Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. Kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andai syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering kali gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....
Siti Hazneza Abdul Hamid berasal dari Pulau Pinang. Beliau adalah graduan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Teknologi Bio-Sumber.
Dalam bidang penulisan, beliau telah menghasilkan beberapa buah cerpen, novel dan puisi. Cerpen beliau yang pertama berjudul Datang Bawa Cencaluk, Balik Bawa Pujangga telah diterbitkan dalam Dewan Siswa pada Oktober 2002.
Dalam bidang penulisan puisi pula, Siti Hazneza lebih cenderung menulis dalam Bahasa Inggeris. Setakat hari ini empat buah puisi beliau telah diterbitkan oleh Nobel House, masing-masing tiga di Amerika Syarikat dan satu di United Kingdom.
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd Cemburu Seorang Perempuan Penulis: Siti Hazneza Abdul Hamid RM18.90 350 muka surat
"Akukah yang tidak adil di dalam menimbang kasih?"
WOW WEEEEEEE, ok, macam mana nak mula ya. Memang tak buleh jangka langsung how this story will end up. Cemburu seorang Perempuan sebenarnya menceritakan bagaimana 2 wanita menangani rasa cemburu dengan cara masing2. Seorang menyemai rasa dendam dan seorang lagi mengukuhkan keimanan.
Mengisahkan Zikrillah berkahwin dgn orang yg dicintainya, Emilya. Mereka bahagia tetapi setelah keguguran anak pertama Emi tak boleh mengandung lagi. Dia mahu mengikat kasih Zik dengan cahaya mata, lalu mencadangkan Zik mengahwini his own best friend, Dhiya' kerana Emi tahu Zik dan Dhiya' kawan sampai bila2 dan tak akan wujud 'cinta' antara mereka. Emi mahu menggunakan Dhiya' sebagai medium utk melahirkan anak dia dan Zik. Ibu tumpang. Dhiya' rela kerana dia memang kasihkan Zik dan menghormati persahabatan Zik. Dia berkahwin dgn Zik supaya boleh melahirkan anak2 untuk Emi dan Zik.
Emi dan Dhiya' tak dapat melarikan diri dari rasa cemburu sedangkan Siti Aishah cemburukan Siti Khadijah, inikan pula Emi dan Dhiya'. Emi nekad Dhiya' takkan memiliki Zik, walaupun Zik tak pernah menyentuh Dhiya' dan setia pada Emi. Zik dan Dhiya' memang sahabat terbaik tetapi selepas 3 kali sabar melahirkan anak2 hebat utk Zik dan Emi, Zik mengaku sayangkan Dhiya' tapi cintakan Emi. Emi sentiasa menggelorakan perasaannya dan Dhiya' sentiasa memberi ketenangan kepadanya, tempat dia mengadu segala galanya. Dengan Dhiya' dia boleh bersembang apa saja, dengan Emi, hanya cinta yg membara.
Zik tidak mampu 'bersama' dgn Dhiya' kerana terbayangkan Emi, dan Dhiya tak mahu bersama dgn Zik yg mahu menggaulinya kerana rasa simpati, bukan kerana kasih dan cinta. Emi menyibukkan Dhiya' dengan meminta Dhiya' mengandung lagi atas hasutan ibu bapanya yg tak sudah2 menyemai rasa ragu2 Emi atas hubungan Dhiya'-Zik.
Emi mula mengongkong dan mengugut siap guna minyak tanah dan pisau. Jika Zik berlama-lama di rumah Dhiya' Emi akan memukul anak2nya, mencemuh Dhiya'. Dhiya' sabar dan sanggup berjauhan dgn org yg dicintainya malah mencadangkan Nik pura2 meluahkan marah kpd dirinya di hadapan Emi supaya Emi lebih senang hati. Dhiya' melahirkan anak keempat tanpa Zik. Dhiya' pastikan Dhiya dan Zik tidak bertemu. Namun rindu membawa Zik kepada Dhiya' hingga sanggup berbohong pada Emi. Emi mengekori dan dendamnya mekar kembali.
