Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.
Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
Penyampaian cerita yang sangat tenang. Aiman ditunangkan dengan pilihan mamanya, Aishah. Oleh kerana, tidak mahu untuk melukakan hati mamanya yang telah banyak berkorban untuk dirinya, dia reda walaupun dia sudah ada pilihan sendiri, Adila. Rasa bahagia teramat sangat bila dia dapat tahu bahawa Adila dan Aisyah itu adalah orang yang sama. Aiman sangat bersyukur bahawa mamanya peka akan keinginannya. Aiman dan Aisyah dikurniakan dengan sepasang kembar dan hidup mereka sangat bahagia. Suatu hari, Aisyah terlibat dalam satu kemalangan. Dia terkorban. Aiman merana dan anak-anaknya terpinggir. Mamanya, umi Aisyah, Abang Long Aisyah, Dato' Seri Khalid sekeluarga serta Dr Mia Khadija (Khadija) banyak menolong untuk menjaga dia dan anak-anak. Mama, umi dan Abang Long mengesyorkan dia mengahwini Dr Mia. Sekali lagi, Aiman bersetuju dengan pilihan mamanya walaupun hati belum betul-betul bersedia. Lama-kelamaan, dia dapat menilai keikhlasan Khadija dan rasa sayang dan cinta akhirnya berkembang. Rupa-rupanya, ada rahsia disebalik kehadiran Khadija. Dia adalah penerima organ hati dan jantung arwah Aishah dan arwahnya telah banyak kali menitipkan pesan agar Aiman mengambil Khadija sebagai penggantinya bila dia tiada lagi. Aiman akhirnya dapat mengecap bahagia dan ketenangan disamping Khadija dan anak-anak. Semua ini berkat doa dan kasih-sayang mamanya. Oleh kerana, dia dapat melupakan dendam pada abahnya (Dato' Khalid), dia kini punya keluarga yang lengkap dan menerima kasih sayang dari abahnya dan keluarga tirinya.
Pilihan Mama merupakan one of novels keluaran penerbitan Kaki Novel ynag terawal I beli. I memang dah baca a long time ago, tetapi ada rasa nak baca lagi and review (semasa I baca the first time, I belum lagi amalkan amalan review ne).
Pilihan Mama menceritakan kisah seorang anak mama yang sangat sayang his mama; segala hajat mama dia senang saja dia penuhi... except for one. He found it hard to find menantu buat mama dia.
Sebagai seorang ibu yang understanding, Puan Mardhiah tried to avoid daripada menjodohkan anaknya. She gave him time untuk mencarikan dia menantu... but that didn't stop her from lecturing him. I found it funny setiap kali si ibu mula "berceramah" bila menuntut permintaan dia nak bermenantu.
Setelah mendengar cerita kurang baik about her son, si ibu mula mendesak Aiman untuk menerima pilihan dia. Akhirnya si anak pun bersetuju, setelah diberi masa... Then, semasa bergelar tunang, datang pula seorang wanita yang somehow dapat perhatian di lelaki yang kuat memilih ne. Dia seakan-akan lupa bahawa dia ne dah ada tunang... pilihan mama tersayang pula...
A very sweet story. I suka dengan gaya penulisan penulis. Susunan ayat teratur, dan I rasa tenang sepanjang pembacaan. Penulis menggunakan first person point of view, and bagi I, so far, the way Umie Nadzimah conveyed watak's thoughts into words was perfect. I rasa seperti benar-benar masuk dalam kepala seorang lelaki. Though, semua pun dari pandangan perempuan, so I'm not sure if it's how a guy thinks. Since watak utama merupakan seorang "anak mama", I guess memang lelaki jenis ne mempunyai hati yang lembut and sensitif. I love the fact penulis avoid from using crude words, yang somehow always happen in first person POV. She only used it semasa Aiman berdialog with his childhood friend, Fazli.
Flow cerita yang sangat smooth... terlalu banyak kebetulan, terlalu ramai watak yang berkait... but somehow it works for me.
A nice re-read.
Sinopsis:
Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cucu-cucu untuk segera ku tunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum di temui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.
Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadariku cinta ku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah.... segalanya terserah!
Mama.... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat ku miliki..... Pilihannya... tepat sekali.
Namun.... bahtera rumahtangga mesti di uji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit di hati? Catatan hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada... PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?
AIMAN TELAH BERUSAHA DENGAN PELBAGAI CARA UNTUK MENCARI SEORANG CALON ISTERI UNTUK MEMENUHI HAJAT HATI MAMA,TETAPI CALON SEMUA TIDAK MENEPATI CIRI-CIRI DI HATI.. AKHIRNYA AIMAN TERIMA CALON PILIHAN MAMA IAITU AISHAH, SAAT IKATAN PERTUNANGAN TERJALIN,HATI AIMAN PULAK TERPAUT KEPADA INSAN BERNAMA ADILA…TANPA DIKETAHUI ADILA @ AISHAH ADALAH ORANG YANG SAMA… AIMAN YANG TERSEPIT ANTARA CALON PILIHAN MAMA DAN CALON PILIHAN SENDIRI TERUS TIDAK MEMPEDULIKAN URUSAN PERNIKAHAN YANG BAKAL BERLAKU,SEMUA URUSAN PERNIKAHAN DIURUSKAN OLEH MAMA SEPENUHNYA. PADA HARI PERNIKAHAN TERBONGKAR LA YANG ADILA @ AISHAH ADALAH ORANG YANG SAMA…MESTI LA TAHU NAK NIKAH KENA SEBUT NAMA PENUH ISTERI KAN ..HASRAT DIHATI TERCAPAI…APA LAGI BUNGA IDAMAN HATI MENJADI MILIK DIRI SENDIRI… KEBAHGIAN MEWARNAI HIDUP AIMAN DAN AISHAH…WALAUPUN DISELITKAN DENGAN BERITA KEWUJUDAN AYAH KANDUNG AIMAN YANG SUDAH LAMA TIDAK DISUKAI OLEH AIMAN.. KEBAHAGIAN AIMAN DAN AISHAH BERTAMBAH APABILA DIKURNIA SEPASANG ANAK KEMBAR…KEHIDUPAN BAHAGIA INI TIDAK KEKAL APABILA AISHAH ISTERI PILIHAN MAMA MENINGGAL DUNIA AKIBAT KEMALANGAN. AIMAN MENJADI SANGAT SEDIH DAN TERTEKAN AKIBAT KEHILANGAN YANG BERLAKU SECARA TIBA-TIBA…HIDUP TIDAK TERURUS ..ANAK-ANAK TERBIAR BEGITU SAHAJA.. SEMASA INI LAH SEKALI LAGI MAMA MENCADANGKAN SEORANG CALON ISTERI BERNAMA MIA KHADIJAH @DR.MIA KHADIJAH. CALON MENANTU MAMA KALI INI DITERIMA AGAR ANAK-ANAK DAPAT MERASA KASIH SAYANG SEORANG MAMA… SEMAKIN LAMA HUBUNGAN ERAT MULA TERJALIN ANTARA MIA DAN AIMAN KEBAHGIAN MULA HADIR SEMULA.. SEMESTINYA CALON ISTERI PILIHAN MAMA SENTIASA BAIK UNTUK KEHIDUPAN AIMAN… AIMAN BERASA SANGAT GEMBIRA MEMPUNYAI SEORANG MAMA YANG BAIK.
KOMEN:-
HARGAILAH SEORANG IBU SEMASA MASIH ADA. PILIHAN KELURGA MEMBAWA BAHAGIA. JANGAN TIKAM KAWAN BAIK SENDIRI. BEST BAGI SAYA TAPI TAK TAHU LA BAGI ANDA BAGAIMANA..ALMAKLUM CITARASA SAYA DAN ANDA BELUM TENTU SAMA
Bagi saya Pilihan Mama biasa biasa aje. Wpun nipis saya ambik 3 hari jugak utk menghabis kan. Sebab pada saya persembahan dia agak mendatar. Dah jalan cerita yg sudah dijangka.
Saya lebih suka buku yg gambar tangan di ikat tu...hi hi hi...