Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu. Kehidupan perlu diteruskan.
Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan... ketika gelap, ketika cahaya suram... Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari... Qurban... lelaki itu tetap di sisi.
3.5* Not so bad, tapi aku rasa tak puas bila dah khatam buku ni *wink*
Full review: 30/09/2013
Kenapa aku suka penulis ini kerana beliau tak pernah kering idea dalam mengangkat martabat wanita. Membuat kita merasa betapa hebatnya menjadi kaum hawa. Bersyukur, bukan mudah nak jadi wanita. Hatinya berderai seribu tapi masih bisa memaafkan. Sakitnya bagai nak terpisah nyawa dari badan tapi jiwa masih cukup kental, tak mudah goyah. Hebatnya kuasa wanita. Dalam lembut mengayun buaian, dia bisa menggoncang dunia.
Dan dalam kisah kali ini, NB mengupas rasa hati bila dimadukan. Bagaimana seorang Cikgu Ara menguruskan rasa hatinya. Redha dan pasrah. Bukan mudah tapi aku cukup tersentuh dengan Cikgu Ara. Dalam kepayahan menempuh hari-harinya selepas dimadukan, dia sebenarnya bahagia. Ada anak-anak yang cukup mengerti. Jatuh bangunnya, si suami tetap ada cuma masa untuknya bukan lagi hak milik totalnya.
Aku kagum dengan ketabahan Cikgu Ara. Kasih sayang seorang ibu tidak ternilai, tiada tolok bandingnya. Dan secara peribadi, aku lebih menyukai kisah Cikgu Ara daripada cerita Muna hihihi :P
Namun cerita ini sebenarnya lebih kepada Muna. Anak sulung Cikgu Ara yang berkongsi cerita hal ayahnya yang bermadu. Rasa amarah pada ayah mudah dipadam kerana kasih ayah pada keluarga tak pernah kurang. Malah ayahnya sering saja menutur kata maaf pada Muna kerana melukakan hati anak gadisnya itu. Inilah yang Muna pelik, entah apa yang dicari oleh ayahnya.
Seiring perjalanan hidup Muna, dia mengerti ibunya perlukan dia di sisi. Apa lagi tika ayah pergi meninggalkan mereka. Muna membesar dengan tanggungjawab yang cukup berat di bahu. Menjadikan dia sang anak yang kental jiwa raganya. Tiap ujian dan cabaran hidup, dia bisa merentasinya.
Novel ini tebal tapi cukup berisi. Ada banyak pengajaran tentang kehidupan yang bisa dikutip. Buat kita mengerti hidup tak selalunya indah, tapi di sebalik hujan yang menitis... Tuhan beri kita pelangi. Indah kan aturan Tuhan?
Naskah NB kali ini memang kurang sangat gulanya jika dibandingkan dengan naskah2 lain (ABBM, PTSL, SJ, C... merujuk hanya beberapa naskah). Bak kata seorang sahabat, memang tidak puas ketika menyudahkan helaian terakhir.
Kali ini, gula yang direncahkan bukan segenggam....hanya secubit. Memang tidak cukup rasa. Jiwa Dol Azim, Muna dan Qurban agak terpinggir. Si Dol Azim memang nampak sangat sukakan Muna sejak daripada Form 3 lagi. Qurban pulak hanya menganggap Muna sebagai seorang sahabat karib a.k.a adik yang perlu dilindungi. Begitulah mereka sehinggalah Muna terdetik ketika Qurban ingin bertunang dengan Siti. Dan kemuncaknya ketika Muna akan dikahwinkan dengan Danial. Barulah kedua-duanya sedar 'rasa' di hati masing-masing. Nasib baiklah kesudahannya tidak mengecewakan... kalu tidak tentu ada buku yang kena baling ke dinding.... ;P
Apapun, sentuhan NB yang paling aku suka adalah garapan plot ketika zaman kanak-kanak. Kisah keakraban antara Muna-Dawood-Mariam-Zaki-Majeed memang sampai di hati. Tergambar di ruang mata keakraban mereka-mereka ini.
Kali ini kisah rumah tangga lelaki berbini 2 lebih 'fair-n-square' jika dibandingkan dengan naskah2 NB yang lain (yg menggarapkan keperitan/kegembiraan keluarga berpoligami). Bagaimana Cikgu Ara menjadi isteri yang merelakan juga ibu yang berkorban untuk suami dan anak-anak. Cikgu Ara-Ustaz Jalil-Ustazah Aminah lebih mendominasi naskah ini berbanding Muna-Qurban-Dol Azim.
