Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K² Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.
2 tahun ambil masa untuk habiskan buku ni. Biar betul buku Hlovate ambil masa sampai macam tu sekali?!!
Haha...tapi itulah hakikatnya. Seperti kata Hlovate, hati itu Allah yang pegang. Masa mula-mula beli tahun 2011 tu memang x tau kenapa...tak boleh baca. Tak boleh fokus. Tak der mood jer memanjang. Padahal tak tau berapa kali dok belek-belek buku tu...baca skip2 lebih kurang.
Tapi semalam (6 Oktober 2013) tiba-tiba tergerak hati nak habiskan Contengan Jalanan. Satu-satunya buku dari Hlovate yang tak baca habis. Haha...tak sampai 2 hari habis...tu pun sebab kerja..kalau tak sempat jer kot satu hari.
Allah Maha Mengetahui. Dia mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya. Mungkin inilah hikmahnya. Kalau baca dulu, mungkin mesej yang ingin disampaikan tu masih lagi difahami. Tapi, dalam keadaan sekarang membuatkan apa yang ingin dikongsi penulis masuk terus ke dalam hati.
Contengan Jalanan....contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. Kisah Fend dan K2... yang menemui cahaya hidayah dalam cara yang berlainan. Dua anak muda yang berkawan sejak kecil...malah mempunyai minat yang sama...seni. Namun mereka tenggelam dalam kehidupan kota. Tenggelam dalam dunia mereka...sehingga melupakan akar mereka. Melupakan Tuhan.
The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th.
Kata-kata 'berhantu' yang membuatkan Fend merenung diri. Malah turut membuatkan orang sekelilingnya berasa hairan. Bersama Chad mengembara ke bumi Sydney. Alhamdulillah...mereka berdua mula menemui cahaya hidayah. Mula menyedari syariat yang selama ini tidak diendahkan. Berlumba-lumba belajar dan menambah amal.
Pemergian Chad tidak pernah terduga. Fend cuba untuk berkongsi dengan K2 apa yang pernah dialami bersama Chad di Australia. K2 dibawa ke sana juga agar dapat merasai nikmat yang sama.
Tapi sayang...hati K2 lebih keras. Masih tidak dapat menerima perubahan yang dilakukan Fend. Tetapi sedikit sebanyak pengalaman itu mencelarukan fikirannya.
Teruja dengan kata-kata Bapak Tono...erti hidup yang beda.. K2 cuba mencari jawapannya di Kota Jakarta. Bertemu dengan Indra yang banyak membantunya dan membawanya merasai sisi kehidupan di Jakarta. Akhirnya K2 disedarkan oleh seorang Kristian!
Baca perjalanan kedua anak muda ini memang turut mencelarukan jiwa. Ada ketika air mata keluar dengan sendiri. Air mata terharu terutamanya membaca mengenai kesungguhan Chad dan Fend belajar sepanjang mengembara di Australia. Air mata malu. Malu pada diri. Malu pada Allah. Konon-konon terasa diri dah baik...padahal amalan dan bekalan tak pernah terasa nak cari sungguh-sungguh. Yang wajib tu mmg buat...tapi setakat mana pengisiannya..
Dan juga air mata syukur. Syukur kerana hati ini masih belum dikeraskan Tuhan untuk menerima hidayahNya. Masih diberi kesempatan untuk melakukan perubahan. Insya Allah. Jika diizinkanNya.
Terima kasih Hlovate. Kata-kata saudari banyak menyedarkan saya. Love you. May Allah bless you. Semoga sentiasa dirahmati Allah.
Contengan Jalanan merupakan sebuah perjalanan mencari Tuhan yang dinukilkan penulis tentang Fend dan K2. Kedua-duanya bermula dengan berlainan arah, walaupun diri dilahirkan Muslim, namun mereka jarang mengambil berat tentang Islam, malahan amalan dibuat hanya sekadar cukup makan. Buku ini dipecahkan kepada dua bahagian, cerita Fend & cerita K2. Seperti biasa, rencah klise dari Hlovate, selalunya pencarian kembali menjadi muslim sejati itu, selalunya bermula dari sebuah permusafiran di negara orang. Begitu jugalah kisah Fend & K2. Fend menemui jalan kembali ketika beruzlah di Australia. K2 pula ketika di Indonesia. Barangkali kerana di fikiran saya, Hlovate merupakan seorang penulis yang juga menemui jalan kembali ketika belajar di luar negara.
Cuma terkadang, saya merasakan garapan Hlovate tentang penghayatan Islam di Malaysia ada masanya agak diperlekehkan, memang masyarakat kita ramai yang goyah, namun ramai juga yang berubah jadi lebih baik walaupun di negara sendiri & tanpa berkelana di tempat orang.
Saya beri 3.5 bintang kerana cerita Hlovate yang ini, tidak klise seperti perempuan lelaki yang bertemu, hero/heroin belajar di luar negara dan akhirnya berkahwin. Terkadang membacanya membuatkan saya mengintai diri saya sendiri yang lokek amalan diri. Sejujurnya tulisannya kali ini mampu membuatkan saya menambah amalan mendekati Tuhan.
Walau beribu para peminat penulis ini sudah mengatakan 2 patah kata itu, aku tetap ingin mengucapkannya lagi. Terima kasih dengan ‘contengan’ ini. Mungkin sekadar ‘contengan’ tetapi itu sudah lebih bermakna buat aku.
CJ memaparkan 2 kisah yang saling berkait. Kisah mereka yang mencari makna diri dan hidup yang akhirnya perjalanan itu membawa mereka mengenal Tuhan. Mencari apa makna di sebalik ini - "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th.” Pastinya perjalanan ini aku mulakan dengan Fend. Siri online yang pernah dibaca di blog penulis dahulu.
Dunia Fend adalah fotografi dan sketch hitam putih. Jiwanya tak akan hidup andai tiada gitar Fender di tangan. Seni dan muzik, ada warna dan ritma. Itu erti hidupnya. Nampak mudah namun semuanya berubah selepas Fend bertemu dengan Musalmah atau nama sebenarnya Amalia [Lia]. Gadis itu meninggalkan kesan yang mendalam. Menyampaikan pesanan yang perlu dipanjangkan sesama insan. Dan sejak itu Fend mula menyoal diri. Apa inikah makna hidupnya? Seputar di antara kamera dan gitar?
Perubahan Fend disedari teman-teman bandnya, termasuk K2. Sepupunya Irsyad [Chad] turut sama menyedarinya. Malah Chad sebenarnya selangkah lebih ke hadapan apabila Fend itu mula menyoal perkara-perkara yang di luar alam. Sudahnya dia mempelawa Fend ke Australia. Backpacking. Buat masjid-hopping di tanah kangaru di bulan Ramadhan.
Dari kena paksa, paksa-rela akhirnya Fend sendiri yang terbuka hatinya. Mengenali dirinya dan seterusnya mengenali Tuhan Yang Maha Esa. Alhamdulillah, dia berkesempatan untuk berubah. Aku kagum dengan Chad, mengajak orang yang kita sayang ke arah kebaikan. Bukan kita je yang kena pulun habis buat pahala, ajaklah mereka di sekeliling kita. Hidup bersyariat. Indah kan?
Kita bisa saja memimpin tangan orang lain ke jalan-Nya tetapi hidayah itu bukan kerja kita. Fend sudah berusaha sehabis baik, cuba membawa K2 merasai makna hidup yang lebih bererti. Tetapi tidak berhasil. Sudahnya K2 pula yang buat backpacking. Selepas mengikut Fend ke Australia, K2 membawa diri ke Indonesia. Cubaannya dalam mencari makna hidupnya sendiri.
Penamat 2 kisah perjalanan ini memang indah. Sesudah Chad, Fend dan K2 kini tinggal Yani. Harap-harap Yani pun akan merasai perjalanan mereka bertiga sebelum ini. Cuma kehilangan Chad itu sedikit menyentap kalbu. Belum puas rasanya aku membaca kisah Chad itu tetapi apakan daya, penulisnya sudah menoktahkan watak Chad itu sebegitu.
