Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?
Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
“Sufiy.”
“Ya?”
“Nama saya Ameer.”
“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”
Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?
Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.
Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?
TINTA membawakan 3 kisah yang amat berbeza dari 3 penulis yang mempunyai gaya penulisan yang tersendiri.
Ceritera I : Wajah Ketiga - Nasron Sira Rahim
Dibaca pada 2 Mei 2014
3 bintang
Sebuah kisah thriller yang sangat terperinci. Terasa seperti menonton CSI atau NCIS di mana setiap pergerakan dan penyiasatan diterangkan satu persatu. Banyak ilmu pengetahuan tentang hal-hal berkaitan penyiasatan yang dimasukkan.
Kisah mengenai pembunuhan ngeri seorang lelaki di sebuah banglo terpencil di Mentakab. Modus operandinya menyerupai dua kes pembunuhan sebelum ini yang dilakukan oleh ' Pembunuh Obituari' di mana mangsa dibunuh dengan cara menikam di tengah lehernya.
Kedua-dua kes sebelum ini berlaku di Kedah dan dikendalikan oleh Inspektor Faiz. Dan dia diminta untuk membantu Inspektor Ridzuan menyiasat kes ini yang berlaku di Pahang. Hasil kerjasama mereka berhasil apabila berjaya menjejaki pembunuh dan juga motif sebenar kejadian ini.
Apabila manusia dikuasai nafsu dan menjauhi agama, maka senanglah bagi syaitan untuk menjalankan misinya menghasut anak-anak Adam. Dua situasi yang hampir sama, tapi bila ditangani dengan pendekatan yang berbeza, begitu jelas menghasilkan pengakhiran yang berlainan.
Ceritera II : Dia, dalam Ramai - Syud
Dibaca pada 28 April 2014
4 bintang
Ya, saya memang beli buku ni sebab Syud...hehe...
Siapa sangka, 'dia' yang dalam tak sedar dicari dan ditunggu sejak 4 tahun lalu rupanya berada berdekatan sahaja.
Pertemuannya dengan lelaki berkemeja biru pada setiap hari Rabu ketika menunggu lif selama 3 bulan mendetikkan satu 'rasa' yang tak difahami Sufiy Suraiya. Tak pernah bertegur sapa, tak pernah melihat dia dengan jelas ( sebab Sufiy menunduk saja sepanjang perjalanan lif itu) tapi ada satu perasaan yang sukar digambarkan bila dia berdekatan dengannya, malahan menaikkan semangatnya dalam pada jiwanya terluka dengan perlakuan Fakhrul.
Ameer juga tercari-cari gadis yang ditemuinya dalam lif setiap hari Rabu 4 tahun yang dulu. Wajahnya tidak dapat dibayangkan, tetapi 'rasa' yang hadir itu dan sepasang mata yang jernih masih tidak dapat dilupakan, biarpun 4 tahun telah berlalu.
Rupanya... anak Cik Nab dan anak sulung Cik Siti yang tidak mereka sedari kewujudan masing- masing selama ni...adalah 'dia' yang sentiasa dicari dan ditunggu. Dah jumpa...masing-masing mulanya cuba menidakkan rasa yang ada di dalam hati. Tapi, bila diberitahu oleh emaknya yang anak sulung Cik Siti tu dirisik orang, perasaan kecewa tu tak dapat dibendung sehingga keluarga dan rakan-rakan perasan dengan perubahan sikapnya.
Tapi....
"...kiriman SMS seterusnya adalah daripada Ameer di Kota Tinggi..."
"Dedikasi adalah untuk Sufiy Suraiya..."
"...untuk Sufiy Suraiya yang juga dari Kota Tinggi. Dengan ucapan, kupendamkan hasrat hati yang mencintaimu, kerana kutakut untuk terus terang. Setiap hari aku tatap wajahmu, lidahku kelu dan membeku. Tetapi sinaran sepasang matamu, buat aku semakin rindu. Sufiy, di sini abang setia menunggu."
Azril (dia pun kawan Ameer) yang terdengar dedikasi ni siap berhentikan kereta tepi jalan sebab nak gelak. Tapi...serius lawak...haha. Kalau saya dengar pun sure guling2 gelak.
Sebenarnya, dedikasi tu adik Ameer yang hantarkan, sebab tengok abang dia tak tentu arah bila sebut pasal Sufiy. Kiranya nak tolong sampaikan hasrat hati la kot :D. Dua- dua Ameer dan Sufiy tak dengar pun, tapi tahu lepas kawan2 yang dengar ni bagitau.
Tapi, sebab lagu tu juga la (lagu Dayangku Intan - Semakin Rindu Semakin Sayang) akhirnya mereka berani meluahkan rasa hati yang selama ni dipendam.
Sweet sangat la kisah diorang ni...
