Jump to ratings and reviews
Rate this book

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Rate this book
Buku ini juga akan menjernihkan tanggapan generasi ‘Y’ terhadap gerakan Islam yang telah 60 tahun mempersada perjuangan Islam di Negara ini, menerjang amukan badai yang berlapis-lapis di sepanjang keberadaannya di pentas dakwah dan siasah. PAS mempunyai sejarahnya yang tersendiri, tersembul keluar dari rahim ibunya saat perlawanan menentang penjajah, Hizbul Muslimin sebagai gerakan Islam temporary yang pertama di Tanah Melayu telah diharamkan oleh British pada tahun 1948 yang menyaksikan 300 orang aktivisnya digiring ke penjara British. Buku ini juga diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jerninh yang jauh dari sentiment melulu dan emosi yang meledak. Saya percayai alaf baru ini adalah milenium baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam ‘tempayan emas’, langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari. Generasi ‘Y’ yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk di suap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

201 pages, Paperback

First published January 1, 2011

6 people are currently reading
55 people want to read

About the author

Riduan Mohamad Nor

28 books57 followers
Riduan Mohamad Nor (B.A (Hons) UM. DIP. ED. UM. M.A UKM) berasal dari Besut, Terengganu. Dilahirkan pada 1 Jun 1971. Telah berumahtangga dan kini mempunyai enam orang cahaya mata (Muhammad Jundullah, Muhammad Saiful Islam, Fatin Najwa, Ummu Nusaibah, Muhammad Mujahid, Mujahidah).Mendirikan rumahtangga dengan Norleeza Abdullah (B.A (Hons) UM) pada tahun 1993 ketika sedang menuntut di Universiti Malaya.Beliau dan Norleeza adalah exco Kerohanian Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA).Riduan juga adalah exco Kerohanian Kolej Kediaman Pantai Puri UM . Beliau bergraduat daripada UM pada tahun 1995, pada tahun yang sama merupakan Setiausaha Dewan Pemuda PAS Lembah Pantai, Setiausaha PAS Cawangan Flat UDA, juga sebagai Imam di surau An Nur, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.
Beliau telah menapak daripada Cawangan sehinggalah ke peringkat Dewan Pusat PAS Pusat, semua pergulatan sosial dan politik secara langsung ini akan dituangkan dalam karyanya ‘Memoir Pemuda”.Melalui wadah perjuangan Islam inilah beliau menghabiskan sebahagian besar umurnya, PAS sebagai Universiti kedua yang memberikan ilmu, mematangkan pengalaman, menajam tahap intelektual, merasai dihargai sebagai manusia, menghirup sejuta satu makna kehidupan dengan kepelbagaian latarbelakang ahli dan kepimpinannya.Melalui wadah Islam inilah Allah memberikan sejuta satu pengalaman berguna baik dengan sisi putih dan hitamnya, insan ini paling gugup dan bergemuruh didepan khalayak namun dengan pantas Allah menukarkan watak ini dengan keberaniaan apabila berdepan dengan audien apabila bergulat di medan jamaah.
Beliau adalah pengarang beberapa buah buku antaranya ‘Pertembungan Iman dan Kufur’, ‘Peperangan Rasulullah S.A.W’, ‘Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan’, ‘ Sejarah Pemalsuan Al-Quran’, ‘Ahzab Moden dan Masa Depan Islam’, ‘Penghinaan Terhadap Rasulullah: Implikasi Hukum’, ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama’ dan ‘Memperingati 100 Tahun Hasan Al-Banna’.”Potret Perjuangan Mahasiswa Dalam Cerminan Dekad”, “tajuk-Tajuk Utama Ramadhan’ (bersama dengan Nazri Chik), ‘Sejarah Dan Perkembangan Gerakan Islam Abad Moden’, ‘Murtad: Implikasi Hukum Dan Fenomena, ‘Makkal Sakhti:Analisa Pilihanraya 2008, Pengaruh Ikhwanul Muslimin Terhadap PAS, ‘Duka Acheh Luka Kita’, ‘Catatan Pilu Tragedi Gempa Bumi Pakistan’.’Menggenggam Bara’ dan beberapa buah buku lagi termasuk yang belum diterbitkan seperti ‘Panduan Nuqaba’ Ceria’.
Beliau merupakan pengkuliah, penceramah, Motivator, menyampaikan kuliah-kuliah ilmu di surau-surau dan masjid-masjid di seluruh tanah air (Masjid KLCC, Masjid Tabung Haji, Masjid Ar Rahman, Masjid Ar rahimah, Masjid Saidina Ali dan ratusan masjid yang lain) dan di pejabat-pejabat kerajaan dan swasta seperti di Jabatan Kerja Raya (JKR), Maybank, Petronas, Bank Pembangunan Industri, Pejabat Kastam Di Raja Malaysia, Malaysia Airlines System (MAS), Perodua, Pusrawi, Sapura Holding dan banyak lagi.
Beliau juga pernah diundang untuk menghadiri program-program pelajar Malaysia di luar negeri antaranya di Jordan, Mesir, Syria, Indonesia dan Jepun. Selain itu, beliau juga selalu diundang untuk menjadi ahli panel forum dan pembentang kertas kerja serta wacana ilmu berkenaan isu-isu agama, sosio-politik, budaya dan sebagainya.Menjadi Pengerusi Front Bertindak Anti Murtad (FORKAD)
Beliau juga merupakan aktivis bantuan kemanusiaan tanpa sempadan dengan berwadahkan Muslim Care Malaysia , sebuah NGO yang menggalang kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara. Pernah terlibat di Acheh, Jawa Barat, Cambodia, Jogjakarta, Pakistan, Kashmir dan khemah pelarian Palestin. Semua pengalaman misi kemanusiaan ini akan dituangkan dalam sebuah buku bertajuk ‘Peta Luka Umat Islam’ dan ‘catatan hidup”.
Riduan Mohamad Nor dijoloki dengan gelaran Ustaz We@ ustaz Wan (oleh anak-anak murid dan pengikut kuliah), Pok Wan (oleh anak-anak saudara, kaum keluarga), Duang (kawan-kawan rapat dan panggilan zaman remaja).

