Jump to ratings and reviews
Rate this book

Penjara Rindu

Rate this book
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu. Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.

Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.

Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.

Masih adakah peluang kedua untuk mereka? Atau...adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya?

644 pages, Paperback

First published November 1, 2010

9 people are currently reading
90 people want to read

About the author

Nia Arissa

1 book1 follower

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
20 (32%)
4 stars
24 (39%)
3 stars
10 (16%)
2 stars
5 (8%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
September 15, 2011
Kisah yg romantik. Cuma watak hero tu mcm org tak educated sangat.Seorang lelaki yg cepat melatah bila berdepan dengan situasi yg tak pasti. Hilang pertimbangan sehingga membuat keputusan tidak mengunakan otak. Tapi apa perlu pulak watak si sharol, tasya and Tiara yg perlu nak related dengan hal jenayah. Perlu ke penulis huraikan di sebalik tabir kisah mereka sedangkan watak mereka teruma si tasya tak memberi impak kepada watak utama sangat. Tapi Bab romatik punya pasal bagi lah 4 bintang.hahhahahahahahahahahah. Cuma x puas hati bila heroin kena cerai sampai talak 3 n kena kawin lain pulak...apa kes....long story yg meleret2
Profile Image for Nur Ilham.
2 reviews
August 4, 2018
Best sweet sgt
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for goldencave.
463 reviews9 followers
February 14, 2015
Misalnya dirimu jatuh cinta. Kemudian disuruh lupakan cinta pertama dan kahwin dengan orang lain. Akibat cemburu buta dan salah faham, suami ceraikan dirimu dengan talak tiga. Muncul cinta pertama menagih kembali cinta yang putus. Inilah kisahnya dalam novel pertama tulisan Nia Arissa yang buat saya teruja teruskan pembacaan.

Tanpa ada rasa cinta tetapi sebab terhutang budi dengan pak longnya, Farisya Hani terima jodohnya dengan Haziq Denial. Kehadiran Farisya di dalam hidup Haziq hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu. Cinta Farisya untuk Aswad terpaksa dikuburkan setelah dia bergelar isteri pada Haziq. Aswad pula redha bahawa jodohnya memang tidak ada dengan Farisya.

Bibit-bibit cinta mula mekar selepas Haziq berkahwin dengan Farisya dan di luar kesedaran mereka, masing-masing saling jatuh cinta. Langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan rumah tangga yang diharapkan berkekalan terlerai di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya yang bekerja di syarikat yang sama telah mengundang konflik. Peluang inilah yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga untuk mendekati Haziq dan hancurkan rumah tangganya.

Akibat buruk sangka dan salah tanggapan kerana cemburu buta, Haziq ceraikan Farisya dengan talak tiga. Pada masa yang sama, Farisya mengalami keguguran. Farisya menjadi seperti orang yang hilang akal dan menjadi murung mengenangkan nasib malang yang menimpa dirinya. Berkat sokongan Aswad dengan cintanya yang masih ada untuk Farisya, dia mendorong Farisya untuk bangkit semula.

Keinsafan dan penyesalan Haziq tiada gunanya lagi. Haziq terus membawa diri dengan cebisan cinta Farisya selepas bekas isterinya berkahwin dengan Aswad. Apakah yang terjadi selepas ini? Inilah debarannya.

Syabas dari saya kepada penulis kerana berjaya menambat hati pembaca dengan novel cinta ini. Bab romantik memang saya beri pujian pada penulis.
Cuma saya tak puas hati Farisya diceraikan tanpa usul periksa dan kahwin lain selepas itu. Ceritanya terus jadi meleret dan mungkin ada pembaca yang bosan.

Watak Haziq macam orang tidak berpelajaran. Seorang lelaki yang cepat melatah bila berdepan dengan situasi yang tidak pasti. Seorang lelaki yang hilang pertimbangan sehingga membuat keputusan tidak menggunakan otak. Watak sampingan seperti Sharul, Tasya and Tiara yang hendak dijadikan cerita pula, dikaitkan dengan hal jenayah. Penulis huraikan di sebalik tabir akan kisah mereka sedangkan watak mereka tidak memberi impak sangat kepada watak utama. Bab suspense thriller yang diselitkan dalam bab genre cinta ini kurang menjadi.

Bagaimanapun novel ini cukup menghiburkan dan memberi kepuasan pada saya. Penggunaan bahasanya mudah dan tidak sukar menghayati perasaan ceria, murung dan bahagia watak dalam cerita ini. Penulis bijak menggunakan ayat-ayat dalam mengambil perhatian pembaca dan membuaikan aliran kasih dan kelembutan dalam cinta. Bagi saya yang sangat emosi, ada bab yang buat saya terharu dan menitiskan air mata.
Profile Image for Nik Hayati.
5 reviews1 follower
May 7, 2011
Dari awal pembacaan hingga ke ayat terakhir novel ini menggunakan bahasa santai, mudah dan relax. Senang dan mudah untuk menghayati perasaan ceria, murung dan bahagia. Penulis pandai menggunakan ayat-ayat dalam mengambil perhatian pembaca supaya tidak terlalu mengongkong perasaan dan pandai membuai aliran kasih dan kelembutan dalam cinta.

Syabas dari saya kepada penulis kerana berjaya menambat hati pembaca walaupun ini adalah novel pertama dari beliau.
Profile Image for A-t.
24 reviews5 followers
June 15, 2013
Starting jer da best..kira kahwin dgn sedara la ni..loving siot jln citer dia.time lepas kahwin je mmg bahagia tp lepas kena talak 3,mmg sedih sgt..siap gugur lg..bila bini dia p blaja,mula la dia meroyan..tp mmg best siot..
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.