Jump to ratings and reviews
Rate this book

Rindu di Awan Biru

Rate this book
JANGANKAN berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuatkan dia jadi fobia. Baginya, lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi seorang isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia bercina buta untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?

518 pages

First published January 1, 2011

4 people are currently reading
74 people want to read

About the author

Meen Zulaikha

4 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
25 (23%)
4 stars
31 (28%)
3 stars
35 (32%)
2 stars
9 (8%)
1 star
7 (6%)
Displaying 1 - 13 of 13 reviews
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
January 19, 2015
RDAB ada kisah poligami. Memang aku tak suka cerita begini tetapi mujurlah penulisnya memotretkan kisah ini dengan baik. Indah kah menjadi isteri kedua? Benarkah hanya isteri pertama yang selalunya didera fizikal dan mentalnya? Siapa pula yang sebenarnya paling banyak berkorban perasaan?

Hanan belajar daripada pengalamannya yang lalu. Melihat ibunya yang dimadukan menyebabkan Hanan rasa takut untuk jatuh cinta. Dia jadi dingin dengan semua lelaki kerana padanya lelaki itu hanya akan melukakan. Tetapi tabik juga dengan Hanan sebab walaupun dia tahu tentang kebenaran ayahnya tak pernah pula dia bersikap kurang ajar dengan orang tuanya sendiri.

Dalam pada itu, tugasnya membawa dia berkenalan dengan Akmal. Jejaka yang dalam diam dapat menggetarkan nalurinya. Puas sudah membina benteng, tetapi akhirnya Hanan jatuh cinta juga dengan Akmal. Berwalikan Adi; adik Hanan, mereka berdua dinikahkan di Masjid Biru.

Episod cinta Hanan-Akmal selepas itu memang nampak romantis habis. Mungkin tak pernah bercinta, jadi Hanan benar-benar bagaikan di awangan. Sayangnya, cinta Akmal padanya dibelah dua. Sakitnya hati bila ditipu. Lukanya jiwa kerana dipermain-mainkan. Hanan pasrah bila mengetahui statusnya sebagai isteri kedua. Walaupun sering kali menjeruk rasa, namun dia tetap tegar menjadi sang isteri yang setia. Benarkah kerana cinta, kita rela disakitkan berulang-kali?

Pada mulanya aku memang senang dengan watak Akmal tetapi bila sudah sampai ke konfliknya, aku jadi geram. Bukan rasa nak ketuk-ketuk kepala ke apa ke, tapi memang rasa nak fire terus hahaha Sebagai lelaki yang berkahwin dua, Akmal gagal menyempurnakan tanggungjawabnya dengan adil. Bertambah geram dengan Akmal yang tidak mampu mengawal emosinya dan sewenang-wenangnya menjatuhkan talak tiga pada Hanan! Sikap Akmal yang terlalu cepat menghukum itu memang buat aku bengang.

Hanan yang terluka menggagahkan diri untuk terus hidup. Kasihan Hanan kerana ditinggalkan suami dan kehilangan ibunya dalam masa yang sama. Kemunculan Ridz bagaikan membawa sinar baru. Tetapi sayang, hatinya terluka lagi. Apa sebabnya? Kenalah baca ya :P

Seperti kulit bukunya memang kita asyik dibawa ‘terbang’ je :D Seronok sebenarnya kalau baca kisah begini, lagipun mengenangkan watak heronya yang menjadi kapten kapal terbang. Terus teringat cerita Adam & Hawa. Maaf bukan nak membandingkan tetapi memang Kapten Adam; adalah juruterbang pertama yang lekat di hati :))

Jangan cari keserasian, tapi wujudkan keserasian, jangan cari apa yang kurang, tapi hargailah yang lebih dan jangan banyak mengajar tapi kenalah banyak belajar [page 492]

Ps: Ada berborak dengan Kak Meen, katanya novel ini akan ada kesinambungannya. Tunggu ya kemunculannya! :D
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
May 18, 2013
N rasa berbelah bagi, macam mana lar nak review buku ni...

