Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nagogho Astana

Rate this book
NAGOGHO ASTANA adalah nama sebuah negara merdeka. Sebagai sebuah negara yang sedang membangun dan yang termaju dalam dunia ketiga, Nagogho Astana mendepani pelbagai masalah dalam negaranya. Dalam saat Menteri Perdana bersama anggota kabinetnya memikirkan dan membincangkan masalah negara, rakyat pula menghadapi masalahnya tersendiri, yang seakan-akan terpisah daripada rencana dan masalah pemerintah. Atau masalah mereka sebagai natijah daripada pembangunan negara yang amat pesat dalam sektor industri dan teknologi tinggi. Rakyat dalam pelbagai lapisan struktur masyarakat negara Nagogho Astana, bermula dari petani, nelayan dan buruh, sehingga ke peringkat tokoh politik dan elit universiti, memikirkan masalah mereka tersendiri. Pemikiran dan masalah mereka berbeza-beza dan terpisah daripada masalah yang lain. Mereka semuanya warganegara dan berada dalam negara Nagogho Astana.

NAGOGHO ASTANA adalah sebuah novelcerpen. Ia menyorot pemikiran pemerintah keseluruhannya dalam genre sebuah novel dengan kehadiran watak-watak tertentu. Tetapi keseluruhan masalah dan pemikiran watak-watak itu terbentuk dalam bahagian tersendiri dan berasingan seolah-olah beberapa cerpen yang terpisah satu sama lain. Inilah novelcerpen yang pertama di Malaysia, yang menggabungkan struktur dan teknik penceritaan umum sebagai novel, tetapi dalam masa yang sama isi seluruhnya seperti beberapa buah cerpen yang terpisah. Watak-watak seluruhnya, dan pemikiran dan masalahnya, semuanya berlaku dalam sebuah negara bernama NOGOGHO ASTANA yang menjadi judul novelcerpen ini.

279 pages, Paperback

First published January 1, 1997

18 people want to read

About the author

S. Othman Kelantan

29 books33 followers
Dilahirkan sebagai Syed Othman bin Syed Omar (al-Yahya) pada 13 November 1938, di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan.

Beliau berkelulusan Sarjana Muda Sastera (1979) dan Sarjana Sastera (1982/83) dari Universiti Sains Malaysia. Kemudian pada tahun 1994/95 beliau memperoleh Ph.D dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah lulus Ijazah Sarjana, S. Othman berkhidmat dengan Universiti Sains Malaysia selama dua tahun. Mulai tahun 1983, beliau berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai pensyarah di fakulti Pendidikan/ ATMA. Jawatan terakhirnya yang disandang ialah profesor madya hingga beliau bersara pada tahun 1997. Kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah kontrak di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (1997-1999).

S. Othman Kelantan aktif menulis puisi, cerpen, novel serta esei/kritikan. Beliau gemar meneroka persoalan yang mencakupi soal-soal kemasyarakatan, politik, agama, dan falsafah. Novel yang dihasilkannya ialah 12 buah novel dewasa dan empat buah novel remaja. Antaranya ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1976), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003). Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian. Selain menulis cerpen dan novel, S. Othman Kelantan turut menghasilkan esei dan kertas-kertas kerja untuk beberapa pertemuan penulis baik pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Beliau pernah menjadi Ketua Satu Persatuan Penulis Kelantan (PPK) (1973-1976), Persatuan Penulis Nasional, Penasihat PPK, dan Penasihat Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (Puspa). Kesungguhannya menghasilkan karya dan mengabdikan dirinya dalam ujana kesusasteraan mewajarkan beliau dipilih untuk menerima hadiah seperti Hadiah Peraduan Mengarang Novel DBP 1962, Pelangi (sagu hati), Hadiah Sastera Malaysia 1972, 1973, 1974 (cerpen) dan 1984 (esei), S.E.A. Write Awards (1990), Pingat Bakti (PB) oleh DYMM Sultan Kelantan (1973), Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N.) oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (1974), Anugerah Tokoh Sastera Negeri Kelantan (2003), dan Anugerah Sastera Negara (2003). (Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
6 (31%)
4 stars
9 (47%)
3 stars
3 (15%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Mohamad Nasrul.
195 reviews6 followers
September 25, 2023
Tajuk: Nagogho Astana
Penulis: S. Othman Kelantan
Penerbit: Nusa Centre
Tahun terbit: 2021

Terbitan asal: Penerbitan Pustaka Nusa, 1997

Nagogho Astana - sebuah negara yang merdeka, negara yang membangun dan termaju dalam negara dunia ketiga. Novel ini membawa tema politik. Persoalan yang dikemukakan ialah kemanusiaan dalam masyarakat bandar.

