Kisah ini bermula di sebuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi.
Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan sebuah penyudah yang tidak disangka.
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.
Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.
Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P
Karyanya ini telah diharamkan JAKIM. Jangan cari di Popular atau kedai-kedai buku dah. Yang tak dapat baca padan muka.
Aku pun tak tahu apa masalah JAKIM ni.
Sebelum ni aku baca kritikan FT melalui karyanya, Sinema Spiritual. Dan Sebongkah Batu di Kuala Berang (SBDkB) ni hampir sama isu yang diutarakan oleh FT dengan Sinema Spiritual.
Kalau kau lihat di GoodReads, kau akan nampak orang komen buku ni 'seperti biasa, FT tidak mengecewakan'.
Ya, seperti biasa FT tidak mengecewakan. Karya ini berat sikit berbanding karya-karyanya yang pernah aku baca, selain Perempuan Nan Bercinta, tu memang berat.
Penyebaran Islam di Tanah Melayu, dipelopori oleh masyarakat Syiah kata FT. Dan ada pertentangan fakta di dalam buku ini sendiri.
Aku pernah tonton wawancara bersama FT. Faisal berkata satu quote yang amat menarik “ianya (Perempuan Nan Bercinta) sebuah novel. Anda cakap lah apa pun pasal novel ini, ini sebuah novel”.
Aku kagum dengan FT. Si genius yang meletakkan pelbagai fakta sama ada kontra atau pro di dalam sebuah novel, ya, NOVEL! Anda bantah sekalipun fakta tersebut, ini NOVEL! Bukan tesis, bukan jurnal, bukan karya ilmiah.
FT sebagaimana selalu, dan dalam SBdKB ini juga, plot novel amat mudah. Semua novelnya yang pernah aku telaah, amat mudah plot nya. Budak darjah 1 pun faham. Kalau nak tandingi karya lain seperti Nadia Khan (Gantung, Kelabu), Hasrul Rizwan (Ilusaniti), Hilal Ashraf (Takdir 1 & 2), Ramlee Awang Murshid (kesemua 25 buah novelnya), Faisal Tehrani dalam novel-novelnya ketinggalan di belakang dari segi plot penceritaan. Kerana, tiada cabaran. Plot klisé. Benda sama je dia cerita macam novelis lain.
Tapi, isu yang dibangkitkan, tidak tentu lagi budak degree yang faham. Isu yang dibangkitkan seringkali mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak. JAKIM pun masuk campur. Siap kena ban lagi tu. Kau jangan harap nak baca FT dengan santai. SBdKB ni nipis je, novel ni tebal sikit dari novel terbarunya Bagaimana Anyss Naik Ke Langit?, tapi isunya membuatkan kau berkerut dari dan kau akan cakap "hah?!".
Weh, buku haram ni, ada di perpustakaan Universiti Of Washington, USA. Kau tak percaya? Lantak kau. Mungkin wakil Tuhan di USA Syiah kot.
Tak percaya? Cubalah.
P/s: lepas banjir ni insyaAllah aku akan copyleft (dengan perfect binding) novel ni. Jangan jadi bodoh macam JAKIM. Aku dah baca 4-5 karya FT, aku tak jadi Syiah pun.
Wahai wakil Tuhan JAKIM, haramkanlah banyak lagi buku, baru laku keras buku tu.
Idea yang dibawakan oleh Faizal Tehrani dalam Sebongkah Batu Di Kuala Berang benar-benar membuka minda para pembaca. Jalan cerita diserikan lagi dengan sekumpulan anak muda yang ingin membikin dokumentari untuk projek tahun akhir di bawah Akademi Seni Islam. Dokumentari tersebut berkisar tentang Batu Bersurat Terengganu. Mungkin idea menghentikan pembinaan masjid dan memberi tumpuan kepada filem Islami boleh diterima dalam situasi yang tertentu berdasarkan kepada scenario masyarakat tika ini. Seperti yang kita sedia maklum, impak sesebuah filem itu amat memberi kesan kepada masyarakat, penghasilan filem Islami secara tidak langsung dapat menaikkan semula martabat agama Islam. Dalam novel ini juga diperlihatkan geniusnya penulis dengan mengemukakan fakta secara santai melalui dialog antara watak-wataknya, wawancara, ucapan pembukaan majlis dan juga ulasan filem. Teknik penulisan sebegini memudahkan pembaca memahami setiap butir wacana ilmiah yang ingin disampaikan oleh penulis. salah satu antaranya ialah Sejarah ringkas Wali Songo yang diceritakan melalui perbualan watak Sofea dan juga Syarifah. Walaupun novel ini berstatus novel "haram" kerana adanya unsur-unsur Syiah diselitkan di dalamnya, namun anda akan rugi jika tidak memiliki SBDKB ! banyak idea berguna yang boleh didapati dalam novel ini selain dari kita fokuskan kepada isu Syiah tersebut... SELAMAT MEMBACA-AZ-
Kalau memang ada bajet RM700 ribu buat satu dokumentari islamik tentang Sebongkah Batu di Kuala Berang, agaknya berjayakah ianya dilakukan? Novel ini bolehlah nak kata novel sejarah. Sejarah tentang teori kedatangan Islam di Tanah Melayu bertitik tolak dari sebongkah batu bersurat yang kita belajar dalam buku sejarah PMR. Banyak fakta yang dirujuk dan setiap teori itu diulas dalam bentuk argument. Sadly, everything is new to me. So I didn't know which is true or which part wholly fabricated to support Syiah idealism. As 'they' quoted in media.Walaupun penjelasannya jelas, tetap aku tak boleh justifikasikan dengan jelas semasa membaca tang mana yang mempromosikan syiah tu? Tiada satu ayat pun yang menggalak pada syiah (yang aku faham). Salah, sila betulkan. Ini cuma pendapat indidvidu.