 photo feelings_zpsb1c2d178.gif

Nak kata tak best dan tak menarik, memang jauh sekali. Kalau tidak masakan N sanggup berjaga sampai pukul 2, 3 pagi. Cuma N kurang berpuas hati with the way it ends.

 photo tumblr_inline_ml8qy2U19e1qz4rgp_zps455d348d.gif



Watak Akmal memang memikat dari awal. Kalau tidak, masakan Hanan boleh cair. Akmal memang sincere menyintai Hanan. Kalau tidak, masakan he went through all the effort untuk memikat Hanan. Malangnya Akmal underestimated the difficulties and challenges of berbini dua. Tambahan lagi, bini pertama busuk hati.

N agak amazed jugaklah bagaimana N daripada suka sangat dengan karakter Akmal bertukar menjadi rasa macam nak lepuk ajer dia. Kejam sungguh apabila terus melafazkan talak tiga! Lepas tu tahu pulak menyesal...Kesian jugak dengan Akmal ini sebenarnya, sebab chemistry dia dengan Hanan memang kuat.

Watak Hanan pun N suka. Dia memang tabah dan independent. Cuma selepas dia reda dengan diri sebagai bini kedua, N rasa kesian. Dia banyak makan hati sebab tak mahu merumitkan keadaan Akmal. Hanan boleh diibaratkan seperti 'mistress halal' yang perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

 photo kecewa_zps3e4c7750.gif

N rasa kalau time-time tengah happy baca buku ni, memang boleh bertukar menjadi monyok. Awal-awal memanglah manis and romantik belaka. Tapi kemudiannya, memang bertemankan geram sajalah.
Profile Image for araws.
20 reviews1 follower
May 28, 2014
novel ni memang lain dari yang lain sebab watak hero muncul tiba-tiba dan terus kahwin. tup tup dapat tahu suami dah ada isteri. tak pasal-pasal jadi isteri nombor dua. memang tragis tapi tu lah kelainan untuk novel ni.

cuma, watak Akmal tu macam loser pun iya jugak. suka sangat ikut hati. yang jadi mangsa Hanan.

ending novel ni agak mengejut. jalan cerita pun cepat sangat. tapi, dengar khabar ada sambungan, memang saya akan tunggu lah :D
Profile Image for Azizah.
391 reviews6 followers
December 26, 2018
Resensi: Mac, 2011

Penulis: Meen Zulaikha
Penerbit: Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd (Alaf 21)
Harga: RM19.90 / RM 22.90
M/S: 516
Cetakan 1 - 2011
ISBN 978-983-124-625-2

Di awan biru kuseru namamu agar terubat rasa rindu ini

Blurb:

Jangankan berkahwin, bercinta pun Hanan tidak ingin. Menjadi seorang isteri tiada di dalam kamus hidupnya. Pengalaman pahit ibunya dimadukan membuat dia jadi fobia. Baginya lelaki hanya tahu berpoligami, tapi tidak tahu menjadi suami.

Pertemuan tanpa disangka di awan biru dengan Kapten Akmal Hakim sewaktu ke Melbourne mengubah persepsinya terhadap lelaki. Bernikah di Masjid Biru dan berbulan madu di Istanbul bagaikan suatu mimpi bagi gadis berkulit mulus itu. Semuanya berlaku tanpa dirancang. Tapi takdir menentukan dia bukan setakat menjadi isteri, bahkan tanpa rela turut terbabit sama ke dalam kancah poligami.

Akibat difitnah, Hanan diceraikan dengan talak tiga. Dalam pilu, dia diburu rindu. Dalam duka, dia mengharapkan bahagia. Sanggupkah dia 'bercina buta' untuk kembali ke pangkuan Akmal, sedangkan kehadiran Ridz mula membawa cahaya di dalam hidupnya?