Jujurnya aku lebih menyenangi kisah Fend mungkin kerana membaca K2 seperti tersekat-sekat. Terlalu banyak jargon, terlalu banyak muzik. Jalur-jalur muzik yang membuatkan aku sedikit kelam. Yalah, bukan semuanya aku tahu, lainlah kalau lagu With or Without You tu ada di sepanjang perjalanan K2, ha senang sikit nak faham kih5
Aku dah terbiasa dengan garapan Hlovate yang santai. Terselit tentang ragam manusia yang berhijrah ke arah yang lebih baik. Dan apa yang paling aku suka tentang CJ adalah watak-watak yang berubah itu bukannya disebabkan cinta sesama manusia. CJ tak seperti kisah novel islamik biasa yang sering menjadikan cinta sebagai landasan untuk seseorang itu berubah.
Ada terbaca di beberapa blog [ada masa aku suka blogwalking juga kih5 :P] ramai yang sudah terpengaruh untuk backpacking. Bagus. Permulaan yang baik. Tetapi aku merasakan belajar itu ada di mana-mana, hatta di jalanan yang sering kita lalui setiap hari. Ada. Ia ada. Terserah kita mahu mengutip pelajaran itu atau tidak.
Kalau ada kemahuan dan usaha, 'halangan' tu adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa [CJ_Fend]
Everybody know death is inevitably coming, but it never fails to catch everybody by surprise everytime one is going [CJ_K2]
Ps: Terima kasih Kak Adhan yang tolong belikan CJ masa KLIBF hari tu :))
Waktu acah-acah jadi promoter di reruai Jemari Seni (LOL) di pesta buku tempoh hari, saya terjumpa pengikut tulisan Hlovate. Lelaki, saya kira dia mungkin pelajar universiti atau pun pelajar menengah atasan. Datang dengan rasa teruja nak mencari Kebun Mimpi, tapi sayangnya stok novel tu dah habis. Sempat kami berborak tentang novel-novel Hlovate. Mendengar adik tu bercerita, benarlah bahawa tulisan seorang penulis boleh membawa sesuatu pengaruh terhadap pembacanya. Membaca Contengan Jalanan, kita sendiri mahu menjadi seperti Fend, paling tidak KK. Mungkin juga Chad (air mata dah bergenang tiap kali teringat akan Chad). Diskusi beberapa minit kami di reruai Jemari Seni itu disimpulkan bahawa Contengan Jalanan adalah naskah terbaik Hlovate. Sempat juga saya bertanya antara semua watak-watak novel Hlovate, siapa yang menjadi kesukaannya. Jawapannya adalah Trisy. Saya tanya kenapa tidak Minn? Dia jawab, Trisy berubah daripada zero tanpa ada dorongan daripada sesiapa. Watak kesukaan saya pula adalah KK. Kerana dia berubah di saat dia mengembara sendiri di tanah seberang.
Terima kasih adik. Rasa teruja awak bercerita itulah yang buat kakak ini buka semula novel CJ. Mahu menyedut semangat Ramadhan di dalamnya =)
Buku yang ditulis oleh penulis dan sampai ke hati si pembaca. Itulah yang aku boleh described tentang buku ini.
Rasa macam Tuhan dah susun dengan baik untuk aku jumpa buku ni di Perpustakaan Kampus Kejuruteraan USM. Buat sahabat yang selalu mention tentang kehebatan seorang Hlovate, aku ucapkan terima kasih.
Tidak mengenali penulis, buatkan jiwa meronta nak sangat baca buku² Hlovate. Dibaca pula ketika final dan beberapa bulan sebelum puasa, buku ni macam satu tamparan yang hebat untuk aku.
Buku ni kalau dibaca ketika sekolah dan hanya kenal dunia sebaris itu sahaja mungkin takkan faham apa yang ditulis oleh penulis tapi bila dibaca ketika usia 20-an memang berbekas sungguh di dalam hati.
Nak banding K² dan Fend, aku rasa lagi dekat dengan Fend sebab aku ni pulak cengeng tapi kisah K² yang rebel kadang-kadang rasa macam diri sendiri pun ada. Dua watak yang berbeza dan cara jalan hidup berbeza.
Dunia sekarang lain dengan situasi dulu yang sekadar penulis gambarkan atas letak kehidupan dengan materialistik. Idealisme, segalanya menjadi cabaran manusia sekarang ini. Dan agama itu memang mencakupi semuanya.
Buku yang ditulis untuk anak muda mencari erti hidup. Mengalir sungguh air mata bila baca. Sayang sungguh sebab baru kenal penulis hari ini tapi tidak mengapa, better late than never kan?
Buku Hlovate layak dikata langka untuk tahun-tahun sekarang, bukunya memang ditulis untuk dibaca. Bukan sekadar dipapar di kedai buku.
14/3/2023 : ulangbaca Puasa ini, bukan hanya tahan lapar dahaga di perut aja, Nak Fendy. Puasa itu untuk bersihkan roh.-- Bapak Tono.
Semoga Allah pertemukan aku dengan bulan Ramadhan pada tahun ini.
...
Karya Hlovate yang ini saya tak pernah jemu untuk diulang baca terutamanya bila bulan Ramadhan makin hampir. Baca sebab nak pinjam semangat pulun Ramadhan Fend dan Chad. Sejujurnya mula-mula saya beli buku ni pun sebab saya dapat tahu yang buku ni lain daripada lain dari segi fizikalnya.
..
Buku ni ada dua kisah. Kisah Fend dan kisah K2. Kisah pertama kisah Fend yang digambarkan sebagai seorang yang selesa dengan kehidupannya sehingga dia rasa kalau dia mati awal pun tiada apa yang nak disesalkan. Semua padanya dah cukup kecuali berkahwin sebab Fend ni masih lagi muda belia. Kemudian, ditakdirkan dia bertemu dengan Lia. Lia yang telah membuatkan fikiran Fend terganggu dengan ayat "The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th". Ayat ni sebenarnya bukan setakat Fend je rasa deep. Dengan saya sekali rasa deep sebab saya faham apa ayat ni nak cuba sampaikan. Lepas tu Fend diajak oleh Chad, sepupunya ke Australia masa bulan Ramadhan. Di sana mereka jumpa erti the 11th hour. Beberapa hari sebelum Ramadhan berakhir mereka pulang ke Malaysia dengan rasa berat hati. Suasana Ramadhan yang mereka sedang lalui mungkin mereka tak akan dapat rasa lagi bila kaki dah jejak tanah air. Bab paling sedih bila watak Chad dimatikan dan kematian Chad telah membuatkan perwatakan Fend berubah di mata K2.
Kisah K2. K2 ni teman sekampung Fend. K2 mempunyai minat yang mendalam dalam seni muzik dan seni lukis. Untuk kisah K2 bila baca saya rasa agak tenggelam dengan nama-nama dan juga istilah-istilah asing yang digunakan. Proses menghayati cerita agak terganggu di situ. Dalam kisah ni juga, Fend telah mengajak K2 kembali ke tempat yang dia dan arwah Chad pernah pergi dulu. Sepanjang berada di Australia, segala apa yang dibuat oleh K2 hanyalah dengan sebab nak jaga hati Fend. Sebenarnya Fend nak K2 rasa apa yang dia rasa tapi sayangnya K2 tetap seorang K2 yang hanya mahu jadi acuan sendiri. K2 walaupun digambarkan oleh penulis seorang yang keras hati tapi dirinya agak goyah juga bila memikirkan dia bakal hilang Fend kalau jurang dalam hubungan mereka makin membesar. Jadi, K2 buat keputusan ke Indonesia untuk mencari erti hidup sebab semasa berada di Australia kata-kata Bapak Tono sentiasa menghantui dirinya. Saya gunakan istilah menghantui sebab kata-kata Bapak Tono itu banyak diulang main dalam fikiran K2.
Saya suka membaca gambaran yang diberikan oleh penulis tentang Jakarta dan Bandung. Walaupun kaki ini tak pernah jejak lagi ke tanah seberang, tapi rasanya boleh nampak di mata suasana di sana bagaimana. Setelah hampir seminggu di Indonesia, K2 berjaya jumpa apa yang dicari dan dia kembali ke Malaysia untuk memulakan erti hidup yang baharu. Dalam kisah K2 juga lebih banyak dimasukkan imbas kembali zaman kanak-kanak antara dia, Fend, Aidid dan juga arwah Chad jika hendak dibandingkan dalam kisah Fend.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Baca buku ni memang banyak berfikir..Kena ambil masa untuk cerna segala yang dibaca.. Terima kasih pada tuan empunya yang bagi loan..I really enjoyed reading this..
