Jump to ratings and reviews
Rate this book

M.A.I.D.

Rate this book
Pengembaraan Noorul ke alam yang serba baru bermula semenjak menjadi pembantu rumah di penthouse mewah seorang lelaki kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang cerewetnya mengalahkan nenek kebayan. Oleh kerana sifatnya yang cerewet itu, Noorul menggelar Harris Mr. F. Kenapa F, bukan G atau H? Kerana F itu adalah untuk ‘fussy’ atau di dalam bahasa Melayunya cerewet! Semua yang Noorul lakukan sentiasa mengundang tengkingan dan jelingan tajam Mr. F.

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, entah bagaimana mereka boleh makan semeja. Semakin lama Noorul mengenali Mr. F semakin banyak pula sebab yang dia temui untuk mencintai lelaki itu.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa dinikahkan. Gusarnya hati, Allah sahaja yang tahu kerana dia tidak pasti sama ada Mr. F boleh menerimanya sebagai isteri atau tidak. Noorul mula berteka-teki sendiri tentang siapa dalang di dalam penyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?

753 pages, Paperback

First published April 1, 2011

190 people are currently reading
2694 people want to read

About the author

Suri Ryana

9 books386 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
1,121 (53%)
4 stars
548 (26%)
3 stars
286 (13%)
2 stars
94 (4%)
1 star
46 (2%)
Displaying 1 - 30 of 87 reviews
Profile Image for Mslvoe.
2,073 reviews200 followers
December 19, 2012
M.A.I.D made me grin ear to ear!

Best giler tahap gaban buku nie. Kudos to Suri for the GREAT story.
Photobucket

Frankly, mmg susah nak stop smiling. Tersengih² cam kerang busuk sampai mama curious. Happy je tgok sha tgelak, tsengih, tsenyum.
Photobucket

Harris and Noorul are sooooo cute! Second characters Iman & Haikal pun best. I was not disappointed. Loved it.
Photobucket

Cuma ada part yg kurang best, mendatar tapi sebab Harris and Noorul pasangan adorable, sha tetap layan.
Photobucket

Recommended! A keeper :-)
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,035 reviews377 followers
September 20, 2013
Cerita ni sangat adorable macam romantic-comedy drama Korea. Harris is the typical korean hero yang asyik-asyik nak marah and sombong. Noorul pulak seorang gadis muda yang hardworking, baik hati tapi cepat gelabah. Overall, N rasa cerita ni agak santai and agak mendatar and the conflict pun kecik jer and only happens towards the end of the story.

Cuma yang buat N agak disappointed is the conflict is sangat cheesy and typical and so is the resolution. N rasa kalau takda conflict tu at the end pun takper sebab the conflict happens and resolve all in 100 pages. And it's not so much of a conflict but rather a misunderstanding yang ditimbulkan oleh Elisa, menantu pilihan mak Harris.
Profile Image for Wan  Farahana.
91 reviews22 followers
December 24, 2019
Buku ni dah baca tahun tak ingat bila. Tapi kenapa terlepas pandang untuk bagi bintang-bintang di angkasa. Baca balik bulan ni sebab gian nak membaca. Buku yang masih menarik untuk dibaca. :)
Profile Image for Fira.
37 reviews5 followers
July 22, 2011
mula-mula baca aku tergelak sebab aku dapat agak cerita dia seperti novel/drama Melayu.
Macam dah biasa sangat baca cerita-cerita macam ni.
Tapi teruskan juga baca sebab otak aku ni dah terlalu tepu sebab dah lama tak menghadap novel.
Lagi-lagi novel yang best selepas Baju Melayu Hijau Serindit.

Selak dan baca helaian demi helaian, bab demi bab, walaupun sangkaan aku tepat tapi aku tetap suka cara penceritaan dan penulisan novel ni.
Serius dah rasa macam orang gila bila gelak sorang-sorang menghadap novel ni. Hahaha.
Best! Tak sabar nak habiskan bacaan...

review ada di sini http://waleedahyaya.blogspot.com/2011... :)
Profile Image for Hazzy.
78 reviews4 followers
July 23, 2021
Baru je baca novel ni, agak ketinggalan jugak.