Kalau yang namanya sejarah pasti ada bias di mana-mana. Setiap bacaan perlu ada persoalan dan aku rasa perlu baca lebih banyak untuk memahami karya FT ini. Terutamanya teori kedatangan Islam. Ada cerita tentang Wali Songo. Oh, aku dah boleh hafal senarai gelaran wali-wali songo itu tau! Tak penting pun, tapi untuk aku yang baru nak belajar sejarah Islam ni, kiranya satu pencapaian yang baik dan boleh dapat C+ kalau ambil subjek sejarah Islam nanti.
HALAMAN-HALAMAN awal Sebongkah Batu di Kuala Berang memang pantas mengingatkan kita terhadap novel Jukstaposisi karya Hizairi Othman tetapi nuansa Islam dan gaya wacananya menjadikannya bergerak pada dua landasan yang hampir sama tetapi destinasi berlainan.
Namun karya Faisal Tehrani pasca Persuratan Baru dengan karyanya seperti Cinta Hari-hari Rusuhan dan Perempuan Politikus Melayu, menuntut kesabaran yang lebih kerana novel mutakhirnya tampil dengan cerita yang tidak lebih daripada kerangka yang boleh ditukar ganti.
Wacana tentang perfileman dalam faham Islam boleh saja diletakkan dalam cerita yang lain - kerana watak dan plot yang mendokongnya tidak lagi menduduki keutamaan dalam menghantar idea pentingnya.
Kemasukan Islam ke Nusantara dan idea Islam thaqafi menguasai novel ini sehingga kita seperti membaca sebuah esei panjang yang isinya diselang-seli dengan sedikit cerita tentang watak.
Bagaimanapun, wit Faisal Tehrani masih kekal, sesekali pengarang kelahiran Melaka ini menyindir watak-watak dalam industri hiburan kita, sekali gus menjadikan banyak rujukan silang dengan gosip dan cerita artis tanah air.
Kerana gosip dan cerita artis itu boleh dikatakan agak basi, maka wit seperti itu tidak menjadi seperti yang sering kita baca dalam cerpen Faisal Tehrani yang meminjam gaya realisme magis. Dan pada beberapa tempat, beberapa adegannya sangat terawang-awang seperti kejayaan filem doku-drama Sebongkah Batu di Kuala Berang.
Kerana cerita itu sendiri tidak penting, maka penyudahnya juga tidaklah juga memberikan kesan yang besar kepada keseluruhan novel ini. Mungkin itulah yang dimaksudkan ‘penyudah yang tidak disangka’ pada blurb novel ini!
Wacana dan ilmu dalam karya memang penting tetapi ia tidaklah sampai perlu mengorbankan kreativiti dan estetika bentuk, sebaliknya ia sepatutnya lebih baik kerana untuk memberikan keseimbangan dan tarikan kepada pembaca untuk terus menyelongkar gagasan besar pengarangnya. Kerana itulah saya hanya memberikan dua bintang kepada Sebongkah Batu di Kuala Berang.
Ringkas kisah ini tetapi sarat dengan pengisian ilmu. Naskhah Sebongkah Batu di Kuala Berang yang diangkat menjadi filem dokumentari drama oleh sekumpulan pelajar tahun akhir Akademi Seni Islam. Mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
Selain kajian terperinci dari pelbagai sudut yang diperlukan oleh para pelajar tersebut, timbul juga masalah-masalah dengan pelakon-pelakon yang dipilih untuk membawa watak-watak dalam filem tersebut. Susah betul nak mengajar orang yang tidak mahu diajar dan berasa diri sudah begitu bagus.
Novel ini novel wacana. Fakta-fakta dikemukakan dalam bentuk penceritaan. Sesuailah dengan saya yang cuma membaca buku-buku ilmiah sekali-sekala sahaja, bila ada mana-mana buku yang dapat menarik perhatian untuk dikhatamkan. Cuma terasa agak tergantung apa yang cuba disampaikan penulis. Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Islam tsaqafi. Juga berkenaan Batu Bersurat di Kuala Berang. Mungkin kerana ini karya yang ringkas.
