Cerpen bukan sekadar kata, tetapi bertukar menjadi suara. Membaca pembaca menjadi watak. Penutupnya tidak berakhir pada noktah. Terus menjadi cerita pembacanya. Sentujan penulis cerpen unggul, Jasni Matlani didedahkan satu per satu sehingga ia menjadi tumpuan pembaca. Panduan Menulis Cerpen membantu kita menguasai lima langkah penulis unggul; Langkah 1: Menjana cerpen yang mencetuskan rasa mahu yang mendalam oleh penerbit. Langkah 2: Cetuskan 'situasi magnet' yang mengikat pembaca apabila membaca cerpen kita pada kali pertama. Langkah 3: Cipta ikatan emosi penulis dan pembaca yang mencipta gelombang rasa yang sama. Bayangan cerita jelas depan mata. Langkah 4: Pecahkan tembok halimunan yang menyekat kreativiti karya. Cipta banjir idea yang membawa barisan cerpen berkualiti tinggi. Langkah 5: Naikkan potensi dicetak oleh media tempatan dengan strategi pilih dan kirim. Bukan sekadar teori, tetapi ramuan kejayaan yang diadun dan dihidangkan oleh penulisnya sendiri. Satu per satu kejayaan kini dinikmati penulis cerpen tempatan.
Buku yang bagus untuk dijadikan panduan kepada mereka yang mahu mula menulis cerpen.
Lengkap, dari tips membuat tajuk hinggalah ke tips mereka penutup. Di samping itu, ada juga diselitkan motivasi kenapa kita perlu menjadi penulis, bukan sekadar menjadi peminat sastera dan pembaca sahaja. Seperti kembali ke zaman persekolahan, belajar kembali menghayati dan memahami bahagian KOMSAS tetapi lebih kompleks dan terperinci.
Ianya seakan pembaharuan dan penambahbaikan ilmu dari Panduan Penulisan Cerpen tulisan Allahyarham Othman Puteh.