PS - saya minat dengan Firdaus lagi!!! Cool la pakcik tu...hehe ;P
Ceritera III : Ada & Evan - Pingu Toha
Dibaca pada 28 April 2014
2.75 bintang
Kisah yang unik. 90% penceritaan adalah melalui email.
Perkenalan Ada dan Evan sebenarnya kerana dipaksa oleh ibu bapa masing-masing yang ingin menjodohkan mereka. Kedua-duanya diberi tempoh 6 bulan untuk berkenalan sebelum disatukan. Mula-mulanya berbalas email kerana terpaksa tetapi lama-kelamaan seperti ada kekurangan jika mereka tidak dapat berbicara. Mereka tidak bertemu di realiti, tetapi masing-masing bercerita di alam maya sahaja.
Kisah yang agak lain dari kebiasaan, menggunakan medium email sebagai perantara cerita mereka. Cuma...saya dah baca 'Where the Rainbow's End' - Cecelia Ahern lama sebelum ni, jadi saya tak terasa sangat dengan penceritaan sebegini.
Dan bagi saya cerita ni lebih kepada cerita manga Jepun (Ada pun mangaka kan...ye la tu kot). Ada unsur- unsur exaggeration pada kedua-dua watak. Yang mengganggu tumpuan saya bila mereka dikatakan berusia 28 tahun dan masing-masing mempunyai kerjaya yang cemerlang, tapi perwatakan mereka (yang digambarkan melalui email2 tersebut) seolah-olah mereka berusia 18 tahun. Benarlah, kita masih berperangai keanak-anakan walaupun umur dah meningkat, tapi diorang ni tak nampak pun pemikiran yang selari dengan usia tu.
2 kes pembunuhan yang berlaku di Kedah, telah menggemparkan seluruh negara. Mangsa di bunuh kejam, malah pembunuh telah menghantar surat kepada media untuk 'memberitahu' kewujudan mangsanya. Tiada persamaan antara dua mangsa, dan pembunuh turut meninggalkan kertas teka-teki untuk diselesaikan oleh pohak polis. Dan, pembunuhan ketiga yang berlaku di Mentakab, Pahang telah membuatkan INspektor Ridzuan dan Inspektor Faiz bergabung untuk menyelesaikan kes pembunuhan ini.
Saya kira ini adalah spin off dari novel Nama Atas Kertas (saya belum baca). Tidak dijangka, permulaan sudah dihidangkan dengan sebuah kisah pembunuhan, tak sepadan dengan cover buku yang nampak 'lembut' dan sejuk mata memandang.
Kali pertama membaca karya penulis, namun terus teruja dan terasa ingin memcari buku-buku lain penulis. Sebuah thriller yang disusun cantik dengan gaya bahasa yang baik, namun masih berjaya menimbulkan rasa ngeri. Walaupun tidak banyak misteri yang diketengahkan, namun tetap memeningkan pembaca.
Tidak puas, itulah reaksi saat di tiba di muka akhir. Masih banyak misteri belum terbongkar. Memang wajib mencari buku penulis.
*rating : 4.5*
Ceritera II : Dia, Dalam Ramai... - Syed
Bagi Sufiy, sejak terserempak dengan mamat baju biru itu, dia sering datang awal, setiap Rabu jam 8.30 semata-mata mahu berjumpa dengan lelaki itu. Dan, tanpa sedar, Ameer juga perasan kehadirannya. Tahun berlalu, Sufiy masih ingat akan lelaki itu, namun wajahnya samar-samar. Tapi, ramai orang kata, kadang-kadang perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita..
Sebagai peminat Syud, dan memang sudah serasi dengan kisah 'kawan-kawan' saling berkait ni, memang sudah dapat mengagak jalan ceritanya. Santai saja, tidak banyak konflik diketengahkan. Ada pun berjaya diselesaikan sebaiknya. Dan, pengakhiran yang mudah tapi berbekas di hati pembaca.
Cumanya, mungkin terlalu santai agak sedikit bosan dipertengahan cerita, sebelum Fakhrul kembali. Saat itu, jalan cerita jadi makin menarik.
Dan, seperti biasa, ada memori yang tergamit, ada lucu mencuit. Banyak babak yang terasa dekat dengan diri, terutama apabila mengimbau kenangan persekolahan.
*rating : 4.2*
Ceritera III : Ada & Evan - Pingu Toha
Ada dan Evan mahu dijodohkan oleh ibu bapa masing-masing, dan tentulah mereka katakan tidak kepada kahwin paksa! Dan, email menjadi perhubungan mereka untuk saling meluah dan merangka alasan. Maka, terciptalah tekad untuk masing-masing mencari bahagia sendiri, sebelum deadline!
Antologi ini diakhiri dengan sebuah kisah yang simple, sweet dan begitu santai, tapi masih memberi kesan kepada pembaca. Suka dengan keterbukaan dan cara perhubungan mereka melalui email, tanpa pernah bersua muka - menjadikan mereka tanpa segan silu meluah rasa antara satu sama lain.