Ilmu saya cetek. Saya cuma membaca buku-buku yang diterbitkan hasil kajian orang lain. Tetapi saya tertanya. Karya Faisal Tehrani ini pernah diharamkan JAKIM? Mungkin kerana unsur-unsur ahlul bait itu. Tetapi bukankah itu fakta yang benar? Yang terdapat dalam buku-buku ilmiah yang dihasilkan oleh para pengkaji sejarah. Mungkin kerana itu saya dapat menerima pandangan yang dikemukakan FT dengan hati dan fikiran yang terbuka.
01. Berhempas pulas mencari buku yang khabarnya sudah di-banned daripada pasaran. Setelah bertanya di Twitter dan menggunakan enjin carian, aku dapat beli naskah ini dengan penghantaran percuma daripada MPH Online.
02. Dari sudut pembacaan, naskah ini perlu dibaca dengan minda yang bersedia untuk menapis apa yang kita pegang sendiri. Sejujurnya, Faisal Tehrani adalah penulis yang aku suka sejak zaman "Kerana Manisnya Epal" (salah satu cerpen dalam KOMSAS) - serta catatan ringkas beliau dalam majalah Fokus SPM yang aku langgan setiap bulan dahulu.
03. SBdKB ini menyorot pandangan anak muda tentang apa yang mereka pelajari dan cara mereka mahu melunaskan dalam projek mereka. Selain daripada bahasa yang agak skema (?) untuk perbualan dengan rakan-rakan, ini naskah yang baik pada aku selepas beberapa buku Faisal tehrani yang lain.
Nota Peribadi :
Lebih banyak orang haramkan buku, lebih ramai orang akan sibuk dan gila mencari.
10 April 2011 - Was searching for the cheapest, most affordable, readable, historical, newest, and what not! Fortunately found one and guess what, by one of my fav author - tak sangka! Apa lagi, angkat ler satu! Malam ni juga baca walau minggu ini ada assessment.
12 Januari 2013 - dua tahun kemudian baru habis baca buku ni. Buku kecil tapi mengambil masa yang lama untuk habiskan. Anggap sahaja, setahun lebih ia terperam dalam almari loka. Mula membaca seusai membeli, tetpai terhenti kerana memasuki bahagian khutbah berkenaan mazhab mana yang sampai dahulu dan menyebarkan islam di nusantara. Haih.
Kemudian membaca semua apabila Januari tiba di tahun baru ini. Cadangnya begitulah, mahu menghabiskan buku-buku yang dibeli tahun-tahun sebelumnya sahaja. Tahun ini, kita jimat! Ahaha. Setelah habis menggodam sinema spiritual, saya membaca buku ini, karya dari penulis yang sama. Mudah laluan fikiran itu bekerja dengan idea-ideanya yang rencam!
Maka bermulalah kembali pembacaan dari muka pertama. Menarik, itu yang terbenak di fikiran - membikin filem tentang sebuah batu bersurat (and yeah, the rock is real, of course). Yang mana batu ini adalah bukti bahawa Ketamadunan Islam itu telah bertapak awak di bumi nusantara ini, skop kecilnya, bumi Terengganu.
Teropong besarnya itu. Kalau dikecilkan, dengan melihat secara mikro, apa yang ingin diterangkan dan disampaikan adalah mazhab mana yang sebenarnya membawa islam ke nusantara. So and so... The way he brought that, untuk kita berfikir sendiri. Mungkin tidak ajak kita menerima, namun itulah, perlu tahu juga sedikit sebanyak sejarah kekhalifahan Islam ini dahulu sebelum menentang khalifah itu dan ini sebagai zalim.
So... Yang baik dari novel pendek ini adalah tentang membikin filem yang spiritual dan profetik berlandaskan tauhid dan bertunjangkan iman. Tu je!
Hanya dengan filem begini, kita dapat menangkis serangan-serangan budaya dari barat yang telah banyak mencedera parahkan bangsa kita (ini digambarkan melalui watak dua artis dalam kisah ini yang aliran wataknya memang terlaku amat cliche, artislah, katakan!)
Mungkin saat kita menamatkan pembacaan novel ini, kita bakal merasakan kisah ini tergantung, kisah ini tunggang langgang dan tidak memuaskan langsung nafsu yang membuak-buak inginkan sebuah penceritaan yang lengkap, ada klimaks dan sebagainya. Tetapi sebagaimana idea yang diangkatnya, begitulah jalan cerita novel ini.