Ohhh... kisah Tuminah-Dol Azim mengingatkan aku dengan siri Harry Potter. Emak si Voldermort; Merope Gaunt telah mensihirkan Tom Riddle Sr semata-mata ingin mendapatkan kasih-sayangnya. Love portion yang diberikan membawa kepada babak kahwin lari sehinggalah Merope mengandungkan Tom Morvolo Riddle. Merope berhenti meng-love potion-kan suaminya dengan jangkaan kasih sayang yang diberi juga anak yang dikandung akan mengikat mereka. Malangnya si Tom Sr melarikan diri lantas meninggalkan si isteri terkontang kanting seorang diri. Merope yang retak jiwa punah hatinya meninggal ketika melahirkan Tom Jr. Akhirnya.... keluarga pertama yang dibunuh si Voldermort adalah datuk-nenek-ayahnya sendiri!
Berbeza dengan Tuminah. Dia meng-ilmuhitam-kan Dol Azim bukan atas perasaan kasih sayang tetapi kebencian kerana mulut berbisa Dol Azim yang sentiasa menyakitkan hatinya. Dengan bantuan datuknya (seorang bomoh) Dol Azim 'diikat' hinggalah lahir 2 zuriat atas kahwin-paksa mereka. Kematian si datuk menyebabkan Dol Azim 'bebas'. Padahnya rumah tangga mereka kecundang di tengah jalan hinggakan Dol Azim langsung tidak dapat memaafkan perbuatan keji si isteri.
Apapun, Dol Azim mengaku juga salahnya.... mulut x de insuran miliknya akhirnya memusnahkan kehidupan sendiri.
Habis juga akhirnya. Gigih habiskan baca dalam tempoh 2 hari bila sedar due date dah makin hampir. Haha.
Suka kisah ni. Penulis tak pernah gagal untuk meninggalkan 'sesuatu' dalam karyanya. Kali ini kisahnya kurang bergula tapi penuh pengajaran. Terutama tentang ketabahan dan kecekalan Cikgu Ara membesarkan anak-anaknya selepas diduakan oleh suaminya. Kalau dapat madu yang baik tak apa juga. Ini nama aja ustazah tapi peribadi memang tak menggambarkan gelaran langsung. Hish. Kesian Ustaz Jalil yang baik tu. Sabar betul dia melayan kerenah Ustazah Aminah yang tak semenggah tu. Terus saya teringat kisah Amrin yang juga menduakan Sarah dalam Biarkan Aku Menangis.
Namun kisah ini sebenarnya tentang Muna, anak sulung Cikgu Ara dan Ustaz Jalil. Sungguh pun Muna marah dah terkilan kerana abahnya menduakan Cikgu Ara, Muna tetap menghormati abahnya kerana kasih sayang Ustaz Jalil pada keluarga tak pernah berkurang. Itu yang membuat Muna hairan, apa agaknya yang dicari Ustaz Jalil sedangkan Cikgu Ara isteri yang sangat baik.
Sedar dengan keadaan keluarga mereka, Muna mengerti yang Cikgu Ara memerlukan dirinya untuk meneruskan kelangsungan hidup. Lebih-lebih lagi selepas pemergian Ustaz Jalil akibat serangan jantung. :( Muna terpaksa memikul tanggungjawab yang berat di usia mudanya yang turut menjadikannya seorang yang cekal berdepan dengan dugaan hidup.
Untungnya Muna di kelilingi oleh ahli keluarga dan kawan-kawan (terutamanya Qurban) yang sentiasa ada di saat Muna memerlukan.
Kata Qurban waktu Muna sedang bersedih selepas kehilangan abahnya;
"Muna, ALLAH tidak menjanjikan hari-hari yang kita lalui tanpa diduga. Bahkan kita tahu juga, ALLAH tidak pernah menjanjikan yang siang mataharinya terus bersinar, bahkan ALLAH tak pernah berjanji yang hujan tidak akan turun di siang hari. Tetapi ALLAH menjanjikan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. ALLAH sudah menetapkan segala ganjaran."
