Jump to ratings and reviews
Rate this book

Islam Melayu Komunis : Wawancara dengan Abdullah C.D., Rashid Maidin, Abu Samah

Rate this book

112 pages, Paperback

First published January 1, 2005

26 people want to read

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
5 (17%)
4 stars
10 (35%)
3 stars
8 (28%)
2 stars
4 (14%)
1 star
1 (3%)
Displaying 1 - 5 of 5 reviews
Profile Image for Benz.
Author 20 books104 followers
August 18, 2018
Buku ini berformat wawancara. Para pembaca akan dibawa sepintas lalu untuk meneroka persoalan seputar Islam, Melayu, Komunis bersama bapak-bapak penting dalam perjuangan pembebasan gerila-PKM.

Perbahasan dalam buku ini tidak cukup tajam, baik dari jawapan juga dari soalan. Soalan-soalan yang diberikan sangat simplistik dan tak cukup menjolok-provokatif. Kita tidak dapat mengetahui sejauh atau setajam mana ideologi Komunis boleh disesuaikan dengan Islam dan Melayu melalui buku ini.

Ada beberapa poin penting dalam buku ini yang boleh dipertimbangkan, seperti menceritakan tentang bagaimana UMNO memperoleh slogan 'merdeka' dan kemasukan golongan Kiri dalam parti Kanan seperti UMNO dan PAS.

Bagaimanapun, ini tidaklah menafikan sumbangan dan perjuangan yang dilakukan oleh ketiga-tiga tokoh yang diwawancara ini.
Profile Image for Ema.
1,113 reviews
March 6, 2022
Wawancara dengan tiga tokoh perjuangan kemerdekaan veteran yang hebat demi memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Buku yang tidak pasti siapa penulis dan tiada pengantar mahu pun nota kaki ini, aku kira boleh saja menjadi antara bukti yang orang Melayu memang mahukan kemerdekaan tanpa penjajah British. Tajuknya begitu provokatif tapi pengisiannya padat dan penuh pengertian.

Abdullah C. D. telah mengasaskan dan memimpin Rejimen ke-10, satu-satunya pasukan Melayu yang berjuang melawan penjajah British secara bersenjata untuk kemerdekaan tanah air. Kemudian, pada tahun 1985, beliau dipilih sebagai Pengerusi PKM.

Rashid Maidin adalah pejuang kemerdekaan yang berasal daripada kaum buruh.

Abu Samah pula seorang cicit kepada pahlawan anti-British, Datuk Bahaman.

💚

- Perjuangan saya di dalam Rejimen ke-10 adalah untuk kemerdekaan tanah air. Musuh kami hanyalah penjajah British. Pertentangan antara kami dengan askar atau polis Melayu adalah secara politik, bukan musuh secara mutlak.

- Anggota PKM dan TPNM adalah kaum patriot, pejuang kemerdekaan dan kebebasan, bukannya pengganas. Penjajah British sengaja menghitamkan yang putih dan memutihkan yang hitam untuk memburuk-burukkan kami serta memperelokkan dirinya.

My personal rating 4.5 ⭐

📚

#donereading Islam Melayu Komunis #readingchallenge2022📚 #igreads #bookstagram #goodreads #emabaca #IslamMelayuKomunis #malaysiamembaca
Profile Image for Iryani .
54 reviews
March 6, 2025
Menarik betul dapat teroka isi fikiran mereka. Mereka yakin dengan perjuangan sendiri dan mengatakan disokong rakyat.

Alangkah baiknya kalau ada temuramah pihak rakyat, barulah kita tahu cerita semua pihak.
Profile Image for Mat Jack.
38 reviews6 followers
October 8, 2016
Tiga orang Melayu yang menjadikan PKM sebagai wahana untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Abdullah C.D., Rashid Maidin dan Abu Samah merupakan nama yang sinonim dengan Rejimen Ke-10, sebuah sayap PKM yang ditubuhkan khas untuk menarik orang Melayu bagi memberi sokongan kepada mereka.
Buku ini hanyalah merupakan wawancara ringkas dengan tiga orang tokoh ini. Tanpa mengambil kira unsur propaganda, suatu hal yang sangat menarik ialah apabila mereka "memecahkan rahsia" tentang kuasa ajaib yang mereka miliki sehingga mereka mampu "ghaib" begitu sahaja daripada kepungan askar2 British.

Sebagai sebuah buku propaganda, jangan kauharapkan sesuatu yang luar biasa dalam pembacaan kau nanti.
Profile Image for Adriana.
68 reviews12 followers
April 5, 2011
Wawancara yang ringkas dan padat dari 3 tokoh kemerdekaan.
Displaying 1 - 5 of 5 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.