Masa ketiadaan Zik, Emi mengajak Dhiya' keluar lalu mencederakan wanita itu.. ni bukan kira tarik rambut, tampar2 ni.. dia guna besi utk meluluhkan seluruh anggota Dhiya' hingga tercerai kedua2 tangannya, wajahnya ditoreh dan dibakar agar Dhiya' tidak mati tetapi menderita. Emi ditakluk syaitan! Dia dah gila! Balik ke rumah dia tak nampak anak2nya yg empat orang tu anak2nya, semuanya mewarisi keindahan Dhiya', dipenuhi ilmu dan amal, dididik dengan al-Quran, dibaja dengan rasa hormat kepada ibu, mama dan ayah mereka. nyawa anak2 itu digugat ibu sendiri, dua pergi utk selama lamanya dua lagi mengalami trauma.
Emi mencederakan diri hingga mati. Zik teruji. Dhiya' yang diterima sekarang sudah tidak sempurna, berkerusi roda, tangan2nya kudung, wajahnya berselubung tapi hati Zik tetap terpaut. Dhiya' dicintai dan dikurniai lagi 3 cahaya mata yg suci.. Dhiya' sentiasa teguh tak kira bagaimana dugaan menimpa. Akhirnya sahabatnya menyintai dirinya seikhlas ikhlasnya
kalau buku ni saya baca suatu masa dahulu, maybe saya tak dapat menerima cerita ni, tapi zaman la ni macam2 berlaku, memang ada ibu, bapa membunuh, mendera anak mereka sendiri semata-mata kerana cemburu. terlalu banyak yg Zik korbankan utk Emi tetapi cemburu Emi yang memusnahkan segala-galanya. Dhiya' tak pernah menuntut haknya sebagai isteri, dia cuma mahu berbakti kepada sahabat karibnya. Siti Hazneza sangat kejam dlm citer ni hehe.. aduih.. ntah berapa kali airmata tumpah bila baca buku nih walaupun happy ending.
sure fine whatever rinn
terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd. Sinopsis belakang buku:
Tidak sulit beristeri dua, Dhiya'... kiranya yang kedua itu ialah dirimu. Kiranya yang kedua itu penuh reda sepertimu... Isteri, di wajahmu ada syurga... yang di dalamnya beralun tenang alirannya dan sesekali aku rindu... namun yang sesekali itu, aku seringnya tidak mampu untuk memenuhinya. kasih sayang kita ada sempadan yang memisahkan, hingga ruang-ruang intim antara kita... aku lemas sebelum waktunya. Andainya syurga buatmu, lalu aku harus menjadi suami yang bagaimana... selayaknya aku di mana? Dan adakah syurga buat suami sepertiku... suami yang sering gagal meletakkan keadilan di dalam rumah tangga. Isteri... melamarmu menjadi isteri kedua adakah suatu yang dinamakan kesilapan, bila tatkala kesempurnaanmu menjadikan aku seorang suami yang gagal....
Saya baca sekali lagi Cemburu Seorang Perempuan. Semarak kembali motivasi untuk bina semangat dan kemahiran menjadi wanita cekal dan penyabar. Pasti amat susah. Ada ke lelaki yang seperti Zikrillah? Yang boleh mencintai seorang wanita sepenuh hari dan pada masa yang sama menyayangi seorang sahabat lebih dari seorang sahabat, hampir sama dengan dia menyayangi diri dan keluarganya sendiri, tetapi kurang dari kekasih? Anyway, bacaan kedua ini mengingatkan saya bahawa Dhiya juga mencintai Zik walau sentiasa menafikannya. Dhiya tidak pernah fikir untuk menikahi lelaki lain kerana dia berasakan bahawa dia telah 'disentuh' oleh Zikrillah... Uisyy
==== Cemburu Seorang Perempuan karya Siti Hasneza Abdul Hamid. Lain dari yang lain sungguh tempo dan lenggok bahasa buku ni. Watak utama bagi saya ialah Dhiya, mempunyai peribadi seindah senyuman gembira di wajah ibu tersayang. Menenangkan.