Benar, setiap kesukaran biasanya berakhir dengan kesenangan. Jadi, tak usah berputus asa dengan dugaan dan cabaran yang mendatang tu. DIA lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNYA. :)
Kali ini, aku selak belakang walaupun dah 3/4 buku aku baca.. Sebabnya aku nak tau siapa yang melekat dengan Muna.. Risau jika penamatnya tidak kena dengan jiwa.. Lepas dah tau, aku sambung baca balik.. Lega... ahahh... . . . . Aku sebenarnya kurang suka dengan novel yang ada kisah budak sekolah dan kisah poligami.. Tapi dah beberapa buah karya NB ni ada kisah yang seakan sama.. Peliknya, aku boleh baca sampai habis..! Mungkin sebab aku rasa karya beliau lebih dekat pada kehidupan sebenar yang bukannya fantasi semata-mata... Ada fakta, bukan banyak auta.. . . . . p/s: Fantasi = berangan tak sudah.. Sekali sekala takpe.. Jadikan sebagai penguat semangatpun takpe.. Tapi jika asyik berangan kosong semata...?
Best sangat citer ni, semua rasa ada. Rasa kagum dengan sifat Cikgu Ara yang redha dimadukan dan berdikari mendidik 5 orang anak dgn penuh kasih sayang. Rasa nak lempang je ustazah Aminah madu Cikgu Ara yang selalu tengking Ustaz Jalil, serang Cikgu Ara, tak malu makan duit anak yatim dan tak malu duduk rumah harta sepencarian Cikgu Ara dgn Ustaz Jalil. Rasa sedih dgn Ustaz Jalil yang tak berjaya mendidik Ustazah Aminah menjadi isteri solehah dan akhirnya meninggal dunia semasa nekad pulang ke rumah Cikgu Ara. Rasa sakit hati dengan Tuminah yang selalu cakap kasar/ fitnah Muna. Rasa simpati dengan Dol Azmi yang simpan perasaan pada Muna sejak tingkatan 3 tapi terpaksa kahwin dgn Tuminah disebabkan sihir. Rasa menyampah dengan Danial anak angkat paklang maklang Muna yang tak sedar diri dan tak sedar diuntung nak bolot harta. Rasa bersyukur paklang maklang Muna sayangkan Cikgu Ara anak beranak dan support mereka sekeluarga. Rasa berdebar-debar bila Qurban bagitau nak kahwin dengan kawan sepejabatnya Siti. Rasa teraniaya bila Qurban kena fitnah hamilkan Siti dan ajakan kahwin Siti tu hanya untuk jadikan dia pak sanggup. Rasa lega bila Muna putuskan pertunangan dengan Danial dan berkahwin dengan Qurban. Rasa lapar bila Cikgu Ara dan Muna masak macam2 masakan dan kuih muih hehe
Selain rasa2 yang dapat, baca buku ni dapat : 1. ilmu rumah tangga 2. cara didik anak dengan baik 3. peranan ibu bapa , mertua, ipar duai, anak, kawan 4. adap berkawan/bersahabat 5. tanggungjawab jiran tetangga 6. bidang perkapalan / perniagaan / somalia 7. kesedaran tentang usaha Yahudi yang cuba menghancurkan Islam dengan mengahwini anak gadis Islam yang bijak pandai 8. dll
walaupun tebalnya hampir mencecah 900 muka surat tapi aku tak jerih membacanya kerana kandungannya cukup bermakna, punya banyak pengajaran tentang kehidupan terutamanya tentang sikap & keperabidian murni yang semakin pudar pada individu/masyarakat masa kini
Susah juga ya bila lelaki dan perempuan berkawan baik ni. Sampai satu masa, bila rasa sayang tu melebihi rasa kepada seorang sahabat, tetapi sukar nak diluahkan kerana terlalu menjaga hubungan yang telah lama berlangsung. Kalau rasa itu berbalas, bahagia akan berganda, tapi jika hanya sebelah pihak yang berubah rasa? Hubungan bertahun-tahun akan putus begitu sahaja dek kerana rasa kekok yang akan hadir.
Mujurlah Muna berani untuk bertindak. Kalau nak tunggu Qurban, memang selamat la Muna jadi milik Danial (lain la kalau memang Danial yang nak diangkat sebagai hero dari awal kan?)