Rasanya biasa² je novel ni takde konflik meruntun jiwa, cerita cinta pun biasa je. Berulang². Penghujung bab pulak meleret sikit. Skip jugak a few pages.

Setting drama ni teringat dekat lagi satu novel yg lagi saya suka baca.
2 reviews
January 20, 2014
It's very interesting. Suka sangat bila diorang dua berkelahi. dapat imagine kat dalam otak :D
Tak dapat berhenti senyumm macam orang gila. Mummy n Papa pun heran semacam senyum soramg2. fikir anak diorang ni dh jatuh cibta.

Memang jatuh cinta tapi kat HARRIS :D
Profile Image for Tinana Hmb.
215 reviews8 followers
May 16, 2018
Saya suka. Jalan cerita simple, semua positif dan baik-baik belaka. Memang khas untuk drama layaknya.
Profile Image for Syuhadah.
29 reviews7 followers
September 10, 2012
Hmmmmm, aku rasa aku suka jalan cerita novel ni. Aku suka Harris tu manja-manja dengan isteri dia. Aku suka hubungan kawan yang sangat baik dan rapat antara Noorul dan Iman. Aku suka sikap Haikal yang sangat memahami Noorul.

Novel ni aku dah beli lama. Eh, kakak aku yang beli (tapi dia tak baca pun, aku yang tukang baca). Rasanya dia beli novel ni kat pesta buku selangor 2011. Tapi, tahun ni baru nak baca. Kakaka. Banyak jugak kejutan dalam cerita dia. Cerita Noorul kena fitnah, pastu kena kahwin dengan Harris yang cerewet tu. Mulanya memang aku dah agak yang si Harriz ni memang ada suka sikit kat Noorul sebelum dorang kena fitnah, aku jangka yang Harris ni mula suka Noorul time dorang jadi majikan dan orang gaji apa semua. Rupa-rupanya, lain yang aku syak lain aku tahu.

Well, bagi aku, keseluruhan jalan cerita ni best!
230 reviews4 followers
November 24, 2013
Tajuk ceritanya yang menarik perhatian saya. Pada ketika itu, saya sedang mencari sesuatu yang lebih santai untuk dibaca berbanding buku-buku yang lebih berat yang saya biasa baca. Sememangnya buku ini mempunyai gaya yang santai. Terlalu santai, saya tidak berkenan dengan gaya bahasanya. Walaupun ada adegan dan dialog yang melucukan, saya rasa kelucuan itu masih boleh diketengahkan dengan bahasa yang betul. Jalan cerita pula agak stereotaip - saya sudah agak dah apa yang akan berlaku. Tiada apa-apa yang istimewa tentang buku ini. Saya lebih suka buku-buku hlovate - sayangnya tidak ada ramai penulis sepertinya.
Profile Image for Lisa Juhari.
1 review
March 20, 2023
Pernah baca novel ni tapi tak ingat tahun bila. Sebab cerita seronok dan asyik kering gusi je dibuatnya, saya habiskan kalau tak silap kurang dari 3 hari. Memang sangat dialukan baca novel ni kerana jalan cerita yang tak bosan, penuh warna-warni, watak-watak cliche tapi menarik dan lawak memanjang 👍
Profile Image for Nabilah Izzati.
29 reviews
November 11, 2025
Cerita ni lama dekat shelf saya, tapi sekarang baru rasa nak baca. Cerita yang cliche dan straightforward. Boleh la untuk pembacaan yang santai2, tak ada perasaan rushing nak habiskan bacaan. Sesuai untuk dibaca selepas membaca buku yg ada heavy plot. Tetapi tak boleh baca malam2, memang tertidur la jawabnya...
154 reviews2 followers
August 19, 2018
Ok je cerita ni, bolehlaa paham kenapa ramai suka, straightforward lagi senang dihadam (macam fast food laa kut) - tu laa pasal cerita ni mudah nak diadaptasi ke live action agaknya - konflik pun (hampir) takde langsung, jadi boleh baca laju2 (komen pun boleh laju2, haha!)