Entah, tapi sangat senang membaca kisah ini... seperti ada selimut bulu yang menyelubungi di kala kedinginan, warm & cozy.
Ceritera 1--buatkan aku nak membaca novel Nama Atas Kertas sebab kes dalam cerita ni ada bersangkut paut dengan kes dalam novel tersebut.
Ceritera 2--disebabkan nak membaca karya Syud yang baharu itu mustahil. Jadi apa yang aku dapat buat ialah dengan ulang baca je la karya-karya lama Syud. Lepas baca cerita ni, rasa nak baca Vignette sebab ada kaitan dengan Firdaus.
Ceritera 3--jalan cerita menarik tapi aku kurang berkenan dengan perangai kebudak-budakkan dua watak utama cerita ini. Kalau penulis letak umur watak belasan atau awal 20-an aku boleh terima sebab logik walaupun tentang kahwin paksa. Ni aku rasa nak tepuk dahi je tiap kali baca balasan e-mel antara Ada dengan Evan.
bought this book because of Syud. saya baca karya Syud je. Syud never disappoint. 2 part paling kelakar bagi sy. "Nama saya Ameer" - part ni sy dah gelak guling2. macam la Sufiy tu tak tau name dia. and maybe its a formal introduction. but still, LOL. and the dedication part. out of all things, dedication kat radio. tak boleh stop gelak sampai i had to stop reading for awhile . Syud, you are brilliant.
Ceritera 1: Wajah Ketiga oleh Nasron Sira Rahim ✨✨✨ - Kisah pembunuhan, pengkhianatan dan kepercayaan. Pengakhiran cerita yang tak terjangka
Ceritera 2: Dia, dalam Ramai oleh Syud ✨✨✨✨✨ - Beli Tinta ni memang sebab ada karya Syud pun. Karya Syud tak pernah mengecewakan. Senyum sorang-sorang je baca
Ceritera 3: Ada & Evan oleh Pingu Toha ✨✨✨ - Kalau Ada & Evan dalam cerita ni berumur akhir belasan tahun, mungkin pendekatan penulis dalam menggunakan bahasa yang agak kebudak-budakan ni lebih berjaya
Ada 3 cerita. Wajah Ketiga sangat saya suka kerana elemen penyiasatan merungkai misteri pembunuhan yang penyebab motif sebenarnya bukanlah sesuatu yang complicated. Haaa. Memang 'ada kick' - mantap, karya Nasron Sira Rahim. Terpaksa la saya cari dan baca buku beliau Pembunuh Obituari tu - Nama atas kertas.
Cerita kedua, mula mula rasa macam kebudak-budakan... lama lama jatuh cinta. Sangat best. Dalam tenggelam dalam gelak terbahak dengan bebelan Nazirah dan sifat blur Sufiy Suraiya... kisah cinta pandang pertama dengan lelaki tak dikenali dia dengan Ameer, sangat menarik. Style tulisan macam Kak Su. Bila dia describe situasi tempat keeja kat JS, saya boleh terbayang la tempat tu... sebab saya sendiri pernah beberapa kali ke sana untuk beli buku, dan empat naik ke tingkat dua, nampak suasana pejabatnya yang santai dan humble dan sempat dapat ambik gambar dengan Kak Su, sebelum JS dikecutkan jadi setingkat dan sekarang dah takde. Sekarang saya tahu apa tu sambal godok (selepas saya google)... rupanya lauk sambal jawa, memang favourite ni.. kalau Raya kat rumah makcik-makcik yang sekarang ada kat Puchong iaitu Wak Yah dan Lek Ni dan Lek Mungi, selalu ada sambal jawa ni. Best la cerita Syud - Dia Dalam Ramai. Sweet jer.
Cerita ketiga, saya tak berapa nak boleh appreciate sangat.
'Tiga ceritera dalam sebuah tinta' atau boleh hamba sebut 'Tiga perisa ice cream dalam satu cup' - berbeza rupa, perisa dan rasa tapi seacuan. (Macam merepek je hamba ni tapi... abaikan bak kata Evan ^^)
*CERITERA 1: WAJAH KETIGA (Hamba labelkan sebagai ice cream perisa coklat ikut quote merepek di atas sebab coklat favourite hamba. Huhuhu)
"Dosanya terlalu besar untuk aku maafkan, dia harus mati."
Sekali lagi, Nasron Sira Rahim tidak mengecewakan hamba walaupun Wajah Ketiga (WK) sekadar kesinambungan dari novel sebelumnya, Nama Atas Kertas (NAK). WK ibarat sekeping 'puzzle' yang hilang dalam NAK. Ya, lebih tepat begitu.
Berbeza dengan kisah pembunuhan bersiri oleh pembunuh obituari dalam NAK, WK cuma mengisahkan tentang pembunuhan yang bertitik tolak dari satu motif, satu matlamat. Modus operandinya saja yang hampir serupa kerana sang pembunuh 'direkrut' oleh pembunuh obituari.