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
26 (39%)
4 stars
22 (33%)
3 stars
16 (24%)
2 stars
1 (1%)
1 star
1 (1%)
Displaying 1 - 10 of 10 reviews
Profile Image for Nazmi Yaakub.
Author 10 books279 followers
June 19, 2011
MENERJANG Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan karya Riduan Mohamad Nor boleh dipecahkan kepada dua jalur. Pertama, rakaman ringkas sejarah perkembangan PAS dengan memberikan tumpuan kepada aspek kegemilangannya, manakala jalur kedua pula memecahkan beberapa pandangan daripada buku Menuju PAS Baru: Krisis, Peluang dan Dinamisme karya Mujahid Yusuf yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Sebagai rakaman sejarah - ia boleh dianggap berautoritatif meskipun ada beberapa bahagian, pengarang bertindak sebagai propagandis, yang pasti tidak dapat dielakkan atas status aktivis parti. Kerana itu, saya menemukan beberapa kenyataan yang menafikan rakaman sejarah oleh Mujahid hanya berlandaskan ahli atau parti tidak mungkin bersifat seperti yang dinyatakan pengarang terbabit. Namun, sebahagiannya lagi didokong dengan dokumentasi sejarah dalam pelbagai sumber - yang menjadikannya lebih kukuh sandaran berbanding buku Mujahid.

Bagaimanapun, untuk bahagian penulisannya yang kedua, saya tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa kerana pengarang memilih untuk menjawab buku Mujahid dengan memilih pendekatan komentar terhadap beberapa pandangan yang terpecah. Alangkah baiknya sekiranya buku ini menjawab pandangan utama Mujahid terhadap realiti dan masa depan kepimpinan ulama dalam PAS.

Buku ini wajar memberikan tumpuan kepada kepentingan kepimpinan ulama yang disandarkan kepada sejarah dan bukti semasa, selain menghubungkannya dengan aspek masa depan dan cabaran politik. Mendahulukan rakaman sejarah sebenarnya boleh dianggap cubaan untuk membentuk persepsi pembaca supaya menerima konsep kepimpinan ulama terlebih dulu, sebelum menjawab pecahan persoalan daripada Mujahid.
Profile Image for Atiq Mustafa.
2 reviews
November 20, 2017
Begitu banyak fakta sejarah yang melibatkan parti politik ,persatuan dan juga tokoh . Satu penulisan yang kritis menjawab buku “Menuju Pas Baru” oleh Mujahid Yusuf .
Profile Image for Nik Mohamed  Kamarudin.
16 reviews242 followers
Read
June 25, 2020
Dengan terjahan langit terbuka telah memunculkan media baru seperti blog,portal berita serta dikembangkan budaya facebook dan twitter, pelbagai maklumat dan cerita sensasi telah menjadi hidangan rakyat.Lambakan wasilah penyebaran berita ini sedikit sebanyak membuka peluang kepada regim pemerintah untuk mengambil peluang menjatuhkan reputasi Pas sebagai Harakah Islamiyah di Malaysia.