Menyampaikan a slice of history dalam bentuk novel dokumentari, yang penuh dengan wacana-wacana ilmu yang padat dan mengujakan. Saya mahu memetik tulisan penulis sendiri di dalam karyanya yang lain, Perempuan Nan Bercinta, di mana novel Sebongkah Batu di Kuala Berang ini ibarat satu denai kecil yang membawa ke lebuh raya yang lebih besar dan semacam tiada penghujung.
Namun begitu, saya berpendapat masih ada yang boleh dirungkaikan, yang dikupas satu demi satu yang tidak dilakukan oleh penulis. Tidak tahulah saya andai penulis sememangnya mahu tamatan begitu mengikut kehendaknya sendiri ataupun mengikut kehendak penerbit yakni PTS? Atau penulis mahu pembaca sendiri yang sudah terbuka mindanya, yang sudah menjadi cakna, mengambil inisiatif sendiri untuk lebih mengkaji serta memahami? Wallahualam.
Meskipun unsur Wacana dan ilmiah menguasai novel ini, namun sesekali kita terhibur dengan satira dan sendaan kepada perwatakan artis di dunia realiti dalam novel ini.
Plotnya yang tergantung seakan terasa ada yang kurang beres.
FT masih FT. Klise dengan suasana akademik dan nuansa wacananya.
Seperti biasa, Faisal Tehrani tak jemu-jemu berkhutbah kepada pembaca dengan 1001 fakta dan maklumat yang berguna, buat mengenalkan kita akan sejarah agama dan bangsa. Walaupun berfokus kepada Batu Bersurat Kuala Berang yang mencatatkan tarikh kedatangan Islam ke Alam Melayu ini, kita dihiburkan dengan watak-watak budaya popular seperti Sharifah Ezzati @ Nono dan Seeta Adeeni yang tergila-gilakan hero Malaya Azhan Kaya. Tugasan akhir sekumpulan pelajar Akademi Seni Islam untuk menyiapkan doku-drama mengenai kedatangan Islam ke Tanah Melayu akhirnya gagal, tetapi diberi penamat yang tidak mudah ditelah pembaca.
Novel ini membuat hipotesis bahawa Islam datang ke Alam Melayu dari Parsi, setidak-tidaknya dibawa oleh pengikut mazhab Jafari (disandarkan kepada Imam Jaafar As-Sadiq, salah seorang imam besar Syiah dan guru kepada Imam Abu Hanifah). Ini berdasarkan tulisan jawi yang digunakan ialah jenis nasta’liq yang lazim dalam mazhab Jafari, bukan khat kufi mahupun naskhi. Sejauh mana kebenaran dan kesanggupan sejarawan tempatan untuk menjawab hal ini?
Seni Islam, Ke Mana Arah Tujunya? Bercakap dengan nada sang oksidentalis, novel ini menekankan peri pentingnya dimajukan bidang seni Islam khususnya lakonan dan penguasaan media, Islam tsaqafi kata Faisal Tehrani. Justeru beliau memaparkan tokoh yang sinonim dengan pendekatan ini iaitu Wali Songo di Jawa.
Jika Wali Songo bisa melawan Hindu dengan wayang kulit, masakan kita tidak berupaya melawan Hollywood dengan filem yang punya dana kerajaan jutaan ringgit. Namun keghairahan menghasilkan filem atau cerita dakwah mesti dipandu agar tidak menconteng arang di muka Islam. Di sini, konflik tercipta antara Profesor Ramlah dan tuan pengarah, Zulkifli ketika mahu mengambil pelakon yang terkenal kontroversi, Sharifah Ezzati. Maka sewajarnya saya menutup kalam dengan petikan ucapan Prof. Budriz selaku produser eksekutif doku-drama ini untuk renungan kita, agamawan, budayawan dan seniwan yang masih sedar dan berbangga dirinya selaku Melayu Muslim
Kita harus bersikap menghargai seni dan warisan budaya, bertolak ansur dengan budaya tempatan; ya seperti yan ditunjukkan oleh Wali Songo ketika menyebarkan Islam di tanah Jawa yang terkenal kental dengan pengaruh Hindu pada waktu itu, tetapi dengan meneguhkan tunjang paling asasi iaitu akidah.
Ini kisah tentang Melayu. Kebanggaan Melayu itu adalah pabila dia bergelar Muslim juga Mukmin. Kedudukan Islam di sisi Tuhan tidak perlu dipersoalkan lagi, tapi pelbagai soalan timbul apabila menghurai asal-usul dan waktu kedatangan agama suci itu ke Tanah Melayu.
Seperti biasa, karya FT memang menjadi pilihan, walau dia banyak menimbulkan kontroversi besar dan kecil sehingga laman sesawangnya telah diambil tindakan tegas secara serta-merta. Dan buku ini adalah karya beliau pertama bersama PTS, sebagai penerbit karya Melayu tersohor.