Tentang watak pula, hamba mengharapkan Ridzuan lebih menonjol dari segi profesi berbanding emosi. Nampak sangat watak Faiz yang mendominasi suasana di tengah cerita walaupun kes itu kesnya (Ridzuan). Bukanlah hamba bias dengan watak Faiz (since hamba memilih Aswadi Hamzah sebagai watak favourite dalam NAK) tapi... entahlah. Watak Faiz rasanya kekurangan sesuatu. (Cis, masih mengaku diri tak bias!)
Akhir sekali, terharu hamba dengan pesanan cara kreatif Nasron Sira Rahim melalui teka-teki nombor dalam WK yang boleh diterjemahkan dengan merujuk dua novel beliau yang sebelum ini iaitu NAK dan Enigma (nasib baik hamba follower novel beliau - rembat dari rak dan terus hamba jalankan operasi penterjemahan ^^).
**CERITERA 2: DIA, DALAM RAMAI... (Perisa strawberry? Ya, merepek lagi hamba. Hehehe)
Manis. Itulah yang boleh hamba katakan dengan hasil 'jemari seni' Syud. Dia membekalkan perisa manis tersendiri dalam setiap cerita tulisannya. Walaupun kita boleh agak jalan ceritanya tapi kemanisan itu tetap menjentik hati. ^^
Ini kisah Sufiy dengan lelaki yang ditemuinya setiap Rabu pada jam 8.30 pagi di dalam lif dan bagaimana satu kebetulan itu memperkenalkan mereka beberapa tahun kemudian. Dan ini juga, kisah Ameer yang cuba menjejak phantomnya yang sebenarnya tidaklah hilang jejak pun.
Sufiy dan Ameer. Sebuah kisah yang agak klise tentang satu kebetulan tapi berjaya 'dimaniskan' oleh Syud dengan cara tersendiri.
"Kupendamkan hasrat hati yang mencintaimu, kerana kutakut untuk terus terang. Setiap kali aku tatap wajahmu, lidahku kelu dan membeku. Tetapi sinaran sepasang matamu, buat aku semakin rindu. Sufiy, di sini abang setia menunggu." - Konon-konon ucapan dari Ameer ni buat hamba gelak sebelum hamba terfikir, mungkinkah semua ayat ucapan jiwang di radio yang hamba dengar selama ni pun satu kes pedajal macam Ameer? Berdasarkan ke-over-an ucapan-ucapan itu, mungkin. Hehehe.
*** CERITERA 3: ADA & EVAN (Perisa vanila? Ya, hamba tak boleh berhenti merepek)
"I just want the happy, without the ending part."
Kisah Ada dan Evan. Janji? Cinta? Atau mungkin sudah jodoh? Begitulah Ada dan Evan cuba menterjemahkan tiga perkara itu sesama mereka mengikut suasana hidup mereka masing-masing dan mereka berkongsi ceritanya sesama mereka. Melalui email mereka berkawan dan saling mengenali walaupun secara paksa pada mulanya.
Membaca Ada & Evan memang satu pengalaman yang berbeza bagi hamba dan sekaligus membuat hamba tertanya dalam hati, siapa Pingu Toha ni? Menarik sungguh cara dia bercerita tentang Ada & Evan. Bahasanya pun mudah dan 'sedap' untuk dicerna otak.
Paling menarik tentunya apabila Pingu Toha menggunakan medium email untuk membenarkan Ada & Evan bercerita pada hampir di setiap bab dalam ceritera ini. Satu kelainan yang membuat hamba rasa nak jatuh cinta dan automatis membuat hamba memulakan kiraan budget untuk 143 dan L.U.V.E.
Tapi, mungkin belanjawan hamba sebulan dua ini belum pasti mengizinkan. Sedih :-(
(Review ini diambil dari blog saya arirada-nur.blogspot bertarikh 28/7/2011)
Sebab paling utama saya membeli buku ini adalah kerana ada karya SYUD! Di antara ketiga-tiga penulis yang bergabung dalam buku ini, Syud lah yang paling saya minati, dan tidak ingin ketinggalan memiliki karya-karyanya. Nasron Sira Rahim juga saya senangi karya beliau, setelah mencuba karya pertama beliau dengan JS iaitu Nama Atas Kertas, dan ada sedikit rasa teruja untuk membaca Wajah Ketiga kerana ada disebut tentang ‘Pembunuh Obituari’ pada sinopsis kulit buku. Saya jadi tertanya-tanya, adakah Wajah Ketiga ini kesinambungan Nama Atas Kertas? Pingu Toha pula bagi saya penulisan beliau kurang sesuai dengan selera bacaan saya, apabila saya mencuba karya pertama beliau – L.U.V.E – dan saya tak pernah khatam buku itu hingga ke hari ini…tapi oleh kerana Ada & Evan turut sama ‘terselit’ di dalam buku ini, saya baca juga, lagipun ceritanya tidaklah panjang sangat.
