Sejarah islam, atau dunia dari sudut pandang yang berbeza. Sejarah bukan sekadar data dan fakta, tetapi sejarah ialah tentera yang menguatkan hati. Kita mungkin boleh berasa bangga kerana islam pernah agung, tapi keagungan itu akan tinggal memori jika kita berterusan melayu dan hidup di bawah telunjuk taghut.
A must read! Umat manusia ini takkan mampu diubah kecuali dengan apa yang telah mengubah umat manusia pada suatu ketika dahulu.
206 muka surat sememangnya tidak cukup untuk menerangkan sejarah Islam dari zaman kebangkitannya sehinggalah pada zaman kejatuhannya dengan seterang-terangnya.
Namun cukup sekadar untuk kita tahu bahawa kita pernah berkuasa sehingga 2/3 dunia. Cukup untuk kita tahu bahawa kita pernah berada di puncak dunia, menjadi contoh ketamadunan dunia. Cukup untuk kita tahu, atas faktor apa kita jatuh.
Benarlah seperti yang pernah saya baca di posting seorang penulis,
"Sejarah bukanlah kisah buat para penglipur lara sejarah adalah kisah yang membakar semangat para pejuang!"
Belajarlah daripada sejarah, agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama.
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]
Kita tahu dimana kita berada. Kita tahu ada lagi satu janji yang belum tertunas.
A great book explaining the purposes of our life and what Allah SWT has granted us to fulfil those purposes. In it is also a history of a generation who already fulfilled theirs and how 2/3 of the world comes to prosper as a result of those.
Mind-blowing analysis, made better with explanations based on the Quranic verses and Hadith of the Prophet SAW.
buku yang akan mengubah paradigma kita kepada hidup, tujuan hidup dan sejarah ummat islam. dengan izin allah, dari konten buku ini saya akhirnya memahami tugas kita dan tujuan hidup kita sebagai abid dan khalifah dan apakah relationshipnya dengan sejarah. rupa rupanya sejarah bukan hanya untuk diketahui dan dihafal semata, tapi ada formula kebangkitan dari sana yang harus kita belajar!
Buku ni mmg sgt awesome! Ia bukan sejarah kosong yang mcm sekolah dulu.. tapi sejarah yang membuka mata dan merubah jiwa.
Sejarah islam secara brief yang menunjukkan once satu tamadun (walaupun islam) start lupa apa matlamat hidup dia, Allah akan jatuhkan. Even zaman abbasiyyah, memerintah selama 5 abad dan menakluk 2/3 dunia tapi sebab dah lalai dgn perkara selain dakwah, tarbiyyah dan jihad Allah datangkan serangan monggol dan tentera salib.
Highly recommended to all muslim yang nak tahu kenapa kita diciptakan dan apa tugas kita yang sebenarnya di muka bumi..