32 reviews2 followers
December 13, 2019
jadi MAID di rumah orang kaya untunglah....hahahaha..novel pertama penulis yang saya baca..habis saja baca novel ni, terus mencari novel yang lain...serius i terhibur membaca...
1 review
November 15, 2020
Aku nonton drama nya berulang kali,bener2 bikin baper berkepanjangan,acting ny jg natural banget..love2 sama couple mr.F and noorul❤❤❤❤,ada yg py novel nya?bisa pesan dimana?atau ada di aplikasi ini?
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
May 17, 2013
Novel ini memang sudah lama duduk dalam my bookshelf; novel yang dihadiahkan kepadaku sempena anniversary aku dengan si dia yang ke 7 tahun. Nasib he gave me this novel sebab it stays on my top 10 often read list.

M.A.I.D merupakan novel pertama Suri Ryana. Percubaan pertama yang cukup hebat. Ia menceritakan tentang kehidupan seorang penggangur yang mendapat kerja baru sebagai pembantu rumah kepada seorang anak Tan Sri yang sangat cerewet.

I remember when I first read this novel, my first expression after SR memperkenalkan watak utama lelaki ialah she must be an avid fan of Korean Drama. Perwatakan dan fizikal watak lelaki similar of those typical Korean hero; handsome, cerewet, pemarah and merungsingkan. Watak heroine pulak seorang yang clumsy, penakut, tak tau memasak and macam-macam lagi, tapi then halfway, somebody mentioned that she looks like Fazura. Lawa tu...

I can say that this story is cliche tapi I do love reading this sort of story; isu yang diketengahkan is not to heavy, dan cara penulisan Suri Ryana kena dengan jiwa I. When I mention a story being streotype, I don't mean it as a bad thing. Menulis typical story, tak semestinya novel itu boring... cuma tema yang dibawakan adalah yang sering ada dalam novel-novel sekarang; it really depends on the author's delivery to make it interesting. I, for one thing, is an avid fan of streotype novels.

Pada mulanya, Noorul seperti a person yang tak tau berbahasa Inggeris... tapi setelah kahwin dengan Mr. F, dia macam seorang yang fasih berbahasa Inggeris. Semasa first time I baca this novel, I did think watak Noorul ne tak consistent. I did not care about this when I re-read this novel lagi tapi semasa I read lagi yesterday, I tried to read every dialogue si Noorul and I found most English words yang dia pakai are those yang simple aje... and if I'm looking past the inconsistency, I say that she might pick up few words or phrase from the dictionary she bought semasa dia nak tau makna satu perkataan yang Mr. F said to her (tak ingat...).

I love the story between Harris and Noorul, and I love that the author also develop the relationship/story between Iman and Haikal. Also, part yang I paling suka ialah persahabatan di antara Noorul dan Iman.

I also like the end part with little Mr. F and Miss T. Rasa-rasanya, Suri Ryana could develop another story from this... hehehe.

Despite being a streotype novel, I still think this is one of the best Malay novel I've read. Highly recommended!

Sinopsis:

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf ? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berrhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip' ?
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Sangat menarik. Even dia ni muda, dia tak malu nak kerja sbg maid. Walaupun sbg maid yang tak pandai masak. Mengemas je tip top. Miss that bila diorang pakai sticky note je bila berkomunikasi. Cute pun ada.