Batu. Ya, batu itu lah yang menjadi bukti dan saksi. Kajian demi kajian yang dilakukan pada batu istimewa itu menimbulkan banyak persepsi yang berbeza. Satu pujian yang harus diberikan kepada FT apabila beliau menggunakan lebih daripada 20 buah buku sebagai rujukan ilmiyyah di dalam penulisan buku ini. Saya kagum dengan olahan fakta-fakta sejarah.
Akademi Seni Islam. Idea ini adalah sangat sihat! Di mana pelakon itu dididik dengan baik sepanjang latihan doku-drama. FT juga tidak lari daripada mengambil beberapa imej realiti yang nyata dalam dunia hiburan tanah air untuk menghidupkan seseorang karakter di dalam karyanya.
Kontroversi lagi. Ini bagaikan tidak asing lagi buat FT. Karya beliau tidak lari daripada mengkaitkan dengan nama Saidina Ali R.A secara langsung ataupun tidak. Sila baca dengan teliti dan berhati-hati..
Islam. Inilah yang harus menjadi kebanggaan walau di mana kita berada. Usahlah berdebat untuk menegakkan fakta bahawa ia datang dari sini atau sana, pada waktu ini atau itu. Setinggi-tinggi pujian buat DIA kerana mendatangkan nikmat Islam, Iman dan Ihsan di Tanah Melayu ini...
Jika ada penulis yang mampu 'memotong barisan' buku lain, apatah lagi ketika diri sedang sibuk bersedia menghadapi peperiksaan, Faisal Tehrani adalah salah satu daripadanya.
Novel nipis ini sempat saya habiskan dalam beberapa jam sebagai hadiah kepada diri sendiri sesudah letih mengharungi lautan manusia dan buku di PBAKL 2011 untuk membuat pemilihan buku perpustakaan.
Saya berpendapat ada novel FT yang lebih baik daripada ini. Namun ini tidak bermakna novel ini mengecewakan. Dalam gurau diselitkan sindiran, dalam sindiran diselitkan pengajaran.
Agenda terbesar buku ini ada dua: mengupas gagasan-gagasan seperti 'Islam tsaqafi', 'sinema spiritual', 'struktulisme transedental' dan lain-lain yang mungkin tak tersenaraikan di sini yang mana setiap satunya tidaklah begitu berbeza cakupan intinya; dan (cubaan) membuktikan secara historis bahawa Islam yang dahulunya tiba di Kuala Berang adalah sama dengan yang tiba di Acheh (Pasai dan Perlak) iaitu yang bermazhab Jaafari dari Farsi. Agenda pertama dikupas dengan sangat menarik walau tidak mendalam manakala agenda kedua terlalu dipaksakan, tetapi masih dengan hujah yang mapan.
Entah kenapa saya rasa penulisan FT kali ini agak bernada lembut. provokasi yang mudah, berfakta dan bertoleransi. Dalam banyak keadaan, setiap perdebatan diseimbangkan dengan fakta bertentangan lantas membiarkan pembaca melakukan inferens sendiri. FT tidak pernah gagal membuatkan saya bangga menjadi Melayu dan Islam
Sebongkah Batu Di Kuala Berang yang diketahui merupakan antara penemuan awal di Terengganu. Hal ini bertitik tolak daripada penemuan batu ini yang menandakan kemasukan Islam ke Nusantara.
Dimulakan dengan penceritaan mengenai sekumpulan pelajar Akademi Seni Islam yang perlu menyelesaikan projek akhir mereka. Mereka diberikan RM 700 ribu ringgit bagi membuat satu pementasan drama berkenaan Sebongkah Batu Di Kuala Berang berdasarkan buku Membaca Semula Batu Bersurat Terengganu karya Profesor Dr. Budriz. Misi utama teater ini difilemkan bukanlah untuk menjadi hiburan semata-mata, tetapi ingin memandaikan manusia bagi celik akan sejarah kedatangan Islam ke negara sendiri.
Sejarah Wali Songo dan Sunan Kalijaga turut disematkan di dalam jalan penceritaan. Bukan itu sahaja, penerangan yang tuntas dan menyeluruh mengenai kemasukan Islam ke Nusantara dan penjelasan secara mendalam mengenai kesufian yang sangat menarik. Malah, nilai sejarah di Tanah melayu juga disematkan sekali.
Malah, jika ditelusuri dengan lebih mendalam. Banyak kritikan sosial yang Faisal Tehrani ingin kemukakan. Bahkan, kritikan-kritikan sosial yang disentuh ini menjadi satu barah dalam masyarakat Malaysia sejak dari dulu lagi. Sayangnya, dipekakkan telinga dan dibutakan mata dari mengambil cakna masalah tentang ini.
Sudah tiba masanya, institusi kegamaan dan agamawan membuat satu filem bagi mengangkat martabat Islam. Bukannya, bertenggek menerima bulat-bulat seperti yang didakwakan oleh para Orientalis dalam memerihalkan tentang Islam. Suntikan semangat yang ditanam oleh FT dalam buku ini membangkitkan semangat bagi membawa pembaharuan dalam wacana Islam di Malaysia.
