Novel ini mengisahkan seorang anak muda, yang bernama Nizam, semasa hidup kecilnya bertemu dengan seorang brader grunge yang menggelarkan dirinya sebagai Dave, sempena nama pemain dram Nirvana, Dave Grohl (walhal nama sebenar Daud).
Nizam mengenali Nirvana dari awal hidupnya, dan dari situ beliau mengenali band-band grunge yang lain, tetapi persekitaran yang konservatif membataskan minat beliau untuk muzik ini. Pada akhirnya, beliau berjumpa dengan Hafiz, kawan satu sekolah yang kemudiannya menjadi sahabat baik, dan pada hari Kurt Cobain mengacukan senapang patah, harapan Nizam untuk menjadi rock star dipendam dalam-dalam.
Lima tahun kemudian, Nizam bertemu dengan Hafiz, yang mempunyai rock band, lalu berkenalan dengan gitaris yang hidupnya misteri, Azlam. Azlam, selain mengajar muzik, dia juga mengajar erti kehidupan kepada Nizam. Satu peristiwa yang berlaku yang mengubah segalanya. Sekali lagi hasrat Nizam terpadam.
Sepuluh tahun selepas itu, sekali lagi mereka bertemu semula, kali ini mendapat jemputan bidan terjun untuk perform gig, apakah impian Nizam untuk jadi rock star akan setakat itu sahaja? Atau ini hanya permulaan semata-mata?
Entahlah ni buku Nami yang ke berapa (aku cenderung untuk panggil tulisan-tulisan sebagai buku dan bukannya novel), tapi seperti biasa – Bau Semangat Anak Muda – satu lagi buku tulisan Nami, seperti tulisan-tulisan dia yang sebelum ni, tak pernah gagal untuk buat aku seakan berada dalam dunia yang tersendiri. Walaupun buku kali ni tak seberat buku-buku sebelumnya (terutamanya Awek Chuck Taylor dan Lelaki Eksistensial), tapi somehow tetap juga ada kesan yang aku kira mendalam terhadap pembaca.
Persoalan orang tua ni memang suka buli / pukul budak kecil, persoalan pakcik baju biru yang suka tangkap anak muda, persoalan orang yang tiada keyakinan. Dan yang paling penting, persoalan persahabatan yang pada mulanya entah apa-apa dan dari siapa-siapa sampailah boleh masuk (sekepala) dan kepercayaan yang diberi juga diulas dalam buku ni.
Teknik naratif yang baik, plot cerita yang tersusun dengan peletakan watak yang tak terlalu serabut, dan seperti biasa – Nami muncul dengan perkongsian pengetahuan percuma tentang hidup seorang pemberontak dunia sekarang ini (pemberontak ideologi dan pemikiran). Aku rasa ada juga mereka yang tersenyum selepas membaca buku ni dan terkenang kisah lalu.
‘’Our little group is always been and always will until the end ‘’ – Kurt Donald Cobain
Sebenarnya buku ni tak kena dengan jiwa aku. Aku cuba mencari hala tuju buku ni. Aku mahu memahami apa yang cuba disampaikan disebalik perjalanan hidup Nizam. Disebalik segala kepayahan dan cabaran hidupnya, apa yang penulis cuba tonjolkan?
Mungkin mereka yang melalui scene hidup seperti beliau akan faham. Hehe.
Antara buku yang paling cepat aku pernah habiskan. Sebab nipis dan best. Latar masa yang sezaman dengan zaman aku yang membuatkan aku teringat kenangan-kenangan lepas. Aku bagi 3 bintang sebab terlalu nipis pada aku. Kalau nak buat nipis-nipis biar kena dengan harga.
Jalan cerita ada tapi aku tak nampak yang Nizam ini “lost”. Aku suka setiap teguran yang ada di dalam novel ini. Memang terbaik. Aku suka yang mengenai daulah tu.
Apa yang aku rasa best dan sempurna bila Nizam jumpa balik “idola-idola” dia sewaktu zaman kecil nya. Perasaan aku macam berbunga juga. Salah satu kenangan yang indah bila aku membaca scene tersebut. Aku pun rasa bahagia.