Ps: Tapi aku pernah baca ada komen kat blog manatah yang tak setuju, cerita watak perempuan novel sekarang yang prefer jadi orang gaji dan lastnya kahwin dgn org kaya. Cam takde cita-cita. Well, sebenarnya I don't mind. Okey wat...sesekali nak juga cerita fantasi ala cinderella. tak semua pembaca berpelajaran tinggi ye dak. We can only dream, far fetched dream gitu...rated 4/5. enjoying story. should try.
Profile Image for Neen.
21 reviews1 follower
June 7, 2015
it's a good thing they made a drama based on this novel. i have all the books written by Suri Ryana and this novel is one of her novels that i really love. i read this online at first but the chapter wasn't complete. months and months i tried to find this book till i called the publisher and whatsapped the person. when i found the book at the bookstore, without hesitating i go straight to the counter and pay. it is such a nice book!!! those who haven't buy the book you guys need to go and read it. trust me its worth it!!!! kahwin paksa cerita ni memang best! tak rugi pun beli you alls! plot dia semua best best!
Profile Image for Xin Ya Jian.
402 reviews36 followers
June 18, 2016
First and foremost, SyaSya jatuh hati dengan cover buku ni yang cantik and menarik + tajuk. TAJUK! Fuuuu...tak pernah lagi ada tajuk maid. Memang tersangkut and terus jer SyaSya ambik and baca sinopsisnya. Nasib baik ceritanya menarik. Berbaloi SyaSya spend my money for this book.

Watak yang paling SyaSya suka? Of course Harris and Noorul. Both of them, ohhhh sooo adorable! Can't stop smiling bila SyaSya baca. Watak Harris yang sombong and berlagak tapi dalam hati penuh taman digandingkan pula dengan Noorul yang blur and cepat gelabah. Memang tiptop!

5 stars for this book. Good job, dear author! Thumbs up.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 27, 2014
Fun read pasal topic tak berat sgt. Normal moving plot about love.. Yg paling best aku sempat argue ngan librarian sebagai penguna i require novel yg sempurna.. so akak librarian tu kena cari seluruh pelusuk pulau Singapura ni untuk dptkan novel ni untuk aku. Thanks Kakak. tu dia aku delay nak abis baca. Neways, life's a fairytale for Noorul & Harris depicted in the most sweetest way possible by Suri Ryana.
Profile Image for Nanadhoi.
438 reviews45 followers
January 31, 2013
harris dan noorul.
noorul pembantu rumah.
harris tuan rumah yang digelar mr.F,
atau mr.fussy diberikan oleh noorul sendiri.

sama macam cerita melayu yang lain.
tapi at certain part ada jugak yang buat aku tersengih.
banyak kali jugaklah aku tersengih sorang-sorang bila baca buku ni.
untuk bacaan santai bolehlah baca novel ni.
4 reviews
August 9, 2014
Best giller tahap tak tau nk ckp kak Suri !! Mula2 bli ingat x bes , dh biasa novel yg nnti hero tu suka bibik dia , tp ni LAIN DR YG LAIN !! memang UNIK tk sama mcm novel yg sy pernah baca seblom . . Idea yg sgt kreatif ! Santai & bes !! Lg satu ada part lwk ..Novel pertama yg boleh buat sy gelak. .. ~~ haha lwk menjadi . Byk senyum2 sorang2 . haha
12 reviews
May 6, 2015
selepas membaca KIMCHI UNTUK AWAK,terus ku pinjam novel sepupu yg bertajuk maid ini.nyata karya pertama suri ryana sekali lg menepati taste aku.tegasnya mr f dan kelam kabutnya si noorul berjaya buat aku tak tidur ssemalaman.walau pun dah baca tetap mahu membelinya utk koleksi peribadi sebab novel ini tidak harus di baca hanya sekali.mesti ulang lagi.oh my mr f!!!
Profile Image for Zuraimah Ismail.
31 reviews6 followers
April 18, 2012
ahahahahah saya sungguh berangan masa baca buku ni. ceritanya amat la sweeeeet walaupun part jahat tu la x la jahat sangat...tapi saat-saat romantik Noorul & Harris tu mmg saya suka la sangat....nak baca lagi dan lagi dan lagi....:)

Displaying 1 - 30 of 87 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.