Kak Chik menukil:

Dari kulit novel dan sinopsis kita sudah dapat menjangka jalan cerita yang digubah oleh penulis. Warna kulit yang sangat damai bagi Kak Chik dengan kapal terbang ringan dan Opera House Sydney (walaupun Hanan ke Melbourne).

Hanan,anak gadis berumur 25 tahun yang tidak pernah menyimpan impian untuk bercinta apatah lagi berkahwin kerana terlalu fobia dengan nasib ibunya selepas ayahnya berkahwin lagi ketika dia masih di sekolah rendah. Bagi dia tiada istilah perkahwinan. Kehidupan dia hanya bekerja dan berada di rumah bersama ibu selepas adiknya Adi dan Maisarah terpaksa tinggal berjauhan keran tuntutan kerja dan pelajaran.

Hanan bekerja di syarikat pelancongan dan setelah bekerja hampir 8 tahun dia telah dinaikkan pangkat sebagai tour leader yang membawa dia mengembara ke serata dunia. Dan pengalaman pertama membawa rombongan ke Melbourne telah menyebabkan dia berjumpa Kapten Akmal Hakim di awan biru. Rupanya Kapten Akmal tu pilot kapalterbang yang dia naik.

Pertemuan pertama di Melbourne itu telah menjadi sebab untuk pertemuan-pertemuan yang berikutnya. Kapten Akmal bagaikan sentiasa mencari peluang untuk mendekati Hanan ketika di Melbourne dengan mengorek jadual lawatan group Hanan di sana daripada Ikhwan. Dari Victoria Market hinggalah ke Penguin Island, Kapten Akmal mengekori Hanan. Sikap romantik dengan ambil berat Kapten Akmal sungguh terserlahlah masa dia nak memikat dan menjerat Hanan ni sehingga Kak Chik turut sama terbuai..blushing...

Apabila pulang ke Kuala Lumpur, Kapten Akmal tidak pernah berputus asa untuk terus dekat dengan Hanan. Sungguh, rasanya setiap wanita pasti akan terbuai dengan sikap romantiknya tu. Siap hantar bunga ros merah setiap hari kepada Hanan di pejabat sehingga Hanan terpaksa beralah untuk bertemunya lagi selepas pertemuan di Melbourne. Pertemuan itu juga telah memberi peluang Kapten Akmal bertemu dengan mak Hanan, Sabariah dan Adi. Entah apalah yang digoreng Akmal pada Sabariah ketika menumpangkan Sabariah ke masjid tu.

Selepas itu, Hanan bagaikan terus terbuai dengan perasaan halusnya walaupun dia cuba untuk menidakkanya. Dan ketika kunjungannya ke Turki membawa rombongan itu telah mengubah perjalanan hidupnya. Tanpa dirancang jodoh mereka bertemu di sana walaupun tanpa apa-apa persediaan kerana bagi Hanan, dia tidak mahu melakukan dosa apabila selalu berduaan dengan Akmal.

Dan ketika Hanan dilambung ombak kebahagian yang tidak pernah bertepi kerana Akmal seorang suami yang terlalu baik dan memahami, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tidak pernah dia terfikir akan terjadi kepadanya. Dia yang terlalu anti dengan poligami secara tidak sedar sudah terjebak dengan kancah itu. Sungguh dia tersepit namun akhirnya dia terpaksa rela kerana perasaan sayang yang mendalam terhadap Akmal dan kerana mahu menjaga perasaan ibu.

Sungguh sakit hati dengan Akmal selepas mengetahui yang dia sudah pun berkahwin. Rasa macam tak adil apa yang dia buat pada Hanan walaupun dia kata dia sayang bagai nak rak pada Hanan. Bagi Kak Chik dia kahwin dengan Hanan semata-mata kerana mahukan anak sahaja kerana isteri pertamanya, Maira tak mahu beranak kerana takut badan menjadi tak cantik..kolotkan! Rasa sakit hati sesangat pada Akmal apabila dia mula tidak berlaku adil pada Hanan kerana dia nampak terlalu la mahu menjadi rahsia itu daripada diketahui Maira. Bagi Kak Chik, Akmal memang pengecuttttttt! Dia sanggup menengking Hanan apabila dia tahu Maira yang konon-konon hamil. Geram sangat masa plot ni. Rasa macam nak saja sekeh-sekeh kepala Akmal tu.