Ralatnya, buku ini pernah diharamkan suatu ketika dahulu. Aku tak tahu apa puncanya buku ini diharamkan. Pengharaman yang tidak jelas dan signifikan bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku dalam institusi keagamaan di negara kita. Ia merupakan kritikan-kritikan yang wajar dipandang oleh JAKIM bagi memartabatkan dan mengukuhkan nilai-nilai peradaban agama Islam di Malaysia
Sebongkah Batu di Kuala Berang, karya Faisal Tehrani diterbitkan 2011. Membawa 2 fokus utama iaitu kisah/ sejarah Batu bersurat Terengganu & bagaimana mengangkat Islam melalui medium perfileman. Batu bersurat Terengganu yg bukan batu biasa tapi batu yg menjelaskan perihal keislaman di nusantara kita. Batu yang menjadi pemisah jelas era gelap dan era cerah. Sarat dengan fakta yang diselitkan melalui cerita watak2 sekelompok anak muda yang menuntut di Akademi Seni Islam yang berusaha menyiapkan dokumentari drama yang mengkaji mengenai kedatangan Islam ke Tanah melayu. Mereka menyahut cabaran untuk menjadikan perfileman sebagai medium dakwah, agar dakwah tidak terhenti sekadar di masjid. Memilih pelakon2 yg tidak 'islamik' sebgai salah satu cara untuk mentarbiyyah mereka. Penulis mengetengahkan konsep Islam tsaqafi iaitu pendekatan agama dgn wawasan budaya sebagai contoh medium perfileman yg telah menjadi budaya kita hari ini. Menekankan bahawa filem2 yg dihasilkan seharusnya menjadikan penontonnya 'pandai' bukan sekadar hiburan semata. Sahabat2 bidang sejarah & perfileman, mungkin boleh jadi kan buku ini sebgai bacaan santai di petang hari. ^^
Kecewa dengan kerangka cerita dan penulisan yang terlalu ringkas, seperti FT sangat teruja untuk menjamu gagasan asal usul batu bersurat serta seni filem hingga terlupa tentang asas estetika sebuah sastera. Agak ironi untuk sebuah novel yang bercerita tentang cita cita mahu memberi alternatif kepada filem filem Hollywood, tetapi novel itu sendiri serasa kosong. lebih nikmat rasanya jika terus membaca jurnal akademik batu bersurat itu.
“Saya berpendapat tulisan jawi pada batu bersurat Terengganu adalah yang tertua yang dapat dianalisis. Bahasa Melayu yang digunakan adalah campur aduk bahasa Melayu kuno, Sanskrit dan bahasa Arab. Ejaannya malah arkaik. Saya bersetuju dengan Shellabear yang mengatakan sifat tulisan jawi pada batu bersurat Terengganu itu adalah sifat tulisan dari rantau Melayu sendiri tetapi terpengaruh oleh tulisan bahasa Arab. Ini yang menarik.”
. . .
"Ya, kerana bentuk tertua tulisan dalam bahasa Arab adalah khat kufi. Naskhah-naskhah awal al-Quran menggunakan khat tulisan ini. Apabila Islam tersebar, bentuk tulisan kufi ini ikut tersebar sama. Tetapi mulai akhir abad ke-13, tulisan kufi tidak berapa digunakan lagi tetapi bentuk naskhi yang lebih banyak digunakan. Batu-batu nisan di Pasai, atau di Gresik misalnya dikesani menggunakan khat naskhi. Tetapi tulisan pada Batu Bersurat Terengganu tidak kufi, tidak juga naskhi tetapi cenderung ke arah ta'liq atau lebih dikenali sebagai nasta'liq. Abdullah Zakaria Ghazali dalam bukunya 'Terengganu Dahulu dan Sekarang' mengatakan khat nasta'liq ini datang dari Parsi. Jadi kemungkinan besar pembawa Islam ke Terengganu adalah orang Parsi." _Dato' Fendi
Disclaimer : Ia semestinya memerlukan sebuah mindset atau mentaliti yang kukuh dan berani apabila membaca apa sahaja karya tulisan Faizal Tehrani ini. Sebagai seorang berpegangan Ahli Sunnahwaljamaah, saya seharusnya dahulu perlu tidak sedikit banyak memperadakan pengetahuan apakah itu "syiah-ism", sebagai penapis dan perisai bagi minda dan hati saya dari disesatkan oleh kehalusan apa sekalipun unsur itu dari pena Faizal Tehrani. Nawaitu saya membaca karya beliau wallahi tidak lain bagi menambahkan ilmu, menajamkan fikiran dan memperluaskan pandangan. Kerana terbukti nya Faizal Tehrani dianugerahkan Allah dengan akal yang sangat pintar bagi mengasah kita dengan tiap karyanya.