FIrst part i-fend.. Memang sangat bagus..Awkward usage of language..=.=" Buku ni Memang best! Selusur kematangan fend, perubahan yang didaki..bagaimana dia menemui erti bahagia yang dicari. The man who decided to change in the 12th hours, dies in 11th.. I can`t stop thinking about this very particular quote...ENtah kenapa, berulangkali hlovate tekankan pasal ni..Tanpa sedar, diri sendiri asyik fikir pasal eleventh hour..Memang berjaya hlovate tulis berulang2..kit ajadi semakin berfikir sebab di'direct' ke arah tu.. Bab 2, masuk part II=K2..YAng ni, sgt happy untuk ending dia..Akhirnya K2 temui erti hidup..Untuk mencari yang satu..Tp, satu yang pelik..Considering that one name came up, am I the only who`d searched the Fb, looking for the name nur amalia Ishak??Mana tahu, kot2 tu rupanya....hurm..xkan la..
Menelek buku ni juga, macam bace something yang baru..X macam penulisan yang lepas, yang ni penuh mesej..Penulis berdakwah, bawa isu ketuhanan..Gaya yang tersendiri.. bagai membaca novel Fatimah Syarha, tp versi Indie..Sgt memberi kesan..
Kalau tanya pada saya apa istimewanya karya Hlovate kali ini? Jawapan saya, anda kena baca dan nilaikan sendiri. Kerana setiap orang punya pendapat dan pandangan mereka yang tersendiri. Mungkin tidak semua orang suka cara dan gaya Hlovate berkarya, tapi pada saya, saya sangat sukakannya. Secara jujurnya saya banyak belajar daripada tulisan-tulisan Hlovate.
Contengan Jalanan. Contengan yang memberi pelbagai rasa dijiwa. Contengan ini bukan sekadar tentang kisah Fend dan K2. Ini kisah tentang bagaimana mereka membawa saya sebagai pembaca melihat hidup ini dari kaca mata anak-anak muda yang gemarkan seni dan muzik. Bagaimana mereka berubah dan bagaimana perubahan mereka membuatkan saya sebagai pembaca muhasabah diri.
Membaca naskhah ini, banyak perkara baru yang saya pelajari. Saya yang tidak berapa tahu tentang muzik 'heavy rock' (ada ke istilah heavy rock? heavy metal saya tau laa - sikit-sikit hehehe), saya google, saya cari di youtube setiap lagu yang didengar oleh ‘Fend & K2’ semata-mata untuk menghayati naskhah ini. Bertemankan lagu-lagu dalam Contengan Jalanan sebagai latar, saya membaca naskhah ini untuk kali yang kedua. Sesungguhnya dalam ritma lagu-lagu 'keras' ada pengajaran yang boleh kita ambil iktibar seperti lagu One oleh Metallica.
Sejujurnya menerusi Contengan Jalanan inilah saya tahu tentang lagu One dan kisah di sebalik lagu tersebut. Kisah yang benar-benar menginsafkan. Apabila segala nikmat yang Allah kurniakan ditarik balik kesemuanya tidak tersisa. Nikmat penglihatan, nikmat percakapan, nikmat pendengaran, nikmat kedua-dua belah kaki dan tangan semuanya ditarik balik bayangkan bagaimana jiwa itu bisa hidup? Subhanallah... Alhamdulillah bersyukurnya saya kerana Dia masih sudi meminjamkan nikmat dan rahmat-Nya pada saya. Terima kasih Hlovate kerana mengingatkan saya yang kadang-kala leka dan alpa ini.
Kata-kata di helaian akhir setiap bab juga sangat menarik untuk renungan bersama. Penuh pengertian agar kita sebagai pembaca berfikir dan bermuhasabah diri.
Walaupun pada awalnya naskhah ini agak sedikit 'berat' untuk saya faham. Ya, muzik underground, muzik indie bukan dalam lingkungan pengetahuan saya. Jadi saya agak perlahan untuk memahami dan 'masuk' ke dalam jiwa Fend dan K2. Walau bagaimanapun cerita bertambah menarik dan penuh pengisian apabila kisah Fend dan Chad berkelana di Australia bermula. Begitu juga apabila kisah K2 bergelandangan ke Indonesia, benar-benar membuatkan saya terpaku. Persoalan tentang erti hidup yang sebenar walau di mana sahaja mereka berada, di bumi Australia mahupun di tanah Indonesia benar-benar membuatkan saya insaf! Moga saya dan kalian semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang mendapat hidayah dan rahmat Allah.
Biarlah orang kata buku ini buku untuk orang muda, tapi saya yang tak berapa muda inipun masih boleh baca. Adakalanya apa yang kita baca itu perkara kedua, tapi apa yang lebih penting adalah apa yang kita dapat daripada pembacaan kita!
Buku kedua Hlovate yang aku baca dalam tempoh seminggu ini. Jujurnya aku tidak langsung mengenali sosok penulis, tidak tahu gaya penulisannya, maka berlaku sedikit kecanggunggan dalam pembacaan pada permulaan.
Namun, karya kedua ini sedikit berbeza dengan yang pertama, daripada segi penceritaan, namun terma dan pengetahuan berkenaan muzik masih luas mencakupi pelbagai genre dan ‘instrument’; seolah-olah itu identiti penulis.
Tiada sinopsis di kulit belakang buku seperti kebiasaan, maka tiada langsung andaian ini buku bersifat kehidupan, agama dan ketuhanan. Sungguh, buku ini ada magis tersendiri. Begitu cermat dan kemas penulis meletakkan setiap peristiwa, sesuai dengan jalan cerita. Ayat Quran dan hadis yang dikepil bersama sangat memberi kesan, seolah-olah aku yang berada dalam dunia watak utama. Tidak rugi untuk dijadikan buku ini sebagai salah satu simpanan kalian.
Aku memulakan pembacaan dari kaca mata K2, dan menurutku, ini gerak hati yang indah. Tapi terpulang kepada kalian, ingin bermula dari Fend atau K2. Aku kira seharusnya novel ini dibaca dari I-Fend, kemudian II-K2 (mungkin penulis berkehendak sedemikian), tapi bukankah takdir Allah itu tidak pernah salah?
Fend, Chad, K2 dan Lia, begitu ramai watak seperti mereka. Yang berusaha mencari erti kehidupan, walau kadang terumbang-ambing dalam kebatilan. Mungkin Fend itu kamu, mungkin Chad itu mereka, dan mungkin K2 itu aku.
Terima kasih Allah, kerana hantar dia. Dia yang menyebabkan aku tergerak untuk mulai membaca karya tuan penulis. The 11th hour —satu peringatan yang sangat bermakna.
•••••
[2 November 2025]
Ini kali kedua, Contengan Jalanan kembali saya baca. Teringat saya dengan pesan Abang Wan Aimran semalam, "we read literature to increase our empathy". Kita mengenal manusia lainnya dengan cerita—walau tidak berkongsi rasa yang sama, kita mengetahui rasa itu bagaimana, sekurang-kurangnya.
Teringat juga saya tatkala kali pertama saya baca buku ini. Saya bermula dengan II - K², walau seharusnya ia adalah turutan yang kedua. Saya petik semula apa yang pernah saya tulis tiga tahun lepas (8 September 2022):
"Aku memulakan pembacaan dari kaca mata K2 , dan menurutku, ini gerak hati yang indah. Tapi terpulang kepada kalian, ingin bermula dari Fend atau K2. Aku kira seharusnya novel ini dibaca dari I-Fend, kemudian II-K2 (mungkin penulis berkehendak sedemikian), tapi bukankah takdir Allah itu tidak pernah salah?"
Jika diimbau kembali, sejujurnya saya sendiri tidak sedar yang "I - Fend" dan "II - K²" ini merujuk kepada turutan pembacaan. Saya menyangka bahawa pembacaan boleh sahaja dimulakan dari mana-mana, dan Allah ﷻ menggerakkan hati saya untuk menyelak kisah K² (baca: K-square) dahulu dan "takdir Allah itu tidak pernah salah"; mengulang kembali apa yang pernah saya ungkapkan.
Contengan Jalanan ialah kisah taubat seorang hamba, yang kembali kepada Tuhannya dalam keadaan berlari. Namun, ada juga yang masih menapak perlahan. Namun, kesemuanya masihlah dalam perjalanan pulang. Yang lebih harus dirisaukan, ialah mereka yang tiada sedar bahawa dirinya itu jauh daripada Tuhan. Semoga Allah ﷻ mengurniakan hidayah kepada mereka… juga kepada kita.