Buku Menerjang Badai :60 Tahun Mempersada Perjuangan bingkisan lembaran sejarah Pas dalam arena tarbiah,dakwah dan politik tanah air.Sejarah jatuh bangkit Pas dalam memartabatkan Islam di Malaysia tidak hanya bertitik tolak kebangkitan rakyat utk membebaskan tanah air dari belenggu penjajah,tapi dia kesinanbungan perjuangan Hizbul Muslimin bersama angkatan parti haluan kiri yang sama-sama ingin memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan di tanah air.

Selain itu,penulis cuba menghidangkan sejarah hitam yang dari segi pemenjaraan,penistaan dan penahanan terhadap aktivis parti.Sejarah bermula dari Tangkapan Pemuda 1984,Peristiwa Memali 1985, dan peristiwa lain yang tak perlu saya tulis disini.Peristiwa seperti ini sedikit sebanyak menjadi pemangkin kepada amilin gerakan Islam dalam melawan cubaan dan sabotaj dari pihak lawan.Cubaan dan ujian ini tidak lain tidak bukan akan mematangkan Pas sebagai parti tertua selepas UMNO.

Akhir sekali buku ini menjawab tomahan dan kritikan yang dilontarkan oleh Dr Mujahid Yusof Rawa dalam buku Menuju Pas Baru.Jawapan yang dihuraikan oleh penulis yang penuh ilmiah,ringkas dan padat menarik minat pembaca memahami sesuatu isu dalam ruang yang lebih besar bukan sekadar picisan maklumat yang tersebar di dada akhbar dan buah mulut orang.

Kesimpulanya,buku ini amat bermanfaat kepada semua aktivis Pas dalam memahami lipatan sejarah Pas secara ringkas.Yang mana sejarah ini diberi nafas baru untuk aktivis Pas menjadikannya sebagai panduan dalam bekerja di organisasi parti.Semoga buku ini bermanfaat dalam memjernihkan pendidikan sejarah Pas. :)
Profile Image for Ammar Ibnu ziyadi.
38 reviews4 followers
December 30, 2015
Buku ini boleh kata sudah lama berada di pasaran, tapi aku baru tekad membacanya dalam situasi yang berlaku dalam PAS sekarang.

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian utama. Bahagian pertama menceritakan sejarah parti Islam ini semenjak penubuhannya, lahir dari gerakan sebelum merdeka iaitu Hizbul Muslimin. Peristiwa-peristiwa penting dititikberatkan penulis, terutamanya dari segi perubahan corak kepimpinan PAS bermula dari Yang DiPertua pertama iaitu Tuan Hj Ahmad Fuad sehingga presiden terkini, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang. Adalah penting bagi seorang penyokong atau pendokong parti untuk mengenali sejarah gerakan ini bagi pedoman masa akan datang. Boleh dikatakan agak banyak fakta yang baru bagi aku, namun aku tertanya-tanya mengapa sesetengah unit atau institusi seperti ILHAM seolah-olah tidak menyerlah pada masa kini. Sebolehnya fakta sejarah bukan sekadar tinggal manuskrip untuk dibaca sahaja, tetapi yang baik-baik itu perlulah diteruskan. Pengkajian terhadap pemikiran tokoh-tokoh PAS seperti almarhum Dr Zulkifli Muhammad, almarhum Dr Burhanuddin al Helmy,almarhum Ustaz Fadzil Noor dan almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz perlu dijalankan kerana mereka bukan sahaja punya jasa kepada parti tetapi juga kepada negara.

