short stories (like myself), who's kinda lazy to follow each and every short story ever written by her favourite author in local newspapers/magazines, a compilation like this book is a God-send.
Unfortunate for me, though, I've read a few of the short stories previously published in a different compilation. But fortunately for anyone who didn't have the chance to own the previous compilation, this one is presented with a more stylish cover page. Too sweet to resist and too nice to go unnoticed. Perfect as a gift for someone who is new in reading Malay novels/short stories.
Among my favourites are the one that is chosen as the title for the compilation itself, "Rindu Seorang Rafik", next is "Antara Dua Pusara" (Note: Please write more stories like this, Puan Nisah. People need to know about Islamic law and legislation), and all the "Resipi Dari Istana".
For "Sayap-Sayap Kecil Di Graha Jentayu", although the message is clearly understood, I find the story to be quite flat. There's no climax that makes your heart beating so fast, which is very unlike Nisah Haron that I know. Well, maybe this is one of her new writing styles, or simply a writing style that I am yet to be familar with.
Secara peribadi, saya amat menggemari kulit buku ini. Puas bertarung untuk mendapatkan yang terbaik, seperti kata pepatah Inggeris, "Only the squeakiest wheel gets the grease". Jika saya tidak bising menuntut hak pengarang bagi mendapatkan kulit hadapan yang bermaruah lagi menjanjikan, mana mungkin calon pembaca teruja untuk mendapatkannya.
Dalam koleksi ini, saya sengaja menghimpunkan kembali mana-mana cerpen yang ditulis secara bersiri seperti Resipi Dari Istana dan Impian Tsu-Ryi supaya pembaca boleh mengikuti kesinambungannya. Juga berpuas hati kerana cerpen terkini "Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu" sempat diterbitkan dalam koleksi kali ini.
Saya suka melihat kulit buku ini.Rupanya membaca buku ini yang pada mulanya cuma untuk mengisi masa menemani anak-anak di perpustakaan telah membuatkan saya sendiri ingin menjiwai apakah maksud yang penulis sampaikan.Sebahagian cerpen telah saya baca dan memahaminya.Manakala sebahagian lagi diulang untuk memahami maksud yang tersurat dan tersirat.Ada juga penamat kisah yang saya tidak sangka.Secara keseluruhan membaca buku ini memenuhi citarasa saya.Tahniah buat Puan Nisah Haron.
Nisah Haron sekali lagi membuktikan keberkesanan penceritaan beliau dalam nada Islamik yang ditepukan dengan kepelbagaian khazanah ilmu. Memperlihatkan kepada masyarakat maksud karya Islam sebenar.
Antara cerpen-cerpen kegemaran saya: Sayap-Sayap Kecil di Graha Jentayu, Di Bawah Lindungan Hudaibiyah dan Resepi dari Istana, 2 & 3. Dan saya masih ingat mata saya basah berkaca ketika membaca Lemang Nan Sebatang melalui edisi Berita Minggu Online. Dan saya sebak masih ketika membacanya kali ini dalam bentuk buku!