Ada yang berkata, sebuah buku yang dibaca sebanyak tiga kali, akan melahirkan tiga kefahaman yang berbeza. Juga, tiga pengetahuan yang baharu. Hairan buku? Teks yang sama, namun melahirkan hal yang berbeza. Barangkali, inilah antara keindahan dan keseronokan dalam membaca, yang sering juga saya terlepas pandang dan kurang menghargainya. Maka, sama halnya juga dengan buku ini. Membacanya buat kali kedua, namun kali ini dengan turutan Fend dahulu, barulah K² (sesuai dengan kehendak penulis sendiri), perasaan yang sama masih menyelubungi diri. Tidak segan untuk saya katakan bahawa banyak kali juga air mata tumpah tatkala membaca buku ini.
Namun, untuk ulasan buku (kali kedua) ini, ada satu hal baharu yang ingin saya apungkan. Jika diperhatikan, mereka semua (watak-watak dalam buku ini) membesar dalam suasana kampung—mengaji, tumbuh membesar dengan kehijauan, hubungan kekeluargaan yang rapat dan budaya kemasyarakatan yang sangat erat. Mengapa saya tiba-tiba menyinggung hal ini? Adalah demikian kerana, walaupun betapa “jauhnya” seseorang itu dengan agama, walau betapa “rosak” sekalipun dirinya, atau walau betapa “liar” pun pakaiannya, percayalah… bahawa jalan untuk mereka kembali pulang kepada kebaikan itu senantiasa terbuka luas. Bahkan, lebih mudah untuk kembali mereka menapak pada jalan tersebut.
Hanya sahaja mereka kadang-kadang keliru dan buntu, mencari jalan pulang. Ia ada, namun tersembunyi. Lebih mudah untuk seseorang kembali menapak pada jalan yang sama yang pernah dirinya lalui, berbanding mencari jalan yang baharu. Yang entah ia wujud atau tidak. Yang entah ia selamat atau tidak.
Dengan hujah ini juga, tertolak jugalah hujah sebahagian sekelompok yang menyeru agar kanak-kanak dibesarkan dalam suasana tanpa beragama, hinggalah akhirnya apabila mereka menjelang dewasa, mereka diberikan kebebasan untuk berbuat pilihan sendiri. Tatkala kanak-kanak, kelompok yang paling terdedah dan terbuka dengan segala macam perkara, tiada pula berupaya menimbang tara mana yang benar dan salah… dibesarkan dalam suasana tanpa agama (yang sifat agama itu mengekang manusia daripada bebas terbabas), pastilah… kecelakaan yang mahadahsyat akan menimpa mereka.
Kanak-kanak ini akan membesar menjadi menjadi pemuda (atau belia) yang tiada dipandu oleh apa-apa peraturan atau undang-undang. Bukankah telah diterima secara fitrah dalam akal kita bahawa keadaan sebuah masyarakat atau negara, yang tiada langsung mempunyai undang-undang untuk mengurus-atur manusia di dalamnya… kecelakaanlah yang akan menjadi undang-undang!
Ketahuilah bahawa manusia ialah salah satu daripada elemen kebudayaan—kebudayaanlah yang membentuk bagaimana manusia di dalamnya untuk berfikir, bertindak dan berperilaku. Ini sekaligus memberi pengertian bahawa segala hal yang berlaku disekelilingnya itu yang akan mentakrifkan erti “kebenaran”.
Mungkin penulis tidak berhajat untuk menyinggung hal ini, namun, saya dapat melihatnya dengan begitu nyata tatkala membaca buku ini. Terima kasih, Hlovate.
The Man that desides to change on the 12th hour dies on the 11th.
Ayat keramat yang diucapkan Lia-Musalmah pada Fend telah meninggalkan kesan di dalam hati. Sejak dari tu dia sentiasa tertanya-tanya apa maksud yang tersirat. Masa ni Fend dah ada midlife crisis. Mencari sesuatu dalam erti hidup.
Pertama kali Fend ikut Chad backpacking ke Sydney, Australia. Tiba-tiba. Dalam bulan puasa. Mereka stay kt Masjid Punchbowl. Di sinilah Fend dapat merasai apa yang dicarinya dalam hidup. Ramadhan yang sangat bermakna.
K2
Aku cuma nak kau rasa apa yang aku rasa masa Chad bawa aku datang sini.
Tapi perasaan tu tak dirasai pada K2. Dia cuma ikut apa yang Fend buat. Sekadar menghormati seorang sahabat. Tapi Fend ada tinggalkan sketchbook pada K2. Lalu K2 buat keputusan nak ke Jakarta. Di situ dia kenal dengan Indra.
Ada satu ayat Indra tanya pada K2. "Nggak solat?" Sedangkan Indra itu beragama Kristian. Dari situ K2 faham apa yang nak Fend sampaikan padanya. Sungguh hati itu Allah yang pegang. K2 yang sebelum ni hidup dengan acuan sendiri. Sangat suka bermain dengan semua jenis alat muzik. Akhirnya dia akui hidup ini hanya berlandaskan syariat Islam.
Fend, K2, Chad dan Aidid. Sahabat juga sepupu juga teman sekampung. Membesar bersama. Fend dan K2 ada band sendiri yang terdiri oleh beberapa rakan satu sekolah iaitu Creepy Hues. Memang kerja diorang jamming, buat lagu, menyanyi dan lepak bersama. Orang seni. Memang lain cara fikirnya.
Rindunya pada Chad. (Sedih sebenarnya).
Saya memang tak faham term music and art dalam kisah ini. Ditambah lagi dengan Underground Scene yang pernah dahulu jadi fenomena anak muda. Hlovate dan muzik art memang tak boleh berpisah. Boleh kata kesemua novelnya ada unsur muzik dan seni. Tapi saya suka.
Oh ye di sini rupanya kemunculan Garpu & Camca dan juga Rune Regatta. Mana ntah letak bukunya nak baca balik kisah si Yani ni.
Tajuk buku : Contengan Jalanan Penulis : Hlovate Keluaran : Jemari Seni
Ulasan Ain Sabrina :
Ada dua kisah dalam novel ini. Kisah pencarian makna hidup dalam diri Fend dan K². Bermula dengan kisah Fend. Dia lelaki biasa , ada kawan yang mempunyai sama minat juga ada keluarga dan saudara. Dalam erti kata mudah , seperti tiada yang kurang dalam kisah hidup Fend. Namun , Fend masih tidak puas , seakan ada benda yang hilang dalam hidupnya. Rasa itu makin selepas dia dipertemukan dengan Lia dan Dvd 11th hour. Benda itu dia luahkan pada Chad , sepupunya. Perbincangan mengenai kehidupan dan matlamat hidup semakin banyak dibahaskan. Namun tiada perubahan , rasa hilang itu masih ada.
Chad memulakan langkah pencarian yang ‘hilang’ itu dengan mengajak Fend ke Australia. ‘Percutian’ ke Australia itu ternyata berbeza. Masjid-hopping itu cara Chad untuk mencari erti hidup dan Fend hanya mengikut tanpa bantahan. Mula-mula kekok namun semua seakan kena. Iktikaf , itu yang mereka buat.
Amalan-amalan ibadah yang sebelum ini susah nak dibuat atau tidak pernah dijadikan ritual , seakan menjadi amalan wajib di sana. Dan Chad mahupun Fend tidak mahu ketinggalan dalam mengejar menaiki tangga ke syurga ALLAH. Dan dengan itu , ibadah jadi ringan dan mereka seakan-akan berlumba-lumba ke arah yang sama , iaitu mencari reda ALLAH.
Dan akhirnya mereka jumpa benda yang ‘hilang’ itu , mereka jumpa erti hidup mereka. Pelik , di negara yang bukan agama rasminya Islam , namun Islamnya lebih terasa.
Dan pengakhirannya kisah Fend , ada kisah sedih yang mendatang. Fend seakan hilang bahu untuk bergantung dan belakang untuk bersandar. Dan dia seakan merasa tanggungjawab untuk membawa K² ke arah jalan dan pemikiran yang sama seperti mana dia dan Chad.
Kisah K² bermula selepas itu. Dvd 11th hour selamat dia tonton , namun rasa yang dia rasa tak sama sepertimana Fend rasa. Namun Fend tidak kenal erti putus asa walaupun pada awalnya dia turut kecewa dengan respon K². Lalu sekali lagi Fend membuat ‘percutiannya’ ke Australia namun kali ini ditemani K². Tiada lagi Chad di sisi. Hati K² masih tidak disapa rasa yang sama dengan Fend. Pulangnya K² ke Malaysia , tiada perubahan. Namun serba sedikit dia seakan faham apa yang ingin disampaikan Fend. Walaupun itu , dia terasa itu bukan dunia dia , dia terasa seperti seorang hipokrit.