Buku ni pun susah nak dapat Alhamdulillah terjumpa. Baru selesai baca 5 buku back-to-back dari siri Fallen (Lauren Kate) yang bersandarkan fantasi "fallen angels" dan sarat dengan unsur ketamakan insan-insan yang hanya nampak peri pentingnya keperluan peribadi mereka didahulukan.
Cemburu Seorang Perempuan ini sebenarnya lebih kepada kisah sedih pada pendapat saya. Emilia terlalu thaksub untuk membahagiakan Zikrillah sebagai isteri, hingga dikejami Dhiya. Perempuan berhati emas itu, asalnya kawan Zikrillah yang paling karib, terpaksa mengahwini Zik untuk lahirkan zuriat demi Emilia. Benci juga dengan ibu bapa Emilia yang bagai menvurah minyak dalam api, menggalakkan anaknya terus terusan mendera Dhiya. Pengakhiran baik tapi ada tragedi yang amat tragik.
Kesabaran Dhiya bagaikan air dingin dialirkan ke wajah yang sedang berkerut seribu.
Yoooooooo rereading this after a long time sure did not make my emotions a little calmer. I am still pissed and appalled at how much a damage a woman's jealousy could do!
Emi - She's so insecure and afraid of her own shadows and then what? Girlie needed all the help in the world.
Zikrillah - man is as weak as a toddler could be. Doesn't have his own stance when it comes to his "beloved" wife and is stupid enough to follow whatever she told him to. He deserves to be punched. I might run him over with my car if I ever find him breathing in this world, lmao.
Dhiya' - SMH. I have no words. You wanna be nice - okay, fine. But there's a limit to it fml.
Alright, I'm done ranting over a book that was published 20 years ago HAHAHA
Geram dengan sikap cemburu melampau Emi Geram dengan sikap tak reti nak tegas Zikrillah..kahwin dua tau..tegas tak tau..hishh Geram dengan sikap lemah lembut dhiya'.. dan sikap terlalu mengikut dhiya' yang melampau-lampau tu..
tapi saya tak dapat letak buku ni selagi saya tak habis baca..terlalu menarik hati untuk tau apa akan jadi seterusnya..
dan benar ia tidak mengecewakan..walaupun kadang kala dalam fikiran saya menidakkan kewujudan dhiya' di dunia yang nyata. Tapi saya tetap menyanjungi beliau.
Setelah 11 tahun dari tahun cetakan pertama..Baru saya jumpa karya hebat ini :)
Preloved novel untuk dijual, siapa berminat nak beli Cemburu Seorang Perempuan, boleh PM saya ye. Harga include postage: RM17 (sm) / RM20 (ss).
Harga asal: RM18.90 Saya beli dengan harga RM35 daripada private seller tapi terkilan juga la. Sebab nak baca sangat jadi saya beli juga dengan harga tu & kondisi buku memang terbaik. Buku ni memang antara favourite tapi memang tak boleh lawan lagi novel Angin Dingin Dari Utara. :)
Ulang baca pada tahun 2019. Pertama kali dibaca ketika aku berumur awal 20an & kali ini umur aku pertengahan 30an. Ternyata perspektif dan penerimaan aku sangat berbeza.
Buku ini mengisahkan persahabatan antara Dhiya' & Zikrillah, yang dicemburui isteri Zikrillah, Emilia (Emi). Dhiya' bernikah dengan Zikrillah sebagai isteri kedua atas permintaan Emi, untuk dijadikan sebagai ibu tumpang setelah Emi kehilangan upaya untuk memgandung. Di sini bermulanya episod cemburu yang semakin menjadi jadi hingga kemuncaknya mengorbankan nyawa insan-insan yang tidak berdosa.