Review : Sebongkah Batu Di Kuala Berang adalah sebuah novel sarat ilmiah sebenarnya. Ia tidaklah menyandarkan atraktifnya pada cerita, tapi pada pengisiannya. Seorang pembaca yang tidak mendahagai ilmu pastinya merasakan buku ini sebagai karya yang teramat membosankan. Pada mulanya, diakui kebosanan itu ada. Novel ini memerlukan masa bagi pembaca menangkap satu cara-rasa yang lain untuk menikmatinya. Perlunya ada kenafsuan pada kemahuan mempertajamkan fikiran, dan ingin tahu.
Helaian demi helaian disebak dan diteladani, hingga penceritaan dalam buku ini cuma hiburan sampingan dilapiskan pada saratan filosofi-filosofi yang ditimbunkan Faizal Tehrani. Lantas ia bagaikan menebak sebuah thesis seorang graduan Phd, dengan sedikit garam dan gula cerita.
Pengakhiran novel ini juga tidak diberikan sesuatu impak oleh penulis, yang lagi menjelaskan bahawa karya ini bukannya karya untuk menghibur segala, tetapi lebih kepada warkah ilmiah.
Ilmiah, filosofi, sejarah, dan fakta subjektif, dari sudut fikir dan pandang penulisnya, Faizal Tehrani.
kena dengan waktu ini dimana saya dalam usaha untuk mengeluarkan satu filem pendek. sedikit sebanyak, saya belajar serba sedikit tentang pembikinan filem, walaupun tidak menyeluruh.
novel ini, komentar awal yang diberikan oleh mak saya, seorang pembaa novel yang tegar, adalah hambar. kalau merujuk pada jalan ceritanya yang agak ringkas, ya, saya mungkin bersetuju. sepertinya dalam karyanya yang satu ini, fokus Faisal Tehrani adalah lebih kepada isi kandungan, tanpa menitik beratkan jalan cerita. kebiasaannya, dua aspek ini, dalam karya-karyanya yang lain, seimbang. tetapi itu bukanlah satu kelemahan yang besar. tema dan persoalan yang ingin disampaikan jelas, tentang Islam tsaqafi, tentang budaya dan Islam, tentang 'kuasa' media untuk mengubah masyarakat.
dan, ya, saya sangat bersetuju dengan semua idea beliau memandangkan saya memikirkan perkara yang sama, cuma tidak diterjemahkan ke dalam bentuk karya sebegini. jadi, proses pembacaan tidak terlalu bosan sebenarnya kerana seringkali saya seperti, "ya, aku setuju. sama macam apa yang aku fikir." tetapi buat mereka, yang mana idea ini tampak baru, mungkin mereka akan merasakan sedikit bosan tatkala cuba menghabiskan cerita ini.
seperti biasa, karyanya sarat dengan fakta, dan penekanan pada ilmu sungguh mendalam. saya menghabiskan novel yang nipis ini dalam masa yang agak lama atas alasan kekangan masa yang tidak mengizinkan.
4 bintang untuk karya ini. buang satu bintang atas penceritaan yang kurang mencengkam minat pembaca. hehe.
Menarik sekali teknik yang digunakan Faisal Tehrani. Cerita perihal kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang menjadi akan dibikin filem oleh Akademi Seni Islam. Juga penerangan berkenaan Islam tsaqafi. Saya ingin berteori bahawa Faisal cuba menjustifikasikan kekurangan plotnya dengan menggunakan penerangan perihal filem yang akan dibikin. Antara contoh yang terang adalah petikan filem Abbas Kiarostami yang menggunakan teknik 'slice of life' menurut Faisal. Saya faham akan teknik itu kerana pernah menonton trilogi filem Abbas. Maka Faisal mempraktikkan apa yang ditulisnya di dalam novel kedalam penulisan novel itu sendiri. Tiada plot yang kukuh. Hanya perbualan yang menjana minda sahaja atau memetik Faisal sendiri karya hiburan adalah untuk berfikir bukan berhibur. Nah Faisal adalah contoh terbaik dalam mempraktikkan apa yang ditulis. Seperti Abbas yang suka meninggalkan filemnya tergantung untuk diterjemah oleh penonton begitulah tindakan Faisal yang ingin pembaca menterjemah sendiri. Adapun sindiran Faisal terhadap artis popular adalah pedas sekali. Harapnya Sharifah Amani tidak membaca buku ini. Buku ini pernah menjadi kontroversi kerana dakwaan Faisal bahawa Islam yang tiba adalah bermazhab Syiah Jaafari. Benar atau tidak Wallahualam.