Dan akhirnya, usai membaca ketiga-tiga ceritera, telahan awal saya ternyata tidak semuanya benar. Karya Syud seperti biasa, tetap unggul menjuarai carta citarasa saya (untuk perbandingan 3 cerita ini). Syud masih mengekalkan gaya penceritaan yang sama; santai dan menghiburkan, ada beberapa watak yang telah ‘dikenali’ daripada karya-karya beliau yang terdahulu seperti Azril dan Lisa, menjadikan cerita ini lebih dekat di hati pembaca-pembaca setia Syud. Ada beberapa bahagian yang sangat kuat ‘melekat’ pada hati dan fikiran saya (termasuk kawan-kawan yang turut membaca cerita ini) seperti adegan Ameer menjeritkan kepada Sufiy “nama saya Ameer” kemudian diolok-olok oleh Farhana dengan nada ucapan Rain dalam iklan syampu Clear, dan yang paling membuatkan saya tergelak besar ialah ucapan tuju lagu oleh Ameer kepada Sufiy dengan lirik lagu Dayangku Intan, Semakin Rindu Semakin Sayang (padahal adik Ameer yang buat naya kat dia), siap dengan kata-kata: sufiy, di sini abang setia menunggu…huhu, setiap kali dengar lagu tu kat radio, saya tak dapat tahan diri daripada senyum sorang-sorang!
Wajah Ketiga, karya Nasron Sira Rahim masih mengekalkan genre suspense thriller seperti sebelumnya. Saya mengharapkan cerita ini berkisar tentang beberapa watak Nama Atas Kertas seperti Aswadi Hamzah, Inspektor Faiz dan Hanim, tapi hanya watak Inspektor Faiz sahaja yang ‘dibawa’ ke Wajah Ketiga. Pun begitu, ceritanya tetap menarik, misterinya tetap ada untuk diselesaikan.
Ada & Evan mengubah persepsi saya hampir 100% terhadap Pingu Toha! Tahniah Pingu, Ada & Evan benar-benar ‘menarik’ hati dan mata saya untuk menoktahkan pembacaan hingga ke titik yang terakhir! Biarpun kandungan ceritanya hanyalah kiriman emel antara Ada dan Evan, tapi saya rasa cukup puas membacanya. Watak Ada dan Evan ada mirip watak-watak dalam drama Korea yang menonjolkan watak hero yang agak ‘lembik’ tapi ‘cute’ manakala watak heroinnya seorang yang selamba dan tahan diuji tapi masih tetap berjiwa sentimental. Adegan berbalas makanan menggunakan khidmat kurir dan karipap bapa Evan yang berubah inti benar-benar mencuit hati, ‘cute’ sungguh idea Pingu ni, hahaha! Selesai membaca Ada & Evan, saya terfikir untuk menyempurnakan bacaan naskhah L.U.V.E yang sudah lama terperuk dalam laci almari rumah di kampung, entahkan sudah jadi apa ya buku tu agaknya? ^_^
Kompilasi yg baik dari 3 penulis creative jemari seni. aku dumbfounded... teruja pada cara penulisan mereka. Dan kini, ku nak pi cari buku dari Nasrin & Pingu toha. they been listed my favourite new authors.
Penulis: Nasron Sira Rahim, Syud dan Pingu Toha Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd ISBN 978-967-5118-57-9 Harga: RM 21.50 / RM 24.50 M/S: 551 Cetakan 1 – Mac 2011
Blurb:
Ceritera I: Wajah Ketiga -Nasron Sira Rahim
Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.
Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu? Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?
Ceritera 2: Dia, dalam Ramai… - Syud
Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.
Siapa sangka,kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu… muncul lagi di hadapan mata?
Ceritera 3: Ada & Evan – Pingu Toha
Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?
Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naïf tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji. Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?
Kak Chik menukil:
Ceritera 1 - Sejujurnya ini kali pertama Kak Chik membaca hasil karya penulis. Jadi, tidak boleh nak membandingkan sama ada karya yang terkini ini ada kemajuan atau semakin matang atau tidak. Tetapi yang pasti sepanjang pembacaan, hati dan jantung sentiasa berdegup kencang. Kadang-kadang bagai nak putus nafas mengenangkan apa yang akan terjadi selepas ini, selepas ini dan selepas ini?
Kisah yang berkisar tentang penyiasatan polis tentang pembunuh bersiri, Pembunuh Obituari yang telah membunuh dua orang di kawasan Alor Setar, Kedah dan telah menjadikan kes yang terhangat di seluruh negara. Selepas tiga bulan pihak polis masih juga tidak dapat sebarang klu tentang Pembunuh Obituari kecuali jujukan kod-kod yang sampai sekarang masih tidak dapat dirungkai.