Pertama kali membaca, aku sangat suka keseluruhan cerita. 5 bintang. Tetapi seiring usia, bacaan kali ini buatkan aku sedar ada beberapa hal yang aku kurang gemar dalam Cemburu Seorang Perempuan.
1. Dhiya' yang digambarkan sebagai isteri bagai bidadari sampai tahap tangan suami dibasuhnya selepas makan 🙄
2. Rumahtangga Zikrillah dengan kedua dua isterinya digambarkan seperti hidup dengan bidadari. Keperluannya dilayan selayak suami. Tetapi layan suami kepada isteri yang diketengahkan adalah dalam bentuk nafkah batin.
3. Berbanding nafkah lain, Zikrillah sering digambarkan tertekan untuk melunaskan hak nafkah batin kepada Dhiya'. Hanya itu misi utamanya sepanjang jalan cerita 😅
Walaubagaimanapun, buku ini masih antara yang menjadi kegemaran saya. Ia membawa isu cemburu dengan baik dan mengingatkan aku bagaimana manusia mampu bertindak diluar batasan akal sekiranya perasaan cemburu gagal dikawal dari awal.
Kesudahan Emilia dan anak-anaknya sangat tragik. Semoga kita semua terhindar dari prasangka dan api cemburu.
Tak menyesal lansung aku beli buku neh dengan harga yang mahal....!
Kisah cemburu seorang perempuan yang mampu menghilangkan kewarasannya! Mampu menghancurkan diri dan keluargannya!
Hati aku terlalu marah dengan sikap emi yang terlalu cemburu, sikap dhiya yang terlalu berlembut dan baik hati, sikap zik yang tak tahu perasaan sendiri yang tak tahu nak buat keputusan. (Nampak x betapa i marah!! )
Emosi aku betul betul terganggu dengan buku neh. Marah, stress, sedih, semua ada. Baiknya kau dhiya, tabahnya, kuatnya, cekalnya. aku tak rasa ada perempuan mcm kau!
Penghujung cerita yang kejam. Sesak napas aku. Sebaik endingnya mampu buat aku senyum lebar.
I read this ages ago. The reason why I'm reviewing it now because my friend is on a Malay novel binge and she asked for some recommendations on tortured characters. This book definitely top the cakes with the level of torture. Plus, perhaps such stupid, self-sacrificing heroine.
Since it's an old book, it's hard to find, thank God PJ library has it in its collection. Now, my friend can suffer alongside moi
Novel ni saya baca masa time sekolah menengah lagi, tapi sampai sekarang terkesan dengan perjalanan hidup setiap watak yang ada...
Mungkin benar orang kata, kelemahan lelaki adalah wanita, kelemahan wanita pun adalah wanita..Tapi tak pasti kalau ulang baca masih merasa yang sama kah?
Bagaimana seorang wanita mahu dan sanggup jadi ibu tumpang kepada ke3-3 anak suaminya..Satu pengorbanan yang tinggi jugak la..
Pertama kali membaca karya dan jalan cerita begini. Jika novel lain kita disajikan dengan kisah hidup bermadu tapi yang ini agak berbeza. Tidak mampu hendak memaki Emi dan tidak mahu sentiasa membela Dhiya. Masing-masing naluri dan kehendak yang berbeza.
Tak rugi baca. Jalan penceritaan dan garapan yang menarik.
Adoi.. Memang makan hati betul baca cerita ini.. Geram dengan perangai cemburu Emilia yang keterlaluan dan juga mak bapa dia yang suka mengapi-apikan.. Zik pun tak berusaha mengubati penyakit Emilia bila peragai Emilia dah mula pelik-pelik.. Cemburu bila keterllauan memang boleh memakan diri.. Sangat bahaya..
