Jump to ratings and reviews
Rate this book

Bara

Rate this book
' Nafsunya terjerat di sangkar dosa dan noda... '

Bara
Di lembah yang penuh dosa dan noda ini, terhidang dendam kesumat yang disembunyikan dalam longgokan nikmat yang membahang. Antara kebenaran dan nafsu yang tidak pernah mengenal Tuhan, keseronokan digandar... dijunjung bersama keegoan yang membuta tuli. Rezekinya daripada lendir yang hanyir, di pesta dunia yang beriramakan nafsu yang meloyakan. Diiringi gendang dan tarian gila yang mengkhayalkan. Kuasa menjadikan mereka leka di dalam memburu kekayaan dan keseronokan dunia. Rangkaian-rangkaian haram dijalankan... dan lorong-lorong hitam menjadi pilihan. Ranjang menjadi santapan nafsu yang tidak tahu memilih halal dan haram. Kepuasan menjadi sasaran. Lalu kematian mengakhiri dendam... dan pembelaan ini terbayar juga akhirnya.


Ilustrasi Kulit : Fazrul Arhan
Tipografi / Rekabentuk : Aen

Cetakan Pertama : 2006
Cetakan Kedua : 2007
~

540 pages, Paperback

First published January 1, 2006

10 people are currently reading
80 people want to read

About the author

Abdul Rahim Awang

27 books32 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
16 (34%)
4 stars
14 (29%)
3 stars
10 (21%)
2 stars
6 (12%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Sha Mohamed.
2,522 reviews1 follower
January 15, 2019
Jalan cerita yang disampaikan memang best.. Sha lebih suka kisah Dr. Hayati dalam buku 1.. Usaha yang dilakukan dalam memikat hati Rosli bukan biasa-biasa.. Buku 2 pula Sha suka apa yang ingin disampaikan iaitu perjuangan membela wanita tapi penceritaan buku 2 Sha tak berapa setuju.. Terlalu detail aksi-aksi yang tak sepatutnya.. Meremang bila baca..
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,546 reviews41 followers
April 11, 2019
Saya sangat suka cara Dr Hayati 'menjerat' Rosli melalui mastery permainan rugby - very cool & bold. Kasihan juga dengan Dr Zaharah namun, kasihan dia, tiada rezeki. Rosli sounds like an amazing man, lengkap serba serbi sebagai seorang lelaki ... tak perlu digambarkan sangat kehenseman dia, tapi kisah-kisah Dr Hayati saja cukup buat saya bayangkan.... hmmmm.

Kisah Jun, Rita, Kartina dan Tan Sri Mutalib anak beranak, tidak la boleh disebut best namun menarik. Apa yang berlaku akhirnya juga menarik, albeit ngeri dengan kekejaman. Mok la, kasihan, lost soul till his end, semuanya salah TS.

Novel ni bagi saya kategori 'tidak sesuai sebagai bacaan yang belum bernikah'. Tapi kan, dalam cerita sebelum Dr Hayati & Jun jadi akrab, banyak good value, cara penceritaan dan begitu banyak juga pengajaran yang terselit, buat saya tidak inclined untuk membasuh content nya sama seperti saya amat tak berkenan dengan novel-novel novelist HF.
Profile Image for Zully Azizan.
330 reviews8 followers
October 16, 2018
Ada 2 kisah dalam buku ni. Kisah Dr Hayati dan kisah model Jun Azzudin yang akhirnya dicantumkan menjadi sebuah cerita. Aku lebih tertarik dengan kisah Dr Hayati berbanding Jun Azzudin.

Membayangkan macam mana Ati berusaha keras untuk mendapatkan Rosli, cukup buat aku tersenyum dan tersengih sendiri. Hishhhh. Bayangan watak Rosli tu bermain main je dalam kepala. HAHHAHAHAHA. Merenyam tetiba.

Tapi setakat neh EGO masih mendahului carta ARA aku (sebab baru baca 2 je buah karya ARA ponn). Tak sabar nak mula karya ARA yang lain.
2 reviews
January 26, 2023
Ada 2 cerita yang berbeza tapi ditemukan dihujung cerita.

Cerita pertama tentang dr Hayati & Rosli sorang pejuang negara. Walau pun cara dr Hayati nak memikat Rosli tu nampak terlalu beria, tapi boleh la diterima sebab kadang ² bila dah cinta, dah tak fikir apa dah 😅

Cerita kedua tentang dendam & pembalasan.

Menarik jalan ceritanya.
Profile Image for Nadhiah Aida.
512 reviews27 followers
October 29, 2024
Untuk pembaca matang 18sx
Walaupun jalan cerita nya baik
Cuma rencah garam gula hmmm banyak aksi panas

Dan terkejut dengan watak Hayati
Memang tak sangka ...
Tapi tertarik bila belajar untuk memahami sukan rugby ...

Cuma nak baca ni ... Kena fikiran terbuka
Displaying 1 - 7 of 7 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.