Jump to ratings and reviews
Rate this book

Jerebu

Rate this book
' Dicari kebenaran di sebalik kekaburan...'

Jerebu
Dia kembali menagih atmanya yang hilang... Membuahkan ria, pilu, gusar dan curiga melihat pulangnya perantau. Dia tegak bersama asuhan dan arus budaya yang songsang... berjuang, memperjuangkan keadilan di tanah airnya yang songsang, lalu bergelut dalam kemelut yang menjerat...

“ Hidup kita bukan atas impian dan keinginan kita semata-mata. Kita masih hidup bersama orang lain... Mungkin sebelum ini aku juga mempunyai impian dan keinginan untuk bersama kamu. Ya, begitulah sejak pertemuan semula kita, aku sudah membina impian itu. Tapi baru sekejap tadi, segala-galanya hancur. ”



Ilustrasi Kulit : Fazrul Arhan

Cetakan Pertama : 1994
Cetakan Kedua : 1995
Cetakan Ketiga : 2000
Cetakan Keempat : 2001
~

326 pages, Paperback

First published January 1, 1994

16 people want to read

About the author

Abdul Talib Mohd Hassan

36 books25 followers
Abdul Talib Mohd Hassan (lahir 11 Oktober 1947) merupakan salah seorang penulis novel Malaysia.

Bapanya, Mohd Hassan bin Ali merupakan bekas pegawai Jabatan Laut. Beliau adalah anak sulong dari tujuh beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Laki-laki Teluk Intan (1955-1957). Beliau kemudiannya menyambung pengajiannya di sekolah Rendah Anglo-Chinese, Teluk Intan (1958-1960), sebelum meneruskan pengajiannya di sekolah Menengah Horley Methodist, Teluk Intan (1960-1965).

Selepas itu beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Harian, Teluk Intan, dan pada masa yang sama belajar secara sambilan dan lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM/MCE) pada 1969. Setelah tamat kursus, beliau kemudiannya mengajar di Sekolah Kebangsaan Spang Loi, Johor.

Antara karya-karya;
(1989) Warisan, Wajah- wajah di pelangi
(1990) Jelaga, Cinta Semalam, Primadona
(1991) Pelarian, Bebayang Ungu, Mimah, Mega-Mega,Sinar di Sebalik Kabus, Destini Kasih, Ika, Airiani
(1992) Di Rahang Sumpah.
(1993) Sutera dalam Lukisan, Saga Dua
(1994) Jerebu
(1997) Khailee
(2001) Saga Tiga, Kompilasi Destini Kasih, Kompilasi Sekuntum Bunga Sena.
(2005) Diari Hati

Abdul Talib Mohd Hassan, Abd Talib Hassan, Talib Hassan, A Talib Hassan, al-Taha

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (23%)
4 stars
7 (33%)
3 stars
7 (33%)
2 stars
2 (9%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 4 of 4 reviews
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,550 reviews41 followers
November 17, 2019
Kisahnya berkisar sang perantau yang kembali ke kampung selepas 15tahun. Tujuannya, selain mencari pedoman Keislaman dan jati dirinya yang malap, serta mungkin juga untuk menyahut cabaran Prof Rothenberg Si Yahudi yang hujahnya sering melentok ke arah meninggikan Islam dan mengecam ketidakadilan Barat malah Kau nya sendiri, ialah untuk mencari Noi. Noi yang kali Terakhir ditemuinya waktu berumur 15tahun, 15 tahun dulu. Nantinya Arief bertemu semula dengan Pak Uda yang begitu mesra terhadap ya, Majid yang banyak mulut besar kesetiaan. Nantinya Arief berdepan dengan kerakusan politikus kampungan, anak Datuk yang merasakan dirinya sempurna, berita-cita besar bermoral kecil. Nantinya Arief berjumpa kembali dengan Noi nya. Noi yang bukan lagi murni, tidak Sama dengan yang dulu. Sebenarnya Arief tidak hairan dengan tanda kotor yang dipalit pada Noi oleh orang kampung, oleh sesiapa pun. Dia mahu memperisterikan Noi, tetapi keadaan tidak mengizinkan.

Bagi saya kisah Arief Budiman amat menarik, wataknya begitu praktikal, persekitarannya saya suka. Sayangnya zaman kanak-kanak tidak lama. Terbayang Desa permai dengan kanak-kanak riang berkubang. Bila dewasa menjengah, pilihan jadi lebih kritikal. Hanya mereka yang berjiwa besar, berhati mulus, jujur ingin menegak keadikan, tidak mahu menyerah kepada nafsu, yang hidup nya jadi kurang tekanan.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
August 11, 2014
aku suka saja dengan novel ini. suka banyak! permulaan kisah apabila Arief Budiman bertemu dengan Joanna Rothernburg dan Joanna menukar panggilan namanya menjadi Ariel Budman. sampai terikut2 ahli keluarga Rothenburg dgn nama baru Arief tu.

15 tahun Arief tinggal di rantau orang akhirnya dia kembali ke tanah air. beberapa hari dia pulang ke tanah air terus dia ke kampung mencari bapa saudaranya pak uda so'ed. kepulangannya tu membuatkan mak uda jamiah tidak sedap hati.

macam2 perkara yg berlaku. lagi2 apabila dia cuba mahu memasuki dunia politik dengan menewaskan hamidi tunang kpd sepupunya sendiri, Raihani (Ehan). kepulangannya bkn kepulangan kosong, bkn juga krn kepingin sgt utk msk ke kancah politik melainkan utk mencari sesusuk manusia yg dirinduinya. ok part ni aku touching byk. betapa agungnya cinta Arief kpd cinta-masa-kecilnya seorang gadis bernama Noi. Arief pandai, bijak, anak org kaya tetapi mnyukai gadis kampung spt Noi. Noi yg tidak berpelajaran tp Noi baik, Noi cantik. Noi hanya itu nama yg dia tahu. lain2 mengenai Noi tiada dlm rekod sel2 otaknya.

yg penting ending dia aku suka. sangat!! weee
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
March 24, 2011
Arief Budiman

Persepsi individu/kelompok masyarakat terhadap agama, politik, kekeluargaan & kasih sayang.
Sanggup berkorban asal hajat tercapai - hingga ada yang sanggup menggadaikan maruah diri/keluarga/agama.
Apa yang nampak di mata itu kadangkala punya banyak cerita suka/duka di sebaliknya.
Displaying 1 - 4 of 4 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.