Novel pertama beliau yg saya baca dan saya terus jatuh cinta dengan gaya penulisan novelist ini. Ayat yang tersusun rapi, tidak mencemarkan Bahasa Melayu dalam penulisannya dan mampu menyentuh hati. Pengisian cerita yang memberikan banyak ilmu dan mampu mengajar insan untuk berkasih sayang mengikut jalan yang diredhai Allah. Menghibur sambil mendidik.
Naskhah rare yg sgt susah nak dapat akhir sekali dapat jugak. puas hati mmbacanya. xbole nak stop. kebaikan dhiya mmg mberi kesan. sakit hati sgt dengan emy and geram sgt dengan zik. worth it mncari sampai bertahun2. sekarang nak hunting angin dingin dr utara pulak 😬
Cerita yang menarik untuk di baca hingga ke noktah terakhir. Cemburu seorang perempuan mengatasi segalanya hingga tidak terfikir tentang zuriat sendiri. Masih ingat lagi jalan ceritanya walau sudah melebihi 10 tahun baca novel ni.
Seriously, rasa sangat tragis dan kejam apa yang telah dilakukan oleh Emi terhadap Dhiya'. Bila syaitan telah menguasai akal fikiran, anak sendiri pun sanggup dirobek dan dibunuh dengan kejam. Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat cemburu buta seperti ini.
Kerana cemburukan persahabatan suaminya, ia paranoid hingga sanggup melakukan sesuatu di luar kewarasan fikiran. Rentetan satu peristiwa, cemburu itu makin berkembang hingga memusnahkan. Kejam!
Buat lelaki bergelar suami: Usahlah berkata-kata atau berbuat sesuatu yang boleh menimbulkan cemburu di hati isterimu kerana eratnya talian persahabatan tidak dapat menandingi sucinya ikatan pernikahan. Setelah kau beristeri, jadikanlah ia teman dan sahabatmu bukan hanya teman ketawa gembira tapi teman di kala menangis sedih supaya kau tidak perlu perhatian seorang yang lain.
Buat perempuan bernama isteri: Aku faham kerana aku juga perempuan. Cemburu tetap ada tapi bendunglah ia. Jangan sampai merosak diri.
CSP sebuah naskah lama yg sy amat gemari, membaca naskah ini anda pasti akan merasa geram, walaupun sy ttp mengemari naskah ini, CSP mengisahkan kehidupan bermadu antara Emi isteri tua dgn Dhyia isteri ke-2 kpd Zikri, Dhyia dan Zikri merupakan sahabat yg tlh lama berkawan sejak zaman persekolahan, Zikri dan Dhyia blh dianggap sbg BFF, Zikri berkahwin dgn Emi, pada awal perkahwinan Emi tlh menunjukan rasa cemburunya terhadap keakraban Zukri dan Dhyia, Emi disahkan mengandung tp kandungannya tdk dpt diselamatkan dan juga Emi tdk dpt mengandung lg selepas itu, Emi yg amat sedih dgn berita itu dan tlh bertanya dgn seorg doktor cdgan yg perlu bg ia mempunyai anak dan cdgn itu adalah ibu tumpang tp disebabkan ibu tumpang tdk dibenarkan dlm islam dan Emi mengambil keputusan menyuruh Zikri mengahwini Dhyia bg membolehkan Dhiya menjadi ibu tumpangnya, dan mereka berkahwin, selepas Zikri berkahwin dgn Dhyia rasa cemburu Emi semakin menjadi, tp Dhiya ttp bersabar dan teruskan kehidupannya sbg ibu tumpang, ada shj yg Emi tdk berpuas hati dgn Dhiya, Zikri walaupun bersahabat dgn Dhyia tlh lama dan berkahwin dgnya hatinya ttp pd Emi, tp Emi ttp dgn cemburunya itu yg akhirnya membawa bencana, anak mereka tlh dipelihara oleh Emi, sikap cemburu Emi semakin menjadi-jadi, sikapnya itu kdgn diluahkan kpd anak-anaknya yg menjadi mangsa, anak-anaknya dipukul sesuka hatinya akibat amarah yg tdk bertempat, sehinggakan amarahnya tdk terkawal yg mengakibatkan kematian anaknya, apakah yg terjadi pada Emi? Mampukah Zikri mengawal keadaan keluarganya? Apa pula terjadi pada Dhiya? Sebuah kisah yg amat menyayat hati dan beremosi, ini kali pertama sy membaca karya penulis dan sy amat gemarkannya, tahniah buat penulis
# p/s ini hanya pendapat peribadi dan setiap pembaca mempunyai citarasa tersendiri
Sebab tak tergambar dgn kata2 penulisan novel ni.. cukup....cukup...cukup indah...
