Mat Jan, penulis blook kelakar Jongkang Jongket, datang lagi! Kali ini dengan blook yang lebih kelakar, Caca Marba. Blook ini bukan sahaja menghimpunkan entri-entri terpilih bloh Mat Jan dari tahun 2002 hingga 2008, malah turut memuatkan cerpen beliau yang belum pernah terbit dalam mana-mana antologi cerpen Sindiket Sol-jah. Bagi peminat tegar blogger (pencen) Mat Jan, Caca Marba sesuai untuk mengimbau nostalgia silam anda; jadikan ia koleksi simpanan abadi. Manakala bagi generasi baharu pembaca blog, blook Caca Marba menjanjikan lawak malar hijau yang tak lekang dek gunung berapi, tak lapuk dek tsunami.