Bahagian kedua iaitu 'Menjawab buku Menuju PAS Baru' lebih kepada membetulkan fakta-fakta sejarah yang terdapat dalam buku tersebut. Aku sendiri belum sempat meneliti buku tulisan Dr Mujahid itu (pernah jaa jumpa tapi belum sampai seru untuk baca ketika itu :P) dan tidak arif tentang idea yang dibawa, jadi belum layak untuk mengulas.

Cuma, bila membaca bahagian kedua dalam situasi kini, aku rasa jawapan buku ini masih boleh diperdebatkan. Mungkin hanya perasaan aku atau hurm...

Apapun, karya yang baik daripada Ustaz Riduan Mohd Nor, semoga budaya menulis dengan hujah ini makin subur dalam kalangan kita.
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
September 27, 2011
Erm!Sebagai lawan kepada Menuju PAS Baru Krisis, Peluang dan Dinamisme by Mujahid Yusof Rawa

Ini barulah Buku Bertemu Ruas dan harap-harap jangan jadi Ruas Tak Reti Malu!

Maknanya ini adalah jawapan atau sangkalan kepada segala persepsi baik atau pun buruk yang cuba diketengahkan oleh Dr. Mujahid.

Secara umumnya Ustaz Ridhuan berjaya sekurang-kurangnya memberi feedback kepada persoalan atau tanggapan pihak luar terhadap permasalahatan yang diketengahkan walaupun tidak seberapa FIRM.

Namun ini adalah satu permulaan yang baik di dalam Parti PAS itu sendiri, bagaimana sesuatu tanggapan/persepsi itu diketengahkan secara ilmiah juga diperjelaskan secara ilmiah.
Profile Image for Syafiq KZaman.
6 reviews6 followers
March 2, 2016
Ini buku pertama yang saya baca dengan komited dan atas kemahuan sendiri dan ketika itu sudah berumur 19 tahun, umur yang lewat untuk mula membaca Buku yang sarat dengan fakta dan angka membuatkan saya membaca banyak muka surat yang sama bahkan bab yang sama 2-3 kali untuk memahami apa yang hendak disampaikan penulis. Menghabiskan membaca buku pertama sangat nikmat, dan momentum membaca diteruskan sehingga kini.

Buku yang sangat menarik, walaupun saya sedar buku ini tidaklah menjawab buku Menuju Pas Baru dengan baik. Tetapi bacaan yang baik untuk mereka yang mahu mengenal sejarah perjuangan PAS.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews57 followers
April 23, 2011
Buku yang ditulis penuh dengan maklumat dari sumber-sumber dalaman. Buku ini dikatakan menjawab buku tulisan Mujahid Yusuf Rawa. Ia bukan sekadar menjawab tetapi sebenarnya memberi nilai tambah dan menyempurnakan tulisan Mujahid. Mujahid menulis dari sudut aktivis yang menyertai PAS di eraterkemudian. Penulis buku ini pula, Riduan adalah aktivis PAS yang telah ditarbiah dan dilatih sebagai kader PAS dari zaman pengajian lagi. Pandangan berbeza tetapi saling melengkapi inilah yang menambahkan rencah dan warna dalam gerakan Islam.
Profile Image for Hariz Said.
40 reviews2 followers
October 2, 2017
Bukan setakat menjawab buku Menuju PAS Baru..
Malah, menerangkan sejarah gerakan Islam di Malaysia. Setiap orang yang ingin mengetahui sejarah PAS dan gerakan Islam besar melalui naratif mereka yang terlibat secara langsung, haruslah membaca buku ini. Pada hari ini, jurang antara jemaah Islam sangat besar dan mengenali susur alur membenarkan kita memahami isu sebaliknya dan mencari jalan tengah. Buku ini 100% pandangan seorang ahli PAS yang berpengalaman dan berdasarkan dokumentasi dalam parti tersebut
Profile Image for Ismail Isman.
55 reviews3 followers
March 16, 2016
Buku yang sangat terperinci menceritakan segala mehnah dan tribulasi yang dilalui jemaah Islam bersimbolkan bulan ini. Sarat dengan liku-liku dari satu kepimpinan kepada kepimpinan Ulama. Allahu Akbar!
Profile Image for Nurul Amirah.
109 reviews4 followers
May 21, 2013
to those yang mahu or perlu kenal PAS,boleh la amek masa baca dan hadam betol-betol.
Displaying 1 - 10 of 10 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.