Novel ini sinis sekali dengan permainan politik tanah air. Banyak hal yang boleh dipelajari bersangkut-paut dengan hal ehwal politik. Setiap bab menceritakan tentang satu-satu topik mengenai Nagogho Astana itu sendiri, meliputi isu pendidikan tinggi, pelaburan, pelancongan, pertahanan dan sumber manusia.

Tidak dapat tidak, isu-isu dalam novel ini menyorot realiti semasa yang berlaku dalam masyarakat. Ahli politik kaki pengampu, pembangkang dengan tugasnya, kebebasan bersuara, isu pendatang tanpa izin serta isu gejala sosial yang dipaparkan dalam novel ini membuatkan pembaca untuk berfikir tentang kesan pemerintahan terhadap masyarakat itu sendiri.

Novel ini juga bagi saya berani memaparkan satu adegan yang agak erotis ketika memperihalkan isu gejala sosial dalam kalangan anak muda. Mungkin juga babak ini tidak perlu dihurai sedemikian rupa.

Kesimpulannya, novel ini memberikan akhir yang mengharuskan pembaca untuk berfikir tentang politik serta kesan dan akibat yang dibawa sekiranya pemimpin tidak menjalankan amanah dengan berwibawa.
Profile Image for Iza B. Aziz.
228 reviews31 followers
December 5, 2024
Karya Nagogho Astana rupanya berbentuk nopen (novel-cerpen) yang mengabungkan cerita pendek dalam satu novel. Ia cerita-cerita dari pihak kerajaan, institusi dan masyarakat yang bergelumang dalam kemelut kemajuan negara. Walaupun Nagogho Astana negara ciptaan imaginasi pengarang, namun saya merasa dekat dengan kesan penghidupan tanah air terasing ini.

Gaya prosa yang digarap SN S. Othman Kelantan sesuai kali untuk nopen yang sekejap saya rasa seperti satira, sains fiksyen atau keislaman. Begitu banyak sekali input dan falsafah bernas pengarang diletakkan pada watak-watak dalam novel ini. Bagi yang memahami kemelut politik sekitar akhir tahun 1990 pasti bertambah keseronokan membacanya.

Apa pun yang amat jelas pada saya ialah keciciran kerohanian dan kemanusiaan dalam mengejar pembangunan negara dan teknologi sains. Inilah kesannya yang dihadapi sehingga sekarang. Ilmu sastera dan sejarah dianggap tidak menguntungkan. Hanya kerana ingin melahap kuasa dunia yang sementara. Ia mengorbankan jiwa moral seluruh alam.

Komen saya untuk Nagogho Astana cetakan kedua 2021 terlalu banyak kesalahan ejaan. Saya harap ada pembaikan untuk cetakan akan datang.
Profile Image for Zalila Isa.
Author 13 books53 followers
May 30, 2021
Bagaimanakah sebuah negara yang merdeka dan maju itu dilangsungkan? Novel ini bercerita tentang sebuah negara yang dibangunkan dengan penuh kemajuan. Namun, seperti negara-negara lain yang wujud, Nagogho Astana juga berdepan dengan isu-isu kenegaraan yang berbentuk global dan sejagat sifatnya. Tentang moraliti rakyatnya, pemimpin yang mengenyangkan perut sendiri, pertelagahan antara para cendekiawan, pekerja yang tertindas, pendatang tanpa izin yang ingin mencari sesuap nasi dan banyak lagi.

Pelbagai kisah, memberi gambaran bagaimana dunia terus berputar dengan corak yang sama.
Displaying 1 - 3 of 3 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.