Dan pembunuhan yang ketiga telah terjadi Mentakab menjadikan kes ini semakin rumit. Pihak polis masih lagi memburu siapakah pembunuh tersebut? Kali ini Pembunuh Obituari meninggalkan jujukan kod nombor pula. Pegawai polis yang bertanggungjawab iaitu Ridzwan dan Faiz telah bekerjasama untuk memburu pembunuh tersebut.
Kenapa Zufri dan Sarah dibunuh? Apa kaitan keduanya? Apa pula kes yang terjadi pada kejadian tembakan di Kampung Raja, Mentakab? Apa kaitannya kes-kes tersebut dengan kes yang disiasat Inspektor Faiz di Kedah?
Dan siapakah sebenarnya Pembunuh Obituari terus menjadi misteri?
Tahniah kepada penulis kerana telah menaiktarafkan kisah thriller dalam minat pembacaan Kak Chik!
Ceritera 2
Sebenarnya, selepas pembalut plastic dibuka dan setiap bahagian tepi disolatep dan Kak Chik dengan rasa bangganya menurunkan tandatangan beserta tarikh Tinta digenggam (chewahhhh...jgn tak tahu semua novel Kak Chik mesti tandatangan ), terus saja terjah pada Dia, dalam Ramai…maaf ye pada penulis lain..Nasron & Pingu Toha… mungkin tindakan refleks ini terjadi kerana karya-karya Syud sebelum ini tidak pernah mengecewakan Kak Chik.
Dia, dalam Ramai…sudah tidak mengisahkan alam ketika zaman kuliah. Nampaknya penulis sudah maju setapak ke depan. Kisah Sufiy dan Ameer yang sedikit berbeza daripada karya-karya yang sebelum ini kerana mereka berdua tidak pernah kenal.
Mereka berdua hanya pernah bertentang mata ketika sama-sama menunggukan lif yang sama pada masa yang sama sahaja. Tetapi itu kejadian yang bertahun dulu. Namun ingatan pada pertemuan itu tidak pernah padam dalam kenangan mereka walaupun selepas Sufiy pernah menjalin hubungan cinta dengan Firdaus.
Setelah mereka bertemu kembali, mereka masih lagi menyembunyikan rasa itu sehingga Sufiy dirisik bekas kekasihnya. Ameer sekali lagi bagaikan hilang arah dan sinar hidup.
Lalu, apa yang terjadi? Ameerkah yang terlewat atau jodoh mereka tetap bertaut?
Pada hemah Kak Chik, penulis semakin matang dalam mengisahkan karyanya dengan cara tersendiri sehingga kita tidak pernah bosan untuk terus menunggu karya terbarunya…
P/S: Tak sabar nak dapatkan Baju Melayu Hijau Serindit…
Ceritera 3
Karya Pingu Toha juga, baru pertama kali Kak Chik menelaah. Dan Alhamdulillah tidak menghampakan. Jadi selepas ini kena dapatkan 134 dan L.U.V.E.heheheh
Sesuata yang berlainan apabila hampir 99% karya penulis ini diterjemahkan dalam bentuk emel antara Ada dan Evan. Dan ada juga illustrator dalam manga yang ditulis Ada. Memang sesuatu yang unik dalam sebuah novel Melayu.
Ada dan Evan yang berhubung hanya melalui emel cuba untuk mengatakan tidak kepada kahwin paksa yang telah diatur oleh abah Evan dan ibu Ada. Ada yang telah dua kali putus cinta, sudah tiada rasa untuk bercinta lagi dan Evan yang terlalu naïf pada cinta hanya tahu dia telah lama jatuh cinta pada Allishya, teman ketika dia tadika. Mereka sama memberi semangat untuk menemui kembali jalan cinta mereka. Ada memberi semangat kepada Evan untuk mencari Allishya dan Evan pula mendesak Ada untuk bersemuka dengan Remy, cinta pertama Ada yang terputus tanpa kata penamat.
Termakbulkah doa-doa Ada dan Evan? Seperti kata penulis, jodoh atau cinta? Begitulah kesudahannya.
P/S: Memang tidak rugi mendapatkan Tinta…penuh warna warni kisah-kisahnya…
Paling suka cerita Wajah Ketiga. Memang best ceritanya. Cerita Syud dan Pingu Toha pun suka juga, light reading. Yang Ada dan Evan tu ada kelakar dan sedikit sedih juga :) sedih bila dapat tahu kebenaran tentang cinta pertama Ada.
Seperti biasa aku memang akan selak helaian terakhir sesebuah novel :D Jadi bila saja melihat ilustrasi manga yang comel tu, aku dapat merasakan Ceritera III sebuah cerita yang comel. Tetapi aku simpan dulu kisah pasangan ini, kerana pembacaanku perlu bermula daripada ceritera yang pertama :D
Ceritera I: Wajah Ketiga oleh Nasron Sira Rahim
Ini merupakan kali pertama aku membaca karya NSR. Jadi bila ada wujudnya kisah tentang pembunuh obituari – Nama Atas Kertas, aku jadi teruja untuk tahu sama kisah itu. Jadi nampaknya kena pergi mencari novelnya yang itu [bocor lagi poket kecilku hik3 lalala5 :P].