Bermula dengan tenang aku membaca & detik jantung aku mula tak stabil bila kisah perkahwinan Dhiya & Zikirllah atas demi sebuah "persahabatan" bermulalah aku menitiskan air mata tanpa henti bila helaian demi helaian aku menyelak tiadanya cacat cela wanita bernama Dhiya... (dah lama aku tak menitiskan air mata sebegini lebat macam hujan lebat...he he he!!)
Seorang wanita yg bagaikan bidadari dari syurga yg di turunkan untuk teman hidupnya Zikrillah bukan sbg kawan shaja, bukan sbg sahabat malah sebagai isteri utk di dampingi suami dikala susah & senang... Cukup tabah wanita seperti itu, sebab belum mungkin aku yg hanya sebagai pembaca boleh menjadi tabah spt beliau.
"Cemburu biar berpada-pada, jika berlebihan cemburu akan merana diri" itulah yang terjadi kepada Emelia... Wanita yang disayangi Zikirllah Tetapi dicurigai oleh Emelia...
Tahniah buat penulis... walaupun terlewat mengenali penulisan anda... tapi saya berbangga kerana anda berani menulis sebuah penulisan yang sebegini...
(dah lama tak baca novel dalam masa kurang dari 12 jam... huuuuuuuyooo!!~suke sgttttt)
CEMBURU SEORANG PEREMPUAN- sadis dan tragis!! Mmg tak terjangkau akal dgn isu yg dibawa! Sungguh luar biasa kentalnya jiwa seorang Dhiya krn sanggup bersuamikan sahabat baik (Zik) demi mahu memberikan zuriat! Tak terluah kata dgn apa yg berlaku bila Emi mula hilang waras krn cemburu yg keterlaluan!!!! Luar batasan kemanusian! Itulah yg blh saya gambarkan ttg Emi… Zik sayangkan Dhiya tapi cintanya milik Emi… walau perhatian dan masa Zik lebih kpd Emi ttp tdk membuatkan Emi berpuas hati!!! ada sahaja yg terbuku dihati Emi…campurtgn ibubapa Emi juga memburukkan keadaan… Bila hilang kewarasan akal dan buta hati…terjadilah sesuatu yg diluar kawalan!!! Terikut sama rasa luluh hati dan sakit dgn apa yg Dhiya dan anak2 lalui… Masa ni mmg tk mampu tahan airmata… Emi lebih gila dari istilah gila!!! Ujian buat Zik bila Emi yg ditahan dihospital mati krn cedera yg dibuat sendiri. Dhiya' pula yg sudah tdk sempurna ! tp Zik sudah bulat hatinya krn dia tahu dia mmg sudah cintakan Dhiya dan mahu membina hidup bersama Dhiya dan anak2 mereka…
Novel ni saya baca masa time sekolah menengah lagi, tapi sampai sekarang terkesan dengan perjalanan hidup setiap watak yang ada...
Mungkin benar orang kata, kelemahan lelaki adalah wanita, kelemahan wanita pun adalah wanita..Tapi tak pasti kalau ulang baca masih merasa yang sama kah?
Bagaimana seorang wanita mahu dan sanggup jadi ibu tumpang kepada ke3-3 anak suaminya..Satu pengorbanan yang tinggi jugak la..