What do you think?

Hani
Ummu Hani seorang yang periangdan cemerlang dalam akedemik dan kokurikulum. Bagaimanapun, sebelum menghadapi peperiksaaan SPM, Ummu Hani yang selalu sakit kepala dan pening telah disahkan mengidap ketumbuhan otak. Dia perlu menjalani pembedahan otak tetapi doktor meramalkan bahawa dia akan menerima satu kesan sampingan-menjadi buta! Berita itu umpama hukuman mati kepadanya dalam menggapai cita-cita dan mengejar cintanya. memang, doktor bukan Tuhan, tapi mampukah Hani menghadapi semua cabaran?
403 pages, Paperback
First published January 1, 2011
Ratings & Reviews
Friends & Following
Create a free account to discover what your friends think of this book!
Community Reviews
Displaying 1 - 6 of 6 reviews
June 10, 2022
Seiring dengan sinopsisnya, begitulah yang diharapkan.
Ketika penglihatannya ditarik, dia tidak dapat menerima takdir. Siapa dapat, bukan? Tujuh belas tahun hidup melihat, tiba-tiba, dia terpaksa hidup membuta.
Namun, kuatnya Hani, dia mecari hikmah di sebalik ujian yang diterima. Di sebalik butanya Hani, dia mampu menghafaz hampir keseluruhan al-Quran dengan begitu lancar. Kurangnya melihat bermaksud kurangnya dosa pada mata.
Ahli keluarga Hani pula sangat menyokong dan menyayangi Hani. Antaranya ialah apabila si ayah melarang memasang televisyen apabila Hani berada di rumah. Sangat menghormati Hani. Ibunya pula, sanggup ingin mendermakan sebelah matanya demi anak gadisnya. Betapa kasih ibu yang tiada ternilai.
Butanya Hani, dia menjadi seorang insan yang lebih baik. Mengejar impian dan cita-citanya adalah yang paling utama, dan kini, cita-citanya itu ialah Akhirat. Dan pada akhirnya, dia dapat apa yang didoakan -- meninggal dunia di Tanah Haram.

May 16, 2011
Sejujurnya saya mengharapkan yang lebih lagi, barangkali recovery period untuk Hani setelah pembedahan yang dilakukan. Sudah pasti, itu akan menjadi value added untuk sebuah novel yang dilahirkan dari drama di TV. Walau bagaimanapun, syabas saya ucapkan kepada penulis!
January 18, 2013
Jalan cerita yang lancar dan tidak membosankan. Kasih sayang keluarga dan sahabat sememangnya penting untuk memberi semangat untuk meneruskan kehidupan. Allah tak akan membebankan hambanya diluar kemampuan hambanya. Best tp sedih....huhu 5*
October 24, 2021
Sebuah karya yang sarat dengan pengajaran. Mengisahkan perjalanan Hani yang kehilangan penglihatan ketika berusia 17 tahun.
Bukan mudah untuk menerima sesuatu kehilangan. Namun, kita harus menerima ketentuan takdir dan meneruskan kehidupan.
Bukan mudah untuk menerima sesuatu kehilangan. Namun, kita harus menerima ketentuan takdir dan meneruskan kehidupan.
April 26, 2012
Tengok movie lagi best
Read
July 26, 2013Pengakhiran yang menimbulkan sebak dalam hati. Tahniah kak!
Displaying 1 - 6 of 6 reviews