Dalam kisah ini, pembunuhan seorang lelaki di banglo terasing di Mentakab menimbulkan banyak keraguan dan misteri. Mangsa dibunuh dan ditikam di tengah leher [gerun bila membayangkannya!], pembunuhnya pula meninggalkan teka-teki berupa jujukan nombor sebagai klu.
Inspektor Ridzuan yang bertanggungjawab menyiasat kes ini merasakan modus operandi mirip kepada pembunuhan bersiri di Kedah. Berganding bahu dengan Inspektor Faiz, mereka saling cuba merungkai misteri. Namun dalam menyelesaikan kes, masih terselit kisah rumah tangga Inspektor Ridzuan. Sedikit-sebanyak kisah itu mampu mengundang para pembaca untuk terus meneliti karya ini. Manusia, walau siapa pun dia memang tak bisa lari daripada masalah.
Pada mulanya aku terasa seperti membaca garapan ARA, yang memang suka tinggalkan teka-teki kepada pembacanya. Tetapi apabila makin mendalami, dapat rasa yang rentak NSR berbeza walaupun masih berpaksikan kisah thriller :D
Ceritera II: Dia, dalam Ramai… oleh Syud
Kisah Sufiy Suraiya [Sufiy] memang comel. Sangat-sangat comel ok. Kebetulan wataknya digambarkan sebagai seorang penulis, jadi mindaku sudah meletakkan Syud sebagai Sufiy Suraiya [jangan marah ya cik penulis :D] dan Fadli Ameerudin [Ameer] itu Ben Barnes [dia lagi? Dah takde hero lain ke rina oi? kih5 :P]
Sufiy pernah rasa suka apabila terpandang seorang lelaki di tempat kerjanya. Umpama pendorong [sumber inspirasi bak kata babe :P], Sufiy akan cuba memastikan yang dia akan bertemu dengan lelaki itu pada tiap pagi Rabu :D Namun kisah itu rupanya bertanda dalam hatinya. Walaupun dia tidak mengenali lelaki itu, tetapi dia seperti ternanti-nanti akan kehadiran lelaki itu. Empat tahun berlalu, siapa sangka lelaki itu rupanya anak jiran di sebelah rumah? :P
Ameer juga rupanya masih mengingati gadis yang sering saja terserempak di lif. Gadis yang entah apa namanya itu sudah ada dalam hati dan bila tahu tentang kehadiran Along si Zahid itu rupanya ada di depan rumah, mulalah zapin berdendang dalam hati hahaha5 :P Tapi berita yang dibawa ibunya menyebabkan Ameer hilang semangat. Mana taknya, gadis yang ditunggu dikatakan sudah dirisik orang. Jadi apa sudahnya kisah ‘suka’ mereka?
Aku teringat saat Sufiy, Widya & Farhana berbual tentang Ameer, aku sama-sama gelak besar dengan cara Ameer mengenalkan diri hik3 lalala5 :P Seperti Farhana, aku pun tak dapat lari daripada membayangkan aksi Ameer seperti Rain dalam iklan syampu tu :P
Untuk kesekian kalinya Syud berjaya meletakkan ‘kebetulan’ itu dengan manis sepertimana kisah BHMS. Kisah ‘suka’ dalam hati Sufiy dan Ameer juga digarap indah, atau aku saja yang perasan lebih sebab rasa ‘suka’ dua watak ini memang melekat di hati. Ada masanya pula terasa Ameer itu seperti Pacai [BMHS], terasa juga ada iras-iras Adil [UATA]. Kan dah terang-terang penulisnya orang yang sama! [sengal la rina~ hantuk kepala ke dinding kih5].
Ceritera III: Ada & Evan oleh Pingu Toha
Ada & Evan. Hingga ke saat ini aku masih tak boleh lupa dengan watak ciptaan penulis ini. Serius. Bibir masih lagi tersenyum [pandang kiri-kanan, takut orang cop aku mereng hahaha5 :P].
Kisah mereka unik. Walaupun punca ‘pertemuan’ mereka agak klise – ditetapkan oleh keluarga, namun sentuhan penulisnya memang memecah tradisi. Bagaimana ya ‘pertemuan’ di laman maya? Hanya berbalas email, bisakah hati bersatu? Ha itu keunikan kisah ini :D
Ibu Ada & abah Evan memasangkan anak masing-masing kerana cinta zaman tadika mereka tidak menjadi. Sebagai anak, mereka saling ‘bersua’ juga walaupun [ada mulanya hati Evan memberontak. Namun perkenalan mereka hanyalah melalui email, tidak pernah bersua muka di alam nyata. Email adalah medan di mana mereka meluahkan isi hati masing-masing. Ada dengan kisah cinta lamanya dan Evan yang masih tercari-cari cinta sejatinya. Saling berkongsi rasa, berbalas dorongan mereka berdua jadi rapat. Bersahabat alam maya dengan erti kata lain.