Seperti biasa, novel Faisal Tehrani tidak pernah mengecewakan dari segi ilmiahnya. Teori kedatangan Islam ke Nusantara diwacanakan dalam sebuah cereka yang mungkin membosankan bagi pembaca yang mencari hiburan. Novel ini seakan-akan sebuah buku sejarah yang berbeza gaya penceritaannya berbanding buku teks biasa. Jalan cerita tidak dipentingkan sangat, saya kira, kerana Faisal Tehrani mahu mengangkat wacana ilmu itu ke paras tertinggi berbanding cereka itu sendiri.
Secara jujurnya saya agak kecewa dengan garapan novel ini yang membuatkan jalan ceritanya kabur dan klimaksnya kurang memberi kesan. Adakah Faisal Tehrani sengaja mencuba gaya baru dalam penulisan novel? Adakah Faisal Tehrani sebenarnya mahu mengutarakan idea mengenai kedatangan Islam dari Parsi dan bukannya mahu mengarang sebuah novel? Mungkin sahaja novel ini sekadar daya penarik kepada khalayak untuk mendalami ideanya itu.
Ini novel kontroversi. Pada awalnya novel ini tersenarai dalam buku-buku haram yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa. Tetapi anda perlu ingat, tidak semua fatwa diwartakan. Maka buku ini masih boleh dibaca. Mungkin cara sembelihannya tak betul. Jadi sekiranya anda was was, jangan baca. Semudah itu? Biasanya perkara yang haram itu sedap. itu bagi mereka orang-orang kafir yang mana sedap pada awalnya dan sengsara kemudian hari.
Banyak juga hujah yang menyatakan ianya haram kerana penulisan pengarang berbau syiah dimana negara Malaysia mengikut imam shafiee.
Saya tak tahu nak hujah perkara tersebut kerana saya sedang berada di luar kotak. Perlu ingat bahawa novel ini adalah fiksyen.
Jadi membaca novel ini adalah bahaya bagi bot-bot kecil. Sila dapatkan panduan sekiranya ada kemaslahatan tentang isi kandungannya.
Ok. saya perlu ulang baca sebab karya ini sangat berat bagi orang bukan sastera macam saya.
Buku ini menjurus lebih kepada maklumat tentang bidang kesenian Melayu-Islam, bagaimana sebenarnya nilai estetika yang diperlukan oleh kita sebagai umat Islam, dan lebih khusus kepada industri perfileman. Cerita mengenai Batu Bersurat di Terengganu diletakkan nombor dua dalam novel didaktik ini. Boleh dikategorikan bersama novel Tuhan Manusia yang lebih padat maklumat dari plot dan jalan cerita. Boleh dikatakan sebuah esei yang diselitkan sedikit jalan cerita.
Mereka yang lebih cakna dengan gosip-gosip dunia hiburan tanah air pasti lebih memahami satira yang dipersembahkan oleh penulis, dari segi nama watak, dialog dan peristiwa yang berkaitan watak tersebut. Ada yang saya tahu, tapi sesetengahnya mungkin cerita yang sudah lapuk, tetapi masih lagi melucukan.
Cerita yang dipaparkan berdasarkan persembahan teater yang bertunjangkan penghayatan Islam (merupakan sebab utama saya meminati semua hasil tulisan Faisal Tehrani). Dikarang dari hasil rujukan, kajian dan pengetahuan yang mendalam. Ada elemen 'sarcasm', kritikan tetapi disulami nasihat, sejarah tentang kedatangan Islam ke Tanah Melayu yang menginsafkan diri.
Saya baca buku ni dari tahun lepas lagi sebenarnya.Memang sesuai untuk jiwa yang dahagakan/perlukan peringatan, pengetahuan dan penghayatan agama Islam. Sangat membuka mata dan menyedarkan diri sendiri yang jahil dan cetek ilmu di bumi Allah ini.
Saya ingat lagi, sewaktu novel nipis ini saya pegang buat pertama kalinya. Dahi saya terus berkerut jadi hairan, "Eh betulkah ni novel FT?" Sebab antara banyak-banyak novel beliau, novel ini yang sangat nipis.
Tolak mengenai isi-isi lain. Ianya berkisarkan batu bersurat yang menyatakan kedatangan Islam suatu waktu dahulu.
Membaca untuk pengetahuan kita, dan kita nilai sendiri.
Watak-watak pelajar yang diberi tugasan akhir juga menjadi penyeri jalan cerita. Namun tugasan akhir mereka gagal. Dan penamat novel ini bukan sesuatu yang mudah dijangka oleh para pembaca.
buku ni dalam genre : when-i-turn-to-the-next-page-i-need-to-repeat-the previous-page tulisan FT sangat sarat dengan perkumpulan fakta ttg kemasukan Islam ke alam Melayu yg mendirikan argumen tentang siapa yg menjadi pemula... argumen dimulakan dgn hujah-hujah luar dari beberapa rujukan oleh beberapa tokoh... sambil-sambil tu, ia megkritik industri seni perfileman secara padu. eh, pengharaman buku ni sudah ditarik balik kan?