Buku ni aku baca setahun atau dua tahun lepas, tak ingat dah bila. Tapi aku baca tak habis. Terlalu berimaginasi, pengetahuan muzik terlalu lemah. Lihatlah tajuknya, tajuk lagu yang dimelayukan. Aku tak suka.
Mungkin buku ini bagus, tapi bukan selera aku. Atau mungkin aku bodoh.
Mula-mula Nizam 'lost' lepas band Paku Tekan pindah entah mana. Kemudian kematian Lam, entah kenapa kematian dia terus bagi effect sepanjang aku membaca. Mungkin ulang perkataan banyak kali fasal arwah Lam. Tapi ending menggembirakan lepas Nizam dapat juga jumpa band Paku Tekan masa gig👏
Comel sebab watak Nizam yang sangat determined nak ada band atas pengaruh band Paku Tekan.
Comel sebab dia tak lupa minat dia sampai dia realisasikan minat dia yang satu tu.
Comel sebab dia fokus sangat nak ada band sendiri sampai umur 27 baru sedar yang dia tu loner, takde makwe lagi padahal dah boleh tahan tua.
Comel sebab dia jaga kawan-kawan dia. Bila Lam gaduh dengan Hafiz dia cuba sejukkan hati Lam.
Buku ni tak berat sangat berbanding dengan Lelaki Eksistansial ataupun Bayang. (ACT bagi aku tak berat sangat) Tapi seperti buku-buku Nami yang lain aku masih lagi dapat sikit pengetahuan. Tak pernah tahu pun cara nak kira oktaf tu berdasarkan berapa kali seseorang tu boleh do-re-mi-fa-so-la-ti-do.
Start baca jer gua dah gelak sakan. Taktau pebenda yang lawak sangat tah, mybe part masa zaman kecik kecik jalan kaki balik rumah macam balik johor tuh kot. Lulz.
Sedih jugak lah masa Lam meninggal. Kalau aku hati kapas nangis dah kot. -.-
Penat imagine Kamelia kot bercinta dengan Nizam ke mende lepas pas number phone. Hampaa betei
*macam dah bole hapal kisah yg kena pindah rumah nenek kena libas bagai tuh. sama macam dalam ACT. hihi
Sejujurnya gua rasa boring masa muka surat awal tapi the story gets better every time you turn to the next page. Serious tak tipu. Because you can't predict what's going to happen next. Dengar tajuk pun kita dah tau mesti pasal dakdak muda. Yang baru nak kenal music. Baru nak kenal Nirvana. Up sikit, try belajar main gitar. Hipster sikit, pergi gig. Last stage is buat band sendiri and perform dekat gig. Separa sedar, bila dah sampai muka surat akhir-akhir tu aku tersenyum :)
Matinya Azlam sama sedihnya macam matinya Kurt Cobain. Tahun 2001-pembunuhan beramai ramai terhadap muzik underground. Tapi pesan Cobain, our little group is always been and always will until the end. Memang penuh dengan bau semangat anak muda. Cobb nobbler itu loser rupanya tapi Nami Cobb Nobbler itu novel-trend-setter. Tabik!!
karya indie nukilan pertama nami yang dihayati.. tema dan rangkaian falsafah cerita yang agak mirip karya karya indie indonesia.. seperti karya leila s chudori, ratih kumala dan laksmi pimukcak.. meski mutu tatabahasanya yg sedikit mengecewakan.. karya ini mendatangkan aliran semangat terutama pada anak muda
Ape yg aku suke baca buku Nami ni ialah mmg kena la ngn jiwa n zaman aku..setiap kali baca buku die mmg terkenang zaman budak2 dan remaja dulu...buku ni mmg kena la ngn budak2 underground zaman 90an dulu...xrugi baca woo...mmg terbaek la dari Nami...
satu karya yg dikatakan amat mnarik. sbb dalan karya ini mnekan apa yg ada pada fikiran seorang anak muda yg ingin kn lain dr yg lain. kisah akan prjalan seorang yg meminati musik grunge dan ingin kn ssuatu dlam hdup. satu krya yg mmbri smngat pada anak muda.
Better than expected. Especially love the quotes at the beginning of every chapter. Some things in the story struck a chord in me. Typical Malaysian situations/scenarios I guess.