Namun masa begitu mencemburui kisah mereka. Kedua-dua orang tua sudah mula meminta jawapan. Ya atau tidak? Mana pilihan mereka?
Watak Evan aku bayangkan seperti hero kisah manga. Kerana biasanya hero manga ni kan tinggi, kulit putih sikit, ala-ala macho dan kacak, bajet muka berlagak tetapi dalam hati ada taman [ok stop! Berangan la pula kih5 :P].
Tetapi pantun balasan Evan yang paling mencuit hatiku;
Pinggan tak retak, Nasi tak dingin; Kau tak hendak, Tapi aku teringin. [page 536]
Siapa kata Evan naif? Eh, dia pencuri hati kelas satu! kih5 :D
Ps: Pulang dari cuti, kenapa otak masih blur? kih5 :P
Wajah ketiga Exciting tapi 'details' abit malas nak baca. Kepala tengah pening sikit, maybe. Kisah jenayah yang Inspekror Ridzuan cuba untuk selesaikan. Di Mentakab ada seorang lelaki dibunuh. Cara dia dibunuh hampir sama dengan cara Pembunuh Obituari membunuh. Lalu Inspektor Faiz dikerahkan untuk membantu dalam siasatan. Akhirnya, pembunuh itu ditangkap. Namun, isterinya yang curang tewas. Ada kisah sedih disebalik pembunuhan itu rupanya. Tapi kisah sedih itu rupanya dikongsi oleh Inspektor Ridzuan. Pada akhir cerita Pembunuh Obituari masih belum dapat ditangkap. Dia, dalam ramai Cerita ini lebih santai. Kisah Ameer dan Sufiy Suraiya. Mereka bertemu untuk beberapa kali tapi lepas tu berpisah. Selepas 4 tahun mereka jumpa kembali. Rupanya mereka berjiran. Ameer dan Sufiy malu untuk menyatakan rasa hati. Tiba-tiba ada yang merisik Sufiy. Ameer merana. Dia kirimkan dedikadi di radio. Dan ia adalah titik permulaaan untuk mereka berdua. Ameer akhirnya meluahkan rasa hatinya kepada Sufiy. Simple saja jalan ceritanya tapi saya suka sangat. Ada & Evan Mereka disuruh keluarga untuk bersatu. Mereka berhubung melalui emel. Mereka mula mengenali diri masing-masing. Mereka ada sejarah cinta masing-masing. Dalam mengejar cinta silam, mereka dapat meleraikan kekusutan perasaan mereka. Bila tarikh tempuh mereka makin dekat, mereka mula menerima takdir yang mungkin mereka berjodoh. Setelah terlerai kisah cinta Ada, Evan dan Ada akhirnya bertemu walaupun mula-mula Evan keliru bahawa Ada itu cinta pertamanya. I guess you need to let go before you can move on... I like.
Overall 4 stars untuk buku ni! Love it! Simple review for each story: Cerita 1 - Wajah Ketiga - Nasron Sira Rahim My first time reading from this author. Genre thriller/police/crime. Teka teki nombor was interesting, and also insight in police work ie how to handle tebusan and how to know org menipu etc. Makes me interested to read buku nasron untuk sambungan the story.
Cerita 2 - Dia dalam ramai -Syud I bought this book because of Syud! Suka syud sebab her stories are always sweet! I also like how her stories ada link with other characters from other books. I love stories like this about chance encounters, jodoh but not cliche.
Cerita 3 - Ada & Evan - Pingu Toha Ni first time reading from this author. I think this story was funny n sweet and ada twist about the picture. Mostly written in email form which makes it unique. I like this one too pasal its refreshing eventhough storyline pasal kawin paksa/jodoh.
sewaktu membeli novel tinta ni first skali sbb ada nama syud di situ... saya x pernah membaca karya nasrun sira rahim dan juga pingu toha. bila dah baca apa yg boleh sy katakan:- untuk ceritera 1, wajah ketiga...maaf sy x berapa nak boleh hadam cerita ni... bukan x minat cerita berbentuk thriller, tp sy lebih suka garapan imaen klu utk novel berbentuk thriller... sy pun x tahu kenapa sy berpandangan sebegitu... tapi setiap org ada pandangan masing2 kan... untuk ceritera II, dia dalam ramai.. cerita yg sgt sweet sbb sy mmg peminat semua novel2 syud... mmg x rugi beli... untuk ceritera III,ada dan evan... first time baca hasil garapan pingu toha... hmmm ada kelainan dari gaya penceritaan, saya suka cumanya agak boring bila semua ceritanya berbentuk perbualan diantara ada dan juga evan melalui email...