Kerana pertemuan dengan Bapa Tono di Autralia , dia terasa seakan terpanggil-panggil untuk ke Jakarta. Negara jiran serumpun sebahasa namun ternyata banyak bezanya. Dunia Indonesia mengajar dia tentang kehidupan , susah dan senang. Dan dunia Indonesia juga menemukan dia dengan erti hidup sepertimana yang dirasa Chad dan juga Fend.
Komen Ain Sabrina :
Bagi saya , novel ini adalah novel yang paling berat yang pernah saya baca buat masa ini. Berat dalam definisi kamus saya adalah kerana terlalu banyak falsafah hidup juga ajaran agama cuba diterapkan Hlovate buat pembaca. Berat bagi saya adalah apabila saya mengambil masa berminggu untuk habiskan setiap helaian dalam novel ini.
Kisah Fend , Chad dan kisah K² adalah kisah kita , kisah manusia yang mencari erti hidup , itu fitrah manusia. Dalam masa kita manusia yang kebanyakkan bencikan peraturan hidup namun fitrah kita juga yang memerlukannya.
Fend , wataknya adalah watak remaja kebanyakkan. Pelajar yang hidupnya berlatarkan buku , belajar , assignment , kawan-kawan dan muzik. Remaja kebanyakkan yang hidupnya banyak mengenai dunia dan diselitkan amalan untuk akhirat yang tidak begitu terjaga. Fend bukan remaja atau manusia jahat yang berbuat onar di dunia , namun dia juga bukan manusia baik yang amalan ibadahnya terjaga. Dia seperti remaja kebanyakkan namun dia masih tidak tenang , masih mencari yang ‘hilang’. Dan pastinya yang ‘hilang’ itu adalah fitrah manusia yang perlukan DIA dan inginkan DIA dalam hidup sentiasa.
Kisah pencarian Fend , Chad dan K² membuatkan pembaca turut sama mencari erti hidup. Perubahan mereka sedikit demi sedikit turut sama memberi motivasi kepada pembaca untuk turut sama berubah. Manusia ini mudah alpa , perlukan pengerak dan kawan ternyata salah satu pengerak yang baik. Itu yang cuba dijalankan Fend buat K². Walaupun lambat prosesnya , namun akhirnya berjaya. Semangat Fend ini perlu kita ‘curi’ untuk diri kita sendiri dan juga buat saudara semuslim kita.
Kisah 11th hour : “ The man who decided to change his life on the 12th hour dies on the 11th .” Saya tidak pernah tengok tetapi namun daripada ayat di atas , kita dapat memahami sekilas apa yang ingin disampaikan dalam kisah 11th hour itu. jadi , mari berubah !!! ^^
Yang menarik lagi , mengenai buku ini , setiap pengakhirannya bab itu ada falsafah yang ingin disampaikan Hlovate. Ayatnya pendek namun ada kalanya ‘terkena’ sendiri. ^^
Beberapa kata-kata di akhir bab yang saya suka :
“ Yang nyata , kasih sayang memang melengkapkan bahagia. Tidak kisahlah dalam bentuk apaatau daripada siapa “
“ Cukupkah sekadar harta , kerja dan keluarga jadi sebab untuk berputih mata kalau hajat itu yang tak tercapai sebelum tinggalkan dunia? “
“ Hidup di dunia ini seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara , hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ni nak ke mana”
“ Peluang yang ada dalam hidup ini sama juga macam kereta api , perlu digapai waktu dia sekejap terhenti depan diri. Terlewat sesaat , makan asap “
“ Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit itu bukan dibuat kiblat , hanya dibuat alat.”
“ kalau ada kemahuan dan usaha , ‘halangan’ adalah satu perkataan yang tak ada makna apa-apa”
“ masalah takkan hanya selesai dengan main falsafah “ – ini yang paling terkena (= =’)
“ hidup takda cita-cita tu namanya hidup sia-sia”
Dan banyak lagi, dah tak sanggup nak menaip . (>_<)
Lagi satu muka depan ( ada muka depan ke? ^^) novel ini sangat menarik. Memang lain dari yang lain. Tidak tahu dimana satu muka depan buku ini sepatutnya.
Jujur aku katakan, buku ni best dan agak santai.Lebih bersifatkan kesenian seperti muzik dan arts.
Aku sebenarnya tak minat karya HLOVATE tapi kakak aku memang hantu/peminat tegar penulis.So, aku try²lah baca kan....😌 Ternyata rugi akalau aku tak sentuh buku ni...dah la abang kedai tu bagi free...
Aku paling suka kisah FEND. Pengakhiran yang agak sedih coz aku suka watak CHAD Kisah buku ni memang terkena tepat batang hidung aku.Iyalah, kita terlalu asyik mengejar dunia sedangkan yang memberikan kita rezeki serta kejayaan datang daripada-NYA. Tetapi kita dengan tanpa berasa bersalah melabur dosa untuk saham masuk neraka. Aku tak kata dekat sesiapa.Maybe aku pun macam tu. Sama²lah kita berdoa supaya dijauhkan dengan sifat suka mencampur aduk agama kita ni.Hhaaaha... Aku salin ayat ustad Zul dowh.Baru dia 'berceramah' kat budak kelas aku pagi tadi...haihh..
Kompem buku ni akan jadi one of my favourite books
"The man that decides to changes on12th hours died at the 11th." -HLOVATE-
Apapapun, good joob HLOVATE untuk karya ini....🤩🤩🤩
hlovate membawa sy kembali ke membaca novel melayu setelah bertahun2 ditinggalkan.. hlovate changed me.. satu satu novel hlovate sy beli dan baca.. CJ sgt terkesan dihati sy.. tak jemu dibaca.. terlalu banyak pengajaran.. bukan stakat buka mata tapi buka hati.. buat sy terfikir dan termenung panjang.. not a love story.. not cliche.. full of lessons
June 10, 2014 perjalanan mencari Tuhan.. to be a better person.. inside and out..
cari buku ni dah berzaman. bila dah jumpa, cari mood untuk baca ambil masa berkurun. bila dah pegang, pusing terbalik sebab confuse nak baca macam mana, ambil masa berminit. untuk sudahkan baca, ambil masa berhari. Alhamdulillah akhirnya tamat sudah ceritera aku dan Contengan Jalanan.
sebelum baca, ada tanya dengan kawan. dia kata dalam banyak2 buku hlovate, buku ni paling berat. pendapat orang lain2. sedangkan twin yang berkongsi rahim pun boleh beza pendapat. bagi aku, lagi berat rooftop rant. don't know why.
disebabkan buku ni terbahagi pada dua bahagian maka nya aku perlu buat tiga jenis review. kisah fend. kisah k2. dah keseluruhannya.
kisah fend: aku boleh bayangkan keadaan ceritanya. seorang hamba Allah yang ingin mencari jawapan untuk persoalan yang menghantui diri. Alhamdulillah dia berjumpa juga. banyak benda kita boleh belajar dari kisah dia. terima kasih penulis. tapi ada satu perkara yang mungkin aku berfikir lain dari yang orang lain. terfikir aku sebentar, kenapa penulis buatkan seperti lebih baik duduk di luar negara berbanding Malaysia? bagiku biar hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri. relaku bersama negaraku. bukan soal patriotik ingin dikatakan. contohnya dalam satu novel beliau sebelum ini (lupa judul buku), cerita budak skate. min ke namanya? lepas kahwin, suaminya cadang untuk duduk di Australia sebab lebih mudah untuk ajar anak2 tentang islam. dalam novel ni pun, akmal prefer duduk Australia dari Malaysia masa bulan puasa. mungkin aku terlebih fikir. mereka menyatakan sebab2 nya tapi otak ni macam tak boleh terima. kerana Muslim Malaysian anggap islam sudah seperti budaya. then why not change it?! aku tak nafikan ianya memang terjadi. kalian sudah keluar, belajar dan melihat dari sudut lain. dan nampak kelemahan2 itu. kalian berani menyatakan tapi kenapa tidak berani berdepan dengannya? langkah pertama memang susah, lagi2 bila berseorangan. tapi lama2 sudah biasa bukan? u get my point? rakyat Malaysia yang keluar negara untuk bekerja atau belajar tak seramai rakyat Malaysia di dalam negara. hanya minority yang dapat hidayah untuk berubah. kalau setiap orang dari minority itu berfikir macam tu, siapa yang nak balik ke Malaysia dan ubah fikiran kita di sini? iye, aku akui aku terlalu fikirkan persoalan itu tapi bila dua dari seluruh koleksi novel beliau menyatakan benda yang sama, tak salah untuk aku fikirkan begitu bukan?
