YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?
“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.” Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.
“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”
Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!
kisah indah, ryian, zarith. macam2 watak ade dalam ni.
indah yg dijaga nenek dia. dia tak kenal pun mak ayah dia. so satu hari tu, indah lari dari rumah tanpa nenek dia tau.
jumpa dgn suria yg baik hati nk tolong. dia taktau suria ni keje apa. indah ni sanggup je nk keje apa pun. konon ingat jadi waiter. rupanya kena jd gro.
indah jumpa zarith dekat kelab malam. zarith tu tiba-tiba cium pipi indah. dah zarith kena pelempang. sbb rasa dimalukan, zarith berdendam dgn indah. bila indah lari dr tauke kelab malam tu, indah kena langgar pulak dgn ryian (adik tiri zarith).
bila indah dgn ryian ni nak dekat kahwin sangat dah, mak indah dgn ryian ni datang bagitahu yg indah dgn ryian ni adik beradik. so tk jadi la kahwin.
zarith kena paksa kahwin dgn indah. mak zarith (umi badariah ni jahat) yg punya idea. dia nk kan harta indah, tu yg suruh zarith kahwin dgn indah. tp happy ending la.
Halid pemuda di kampung yang tolong dilarikan diri untuk mencari ibu. Ryian yang penyayang pula adalah abang sendiri. Ini hanya diketahui pada hari pernikahan mereka. Nasib belum bernikah! Zarith sangat menjengkelkan tapi dia yang dijodohkan untuk menjadi suaminya. Hidup mereka asyik penuh dengan pertengkaran lalu Zarith pergi meninggalkan Indah. Mulalah perubahan, datang rasa insaf dan cinta.
Mengisahkan Nur Indah yang dipelihara Jamilah, neneknya di kampung sejak Indah bayi lagi. Indah bercadang nak ke Kuala Lumpur untuk mencari ibu dan bapa kandungnya tapi dibantah nenek. Dengan pertolongan abang Halid, jiran rumah Indah maka berangkatlah Indah ke Kuala Lumpur tanpa pengetahuan neneknya. Indah mengikut Suria untuk cari kerja tapi dipaksa tauke kelab malam untuk jadi pelayan. Kekecohan berlaku bila Indah menampar Zarith, pelanggan tetap kelab malam kerana mencium pipinya. Semasa melarikan diri, Indah dilanggar kereta yang dipandu Ryian. Terpaksa Ryian membawa Indah pulang ke rumahnya kerana Indah pengsan. Cinta mula berputik selepas beberapa bulan Indah tinggal di rumah Ryian. Mak Siti, pembantu rumah Ryian serta Sofia, anak angkat Ryian juga jatuh sayang pada Ryian. Di hari pernikahan Ryian dan Indah, mereka terkejut bila diberitahu pak long Indah dan mak cik Rahayu yang mereka haram bernikah. Terbongkarlah rahsia yang sekian lama disimpan Rahayu. Zarith, abang tiri Ryian yang juga pengurus di syarikat Indah bekerja, mula fikirkan cara nak balas dendam pada Indah yang memalukan dirinya di kelab malam dulu. Keseluruhan jalan cerita boleh dikatakan menarik cuma penceritaannya agak perlahan. Kisahnya ada berulang-ulang dan agak meleret serta kekurangan emosi. Penceritaan yang kadang-kadang melompat isi cerita kerana penulis terlalu fokus terhadap apa yang ingin dipaparkan.