Ceritera I : Wajah Ketiga - Nasron Sira Rahim
2 kes pembunuhan yang berlaku di Kedah, telah menggemparkan seluruh negara. Mangsa di bunuh kejam, malah pembunuh telah menghantar surat kepada media untuk 'memberitahu' kewujudan mangsanya. Tiada persamaan antara dua mangsa, dan pembunuh turut meninggalkan kertas teka-teki untuk diselesaikan oleh pohak polis. Dan, pembunuhan ketiga yang berlaku di Mentakab, Pahang telah membuatkan INspektor Ridzuan dan Inspektor Faiz bergabung untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini.
Saya kira ini adalah spin off dari novel Nama Atas Kertas (saya belum baca). Tidak dijangka, permulaan sudah dihidangkan dengan sebuah kisah pembunuhan, tak sepadan dengan cover buku yang nampak 'lembut' dan sejuk mata memandang.
Kali pertama membaca karya penulis, namun terus teruja dan terasa ingin memcari buku-buku lain penulis. Sebuah thriller yang disusun cantik dengan gaya bahasa yang baik, namun masih berjaya menimbulkan rasa ngeri. Walaupun tidak banyak misteri yang diketengahkan, namun tetap memeningkan pembaca.
Tidak puas, itulah reaksi saat di tiba di muka akhir. Masih banyak misteri belum terbongkar. Memang wajib mencari buku penulis.
*rating : 4.5*
Ceritera II : Dia, Dalam Ramai... - Syed
Bagi Sufiy, sejak terserempak dengan mamat baju biru itu, dia sering datang awal, setiap Rabu jam 8.30 semata-mata mahu berjumpa dengan lelaki itu. Dan, tanpa sedar, Ameer juga perasan kehadirannya. Tahun berlalu, Sufiy masih ingat akan lelaki itu, namun wajahnya samar-samar. Tapi, ramai orang kata, kadang-kadang perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita..
Sebagai peminat Syud, dan memang sudah serasi dengan kisah 'kawan-kawan' saling berkait ni, memang sudah dapat mengagak jalan ceritanya. Santai saja, tidak banyak konflik diketengahkan. Ada pun berjaya diselesaikan sebaiknya. Dan, pengakhiran yang mudah tapi berbekas di hati pembaca.
Cumanya, mungkin terlalu santai agak sedikit bosan dipertengahan cerita, sebelum Fakhrul kembali. Saat itu, jalan cerita jadi makin menarik.
Dan, seperti biasa, ada memori yang tergamit, ada lucu mencuit. Banyak babak yang terasa dekat dengan diri, terutama apabila mengimbau kenangan persekolahan.
*rating : 4.2*
Ceritera III : Ada & Evan - Pingu Toha
Ada dan Evan mahu dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing, dan tentulah mereka katakan tidak kepada kahwin paksa! Dan, email menjadi perhubungan mereka untuk saling meluah dan merangka alasan. Maka, terciptalah tekad untuk masing-masing mencari bahagia sendiri, sebelum deadline!
Antologi ini diakhiri dengan sebuah kisah yang simple, sweet dan begitu santai, tapi masih memberi kesan kepada pembaca. Suka dengan keterbukaan dan cara perhubungan mereka melalui email, tanpa pernah bersua muka - menjadikan mereka tanpa segan silu meluah rasa antara satu sama lain.
Entah, tapi sangat senang membaca kisah ini... seperti ada selimut bulu yang menyelubungi di kala kedinginan, warm & cozy.
*rating : 4.5*