Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan Buku ini • Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.
Lama pula tak baca buku fizikal.. Kebetulan masuk pejabat ada dapat buku sumbangan, sambil katalog sambil membacalah kita.. Sha tertarik nak baca buku ini sebagai peringatan pada diri.. Lagipun buku ini menarik sangat sebab ada ilustrasi menarik dan pengajaran dari hadis mutiara yang dikongsikan.. Kalau bagi anak-anak baca pun menarik.. Mudah difahami.
Zaman ini dah makin mudah. Bertarbiah pun makin mudah. Salah satunya begini. Mengapa perlu susahkan diri kalau cara kombinasi hadis+ilustrasi lebih memikat. Ya tak?
Jadi tahniah buat kedua-duanya. Baik yang mengupas isi hadis atau yang melukisnya. Persembahan ilustrasi sebenarnya amat memainkan peranan yang penting. Bak kata pepatah orang putih,
“Talk is cheap, but a picture is worth a thousand words.”
Santai dan humor. Ringkas dan padat. Hadisnya juga senang difahami dan dihayati. Memang formula tarbiah versi moden yang terbaik. Pendek kata, bahan bacaan ringan yang cukup bermanfaat.
Aku suka semua isi hadisnya. Ilustrasinya juga. Cuma kalau anak-anak kecil mungkin sukar sikit nak menangkap isinya. Di sini ibu bapa atau mereka yang lebih tua [baca: yang lebih faham] perlu menerangkan dengan lebih lanjut.
Baca dengan tenang. Jangan tergopoh-gapah. Sila fahami dengan mata akal. Dan kemudiannya berkongsi. Moga ada baiknya untuk semua. InsyaAllah ;))
Satu pendekatan dakwah yang mudah bagi mengenal serta menjinakkan anak-anak muda; sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang hadis-hadis seputar kehidupan dalam bentuk ilustrasi yang menarik dan 'catchy'.
Buku ni aku dah beli lama dulu (dan dah pernah baca sekali). Masa mengemas haritu terjumpa balik, maka harini aku start baca semula buku ni. Bacaan santai dan ringkas. Diselitkan juga ilustrasi-ilustrasi menarik. Jika mencari bacaan ringan tetapi bermanfaat, sangatlah disyorkan membaca buku ini.
kalau dah bosan berguru dan baca kitab hadith, cuba try buku ini! Setiap satu page hadith diselitkan dengan pengajaran dan komik yang mencuit hati. Semua hadithnya ringkas dan senang difaham, dengan kata lain sesuai untuk pembaca yang suka bacaan ringan
Buku ini baru sahaja diterbitkan Februari lalu. Dikatakan buku mengenai hadis pertama yang diiringi dengan ilustrasi. Mengapa ya saya letak rating tinggi? sebenarnya "upload" buku ini dari telefon bimbit, tak perasan ia automatik buat lima bintang. hehe
Hadis yang dipilih lebih mudah difahami dengan adanya lukisan kartun di muka surat sebelah kanan. Ada yang kelakar dan sinis. Benarlah, a picture worth a thousand words. Ada penjelasan ringkas @ nota kaki di bawah setiap hadis.
Cuma hadis di dalam buku ini tidak disertakan dengan bahasa arab. Terus kepada terjemahan di dalam bahasa Melayu. Pada pendapat saya mungkin lebih elok sekiranya diletakkan sekali bahasa Arabnya.
Arranged by Dr. Zahazan Mohamed, the 101 hadiths in this book are selected from another book of hadiths collection by Dr. Zahazan himself and Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam, titled 300 Hadis Bimbingan. However, this book is presented in a comical way with comic drawings by cartoonist Nik Wafdi Nik Jaafar (Nik). You'll have one page with the hadith followed by the lesson we can learn from the hadith and the next page is the comic representing the lesson. At the end of the book, there's glossary and indices for easy reference.
Beli buku ini utk hadiah anakanda, Adam sempena ulang tahun ke-7. Dibaca oleh Adam sebagai tazkirah selepas solat jemaah bersama keluarga. Ilustrasi kartun agak kurang difahami oleh anak-anak. Terpaksalah saya dan isteri memberi penerangan. Anak-anak sangat teruja!
Saya sudah lama memikirkan kemunculan novel grafik dengan sarana islami di pasaran, dan illustrasi ini sedikit sebanyak mengubati penantian saya. Ya, Kalau Manga dari Jepun, Wuxia dari Tanah Besar China mampu memancing jutaan pembaca seantero dunia, mengapa tidak dakwah dengan medium ini terpandang sebagai satu prakarsa yang akan menjadi genre baru sebagai wadah menyampaikan kesan dan pesan islami. Ilustrasi sebagai medium dakwah adalah suatu prakarsa yang harus dipandang berat oleh para duat, bukan semata dengan butir bicara menusuk kalbu dan tulisan menggugah jiwa. Manusia sudah penat dipaksakan dengan pemikiran. Mereka mahu digalakkan pula untuk berfikir.
Buku berkonsepkan komik ini dipetik daripada buku 300 Hadis Bimbingan karya Dr. Zahazan Mohamed dan Ustaz Ahmad Hasan Mohd Nazam dan dipersembahkan semula dengan begitu menarik sekali oleh Nik Wafdi Nik Jaafar (Kartunis Nik). Keistimewaan Buku ini • Sesuai dibaca semua peringkat umur.• Dipersembahkan dalam bentuk santai dan humor. • Mendekatkan pembaca kepada hadis. • Senang difahami dan dihayati. • Mudah dibawa sebagai bahan bacaan ringan. • Sesuai untuk dijadikan cenderahati. • Sebagai bimbingan kepada remaja.
I do use this book so many times. It has been koyak all there. Heh. This book is well written by Ustaz Zahazan, a famous ustaz. Thanks to Humaira again for giving me this awesome book full with duas that makes me remember Him. Always. May Allah bless you, Humaira :))
Buku ini sangat bermanfaat dalam menghafal dan mengamal sunnah Nabi. Ianya sangat menarik kerana di sampaikan dalam bahasa yang mudah di samping menggunakan ilutrasi kartun yang menarik dan sangat membantu memahami sesuatu hadis tersebut dengan cepat. Terima kasih kerana menghasilkan buku ini.
i read this after having my medical lectures. tired,but not sleepy. hence,i read this simple book to get something other than medical stuff on that day..it's nice and neatly presented.
Alhamdulillah.. setelah menelaah buku ini, ianya amat mengingati diriku yang mudah lupa ini.. para penggemar buku diluar sana, buku ini amat sesuai di baca ketika santai minum petang.. jzk..