kisah k2: terus terang aku nyatakan hampir sebahagian besar aku skip sebab aku memang tak faham tentang muziknya. muzik aku adalah rock kapak, pop ye ye or lagu2 dari movie zaman 50-60 an. kalau dia bercerita tentang dialog p.ramlee ke, aku boleh je join sekaki dua. tapi kalau dah masuk topik metalica or lagu2 indie ni, berpinar juga mata. seperti kisah fend, ada satu aku tak faham dalam kisah k2. kenapa fend tak try terangkan reason dia angkut k2 ke bumi Australia? kenapa dah sampai baru nak sikit2 beri hint? and then bila dah balik, biarkan gitu je. just bagi tafsir al-quran dan buat hal masing2. oklah aku beri perumpamaan. k2 ni orang buta yang tiada apa2. tiba2 datang seorang hamba Allah berikan makanan, tempat tinggal, cukup segala. one day hamba Allah itu hilang selepas berkata "carilah erti hidup kamu." fend, k2 tu kawan kamu dari kecil. tak cukup dengan beri hint2 tu untuk buatkan dia faham apa kamu rasa. dia bukan mind reader. kenapa dibiarkan dia terkapai2 keseorangan? at least kamu ada chad, org2 di masjid tu untuk bersama kamu. nasib baik dia dapat cari jalan pulang ke Allah. kalau tak??? again, yuni, kenapa kamu gemar fikir sesuatu yang orang lain terlepas pandang or anggap remeh sedalam2nya?
overall: ceritanya ok. aku tengok ramai org beri rate yang tinggi. aku nak juga tapi macam tak adil pula untuk penulis. sedangkan aku banyak skip part muzik tu. padahal tu tema penting dalam cerita ni. so aku beri 3.5 bintang. still lingkungan tiga.
hopefully penulis akan keluarkan novel baru. secara jujur tak sabar nak baca. rasanya semua buku beliau dah baca. tolak tepi buku adiwarna. dan aku nampak perubahan positif dari zaman aA+bB ke zaman ni. ok. ni bukan ruang luahan perasaan, yuni. ingat tu.
Contengan Jalanan I-Fend;kronologi cerita yang pada mulanya membuat saya membaca dan berfikir berulang2 kali mungkin kerana terma2 yang digunakan bukan terma yang biasa saya gunakan dalam kehidupan seharian,iaitu bukan sebagai seorang pelajar seni mahupun orang yang berjiwa seni.Namun ungkapan yang diucapkan oleh Lia,menyebabkan saya terus berfikir dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya dalam kehidupan Fendy. "the man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th".hajat tak kesampaian?Bercita2 ingin berubah namun tak diberi peluang?tak diberi masa?Sedikit sebanyak ada perkaitan dalam kehidupan saya,tapi dari perspektif yang berbeza.benar2 membuat saya berfikir,menghayati apa maknanya hidup,apa maknanya kehidupan,ape ertinya hidup tanpa tujuan,apa ertinya hidup tanpa pegangan.
Contengan Jalanan II-K2;Ulasan yang sama pada mulanya namun watak2 dalam cerita ini sudah mula menjadi familiar bagi saya,si pembaca.Namun berbanding Fend,watak K2 tidak terlalu memberi kesan dalam hati saya,mungkin cara penceritaannya yang kurang terisi.
Secara kseluruhannya,dari segi novel2 yang pernah dikarang oleh penulis hlovate,kebanyakannya berunsurkan lelaki yang mana kehidupannya lebih kepada kehidupan urban:skateboard,muzik,art and photography,cycle dan sebagainya.Sebagai seorang pembaca yang tiada pendedahan terhadap benda2 sebegini,ini merupakan pengalaman dan ilmu yang baru bagi saya malah sedikit sebanyak mengajar saya bagaimana kehidupan urban-lifestyle. =)
Kisah fend saya rasa lebih menyentuh hati, mungkin kerana kehilangan yang dirasai & kesungguhan dalam mencari perubahan. seperti kata K2, Fend hati nya lebih lembut.
II - K2 keegoaan K2, teguh pada prinsip sehingga mengabaikan yang lebih berhak. K2 lebih kepada egoistik dalam diri seorang Muslim, yang ingin kebebasan mutlak tanpa ada batasan.
pada saya, inilah gambaran sebenar remaja Muslim kini. terlalu banyak pengaruh luar yang terikut2. Ada yang kata karya ni memperlekehkan masyarakat Islam di Malaysia, mungkin tak semua tapi seperti kisah K2, buang la ego tu n lihat dengan lebih mendalam - yang majoritinya memang sebegitu. memang la x semestinya pergi ke luar negara untuk melihat perbezaannya, cukup dalam negara saja. tapi seperti kata penulis, Allah ada cara tersendiri untuk sedarkan kita. lain orang, lain caranya. So penulis hanya menyampaikan teguran melalui pengalaman sendiri saja. selebihnya, terpulang pada pembaca untuk menentukannya, mencari arah tuju sendiri.
Contengan Jalanan, kisah perjalanan mencari diri dan mencari tuhan. Merantau jauh, demi mengenal tuhan, mengenal diri dan mengenal jati diri. Mahalnya erti mengenal tuhan, kita harus mencari hidayah itu tanpa mengharapkan ia bergolek ke sila.
Hlovate seperti biasa, menulis dalam kebiasaan kehidupan remaja. Sarat dengan mesej dan lekat dijiwa. Selepas rnysa, hlovate adalah penulis dan blogger kedua yang saya ikuti tulisannya dan saya gemari penulisannya hingga kini.
Kerana dalam tulisannya ada perkongsian. Dalam tulisannya ada rasa dan tidak kosong. Ada tarbiyah dalam ceritanya, Ada ilmu dalam kisahnya. :)
Book is divided into two parts. Read the I-Fend part first. Five stars because it is capable of changing a Muslim's worldview, written in a very relatable manner, very easy to follow. It'll make you laugh, cry, and everything in between. Not too much lovey-dovey stuff, which is great. I don't like reading Malay novels very much. Hlovate's work is a rare exception.
“The man that decided to change on the 12th hour dies on the 11th”.
Lelaki yang berniat nak berubah pukul 12, tapi mati pada pukul 11, means that dia tak sempat nak berubah ke arah kebaikan yang dia niatkan. Sangat sedih kan?
Sebab mana tahu perubahan yang dia bakal buat tu adalah langkah tuk dia melangkah ke syurga. N dalam buku ni Alhamdulillah Chad sempat berubah on the 10th hour sebab Chad ditakdirkan meninggal on the 11th. Masa baca part Chad meninggal dilanggar lori kuari tu serius sedih kot. Meninggal tengahari raya pertama, meninggal pada syawal yang bulan Ramadhannya Chad berubah 100 peratus jadi baik, meninggal masa dia sempat mintak maaf dari semua orang pada pagi raya.
Chad berubah asbab g backpacking dengan Fend dkat Austalia, masa tinggal dkat Masjid Punchbowl. Masa tu la Fend merangkak2 belajar baca Quran semula dengan Tok Abdul Kadir, belajar erti kehidupan dari cakap2 dengan Bapak Tono, kenal Ikmal student dari Malaysia, solat Jemaah lima kali sehari, start baca tafsir dan buat segala benda2 baik yang dia tak pernah buat pun sebelum ni. N siapa tahu, perubahan Fend tu adalah jasa Chad yang terakhir sebelum dia meninggal.
Berubahlah wahai jiwa-jiwa yang tenang. Berubahlah untuk kebaikan Sebab ajal tak pernah mengenal usia, dan tua bukan syarat untuk kematian!