Buku ini membawa kisah sahabat-dari-kecil yang kemudiannya diangkat status kepada suami isteri. Tak sempat nak berkasih, terus kahwin bila masing-masing sedar akan perasaan sendiri. Dan seperti kebanyakan bukunya yang lain, Puan Penulis turut memasukkan kisah poligami dan kesannya kepada keluarga yang terlibat. Walaupun si suami sudah sedaya upaya berlaku adil dan tidak pernah mengabaikan keluarga pertamanya, tapi kesukaran itu tetap wujud bila kasih sayang dan perhatian terpaksa dibahagi. Tambah susah, bila dapat isteri seperti Aminah yang hanya mementingkan dirinya sendiri, tak sedar diri dia yang merampas seorang ayah dari anak-anaknya, masih tidak mahu bertimbang rasa. Kesian Ustaz Jalil.
My review is still the same as before. The story line is alright and I'm sure most malay girls would enjoy reading this book. I need to sound as honest as possible here. Much to my relief, this book does not drag like some oh-so-thick and fat books I've read before, written by famous malay authors.
It's not easy to write a book and because I know that, and you know I'm not going to sugar-coat things; I swear I skipped all the English conversations after reading a few terribly written ones.
I hope Norhayati Berahim will stop writing in broken English. Period.
Like I reviewed earlier:-
"So far, the story is acceptable but I am very disappointed with the way the author writes in English. Terribly written. The author should get the help from a better English Language editor to edit her books (parts where conversations were written in English). Simple enough~ if you aren't sure, DON'T WRITE!"
Muna adalah anak sulong kepada Ustaz Jalil dan Cikgu Ara. Ustaz Jalil mempunyai dua isteri. Tapi isteri keduanya, Ustazah Aminah mempunyai watak yang kurang mulia serta selalu menduga hati dan perasaan Ustaz Jalil dan Cikgu Ara anak-beranak. Akhirnya, Ustaz Jalil meninggal dunia dijalanan kerana sifat Aminah yang tidak mahu beralah dengan suaminya. Di saat akhir hidupnya, Ustaz Jalil meminta maaf pada Cikgu Ara kerana telah menyakitkan hati Cikgu Ara dan anak-anaknya. Aminah tidak juga insaf tapi menjadi lebih tamak hingga makan harta anak yatim. Muna dan Qurban berkawan baik sedari kecil. Qurban sentiasa ada untuk Muna. Dia ada bila Muna sedang bersedih atau memerlukan pertolongan. Banyak pengalaman yang mereka lalui bersama. Qurban jadi seorang peguam dan dia berusaha untuk dapatkan kembali hak Cikgu Ara dan anak-anaknya. Muna pula tinggal dan berkerja bersama Pak Langnya. Sementara itu, Sara melamar Qurban dan Danial mendesak Muna untuk berkahwin. Muna dan Qurban tiba-tiba rasa tertekan kerana akhirnya mereka sedar bahawa mereka saling mencintai dan saling memerlukan. Atas dorongan keluarga, mereka akhirnya melafazkan rasa hati dan memutuskan untuk hidup bersama. Akhirnya, mereka bahagia bersama.
Apa pengakhiran kisah Muna Qurban? Adakah Muna akan meneruskan pertunangan dengan Danial kerana tak sampai hati lukakan hati Pak Lang dan Mak Lang yang banyak berjasa pada keluarganya? Qurban pula, adakah akan berkahwin dengan Siti yang pandai menggoda dan berfikiran terbuka?
Novel NB sinonim dengan perwatakan wanita-wanita kuat, bersemangat jitu, berwawasan, disenangi dan berhati lunak. ... Hujan pun menari menawarkan kita Muna yang serba sederhana namun sempurna di mata ayah, umi, temam-teman sepermainannya Qurban dan Dol Azim. Kekuatan Umi mengalir tenang dalam tubuh Muna. Biar dicemuh si Tuminah yang bermula-muka dan berdengki, hati pula seting memberontak marah dan membenci ibu tiri yang sombong, Muna terus tenang melayari hidupnya. Sejak diringgalkan ayah tersayang sewaktu Muna hampir menduduki peperiksaan penting, Muna terus kukuh menjadi dinding buat Uminya bersandar. Saya suka watak Muna.
Aminah si ibu tiri, haiii memang geram betul dengan ustazah yang yang yok ni. Entah disampuk jin apa lah, perangai tak serupa orang waras. Suami yang baik hati, madu yang tak gemar bergaduh dan jenis tak berkira, diasaknya dengan macam-macam tekanan. Memang Aminah watak jahat yang sempurna. Danial pun saya getam juga, tapi watak dia tak berapa menyengat sebagai penjahat, mungkin diselaputi sikap pengecutnya, pandai cakap jer.
