Penerokaan ke alam gelap; gua yang belum pernah diterokai benar-benar menguji semangat dan ketabahan Momo, abangnya dan rakan-rakan. Hidup mati mereka menjadi taruhan...
Pengalaman yang mengujakan menyaksikan pemandangan indah dek pelbagai bentuk ciptaan di dalam gua. Malang menimpa di pertengahan jalan kerana berlaku runtuhan yang tidak disangka-sangka. Mereka terperangkap! Walaupun mencuba sedaya upaya mengerah tenaga dan fikiran untuk mencari jalan keluar namun mereka masih gagal. Musibah bertimpa-timpa! Sehebat manakah mereka seandainya berjaya keluar dari gua ini dengan selamat?
Momo, Jumo, Allie dan Jiji meneroka gua yang belum pernah diteroka di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak, Malaysia. Kejadian tidak diingini berlaku apabila mereka terperangkap dalam gua tersebut. Dalam situasi genting, kekurangan makanan dan minuman mereka terpaksa mencari jalan keluar. Jalan cerita sangat boek. Intense dalam plot tu memang mengancam. Tips survival yang sangat berguna bila berada dalam kawasan gua.