Lesson kedua, dari watak Chad (sepupu Fend and Aidid). Masa Chad nak cari balik diri dia sebagai hamba Tuhan, dia ajak Fend. Chad yang bawak Fend pergi Aussie, yang kenalkan Fend dengan Masjid Punchbowl. Chad yang penggerak Fend tuk berubah, hidayah Allah untuk Fend datang melalui Chad. Banyak pengajaran dari watak Chad ni, salah satunya ialah tugas kita tuk ajak orang laen kearah kebaikan. Walau kita tak tahu respond orang tu macam mana, at least we try. Sebab masa mula2 bawak Fend tu, Chad main redah je tak piki pun pasal apa yang Fend rasa, at least Chad cuba and he succeed. Watak Chad ni sangat hidup bagi ak. Bak kata cik Nabilla, dia pun suka dengan watak Chad and sangat sedih bila Chad meninggal! Lesson keempat, benda yang aku nampak and feel masa baca buku ni ialah Fend adalah remaja yang tak bergantung sangat dengan gadget2 moden. Sebab xde part yang aku baca cakap Fend duk scrolling newsfeed fb, duk tweeting atau apa2 yang seangkatan dengan tu! Watak K II sebenarnya lebih tepat klau nk cakap tak kesah dengan aplikasi2 moden ni sebab K II tu tersangatlaaa hantu buku and suka g dengar bedah2 buku. Hidup diorang terisi dengan buat kerja2 laen. B4 brubah jadi baik, hidup diorang terisi dengan aktiviti study diorang disamping jamming, melukis, belajar segala jenis alat muzik, baca novel dan buat segala benda yang diorang suka. And after change, masa diorang terisi dengan baca tafsir, baca buku agama, diskusi dan berjalan cari erti hidup di dunia yang luar ruang lingkup kehidupan mereka.
Lesson keempat pasal Ramadhan. First, pasal mentality kita orang melayu tentang Ramadhan. Bak kata Fend ‘ Ramadhan, semua benda jd slow!’. Sebab mase Ramadhan kita takde energy, kurang sugar so kita cepat penat, letih n lesu. Sama dengan budak2 ak, dah msuk taun keempat jd guru, and the hardest month tuk hadap ialah bulan Ramadhan sebab bdk2 akan jd malas n mengantuk tahap dewa!. Padahal, Nabi dulu waktu Ramadhan siap perang lagi. Hlovate ada kaitkan kisah Perang Badar dalam CJ ni.
Satu lg, Chad, Fend and Ikmal suka buat perbandingan cara orang Melayu sambut Ramadhan dengan gaya orang Islam Aussie sambut.. sebab Ramadhan kt Malaysia ni banyak dieertikan dengan persiapan nak raya lebih dari pengisian roh. Betol, aku setuju sebab hari first Ramadahan lg memang dah akan dengar lagu raya kalo kita keluar dkat kedai, Tesco, Mall etc.
Perbandingan ak sendiri boleh buat tentang penghayatan Ramadhan. Mase jd student, kenapa kita bleh lumba2 nak khatam, tadarus ramai2, g terawih dkat msjid dgn member2 n macam2 xtvt penghayatan Ramadhan tu bole buat, tapi bila dah kerje.. sikit2 aktiviti tu dah berkurang. Kan?
Moral Of The Story (K-II)
Fisrt, b4 dapat hidayah.. pegangan hidup K-II ialah ‘ there’s no such thing as wrong in arts’. Sebab tu dia suka ikut hala hidup sendiri, hidup tanpa law, buat segala benda yang dia suka tak ikut mana2 peraturan. N lepas dia disapa hidayah, quote tu bertukar jadi panjang sikit ‘ there’s no such thing as wrong in arts provided that Islam is given’. Well done K-II. Yes, there’s always limitation in life sebab kita hanyalah hamba. Takboleh buat aci redah ikut kepela sendiri. Islam is the guidance.
Second, hidayah. At first, Fend sangat sedih sebab usaha dia bawak K-II backpack ke Aussie lepas Chad meninggal tak berjaya nak tarik K-II kepada fitrah. Sebab Fend letakkan diri dia dalam kasut K-II. Sebab dia rasa K-II bleh dapat hidayah the way he get it. Fend lupa manusia tak sama. Hati dia lembut, hati K-II keras as stone. So tak boleh. Sebab hidayah itu tuhan yang pegang, Allah yang bagi kat mana2 hamba yang dia nak. Bukan kita. So jangan sedih, klau kita ajak member kearah kebaikan tapi dia tak ikut sebab hidayah tu bukan kat tangan kita, hidayah kat tangan Dia, The Almighty.
Last but not least, never judge! K-II back to the Islam dengan perantaraan Indra, kawan yang baru dia jumpa seorang Kristian. Bukan dari Fend, sahabat sebantal sepinggang dari kecik sampai besar, seorang Islam.
Suka dengan footnote di setiap bab yang berupa nasihat & peringatan..
"Kadang-kadang rasa itu tak mampu nak ditulis dengan huruf dan titik, tapi boleh diterjemahkan dengan not-not muzik."
Kala ini, teringat dengan muzik instrumental Richard Clayderman: Nostalgy, Autumn Leaves, Bilitis, dsb
"Hidup di dunia ni seperti perjalanan yang terlalu panjang dan terlalu banyak perhentian sementara, hingga kadang-kadang terlupa sebenarnya diri ini hendak ke mana."
"Kena merancang masa depan kalau nak senang. Tapi duit tu bukan dibuat kiblat, hanya dibuat alat."
"Biarlah kerja lelah asalkan masih boleh ketawa, daripada kerja mewah tapi berendam air mata."
"Benih baru nak bangkit, kena siram air dan baja. Hati yang baru nak bangkit, kena disiram dengan apa?"
"Ramadhan tu bukannya diertikan dengan bazar Ramadhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur, pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh antara kampung. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak di TV. Tapi benda-benda tu la jadi definisi Ramadhan kat Malaysia."
Banyak juga terjemahan ayat-ayat Al-Quran yang boleh dijadikan pengajaran..
"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. (Surah Al-An'aam, Ayat 162)
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikul. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami. (Surah Al-Baqarah, Ayat 286)"
"Dan tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah melapangkan rezeki dan menyempitkannya bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang beriman. (Surah Az-Zumar, Ayat 52)"
"Hidup ni kena pakai neraca Tuhan, hukum Tuhan; bukan pakai neraca dan hukum manusia."
"When you think you have it bad, others have had it worse."
Sekurang-kurangnya buku ni bukan sekadar benci-cinta,pergi oversea dan tukar jd baik tiba2. Ya. Aku minat tulisan Hlovate sampai basis tulisan itu aku faham benar. Legalah sebab ini tulisan yg aku baca selepas Versus dan Anthem yg hampir sama keduanya. Buku ini aku beri 5 bintang kerana kekuatan bahannya yg pd aku seakan Eat, Pray,Love tp lebih mantap. Jujur aku katakan aku masih ada masalah dgn nama2 watak Hlovate yg agak over tp ditutup oleh kekuatan character watak itu sendiri. Dr segi bahasa pula aku rasa nyaman dgn bahagian tgh2. Sebab bila Creepy Hues berdialog ada masanya aku jd hangin satu badan dek nak Kuala Lumpur sangat.Mungkin sengaja? Ntahlah tp ini bkn novel pertama yg aku rasakan kekurangan tulisan Hlovate adalah dialog campur Mat Saleh - Melayu nya. Other than that? Buku ni boleh dibaca setiap Ramadhan kot? Walaupun cerita ini ada dua bahagian, keduanya ada kekuatan. So....5 bintang ;)
Lama jugak ambik masa untuk memulakan pengembaraan untuk Contengan Jalanan. Mungkin permulaan novel yang terlalu 'urban'. Jourgan bahasa muzik yang dilagukan kadang-kadang agak melelahkan.
Segala-galanya ada dalam Contengan Jalanan dan kebetulan aku mula dan menghabiskannya masa cuti Nuzul Quran 1434H, so semuanya serba kena. Sebenarnya...rasa macam hidung dah macam tertanggal semasa menghadam naskah ini.
Dan, air mata menitik tanpa henti.........mungkin mood Ramadhan atau mungkin 'kehilangan' hidung.......
Well, untuk merasa - hadamlah Contengan Jalanan and pleased do it dengan mata hati............
Tiap kali baca tiap kali tu jugak air mata menitik.tak dapat tahan hahahha 😂 sadis jugak la menangis tengah2 airport smbl baca buku ni. Hati manusia ni Allah yg pegang.bukan manusia. Pape pon,hidayah takkan datang bergolek,kite sendiri kena cari. Hopefully semua dapat mencari erti hidup memasing
Buat julung-julung kalinya aku baca karya daripada penulis bernama Hlovate ini. Aku selalu dengar yang karya-karya beliau semuanya best untuk dibaca. Tapi aku tak pernah rasa nak pegang buku-buku beliau sebelum ini. Kali ini, aku pilih Contengan Jalanan ini sebagai buku pertama beliau yang aku baca.