Qurban? Beliau teman Muna sejak kecil. Masing-masing menyayangi dan mengambil berat tanpa mengharapkan sebarang balasan. Kasih dan sayang yang terbina begitu lama bukan bersandarkan rupa, harta atau nafsu, hanya keikhlasan. Betapa luhur dan indah perasaan yang meteka kongsi dalam diam. Badai datang dan pergi, tali sayang yang mengikat Muna dan Qurban telus dan semakin kukuh hingga mereka dewasa.
Saya jadi terkedu membaca sajak yang dinukilkan Qurban kepada Muna dalam buku cantik bergambar rama-rama untuk menyejukkan rawan di hati Muna yang baru kehilangan ayahnya Ustaz Jalil. Sungguh syahdu dan teramat indah bagi saya. Pandainya NB menyulam kata-kata ini sesuai dengan senario;-
"Muna, Allah tidak menjanjikan hari-hari yang kita lalui tanpa diduga. Bahkan kita tahu juga, Allah tidak pernah menjanjikan yang siang mataharinya terus bersinar, bagkan Allah tidak pernah berjanji yang hujan tidak akan turun di siang hari. Tetapi Allah menjanjikan kekuatan dan ketabahan buat kita semua. Allah telah menetapkan segala ganjaran.
Muna...
Kenapa kita menutup mata ketika sedang tidur, ketika kita menangis, ketika kita sedang memikirkan sesuatu? Kerana, hal-hal yang paling indah dalam hidup jarang kelihatan. Memang sesuatu yang manis jarang mahu kita tinggalkan. Orang yang kita sayang jarang kita lepaskan. Melepaskan bukan bermakna kita melupakan. Ianya tetap kekal. Di dalam hati, di dalam sanubari.
Muna...
Sabar dan tabahlah..
Dan setiap kali datangnya siang, setiap kali terbangun... ingatan aku tetap terhadap kau. Tidak ada apa yang dapat kuberi pada kau. Kecuali buku dan pen ini. Aku teringat kata-kata kau satu ketika dahulu. Berceritalah dengan diri sendiri, supaya kesedihan itu dapat diharung.
Muna...
Aku sayangkan kau dan aku selalu berdoa untuk kau..."
How sweet is that from a 17 year old? NB juga dalam Hujan Pun Menari, kongsikan satu lagi world class knowledge untuk kita. Kalau dalam Egois, NB kopek dunia seirang remisier, dalam Hujan Pun Menari, kita disajikan ilmu perniagaan perkapalan. Sambil Pak Lang Muna bercerita mengenai selok belok perniagaan perkapalannya, kita pun dapat ilmu. Sesuatu yang kita mungkin tak akan tahu melainkan memang kita baca buku atau rencana korporat yang khusus pasal commercial shipping.
Dari segi teknikal, rasanya cerita Hujan Pun Menari ni boleh dikurangkan sedikit jumlah mukasuratnya, agak ketara ada pengulangan ayat dan keterangan. Saya juga kurang faham kenapa agak banyak conversations dalam bahasa inggeris. Buat saya fikir, tak sempat nak translate ke? hihi... Namun pesanan yang tersingkap dalam lipatan kisah kehidupan sebuah keluarga yang tak kaya namun tidak miskin, watak utama wanita yang tak jelita namun manis wajahnya, watak utama lelaki yang tak sado (sempat pula NB describe Qurban sebagai 'dah tumbuh jerawat mukanya') namun gagah, "sejuk perut emak yang mengandungkannya", ... Ini bukan buku yanf menjaja cerita murah yang kuat berbunyi macam tin kosong. Hujan pun menari adalah karya yang sangat baik. Novel Hujan Pun Menari harus anda baca jika anda peminat Norhayati Berahim.
Saya ada satu naskah untuk dijual sekarang kalau minat.
Admin tersentuh hati bila baca novel ni. Penuh dengan kisah kekeluargaan. Sebagai seorang anak sanggupkah kita melihat ibu kita sedih? Melihat ibu Muna diduakan, Muna sangat sedih. Dia harus menerima takdir. Setelah bapanya pergi meninggalkan Muna sekeluarga, dia dan ibunya harus teruskan hidup untuk menyara adik beradiknya yang lain. Sejauh manakah perjalanan hidup Muna harus ditempuhi? dapatkan buku ni di https://www.e-sentral.com :))