Dan kerana angkara Maira juga, Akmal tanpa usul periksa sanggup mentalakkan Hanan dengan talak tiga. Gila jahat! Lepas tu sanggup pulak dia suruh Hanan 'bercina buta'. Masa ni Akmal bagaikan orang yang tidak berpegang pada agama sedangkan pada awal penceritaan dia sungguh menjaga solat. Nampak baik la kan.

Opppsss....terpanjang pulak Kak Chik bagi hint ni kan...kalau nak tahu apa yang terjadi pada Hanan, sila dapatkan Awan di Awan Biru ye!

Bagi Kak Chik perjalanan atau pembanguan plot cerita sedikit perlahan pada bab-bab terawal. Sedikit rasa merudum semangat kerana kita terpaksa menanti sehingga Bab 16 baru kita ketemu plot cerita yang semakin menarik.

Namun penulis telah membuat Kak Chik merasai pelbagai rasa sepanjang 'bersama' Hanan yang tabah itu walaupun kadang-kadang rasa macam terlalu mudah Hanan membuka hatinya untuk cinta lelaki kerana dalam tempoh hampir tiga tahun dia sudah mengalami dua perkahwinan. Tapi apa nak kata kalau sudah jodoh kan....

Namun ending cerita ni walaupun happy untuk Hanan yang tabah itu, terlalu sedikit yang berkisar kepada kisah Ridz tu. Tertanya-tanya siapa hero cerita ni ye? Keranan watak Akmal memang kuat sungguh jika nak dibandingkan dengan Ridz yang hanya muncul pada 9 bab yang terakhir!


Meen Zulaikha menggarap jalan cerita yang sungguh hidup hingga Kak Chik bagaikan turut bersama Hanan ketika melawati tempat-tempat menarik di tanah kanggaroo dan Istanbul.

Pesanan Kak Chik: Jangan membuat keputusan secara terburu-buru tanpa usul periksa. Menyesal tak sudah macam Kapten Akmal yang macam dah gila talak tu!


LiFe iS a LoNG JouRNeY!!!
-Kak Chik-
(^_^)
1 review
October 3, 2017
entah acane cite dye sbb tak baca lagi hehe . baru je sign in so sila beri tunjuk ajar cane nak baca ?
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
December 22, 2011
Penulis pandai ketengahkan issue 'panas' seperti poligami. Tapi mengapa protagonisnye terlalu naif. Tak langsung terdetik untuk persoalkan status Ikmal dan turut saja cakap orang tua dan kawan-kawan. Bile dia terasa dipermainkan pun, dia tidak bertindak. Isteri pertama lebih proaktif. Mahu mempertahankan haknya.
1 review1 follower
May 3, 2013
TQ Kak Meen ketengahkan isu poligami..Cume sedikit komen dr saya tidak brapa berpuashati ending novel ini.. Saya tertanya-tnya ape yg terjadi pd Akmal selepas Ridz memilih utk bersama Hanan..Sepatutnya ada hukuman angkara fitnah isteri pertama Akmal.. TQ Kak Meen.. Slamat menulis novel yg lebih best pd masa akan dtg.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
September 2, 2012

Hanan & Akmal Hakimi

best layan...cuma ending tu jer yang buat aku agak frust skit...kalo nak tau bacalah...

p/s bila watak hero to seorang pilot, teringat pula cerita Adam & Hawa, Adam Mukhriz
Profile Image for Kella79.
50 reviews2 followers
June 15, 2013
tk puas hati dgn ending..tp ceta ttp best jgla
1 review
April 20, 2014
Kakak/Puan Meen Zulaikha,saya Nur Hashimah BT Hashim...Saya ingin membaca buku novel anda...
Displaying 1 - 13 of 13 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.