Terdapat dua side cerita dalam buku ini. Dari sudut pandangan Affendy dan Ku Kamaruzzaman. Aku akui permulaan cerita bagi kedua-dua watak agak meleret bagi aku. Penuh dengan jargon muzik dan tajuk-tajuk lagu dan penyanyi-penyanyi yang tak pernah aku dengar. Rasa sedikit bosan di situ. Tetapi jalan cerita mula best apabila kedua-dua watak mula bermusafir untuk mencari erti kehidupan. Semuanya bermula dengan The Eleventh Hour yang mana ia merupakan titik permulaan kepada Fend dan K² mengembara mencari erti hidup.
Buku ini membuatkan aku teringin sangat nak pergi mengembara macam Fend dan K². Dah lama tak berjalan di bumi Allah ini mencari hikmah-hikmah. Buku ini juga banyak snippets daripada potongan ayat-ayat Al-Quran yang banyak mengingatkan aku kembali kepadaNya. Overall aku boleh katakan buku ini menarik, cuma permulaan cerita sedikit meleret bagi aku.
PS: Aku boleh katakan yang Contengan Jalanan ini merupakan The Eleventh Hour aku. Manusia mudah lupa. Maka sentiasalah ingat-mengingatkan antara kita.
Hlovate Penerbit: Jemari Seni Sdn Bhd ISBN978-967-5118-53-1 Harga: RM 21.00 / RM 24.00 M/S: I-Fend (262), II- K2 (291) Cetakan 1 – Mei 2011
Contengan pengalaman perjalanan mencari Tuhan
Blurb:-
Kak Chik menukil:
Karya Hlovate memang sentiasa dinanti oleh Kak Chik. Akhirnya masa PBAKL 2011, JS telah Berjaya menerbitkan Contengan Jalanan versi cetak. Uniknya novel Hlovate kali ini, terdapat dua buah cerita dalam satu Contengan Jalanan dan novel ini memang tiada blurb. Kalau di blog Hlovate, Contengan Jalanan memang mengisahkan kisah Fend sahaja tapi dalam Contengan Jalanan versi cetak telah dikisahkan 2 kisah yang berbeza walaupun masih berkaitan rapat antara keduanya.
I- Fend Fend @ Fendy @ Affendy merupakan pelajar jurusan fotografi dari Kolej Lim Kok Wing. Fend yang digelar Fend The Fender kerana Fend memang taksub dengan gitar Fender. Fend juga merupakan vokalis kumpulan Creepy Hues yang dianggotai oleh K2, Pa’an, Azad dan Erdi. Creepy Hues telah bertahun tertubuh semenjak mereka di Tingkatan Satu lagi.
Tiga pertemuan yang tidak sengaja antara Fend dan Lia telah menyebabkan Fend terfikir-fikir. Pada pertemuan yang ketiga ketika mereka sama-sama menunggu bas untuk pulang ke kampong, Lia yang pada Fend stok Siti Nurhaliza itu sungguh berbeza. Dan Lia telah memberikan CD di dalam bekas CD hijau itu kepada Fend sebelum Lia menaiki bas. Fend sentiasa tertanya-tanya apa makna di sebalik The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th?
Dan ajakan Chad yang sedang menuntut di Texas untuk backpacking ke Australia ketika bulan puasa itu telah merubah Fend 360 darjah. Apa sebenarnya yang telah Fend alami sepanjang dia dan Chad berada di bumi kangaroo itu?
II- K2 (baca : K-Square) K2 @ Ku Kamaruzzaman merupakan kawan baik Fend sejak kecil lagi kerana mereka sama-sama membesar di bumi Tebing Tinggi. Mereka berempat, K2 dan tiga sepupu iaitu Fend, Chad dan Aidid memang terlalu rapat.
Fend terlalu meminati muzik sehingga dia sentiasa mahu mempelajari pelbagai jenis alat muzik. Hanya dengan sedikit ajaran, K2 sudah mampu menguasai peralatan tersebut. Hidup K2 bagaikan semata-mata demi seni dan dia memegagang tiket tak ada benda yang boleh dikatakan salah selagi di bawah lesen seni.
Selepas pemergian Chad selepas Zohor pada 1 Syawal telah membuatkan hubungan K2 dan Fend bagaikan ‘terputus’. K2 bagaikan tidak kenal lagi Fend kerana Fend yang dia kenal setelah Fend kenal Fender, tidak pernah sehari pun Fender terbiar kosong.
Backpacking mengikuti Fend ke Australia juga belum mampu membuka hati K2. Dia masih tidak mengerti apa yang Fend mahu sampaikan kepadanya? Apa sebenarnya yang telah menjadi penyebab Fend berubah sebegitu rupa?
Dan kerana kata-kata Bapak Tono telah menyebabkan K2 wisata ke Jakarta berteman Contengan Jalanan Fend ketika di Australia. Adakah terjumpa K2 dengan apa yang dicarinya?
Nota kaki: Sepanjang membaca karya ini memang kagum dengan ilmu yang ada pada Hlovate kerana bukan calang-calang penulis yang mampu menyampaikan apa yang mahu disampaikan dengan begitu berkesan. Dan Alhamdulillah karya ini telah mampu menyebabkan Kak Chik mencuba berubah kepada yang lebih baik. Tahniah pada Hlovate kerana karya yang sungguh memberi makna.. :)
[Disebabkan tak ada sinopsis, terasa lapang sikit nak buat ulasan 'ikut-suka-saya' ni]
Sebagai penggila novel, dah tentu la selalu ke tempat-tempat yang ada jual novel. Satu hari kat kedai buku sambil membelek-belek novel, tiba-tiba ada sorang budak kut, “Wah, buku Hlovate la, Hlovate”. Semacam excited budak itu. Tapi sepanjang pengalaman membeli novel, tak pernah plak ada buyers excited macam tu dengan penulis kegemaran diorang. Kesimpulannya, Hlovate adalah banyak peminatnya (walaupun kenyataan tak ada statistik).
Bila baca buku Hlovate, dalam kepala dah set, penulisan Hlovate adalah kisah manusia berubah jadi baik. Selama membaca buku Hlovate juga, perkara yang asyik bermain dalam kepala adalah sangat membanggakan si penulis jika mereka yang membaca penulisan beliau adalah berubah juga seperti watak dalam penceritaan. Ya, itu bukan mudah, sepetimana yang selalu diulang-ulang dalam novel ini, hati kita Allah yang pegang.*lega* Tapi perlu diingat, ada juga disebutkan di dalam novel ini, kadang-kadang kita yang tidak mahu menerima kebenaran yang telah terbentang di depan mata.*tak ke?*
Okeh, mari kita sama-sama fikir. Saya percaya ramai yang suka baca penulisan Hlovate sebab penulisan dia cool. Tak da lah skema semacam, kalau cerita baik-baik mesti heroin semacam gadis sepohon kayu ataupun hero semacam teruna imam kampung. Yang baca pun golongan macam tu, yang saya perhatikan la (kenyataan tak da statistik juga). Tapi cerita ni tak, walaupun novel ini adalah novel baik-baik juga. Fend dan K2 hidup dalam dunia seni mereka, cool, seni itu tiada batasan tetapi terbatas dengan syariat Tuhan. Sebab tu, mereka ada peluang juga untuk jadi suci. Yang baca pun golongan macam tu, yang saya perhatikan la, maksud saya golongan yang cool dan wa caya sama lu beb. (lagi sekali kenyataan tak da statistik). Jadi, kalau kita pun berubah sama, alangkah bahagia.*ingatan untuk diri sendiri, tak ke?*
Contengan jalanan ni adalah betul-betul pergi berjalan cari Tuhan. Backpacking. Terbayang mat salleh yang datang Malaysia yang dengan hanya bawak beg galas tu aje.*Tak ke?* Membaca novel ini membuatkan saya tak tersabar mau backpacking.*mudah-mudahan hasrat itu dmakbulkanNya jika perjalanan itu mahu mencari redhaNya* Jangan mahu berubah di masa ke 12, mungkin kita mati di masa ke 11.*kalau jadi cam tu cane, merana~ tak ke?*
the man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh
Beautiful story and concept. But the friendship and nature of interaction among the male characters seemed off. I don't think guys behave like that. Especially rockers. A lot of scenes are unnecessarily detailed... Nampak macam sengaja nak bagi buku tebal.